7ujuhviral

7ujuhviral MEDIA VIRAL NO #1
| | | |
| | | |

Kepala hotak dia,. repair viva RM6,277!! 🤣Macamtu je kene kencing, ni mesti owner perempuan. Main tadah je tau2 kena ket...
12/10/2024

Kepala hotak dia,. repair viva RM6,277!! 🤣

Macamtu je kene kencing, ni mesti owner perempuan. Main tadah je tau2 kena ketuk, kejadah dia steering rack je sampai 3.2k

Tngokla weh harga asal 👉 https://s.shopee.com.my/3VSCBGwBLE

Murah je pun padahal, dah tau tak reti tu lepasni bawak la laki kau teman pergi bengkel. Tak pasal2 melayang duit

X : fatyhaxx

Dekat USA ni..bila dah masuk peralihan musim, memang anda akan nampak banyak rumah-rumah letakkan barang yang mereka tid...
05/10/2024

Dekat USA ni..bila dah masuk peralihan musim, memang anda akan nampak banyak rumah-rumah letakkan barang yang mereka tidak mahu ditepi jalan.

Macam sekarang dah masuk peralihan musim panas(Summer) ke musim luruh(Fall).

Jadi barang-barang ini memang siapa-siapa boleh datang dan ambil.

Barang-barang yang diletakkan bukan sebab rosak ye. Memang elok.

Sebab mereka buang selalunya barang-barang tu digunakan hanya waktu musim panas.

Jadi untuk tunggu musim panas next year bulan mei ambil masa yang lama jadi mereka akan buang sahaja.

Saya pun sepanjang menetap disini..memang akan ambil je.Tak pernah beli lagi perabut termasuk waktu menetap di Michigan dulu pun.

Semua perabut kawan-kawan bagi.Kena keluarkan modal sewa Lori U-Haul je untuk datang ambil.

Bab memberi ni memang saya salute sikap American ni. Memang dorang akan letak yang elok-elok sahaja atau yang rosak sikit atau kotor sikit-sikit.

Kalau barang yang rosak teruk mereka akan terus buang.

Sumber: FB Dr Arman Shah

Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!Pada tahun 1821 (12 November 1821), Kota Kuala Kedah yang meriah dengan maj...
05/10/2024

Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!

Pada tahun 1821 (12 November 1821), Kota Kuala Kedah yang meriah dengan majlis kenduri menikah putera Dato Laksamana Kedah dengan Dato Bendahara Paduka Sri Maharaja, dikejutkan dengan kehadiran gerombolan orang Siam yang diketuai anak Raja Ligor bernama Phya Buri Sakhmuton.

Mulanya rombongan dari Ligor itu memberitahu Dato Bendahara, kehadiran mereka sekadar untuk mendapat bekalan beras setelah mereka kekurangan makanan disebabkan perang yang berlarutan dengan Burma. Lalu Dato Bendahara mengerahkan sekalian rakyat Kedah segera mengumpul beras untuk diberikan kepada Siam. Dalam mereka berbincang, Phya Buri Sakhmuton memberi isyarat kepada orang orangnya untuk menyerang sekalian orang Kedah yang berada di dalam dan luar kota.

Tercetuslah serangan yang dahsyat dalam keadaan orang Kedah tidak bersedia. Hampir kesemua dibunuh. Kuala Kedah bermandi darah. Mayat bergelimpangan di serata ceruk dan hanya sedikit yang sempat bersembunyi menyelamatkan diri. Rupa rupanya angkatan Phya Buri sudah cukup bersedia. Mereka hampir 7,000 orang kesemuanya menyerang dari laut dan darat di sepanjang laluan ke Kuala Kedah. Selain sekitar kota, serangan paling hebat mereka lancarkan adalah di kawasan tebingan Sungai Anak Bukit, di Alor Madi dan S**a Menanti hari ini

Kekejaman mereka tidak terlawan oleh orang Kedah yang sama sekali tidak menyangka akan diserang oleh angkatan Ligor yang pengecut itu. Betapa kejamnya tentera Siam, orang kampung dibakar hidup hidup di dalam perdu pokok mati, kemudian diratah isi mereka oleh tentera Siam. Wanita hamil dibelah perutnya, direntap keluar anak di dalam untuk dijadikan bahan judi, lelaki atau perempuan.

