I Resepi

I Resepi Pelbagai koleksi resepi-resepi utk dirujuk....

23/08/2024
25/01/2024

RESEPI ASAS ROTI

Bahan-bahan :
3 cwn tepung gandum
2 sb mentega
4 sdb gula
3 sb susu pekat manis
1 cwn air suam
1 peket yis (saya guna separuh je )
Secubit garam
Sosej 6 btg
Mix vege
Mayonis
Cili sos
Parsley flakes ( jika s**a )

Cara-cara :
1.Satukan yis, air suam, gula dan susu pekat dlm mangkuk
2.Biarkan selama beberapa minit sehingga yis kembang
3.Dalam mangkuk yg lain, satukan tepung gandum dn mentega, gaul sebati
4.Masukkn yis td dan uli hingga jd doh
5.Da siap perapkan doh selama 1 jam
6.Sementara tu rebus sosej dan campurkan mix vege dgn sedikit mayonis dn gaul sebati
7.Bila doh da kembang, uli doh semula dan bentukkan ikot roti yg kita s**a
8.Da siap bakar dlm oven suhu 190 selama 30 minit atau sehingga roti masak
9.Selamat mencuba

* yg roti sosej tu saya sapu kuning telur dan tabur parsley flakes sedikit
* yg roti pizza saya letak capsicum, sosej, mix vege, sos cili dgn mayonis atasnya

Credit : Hidayati Hana

24/08/2022
21/07/2022

Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)
1biji telur
2 sudu majerin
1sudu kecil garam(larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti

*mas**an air garam+telur
*mas**an air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn
*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)
*canaikan jd mcm dlm gambar
*sedia utk dimasak😉

27/04/2022

RESEPI LAKSA JOHOR

Bahan-bahannya :-

1 paket Spaghetti (direbus)

BAHAN A :-
5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
1 paket kecil udang kering (diblend)
Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
Sedikit udang basah (diblend)

BAHAN B (diblend) :-
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit basah
2 batang serai

1 paket santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
Garam halus
Gula pasir
Ajinomoto

Bahan Ulaman/hiasan :-

Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris
Tauge
Bawang besar hiris
Daun kesum hiri
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.

3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.

4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air.

5. Masukkan air asam jawa.

6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.

7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.

8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.

Selamat mencuba.

Hidup muafakat tanpa membezakan,
Berbilang bgsa agma mahupun umur,
Budaya dan adat perbezaan diraikan,
Bersatu padu hidup aman makmur.

Kredit:Fauziah Ali

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share