Dewan Muslimat PAS Semporna

  • Home
  • Dewan Muslimat PAS Semporna

Dewan Muslimat PAS Semporna Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Semporna, Media, .

08/02/2024

SEALAMAT MERAIHKAN PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ BUAT SELURUH UMAT ISLAM

Marilah sama-sama kita menghayati semula perjalanan agung Rasulullah SAW dengan kuasa Allah SWT.

Semoga dengan itu keimanan dan ketaatan kita kepada Allah SWT dan RasulNya semakin bertambah.

27 Rejab 1445,
08 Feb 2024 / Khamis.

08/02/2024

Bersama kita hayati peristiwa hebat Israk dan Mikraj, sebuah perjalanan agung Nabi Muhammad SAW dalam menerima tanggungjawab sebagai pemimpin ummah serta kewajipan bagi setiap muslim untuk menunaikan ibadah solat yang menjadi kunci kepada kejayaan dalam kehidupan.

Moga iktibar peristiwa ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan kuat dalam mengharungi setiap cabaran.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat semesta alam.

[ SALAM ISRAK & MIKRAJ 1445H ]Peristiwa Israk & Mikraj berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan Is...
08/02/2024

[ SALAM ISRAK & MIKRAJ 1445H ]

Peristiwa Israk & Mikraj berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan Isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah dan tahun ini juga dikenali sebagai tahun dukacita.

Peristiwa ini adalah satu mukjizat yang dianugerahkan Allah swt kepada Nabi Muhammad SAW. Antara peristiwa penting dalam israk mikraj adalah perintah kewajipan solat fardhu 5 waktu sehari semalam ke atas orang islam.

Tercatat dalam Al-Quran surah Al-Israa' : 1 dan surah An-Najm : 13-18 tentang peristiwa israk & mikraj.

“𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑺𝒖𝒄𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒎𝒃𝒂𝑵𝒚𝒂 (𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅) 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑨𝒍-𝑯𝒂𝒓𝒂𝒂𝒎 (𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒌𝒌𝒂𝒉) 𝒌𝒆 𝑴𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝑨𝒍-𝑨𝒒𝒔𝒂 (𝒅𝒊 𝑷𝒂𝒍𝒆𝒔𝒕𝒊𝒏), 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒎𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒆𝒍𝒊𝒍𝒊𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂, 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒏𝒅𝒂-𝒕𝒂𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓𝒂𝒏) 𝑲𝒂𝒎𝒊. 𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒋𝒖𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓, 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒊.” —𝒔𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍 𝑰𝒔𝒓a𝒂’ 17:1

Moga iktibar peristiwa ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan kuat dalam mengharungi setiap cabaran.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat semesta alam.


01/02/2024

Minda Presiden PAS

PENYELESAIAN GAGAL WARISAN PENJAJAH

Allah SWT memilih umat Islam untuk menjadi pengikut rasul akhir zaman, Nabi Muhammad SAW bagi memimpin dunia. Dengan syarat mereka memenuhi segala sifat yang diperintahkan Allah, sebagaimana firman-Nya:

﴿وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ وَمَا جَعَلۡنَا ٱلۡقِبۡلَةَ ٱلَّتِي كُنتَ عَلَيۡهَآ إِلَّا لِنَعۡلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِۚ وَإِن كَانَتۡ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَٰنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٞ رَّحِيمٞ١٤٣﴾

“Dan demikian (p**a) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapakah yang mengikuti Rasul dan siapakah yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” [Surah al-Baqarah: 143]

Firman Allah SWT lagi:

﴿كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ ...١١٠﴾

“Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf, mencegah daripada perkara yang mungkar, dan beriman kepada Allah...” [Surah Ali ‘Imran: 110]

Allah SWT meletakkan tanah air umat Islam di tempat paling strategik dalam perjalanan laut, darat dan udara. Bermula dari Selat Melaka sehingga Laut Merah, kemudian sehingga Selat Gibraltar, Selat Bosphorus dan Selat Hormuz. Tanah yang luas ini dihubungkan menerusi laluan darat melalui Jalan Sutera di Asia Tengah dari zaman dahulu sehingga kini dan juga melalui Asia Barat yang menghubungkan tiga benua besar.

Di samping itu, tanah air umat Islam juga mempunyai sumber alam yang terkaya di merata-rata tempat selain memiliki sumber tenaga manusia yang besar, serta pelbagai kepakaran. Akan tetapi, ia tidak dimanfaatkan.