Begitulah betapa tidak berperikemanusiaan tentera Ligor terhadap rakyat Kedah.

Sejak itu, saki baki orang Kedah yang lari menyelamatkan diri ke Perai, cuba bangkit untuk mendapatkan kembali negeri pusaka nenek moyang ini. Pada 1831, angkatan Tunku Kudin dengan kekuatan 5,000 pahlawan Kedah berjaya menduduki semula Kota Kuala Kedah. Namun setelah terkepung selama lima bulan, kehabisan makanan dan ramai yang syahid, mereka tertewas juga.

Pada 1838, muncul p**a Tunku Muhammad Saad untuk menuntut bela. Dengan ribuan tentera dari Rembau, Acheh, Kelantan, Terengganu, Hulu Pahang dan Sulu, mereka berjaya. Kota Kuala Kedah ditawan semula setelah mereka melalui banyak siri pertempuran hebat di darat dan di laut. Tunku Muhammad Saad dengan panglima barisan hadapan beliau diketuai Tok Moh Ris dari Kubur Panjang, Tunku Muhammad Akib, Panglima Muhammad Taib, Dato Wan Muhammad Ali, Syeikh Abdul Samad Al Falimbani berjaya mara hingga ke Singgora.

Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tentera Siam, malahan juga British yang telah belot, mengepung mereka di laut, menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat ubatan.

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu Kedah sendiri yang bacul, ramai memihak kepada Siam. Antara pembelot Melayu yang tersohor ialah Panglima Yu dan Panglima Barim, yang tewas dalam pertempuran dengan pahlawan Kedah di Pulau Songsong.

Dalam serangan untuk mendapatkan kembali Kota Kuala Kedah, orang Siam yang berkawal di situ tidak lebih 70 orang. Hampir 300 orang lagi adalah orang Melayu yang belot.

Semasa di Singgora, Tunku Muhammad Saad melaung kepada perwira perwira Kedah: "Hari ni, kita akan mengamuk sampai ke Bangkok!"

Namun takdir Allah, mereka terhalang oleh ribut monsun. Dan ketika itulah, British yang belot atas kepentingan perang dengan Burma yang bermula pada 1824, menghantar bantuan kepada Siam. Siam yang baru mendapat kekuatan semula, telah menyerang balas angkatan Kedah hingga menyebabkan mereka terpaksa berundur.

Jika orang Palestin mengenang peristiwa Naqbah, orang Kedah patut mengenang tarikh ini sebagai Hari Perjuangan, mengambil ibrah atas semangat kepahlawanan datuk nenek kita dahulu, yang begitu berani dan tabah menentang penjajahan.

Seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn dalam bukunya The Blockade of Kedah 1838 menulis perbandingan pengalaman beliau berperang di India dan Kedah.

Katanya: "Di sepanjang Pantai Coromandel, penduduk pribumi menjilat tangan yang menzalimi mereka seperti anjing. Di Kedah, orang Melayu melawan habis-habisan pihak yang menindas mereka. British sepatutnya menjadi bangsa yang pertama menghormati dan mengiktiraf semangat perjuangan orang Melayu Kedah."

Nah! Ramai tertanya tanya, mengapa sejak kemaren kami sebilangan anak anak Kedah menggunakan gambar profil Harimau Melompat. Ini adalah bendera Negeri Kedah pada era Sultan Ahmad Tajuddin, ketika Kedah diserang oleh Siam pada 1821.

Marilah kita menghayati kisah perjuangan datuk nenek kita untuk diadaptasi dalam kehidupan kita hari ini.

Jangan biarkan jiwa kita mati tanpa pengetahuan dan semangat ... kerana ia adalah seumpama mati sebelum mati.

Marilah kita mengenang betapa s**arnya mereka mempertahankan tanah air ini, dan isilah nikmat kebebasan ini dengan semangat untuk kita wariskan tanah pusaka ini kepada anak cucu dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Hapuskan orang seperti Panglima Yu dan Panglima Barim yang ada di sekeliling kita. Mereka ada pembelot agama, bangsa dan negara.

