Kaki Viral

Kaki Viral Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kaki Viral, Social Media Agency, .
(1)

02/04/2023

Resepi tomyam kaw padu

*3/4 ulas bawg putih ketuk
"Cilipadi 2 biji
*Serai 2 batg ketuk
*Bwg Holland sebiji ptg 4
*Tomato 2 biji belah 2
*Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar
*Air 2 cawan
*Ayam
sotong /udang
Sayur karot/bunga kobis
Daun limau purut 2/3 helai
Jus limau
Garam gula
Susu segar satu senduk

Cara masak
Masukkan semua bahan yg * renehkan dalam 10 mnt then masukkan jus limau garam gula sebuk perasa sayur2 biarkan selama 5/6 minit masukkan sotong /udg than last skali susu cair.💖

Sumber : Adilin Qistina

02/04/2023

Resepi Murtabak Daging (VWG)
—

Alhamdulillah jadi juga murtabak guna doh vwg ni. 1 adunan doh ni dapat 8 pcs murtabak saiz sederhana kecil. Rasanya sedikit kenyal & vwg ni ada bau yang agak kuat. Taste wise, saya lagi prefer rasa murtabak guna doh mozarella, resepi di sini: https://www.facebook.com/groups/393123815214688/permalink/489824185544650/?mibextid=S66gvF

Bahan:

1 cawan vital wheat gluten (beli di Shopee)
½ cawan oat fiber (beli di Shopee)
3 tbsp almond flour
2 tbsp coconut flour
½ - 1 tsp garam (saya guna ½ tsp tapi adunan tak masin)
1 sudu besar minyak sapi cair/ butter cair/ coconut oil
1 cawan air

Cara:

1. Masukkan vwg, oat fiber, almond flour, coconut flour & garam dalam mangkuk, gaul rata.

2. Kemudian masukkan air, gaul dan uli doh sehingga sebati dan jadi doh roti. Masukkan minyak sapi. Uli lagi. Lagi lama uli lagi bagus. Nak senang guna mixer & dough hook. Sekejap je uli. Rehatkan doh 20 minit.

3. Selepas doh dah direhatkan, bahagikan doh kepada 8 bahagian. Letak sedikit minyak sapi cair/ butter cair atas doh-doh kecil. Rehatkan lagi 10 minit.

4. Ambil doh kecil dan canaikan guna pencanai. Boleh tebar roti canai macam biasa. Bila tebar lagi sedap berbanding tak tebar sebab roti akan jadi lebih elastik & lembut bila tebar. Tapi untuk buat murtabak saya canai senipis yang boleh sahaja.

5. Masakkan roti atas pan, letak minyak sapi/ butter. Letakkan inti untuk murtabak. Masakkan sehingga sedikit garing kekuningan

Inti Daging:

1 floret kubis bunga (rebus dan potong kecil) (optional, tak nak letak pun okay)
1-2 cawan daging dikisar. Boleh juga gunakan daging ayam kisar.
3 biji bawang besar dicincang
Sedikit daun bawang dan daun sup dihiris halus
Serbuk lada putih dan hitam secukupnya
Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit jintan manis dan jintan putih
1 pek kecil serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili (optional)
Garam pink himalaya secukup rasa
2 biji telur

Cara²:

1. Kukuskan bunga kubis sehingga masak dan empuk. Kalau nak rebus pun boleh. Kemudian potong kecil. Ketepikan.

2. Tumiskan bawang. Masukkan daging cincang. Masukkan garam, serbuk ketumbar dan semua rempah dan gaul sehingga masak.

3. Masukkan hirisan daun bawang / daun sup. Masukkan kubis bunga yang dah dipotong kecil dan gaul kesemuanya sehingga sebati. Padamkan api. Ketepikan.

4. Kacau 2 biji telur, masukkan pada inti. Gaul sebati.

5. Boleh sudukan pada doh murtabak, bungkuskan inti dengan doh. Kemudian masak atas pan.

Selamat mencuba!

Jom MOJO!🔥

29/12/2022

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share