25/08/2024
Alhamdulillah, SUKMA XXI Sarawak 2024 telah menutup tirainya semalam dan kontinjen Terengganu menamatkan SUKMA kali dengan memperoleh 41 pingat emas, 36 pingat perak dan 47 pingat gangsa.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, menyumbang masa dan tenaga, memberi sokongan buat atlet yang bukan sekadar semasa tempoh temasya berlangsung sahaja, bahkan berbulan-bulan sebelum itu juga.
Terima kasih buat Dato’ Ketua Kontinjen, Dato’ Timbalan Ketua Kontinjen, Puan Timbalan Ketua Kontinjen, Jabatan-Jabatan Angkat dan bapa-bapa angkat daripada kalangan Ahli Yang Berhormat yang telah memainkan peranan sebaik mungkin.
Biarpun kontinjen Terengganu tidak berjaya mencapai sasaran misi yang disasarkan, namun saya yakin semua atlet telah berusaha gigih dan melakukan yang terbaik. Usah bersedih.
Kalah dan menang sudah menjadi adat pertandingan, insya-Allah pencapaian ini akan diteliti sekali gus melakarkan gerak kerja bagi memperbaiki setiap kekurangan pada temasya kali ini untuk menghadapi SUKMA akan datang.
Saya mengambil kesempatan ini juga ingin mengucapkan tahniah kepada tuan rumah Sarawak kerana telah menjadi juara untuk edisi SUKMA XXI. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga atas kejayaan penganjuran SUKMA edisi kali ini.
Insya-Allah, 2026!
Kredit gambar : Facebook Hishamuddin Abdul Karim