16/12/2024
16 Disember 2024
MENTAKAB: Kerajaan negeri digesa membuka kertas siasatan berkenaan seorang warga emas di kampung suria Mentakab dibelasah oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Daerah Temerloh, berikutan video rakaman CCTV kejadian itu telah tular di media sosial sejak minggu yang lalu.
Menurut sumber, batu api kejadian tersebut disebabkan tempat sembahyang kepunyaan penduduk kampung telah diroboh oleh kontraktor semasa kerja baikpulih infrastuktur dilaksanakan di kawasan tersebut. Perselisihan antara dua pihak seterusnya mencetus pertengkaran dan mengakibatkan warga emas mengalami kecederaan badan.
"Kami mengenali pakcik tersebut, beliau merupakan seorang yang lemah lembut...mungkin apa yang berlaku berada di luar kesabarannya." kata jiran semasa ditemuramah.
"Kami mengetuk sekeras-kerasnya cara tindakan pegawai kerajaan terhadap penduduk kampung ini, jawatan itu sepatut ditauliah untuk membantu serta menjaga hak-hak kami, dan bukan sebaliknya mengambil peluang berlagak ganas dan melampaui batasannya."
"Penduduk kampung sedang dalam usaha menyerahkan satu memorandum yang mendakwa berlaku salah laku pegawai PKP ini kepada wakil kerajaan", kata sumber.