31/08/2022
PRU15 - UMNO BERSEMANGAT TUNGGU PALUAN GENDANG PERANG, PH & PN SEMAKIN KECUT PERUT
- Tak boleh dinafikan lagi bahang PRU15 tengah membara dalam diri setiap pucuk pimpinan dan ahli akar umbi UMNO.
- Ketika dan saat ini adalah waktu paling sesuai untuk PRU15 diadakan kerana pop**ariti BN sedang melonjak dan semangat keseluruhan jentera parti cukup membara.
- Laporan dari Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihanraya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan juga menunjukkan kesemua jentera UMNO/BN di semua negeri sudah bersedia untuk berdepan PRU15.
- Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung Sabtu lalu juga membawa isyarat jelas bahawa akar umbi UMNO memang sudah bersedia dan hanya tunggu paluan gendang perang PRU15 saja.
- Laungan bubar Parlimen acap kali bergema dalam Dewan Merdeka PWTC kelmarin dengan suara majoriti lebih 3,000 orang pemimpin dan ahli pelbagai peringkat yang hadir.
- Semangat dan keyakinan UMNO/BN itulah yang membuatkan PH dan PN semakin kecut perut. Mereka cukup takut kalau Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan dalam masa terdekat sebab mereka tahu mereka tak kuat dan lemah.
- Sebab itulah ada sesetengah pihak cuba untuk melakukan serangan sulit ke atas UMNO dan pemimpinnya. Terbaru, selepas sehari Taklimat Khas Presiden, bocor satu surat dari pejabat Peguam Negara yang mengarahkan hakim yang mengendalikan kes perbicaraan rasuah ke atas Ahmad Zahid supaya mendahulukan kes berkenaan berbanding kes 1MDB.
- Surat yang viral itu bukannya surat palsu kerana semalam pihak pendakwa raya mengakui kesahihannya dan menarik balik surat berkenaan. Bila timbul isu ini maka saya dan rakyat tertanya-tanya, bukankah kes jenayah yang sedang dibicarakan perlu diadili dengan telus serta tanpa keraguan?
- Dalam bahasa dan amalan mahkamah orang putih , beyond reasonable doubt dan kalau ada keraguan maka kes tersebut sepatutnya digugurkan.
- Bagaimanakah pejabat Peguam Negara boleh memberikan arahan sedemikian dan mewujudkan persepsi rakyat mengenai kemungkinan ada campur tangan dalam institusi mahkamah.
- Saya tak mahu tuduh Peguam Negara 'orang siapa' kerana seperti yang sering dilaungkan oleh sesetengah pihak sepatutnya Peguam Negara bebas daripada kawalan sesiapa pun. Tapi nasib baik surat arahan itu bocor, kalau tak saya tak tahu apakah kesudahan permainan licik itu sebab Peguam Negara pun dilantik oleh PM yang GAGAL hampir 3 tahun lepas.
- PH berkali-kali guna alasan rakyat tengah susah dan negara belum stabil untuk PRU15, padahal hakikatnya mereka yang tengah susah hati sebab gabungan itu belum pulih dari reputasi sebagai kerajaan gagal 22 bulan.
- Mereka tahu bila PRU15 dibuat sekarang, rakyat akan menghukum mereka dan PH akan kekal sebagai parti pembangkang seperti sebelum ini.
- Lagipun mereka sudah kehabisan modal politik untuk serang UMNO/BN. Nak main isu Datuk Seri Najib sudah expired. Nak main isu LCS pun dah tak boleh sebab tak ada pemimpin UMNO yang terlibat dalam isu itu.
- Jadi mereka kena cari modal lain untuk memburukkan BN/UMNO serta membuat persepsi negatif baru dalam kepala rakyat supaya mereka dapat kalahkan UMNO.
- Paling mengejutkan NGO Bersih kelmarin pun turun bersuara dan tak mahu PRU15 disegerakan. Saya sendiri terkejut sebab biasanya Bersih akan minta PRU dibuat segera jika keadaan politik dan ekonomi negara tak stabil.
- Tapi tiba-tiba kali ini BERSIH p**a bantah. Kononnya desakan UMNO mahu adakan PRU15 lebih awal sebab mahu selamatkan kluster mahkamah.
- Bagi saya, alasan itu tak boleh pakai langsung kerana dalam keadaan sekarang pun Penasihat UMNO, Datuk Seri Najib tetap dihukum penjara walaupun kerajaan dipimpin oleh Naib Presiden UMNO. Itu buktikan UMNO tak mempengaruhi institusi kehakiman sebagaimana yang pernah dibuat oleh Kerajaan PH sebelum ini yang membuat dakwaan terpilih terhadap pemimpin-pemimpin UMNO.
- Jadi lebih baik BERSIH pergi korek balik kelakuan dan tindakan bekas kerajaan gagal itu yang banyak mempermainkan institusi mahkamah dan Pejabat Peguam Negara.
- Manakala situasi dalam PN juga masih bercelaru. PAS masih tergila-gilakan kerjasama MN dan dalam masa sama tetap bersama PN.
- Walaupun sebelum ini PAS seperti bersetuju untuk pakai hanya satu logo utk PRU15 iaitu logo PN, tiba-tiba Pesuruhjaya PAS Terengganu minta pengecualian untuk pakai logo Bulan di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15 nanti.
- Mungkin PAS di tiga negeri itu tahu kalau mereka pakai logo PN, mereka tak laku pada PRU15 nanti sebab logo PN tak boleh dijual. Rakyat terutamanya pengundi di tiga negeri itu tak yakin dan percaya dengan kekuatan PN.
- Malah PAS semakin bercelaru bila para pemimpin mereka ada beri cadangan untuk 1 lawan 1 dengan PN dan PH bergabung menentang BN pada PRU15 nanti.
