22/08/2023
REVIEW GAMEWEEK 2
Selesai sudah GW2 selepas pertemuan di antara CRY v ARS awal pagi tadi. Ternyata pada gw ini, ramai player yang tidak mengena (based on pick %), notably Gabriel, Chilwell, Joao Pedro dan Haaland.
Walaupun points yang dikutip masih lebih dari average, terasa dalam hati seperti ingin mengetik butang wildcard untuk GW3. ARS masih lagi mengekalkan taktikal pada GW1 yang tidak menyenaraikan Gabriel di dalam 1st eleven. Namun begitu, unavailability Tomiyasu yang dikenakan red card akan memberikan kemungkinan besar untuk Gabriel beraksi awal untuk GW3.
Joao Pedro juga mengalami nasib yang sama, digantikan dengan Enciso yang memulakan perlawanan BHA v WOLV tempoh hari. Masuk pada minit ke-57 dan dikenakan kad kuning menghasilkan telur ayam kepada semua pengurus yang memiliki beliau.
Chilwell bolos dan dikeluarkan awal dari permainan memberikan kekecewaan berganda walaupun gaya permainannya seakan akan memberikan harapan untuk mengutip points yang lebih tinggi.
Haaland (C), the proven goalscorer pada GW1, gagal menghasilkan points seperti yang diharapkan.
Unexpected points provider goes to Odegaard dengan mengambil tugas sepakan penalti dari Saka dan menghasilkan 11 points termasuk bonus.
Rata rata players tidak berapa menjadi, namun aku akan memberikan peluang terakhir pada GW3. Jika skrip yang sama berulang, wildcard without hesitation.
Who will be in for GW3? Nantikan di dalam stream aku yang akan datang. Jangan lupa untuk subscribe channel Youtube Straight Outta Bench.