Kejatuhan kerajaan Islam berlaku apabila mereka meninggalkan ajarannya atau cuai dalam pelaksanaannya. Adapun kejatuhan kuasa besar yang lain berpunca kerana kesesatan ajarannya. Walaupun kerajaan Islam tumbang, namun ajarannya tetap dipelihara Allah. Firman Allah SWT:

﴿يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ٨﴾

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya." [Surah al-Saff: 8]

Allah menetapkan adanya kump**an umat Islam yang akan meneruskan perjuangan. Firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ٥٤ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٰكِعُونَ٥٥ وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ٥٦﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa antara kamu yang menyeleweng daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang s**a mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54) Sesungguhnya, wali kamu (penolong kamu) hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55) Dan sesiapa mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya, kump**an pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56)” [Surah al-Ma’idah: 54-56]

Kalangan orientalis yang tersohor seperti Lord Cromer, Christian Snouck Hurgronje dan lain-lain mencadangkan agar diberikan kemerdekaan kepada semua negara Islam di bawah jajahan takluk mereka. Tujuannya bagi menghalang semula kebangkitan negara Islam yang dianggap menjadi ancaman besar terhadap mereka, walaupun ramai daripada kalangan mereka menyedari tentang jasa tamadun Islam yang menyelamatkan mereka daripada zaman kegelapan. Benarlah firman Allah SWT:

﴿وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ١٠٩﴾

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat menyesatkan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana hasad dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka, maafkanlah dan biarkanlah mereka hingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 109]

Namun begitu, Islam bersifat rahmat dan pemaaf kepada seluruh alam, dan ini menjadi mesej Islam kepada seluruh manusia. Cahayanya mustahil untuk dipadamkan, maka kini cahaya Islam mula menembusi negara bekas penjajah sehingga gagalnya agenda Islamofobia yang dicanangkan mutakhir ini. Malah, munculnya penganut-penganut Islam sehingga beberapa gereja bertukar menjadi masjid, manakala gereja yang tinggal terbiar tidak dimakmurkan.

Sejarah juga pernah membuktikan bahawa penjajah rela menyerahkan pemerintahan negara Islam selepas diberikan kemerdekaan kepada mana-mana sahaja ideologi, termasuk ideologi yang menjadi musuh mereka, asalkan bukan politik Islam yang berkuasa. Maka, negara yang terpaksa diberikan kemerdekaan kerana kebangkitan rakyat yang tidak boleh dipadamkan, dilaksanakan dengan cara meminggirkan kump**an Islam yang dari awal berjuang dan berjihad menentang penjajah. Bahkan, digantikan dengan kump**an yang baharu diadakan untuk mengambil alih kepimpinan negara, sama ada aliran kanan mahupun aliran kiri, asalkan bukan daripada kump**an Islam.

Hal ini menunjukkan bahawa umat Islam juga dijajah fikirannya, bukan sahaja tanah air dan jasad rakyatnya. Penjajah berlagak menjadi penasihat, namun di sebaliknya mengambil peluang untuk masuk di tengah-tengah umat Islam yang berpecah kerana meninggalkan petunjuk Islam dan berlaku kejahilan terhadap agama sendiri. Allah memberi amaran dalam banyak ayat-ayat al-Quran yang menjadi petunjuk. Firman Allah SWT:

﴿وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ١٢٠﴾

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya, petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya, jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” [Surah al-Baqarah: 120]

Firman Allah SWT:

﴿وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ٥٠﴾

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan syariat dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah dalam berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah jua kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (48) Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa-apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya, Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa mereka. Dan sesungguhnya, kebanyakan manusia ialah orang-orang yang fasiq. (49) Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (50)” [Surah al-Ma’idah: 48-50]

Penjajah yang tersesat daripada agama mereka telah memisahkan urusan kehidupan dunia, bermasyarakat dan bernegara melalui teori sekularisme yang mencipta berbagai-bagai ideologi, sama ada liberal yang bebas atau sosialis atau komunis.

Penjajah telah berjaya mencipta penganut yang berjuang atas nama rakyat dan kemajuannya melalui semua ideologi tersebut bagi memerintah negara. Selepas mereka mencapai kemerdekaan yang dirancang itu, ia bertukar menjadi hadiah yang beracun sehingga merosakkan negara dan rakyat. Keadaan ini menimpa semua negara Islam di Asia dan Afrika, sama ada yang ditakluk oleh penjajah blok barat liberal kapitalisme atau blok timur sosialis dan komunis.

Adapun kump**an Islam, sama ada diharamkan kalau pengaruhnya besar atau dibiarkan lemah di tengah rakyat yang terumbang-ambing dalam kejahilan. Selain itu, kegiatan Islam dikawal dan diawasi dengan pelbagai undang-undang yang menyusahkannya. Semua ini dilakukan atas nama kuasa agama berkonsepkan sekularisme yang dipisahkan daripada politik, dan berada dalam kawalan pentadbiran agama yang menjaga sempadannya supaya tidak berkuasa. Keadaan ini menjadikan Islam agama yang ditadbir, bukannya mentadbir.

Kemenangan parti Islam melalui demokrasi dibatalkan di beberapa negara dengan membatalkan kemenangannya atau menjatuhkan kerajaannya dan mengharamkan parti Islam itu. Contohnya, kemenangan Parti Islam Masyumi di Indonesia dijatuhkan, kemenangan pilihan raya oleh parti Islam di Algeria dibatalkan, Turki mengharamkan penubuhan parti Islam, dan Bosnia mensyaratkan sekularisme untuk diberikan kemerdekaan dan lain-lain.