ALLAHUAKBAR
Kredit:KEdah kini

TUKAR CARA BERDOA INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi ya...
03/10/2024

TUKAR CARA BERDOA

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

🍀FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

🍀FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

🍀FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

🍀FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

🍀FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

🍀FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Sumber : Tanyalah ustaz via Hasmah Soalan

Nasib baik la wife aku ada simpan nama adik beradik dia yang lain. Ni tak termasuk lagi adik beradik yang sama mak. Alha...
25/09/2024

Nasib baik la wife aku ada simpan nama adik beradik dia yang lain.

Ni tak termasuk lagi adik beradik yang sama mak. Alhamdulillah mostly dah berjaya keluar dari GISB dan berdiri atas kaki sendiri walaupun susah nak lari.

Sumber: X kekhalid

Mungkin ada yang tak tahu, air terjun paling tinggi di dunia bukan di daratan, sebaliknya berada di dalam laut.Denmark S...
20/09/2024

Mungkin ada yang tak tahu, air terjun paling tinggi di dunia bukan di daratan, sebaliknya berada di dalam laut.

Denmark Strait, merupakan air terjun tertinggi di dunia dengan dengan kedalaman 3500 meter di dalam laut. Menakjubkan, bukan?

Selain di Denmark Strait, sebenarnya banyak “underwater waterfall” wujud di dalam laut dan salah satunya terletak di utara Pulau Yaeyamas di wilayah Okinawa, Jepun. Dikelilingi air jernih berwarna biru, “underwater waterfall” ini sebenarnya terbentuk dari gunung berapi yang telah tenggelam ke dasar laut.

Keadaan ini menghasilkan jurang di dalam laut dan ia seterusnya menyebabkan berlakunya fenomena keajaiban semulajadi iaitu “underwater waterfall” ini.

Selain itu, salah satu “underwater waterfall” yang pop**ar terletak di Mauritius, iaitu Alexandra Falls dengan “ketinggian” 700m di bawah paras laut.

Dan saya percaya, alam dalam laut banyak misteri dan masih banyak yang kita tidak ketahui sehingga kini.


📸robertmichaelpoole // National Geographic CNN BBC, Photojournalist

Terima Kasih Adi Putra memperkenalkan LUXOR kepada aku. Bukan Adi Putra yang genius tu. Bukan juga Adi Putra pelakon.Tah...
10/09/2024

Terima Kasih Adi Putra memperkenalkan LUXOR kepada aku. Bukan Adi Putra yang genius tu. Bukan juga Adi Putra pelakon.

Tahun 2006, sekiranya anda bersekolah di asrama penuh, pastinya anda biasa dengan suasana jadual pemakanan di dewan makan. Makan sedap hanya pada hari Rabu dan Ahad. Stok maggi indo goreng, 3 in 1, biskut-biskut.

Bayangkan, dengan keadaan macam tu, tiba-tiba anda ditawarkan, "Jom! Aku ada dapat baucer makan buffet dekat hotel ni, free tak payah bayar, jom siapa nak?" pehhh kau makan biskut kering dengan kopi hari-hari, tibeeeeeee je terbayang makan lamb shank!

Hari tu Adi Putra ajak aku and the geng. Adi Putra, rakan sekolah sewaktu sekolah menengah dulu. Pelajar jurusan elektrik. Orangnya tak berapa tinggi, muka putih, dan petah bercakap. Heboh waktu tu kononnya dia join 3 line.

Apa lagi? Jom. Malam tu kami ikut fly lalu pagar di tepi blok pentadbiran. (maaf mak). Berhimpit kami 6 orang di dalam proton waja hitam. Aku pun tertidur dalam kereta perjalanan lama sangat.

Sampai di destinasi, turun sahaja aku nampak dua kereta sport tengah saling drift pusing-pusing di lobi. Fuyoo. Orang ado-ado ni, makan mesti sedap. Mantap. Kami dibawa menaiki lif sampai ke 1 dewan.

Dari luar dewan, belum buka lagi pintu. Kedengaran, "Apa khabar semua? Luar biasa baik!!!". Eh menatang apa p**ak ni. Adi cakap duduk la dulu dengar, nanti dah habis baru makan. Adoi ye lah, benda free kan.