- Bagi saya bila PAS cadangkan begitu maknanya mereka tahu PN bukannya kuat sangat dan tak mampu nak lawan BN dan PH. Jadi mereka mahu pertolongan PH untuk tumbangkan BN yang secara tak langsung mereka akui memang tengah kuat dan kukuh ketika ini.
- Tapi cadangan dari PAS itu ditolak mentah-mentah oleh Timbalan Presiden PKR aka Panglima Gebu, Rafizi Ramli. Katanya sudah terlambat untuk PN dan PH bergabung apatah lagi Hadi dan Muhyiddin turut bersekongkol dalam Langkah Sheraton hingga Kerajaan PH tumbang.
- Begitu juga dengan DAP yang sudah berpatah arang dengan PAS selepas dua kali dikhianati parti itu ketika gabungan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Memang tak ada maknanya DAP nak jalin hubungan sekali lagi dengan PAS mahupun PN.
- Pengerusi PN, Muhyiddin di sebalik keyakinan kononnya mereka sudah bersedia untuk berdepan PRU15, sebenarnya dalam hati masih takut-takut sebab dia tahun Bersatu makin rapuh dan sudah berpecah. Manakala PAS, rakan Bersatu dalam PN sudah tak boleh terlalu diharapkan apabila parti Islam itu juga dilihat ada helah mereka sendiri.
- Muhyiddin makin pening kepala bila dia seperti sudah tak diendahkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri apabila semua tuntutan dalam perjanjian sulit politik antara mereka ditongsampahkan. Muhyiddin sudah hilang keupayaan untuk membuktikan dia dan partinya masih dominan dalam kerajaan hari ini apabila gagal dapatkan kerusi TPM dan tambahan kouta menteri.
- Muhyiddin mula malu dengan kepimpinan dan ahli-ahli Bersatu bila dia sudah hilang 'power' dan aura untuk terus mempengaruhi atau menggugut Ismail Sabri seperti yang dia buat selama ini.
- Lagi satu, dalam kes LCS bila isu itu berbalik kepada Bersatu selepas Abdul Latiff Mersing aka Katak UMNO Mersing dikaitkan dengan skandal berkenaan, Bersatu makin lemas. Muhyiddin dengan pantas mahu lepaskan kendong 'biawak hidup' dalam partinya dan terus mahu 'jual' Latiff.
- Muhyiddin terus bersetuju untuk pihak berkuasa menyiasat Latiff tanpa dia mahupun pemimpin Bersatu bangkit mempertahankan rakan dalam parti mereka itu. Hasrat Muhyiddin biarlah Latiff diketepikan secara halus dan tak jadi liabiliti kepada Bersatu dalam kes LCS itu.
- Muhyiddin dan Bersatu tak mahu kes LCS dan Latiff itu dijadikan modal oleh parti lawan untuk serang mereka dalam kempen PRU15 nanti. Kerana itulah Muhyiddin mahu membersihkan Latiff daripada mengotori Bersatu.
- Sebab itulah Muhyiddin cuba berlakon kononnya dia dan Bersatu sudah cukup bersedia jika PRU15 diawalkan bagi menutup perasaan takut itu. Muhyiddin takut PRU15 nanti akan menjadi tanah perkuburan Bersatu apabila ramai daripada calon parti itu akan dikebumikan selepas mati ditolak rakyat.
- Bab Gabungan Tanah Air (GTA) p**a, saya tak mahu nak komen banyak sebab semua tahu gabungan itu ditubuhkan oleh kump**an pemimpin era jurassic yang sudah pupus.
- Walaupun GTA penuh yakin mereka mampu jadi kerajaan selepas PRU15, semua itu hanya mimpi mereka di siang hari atau angan-angan Mat Jenin. Para pemimpin dalam GTA pun sebenarnya sudah layak masuk dalam Arkib Negara sebagai bahan rujukan sejarah dan tak lagi relevan dalam lanskap politik negara hari ini.
*NOTA KAKI
Panglima armada sudah bagi restu. Bentara juga cakap angkatan perang sudah sedia, sekarang ini para pahlawan cuma tunggu Laksamana palu gendang perang untuk menyerang.
Semua mata kini tertumpu kepada Laksamana untuk angkat bendera perang dan buat serbuan.
Api perjuangan dari askar-askar bawahan sehingga kepada panglima-panglima perang sedang membuak-buak. Mereka sudah lama bersedia untuk berjuang.
Armada kapal sudah lama belayar dan Laksamana kena faham, sekali kapal membelah lautan jangan berlayar gohea gostan nanti anak kapal mabuk laut dan pening.
Kena gohead terus. Tapi dalam masa sama Laksamana kena bijak baca riak air sebab mungkin ada kapal-kapal selam musuh sedang menanti di bawah laut untuk tembak torpedo. Jangan sampai kapal-kapal karam sebelum berperang.
Lagikan cerita kapal selam Scorpene yang lapuk pun boleh diapungkan semula dengan memori Altantuya oleh musuh UMNO samada PH atau PN untuk karamkan kapal UMNO/BN.
Pihak musuh pun semua sudah menggigil ketakutan melihatkan kekuatan pihak lawan. Ada yang sudah bersedia untuk angkat kaki dan lari dari medan perang.
Jadi jangan disimbahkan air pada api perjuangan yang sedang marak takut nanti para pahlawan semua lemah kesejukan. Takut nanti angkatan perang akan tewas sebelum berjuang dan negeri tercinta akan jatuh ke tangan musuh.
"Jika kita mengenal musuh dan mengenal diri sendiri, kita tidak perlu takut akan hasil dari ratusan pertempuran." - Sun Tzu
DATUK NUR JAZLAN MOHAMED
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI