23/12/2023
Berita baik untuk warga daerah Kinabatangan , pihak Unit Khidmat Masyarakat MIHA ( UKMM ) yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd. Ismail Hj. Ayob dengan kerjasama pihak generasi studio akan mengadakan sambutan ambang tahun baru 2024 pada tarikh 30 dan 31 Disember 2023 bertempat di dataran Kinabatangan yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kinabatangan. Beberapa aktiviti menarik akan diadakan untuk disertai secara percuma dan persembahan artis undangan yang akan menghiburkan kita pada malam tersebut termasuk cabutan bertuah sedang menanti anda. Jadi ....jom meriahkan acara ini.