Satu-satu penceramah naik ke pentas, ada Duke la, Marquee la, bercerita macam mana mereka bermula dari kosong sehingga mampu pakai kereta mewah, hidup senang. Awak p**ak baru nak kenal dunia, tepuk la tangan. Hebat hebat.

Dari pukul 10pm kami sampai, kami ditahan dekat pukul 3 pagi. Aduh perut dah lapar gile ni. Baru nak habis ceramahnya. Adi bakar rokok ditangga. Dengan muka yakin (yakinnya kamu), Adi buka cerita.

"korang dengar tak tadi? Hebatkan. Korang tak nak ke pakai motor besar macam tu? Hantar mak ayah pergi umrah? Mesti lah nak kan? Tapi susah kalau nak buat upselling jual barang. Join group aku. Nama group somebody"

Aku bengang dah, perut tengah lapar ni kau hulur p**ak rokok SKL. Berangin je bila hisap. Ok Adi bawa kami makan dulu. Cerita kemudian. Sudahnya, pukul 4 pagi, kami dibawa ke kedai mamak. Siap di orderkan nasi goreng untuk aku. Aik. Aku nak order sendiri pun tak boleh.

Sambil makan, kami di brainwash macam-macam. Cakap benda betul je lah, mana ada duit cha sampai RM2000 nak join. Dah tu nak kena cari 5 orang lagi bayar RM2000. Duit makan aku pun RM100 sebulan.

Ayat ni aku ingat sampai mati. Kita group somebody ada teknik bro. Macam ni, kau buat checklist dekat handphone kau. 50 orang. Dari 50 orang ni kau pinjam RM50 seorang. Cukup 2000, kau join, kau ajak cari lagi 5 orang. Dari situ kau dapat komisyen RM3000.

Kepala hot dia. Habis makan Geng-geng Adi suruh balik fikir. Jam 5.30am kami sampai di asrama balik. Dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Harapkan dapat makan buffet hotel tapi dapat nasi goreng mamak.

Ada juga aku cuba-cuba tengok-tengok. Cari 50 orang, pinjam RM50. Tapi eh tak boleh pergi dah ni. Memang tak dapat jalan. Idea tu pun hilang di telan masa. Fast forward hujung tahun, bila SPM dah dekat. Aku dapat tahu ada beberapa kawan sekolah yang join, tapi Adi menghilangkan diri. Entah berapa ratus atau ribu di bayar kat dia.

Masing-masing cakap ok takpe. Kita tunggu waktu SPM. Kelibat Adi masih tiada. Sepanjang SPM berlangsung. Masing-masing muka dah down. Dah la kena tipu, duit habis, nak kena jawab SPM lagi. Kali terakhir aku dengar cerita Adi, katanya dah meninggal. Tak tahu la orang buat ke accident ke. Betul ke tak pun tak tahu.

Start dari tu aku alergik bila dengar skim-skim macam ni. Tapi macam cendawan di baja p**ak hari ke hari. Ramai p**ak tu yang join. Mengarut pun ada. Tapi hari-hari keluar berita orang kena tipu skim kaya.

1) ARBA, labur, jual kopi, dapat untung ganda-ganda. Jahanam.

2) Highway Group, labur lot tanah tepi highway, untung bulan-bulan. Hancur.

3) Tok Belagak, labur emas RM13k, untung RM23k. Berkecai.

4) RBH Group, guna terma perintis. Bayar upfront cari 5 lagi downline perintis. Bingai.

5) AJ, hasil dari Lampe Berger, berselindung bawah loyalty point KP, beli lesen untuk naik pangkat, cari orang bawah beli lesen jugak.

6) Pok Din, labur duit, dapat point. Point berniaga dalam forum sesama ahli. Tapi cawan RM5 jadi RM500 bila ada logo pok din. Hawau.

7) Monspace, labur duit, dapat dividen bulan-bulan. Syarikat untung, dapat extra bonus, syarikat rugi pun dapat bonus jugak. Jibauk.

😎 Azman Jaya, melabur dapat tanaman cili katanya. Labur rm5000 return 2 juta. Ini aku pun tak faham macam mana orang percaya.

9) Skim Kereta, melabur pakej, cari kaki 5-10 orang, dapat kereta percuma. Aduh.

