KelapaBakar

KelapaBakar Platform untuk share isu semasa

24/11/2022

tahniah!

18/11/2022

Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk berikan mandat yang jelas dan kukuh kepada Harapan untuk masa depan negara yang lebih gemilang.

Bangkit Bersama Harapan!



09/10/2022

Hari ini kurang lebih 1,452 tahun Masihi yang lalu, Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Mekah.

Pada malam Isnin 20 April 570M itu, serentak berlaku beberapa fenomena alam luar biasa yang bukan sahaja diingati oleh dunia Islam, malah dicatat dalam sejarah tamadun Parsi Sasanid yang ketika itu dipimpin Maharaja Khosrow I, atau Kisra.

Lahir tanpa bapanya, Abdullah, yang meninggal dunia 6 bulan sebelum itu, Rasulullah SAW dibesarkan oleh ibu susuan sehingga 2 tahun sebelum kembali bersama ibu kandungnya, Aminah binti Wahab. Ketika berusia 6 tahun, ibu Baginda p**a meninggal dunia.

Rasulullah SAW meneruskan kehidupan bersama datuknya, pemimpin Bani Hashim, Abdul Mutalib sehingga berusia 8 tahun & dijaga p**a oleh bapa saudaranya, Abu Talib yang menjadi ketua puak yang baharu selepas kematian Abdul Mutalib.

Bersama bapa saudaranya, Rasulullah SAW belajar hidup sebagai pedagang hingga ke Syam (Syria) sampai ke usia dewasanya. Ketika itulah, Baginda bertemu dengan Saidatina Khadijah binti Khuwaylid lalu mengahwininya pada usia 25 tahun.

Tempoh di antara kembara dagang, Rasulullah SAW membesarkan kawanan kambing. Waktu di Mekah juga sering diluangkan Baginda selama beberapa hari pada satu-satu masa untuk bersendirian di gua Hira’ di Jabal Nur di pinggir kota Mekah.

Sehingga suatu hari pada tahun 610M di usia 40 tahun, ketika sedang bertafakur di dalam gua tersebut, Rasulullah SAW didatangi malaikat Jibril AS membawakan perintah Allah SWT agar Baginda menyampaikan kebenaran kepada umatnya.

Bermulalah perjalanan Baginda sebagai pembawa ajaran hidup yang benar & sejahtera bernama Islam. Namun, Baginda berdepan tentangan yang amat dahsyat dalam menjalankan misi suci itu waima daripada kalangan puaknya sendiri.

Tekanan itu membawa kepada penghijrahan Baginda & pengikutnya ke Yathrib pada 622M. Berpusat di kota yang kemudian dinamakan Madinah al-Munawwarah itu, syiar Islam mengukuh & terus tersebar luas menjadi sebuah peradaban baharu di dunia Arab.

Pada 630M, Islam akhirnya berjaya membenamkan tentangan Quraisy & Rasulullah SAW kembali ke Mekah. 2 tahun kemudian, Baginda p**ang ke negeri abadi.

Sumber: Biography, The Prophet Muhammad: A Biography

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KelapaBakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share