Semua negara Islam yang diperintah dengan ideologi asing gagal menyelesaikan masalah negara dan rakyat, serta tidak mencapai kemajuan, walaupun kaya-raya hasil buminya dan tenaga manusianya mencukupi. Bahkan, negara-negara ini turut sama tenggelam dalam kegagalan ideologi tersebut seperti di negara asalnya.

Pada abad yang lalu, kita menyaksikan keruntuhan blok timur bersama ideologinya dan kini disaksikan tanda keruntuhan blok barat bersama ideologinya juga. Hal ini demikian kerana, banyak percanggahannya dengan fitrah manusia dan keadaannya yang tidak sempurna. Kini, disaksikan krisis nilai kemanusiaan yang melanda negara penjajah apabila tempiasnya datang menimpa negara Islam dan masyarakatnya.

Lebih malang lagi, adanya negara yang masih sangat bergantung kepada bekas penjajahnya, sehingga keselamatan, keamanan, politik dan ekonominya terus berkiblatkan negara penjajah dan menjadi pangkalan kepada penjajah menentang Islam dan umatnya.

Hal ini dapat disaksikan sehingga dalam keadaan yang mewajibkan bersama Islam, tetapi umatnya terus bersekongkol dengan musuh Islam seperti situasi terkini yang sedang berlaku di Palestin yang sangat mudah difahami oleh seseorang yang beriman. Hanya kalangan mereka yang dipelihara Allah yang dapat memahaminya iaitu mereka yang merasai kemanisan iman, sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ ‌حَلَاوَةَ ‌الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ.

“Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain kedua-duanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah (persaudaraan Islam). Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci apabila dilempar ke neraka.” [Muttafaq ‘Alayh: Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, No. 16, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, No. 43, daripada Anas. Lafaz bagi al-Bukhari]

Hadis ini sepatutnya cukup memberi keinsafan bahawa kita akan menjadi hina kalau terus diabdikan oleh penjajah musuh agama, bangsa dan tanah air. Hal ini demikian kerana, walaupun penjajah itu telah meninggalkan negara kita, tetapi teori ciptaannya terus memerintah negara kita. Kemudian diikat p**a dengan perjanjian-perjanjian dan pertubuhan-pertubuhan ekonomi, politik, kebudayaan, sehinggalah pendidikan dan ketenteraan.

Khalifah ‘Umar RA pernah memberikan amaran ketika Islam mencapai kejayaan:

‌نَحنُ ‌قَوْمٌ ‌أَعَزَّنَا ‌اللهُ ‌بِالإِسْلَامِ، فَمَهمَا ابتَغَينَا العِزَّةَ بِغَيرِ مَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ.

“Kita ialah kaum yang diberikan kemuliaan dan keperkasaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam (dengan meninggalkan Islam), nescaya kita akan dihina oleh Allah.” [Al-Hakim al-Naisaburi, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Jld. 1, Hlm. 61]

Apabila Islam diabaikan, segala kurniaan Allah bersifat kekayaan, tenaga manusia, kepakaran dan kedudukan geografi tidak berfaedah lagi. Bahkan, ia langsung tidak mampu membangun, maju dan membela diri serta sahabat yang dizalimi.

Kita melihat dengan nyata betapa penjajah terus dianggap tuan yang paling disanjung, bahasanya, budayanya dan cara hidupnya, sehingga memuja segala tokohnya yang zalim terhadap kita dan memuja kehidupan dan kematiannya. Akhirnya, negara dan pemimpinnya berpecah apabila rakyat berada di lembah yang berlainan dengan pemimpinnya.

Hal ini menunjukkan bahawa perjuangan kemerdekaan kita belum selesai. Rasulullah SAW menjadi teladan kita apabila Baginda meneruskan perjuangan sehingga berjaya membebaskan Makkah daripada jahiliah sebelum menyelamatkan seluruh dunia bersama Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 19 Rajab 1445 / 31 Januari 2023

[Bil: 5 / 2024]

🌸 SELAMAT HARI HIJAB SEDUNIA 🌸Hijab merupakan manifestasi ketaatan seorang wanita terhadap penciptanya . Hadirnya Islam ...
01/02/2024

🌸 SELAMAT HARI HIJAB SEDUNIA 🌸

Hijab merupakan manifestasi ketaatan seorang wanita terhadap penciptanya . Hadirnya Islam telah mengangkat wanita sebagai keindahan yang perlu dipelihara, dihormati dan dilindungi.

Buat wanita yang setiap hari berjuang memelihara dirinya melalui hijab, periharalah ia sebaiknya. Bersama-sama kita menjaga kehormatan, meninggikan darjat kewanitaan dengan hijab dan istiqomah menjaga syariatNya.

Selamat Hari Hijab Sedunia !

Firman Allah SWT:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Ahzaab ayat : 59)



15/01/2024


05/01/2024
25/12/2023
24/10/2023

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share