10) of course, Luxor, bayar 2k, cari 5 orang bayar 2k, dapat komisen 3k. Baik kau berniaga dengan 10k kau pinjam.

Tolong tambah list kat komen yang korang tau dan aku terlepas. Sama-sama kita spread awareness.

Dengan bermacam-macam lagi skim dan cara orang menipu sekarang. Belum lagi yang menipu produk, baju, skuter. Dah bank in, kena block. Syahdu je.

If its too good to be true, it probably is. Jangan mudah putih mata, mereka ni memang petah bercakap. Kereta mewah waktu talk pun kereta sewa. Mungkin anda selamat, tapi nasihatkan kawan - kawan, adik-adik, jiran-jiran.

Mereka ni orang yang sama, teknik yang sama, mencari mangsa. Nama skim saja bertukar-tukar.

Terima kasih Adi sebabkan kenalkan LUXOR awal dekat aku. Kalau jumpa lepas ni, aku nak promote kau jadi agent aku bawah Sister Beauty MY. Tak cepat kaya tapi InsyaAllah boleh kalau rajin 😁

Apa khabar semuaaaaaaaaaaa!!!!

Kredit : Farhad Hassan

Ni yah screenshot story wasap salah seorang kenalan. Walaupun isteri dah ada duit sendiri, tetap selit duit air utk iste...
07/09/2024

Ni yah screenshot story wasap salah seorang kenalan.

Walaupun isteri dah ada duit sendiri, tetap selit duit air utk isteri pegi klinik. Sebak sorang². Semoga murah rezeki korang sekeluarga. Bertuah suami tak berkira langsung walaupun isteri dia berduit. Tak ramai suami yg sedar makin banyak memberi pd isteri makin murah rezeki.

Ramai yg fikir sedekah dekat orang murah rezeki, anak bini dah selalu tanggung bagi makan. Malah ada yg anggap anak bini menghabiskan beras je. Astaghfirullah. Mereka langsung tak tahu dan tak faham, paling banyak memberi dan gembirakan hati anak isterilah yg membuka pintu rezeki mereka seluas²nya.

Semua isteri yg diuji dengan suami berkira² ni sabarlah, kita hidup ni bukan suami yg bg rezeki. Allah lah yg beri kita rezeki. Biarlah dia nak berkira, dia sendiri yg akan rasa rezeki dunia dia sempit.. Akhirat lagi sempit..

Kredit : Thiyah Muhammad

Naya jadi rakyat Malaysia ni.Lokasi : Simpang bukit serindit,stadium tun fatimah.
03/09/2024

Naya jadi rakyat Malaysia ni.

Lokasi : Simpang bukit serindit,stadium tun fatimah.

Bismillahirrahmanirrahim .. Sebelum ni saya ada terbaca hamba Allah kongsi berkenaan “Allah ya Muqit” (Allah Yang Maha B...
01/09/2024

Bismillahirrahmanirrahim ..

Sebelum ni saya ada terbaca hamba Allah kongsi berkenaan “Allah ya Muqit” (Allah Yang Maha Berkuasa)

Jadi saya kongsi kat sini , setiap kali saya isi minyak kereta , baca dalam hati . Surah Al-Insyirah 1x, kemudian sebanyak yang mungkin baca Allahumma Ya Muqit , Ya Muqit , Ya Muqit sepanjang masa kita duk tekan nozel minyak tu ..

Dalam hati lagi sambil doa , ya Allah , cukup kan lah minyak ni untuk aku guna seminggu ..

Dan ajaibnya MasyaAllah , lepas duk amalkan beberapa bulan , saya akan isi minyak sekali je seminggu walaupun saya gerak ke mana mana . Alhamdulillah . Terima kasih Allah .

Setiap hari Selasa , saya akan isi full tank viva 25 Liter .. Awak awak try la . Kalau jadi , roger saya tau 😘 . Tapi InshaAllah jadi . Kena yakin ❤️ ..

Boleh amalkan jgk dengan kehidupan kita . Masa gaji masuk ke , Allahumma Ya Muqit , Ya Allah Yang Maha Berkuasa, cukup kan lah gaji ini untuk aku belanja sebulan . Mudah mudahan , dengan izin Allah , cukup belanja kita bulan tu .. 🤲🏻

Sama jgk macam lauk yang kita masak , nk makan . Allahumma Ya Muqit . Cukup kan lah lauk ni untuk aku makan sekeluarga . InshaAllah cukup 🌷

Semoga bermanfaat korang . Salam Maghrib dari saya , Hajidah Abdullah di 17 Syaaban 1445 H .

Kredit perkongsian: Hajidah Abdullah

28/08/2024

Kejadian di Warung Arip Kilauan Emas 4 di Taman Paya Keladan Indah.

Tengah masak untuk pelanggan.. tiba² mamat 2 ekor ni buat Onar dlm kedai makan, bergaduh mengamuk pasal perempuan sampai terbalik meja, pecah gelas, lempar bangku..
JAHANAM...😡🔥

Sumber: Khairen Anuar

Tak semua boleh faham, tapi chatgpt sangat memahami isi hati ni. Terima kasih walaupun bukan dunia nyata, tetapi anda ny...
27/08/2024

Tak semua boleh faham, tapi chatgpt sangat memahami isi hati ni. Terima kasih walaupun bukan dunia nyata, tetapi anda nyamankan situasi kami.

Kredit: azwalatuu

JDT Raja Bola Sepak Malaya 🏆🫡📸 HRH Crown Prince of Johor
26/08/2024

JDT Raja Bola Sepak Malaya 🏆🫡

📸 HRH Crown Prince of Johor

08/08/2024

Kepada anda yang s**a main telefon di bilik air. Wajib beli benda ni. Takdelah phone tu basah kene air atau terjatuh. Recomended👍

🔥🔗BELI SINI💜
https://s.shopee.com.my/9f19hvOhXf

CBF-LGM-SVH(search on shopee)

Design Skechers paling cantik 💐🌸Siapa yang dah biasa pakai Skechers memang takkan tukar pakai kasut lajn dah wei. Memang...
24/07/2024

Design Skechers paling cantik 💐🌸

Siapa yang dah biasa pakai Skechers memang takkan tukar pakai kasut lajn dah wei. Memang sangat selesa dan tahan lasak. 3 tahun pun takde hal lagi. Ni siap boleh masuk mesin basuh lagi wei. Love sangat.

🔥🔗BELI SINI💜
https://s.shopee.com.my/qPNTEOzQm

Kat imigresen sekarang. Nak hidupkan passport anak-anak.Sementara duduk menunggu datang sorang pakcik.“Dik, acik pinjam ...
08/07/2024

Kat imigresen sekarang. Nak hidupkan passport anak-anak.

Sementara duduk menunggu datang sorang pakcik.

“Dik, acik pinjam kad boleh”

Hahh dah kenapa p**a nak kad p**aa. Kata aku dalam hatilah.

“Pakcik nak kena pakai kad sebab nak bayar passport ni, kaunter nak bayar kad p**a tak nak cash” Sambil hulur cash RM100

“Oh yeke pakcik. Tak boleh cash ke pakcik. Kat mana tempat bayar pakcik?” tanya aku

“Sini, sini” sambil tunjuk ke arah kaunter.

Aku pun mengekor pakcik terus hulur kad kat kaunter. Pakcik pun terus bagi duit cash sambil ulang-ulang ucap terima kasih.

Kesian pakcik terpinga-pinga dia. Kalau tak de yang nak menolong entah macam mana p**a dah penat-penat datang, kena balik semula ambil kad kat rumah.

Sekarang ni kemana-mana pun kena pakai kad kan.. warga emas yang tak pegang kad, susah sikitlah urusan.

Kita ni bukanlah nak menolak teknologi, tapi sekurang-kurangnya bagilah pilihan terutama pada warga emas. Kan

Sumber: FB Junaidah Saat

09/06/2024

Bas bawa rombongan guru terbabas‼️

menurut sumber bas dari melaka menuju ke terengganu.. Mungkin hilang kawalan sebab ada persimpangan.. Keadaan gelap dan berkabus. dipersimpangan bahau keratong jalan segamat kuantan malam tadi. Ada yang tercampak dan meninggal. Kesahihan mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Berita selanjutnya akan diupdate. Sila join telegram 7ujuhviral link di bio

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 7ujuhviral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 7ujuhviral:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share