Koleksi Nasihat Ustaz

  • Home
  • Koleksi Nasihat Ustaz

Koleksi Nasihat Ustaz Perkongsian Koleksi Nasihat Ustaz

Isteri yang kuat rohaninya..
07/04/2024

Isteri yang kuat rohaninya..

Isteri yang kuat rohaninya akan tetap tenang menghadapi ujian menerpa.
Isteri yang teguh imannya akan tetap tabah walau sebesar apa masalah yang menimpa.

Jatuh, dia bangun.
Rebah, dia bangkit semula.
Kerana dia tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuannya.
Kerana dia yakin, Allah itu tidak pernah zalim. Susah senang, sihat dan sakit, ketawa dan air mata, semua adalah berjalan diatas Qada dan QadarNya yang Azali.

Menangis tidak salah.
Menangis bukan petanda kita lemah.
Menangislah semahu mu,
mengadulah pada Allah.
Dia maha mendengar,
Dia maha mengetahui.
Doalah, merayulah.
Allah ada, Allah s**a, s**a pada hambaNya yang ikhlas dalam meminta.
Usai menangis, sekalah air mata mu.
Kuatkanlah langkah kaki mu.

Kerana segala kesulitan yang ada di dunia tidaklah sebanding dengan kesusahan di Akhirat.
Andai kau mengalah dengan ujian dunia, adakah kau akan mampu menanggung kesusahan di kehidupan sana kelak?

Jangan putus asa, jangan sekali-kali.
Allah tidak Redha pada hamba yang berputus asa dengan RahmatNya, kerana putus asa itu sifatnya iblis laknatullah.

"Saya sudah solat 5 waktu. Saya sudah usaha banyakkan amalan zikir. Baca Al Quran setiap hari. Tapi kenapa iman saya masih rapuh? Kenapa saya masih s**a mengeluh? "

Sekarang tanyalah diri,
apakah sudah kenal akan Tuhan?
Ilmu Tauhid sudah kemaskah didalam dada?
Perihal Qada Qadar Allah apakah sudah diperhalusi?
Bagaimana p**a dengan ibadah hati,
sudah kah dalami ilmu Tasawuf?
Boleh bezakah yang mana sifat Mazmumah yang mana sifat Mahmudah?

Pokok pangkalnya, tanya diri apakah sudah lunas ilmu Fardhu Ain?
Ilmu yang wajib dipelajari sebelum umur baligh lagi. Maka marilah kita tepuk dada, tenung diri. Adakah ini penyebab rapuhnya iman di hati?

Tauhid, Feqah, Tasawuf. Inilah ilmu yang Fardhu. Sebagaimana wajibnya solat 5 waktu, terlebih wajib lagi mengaji ilmu Fardhu ain itu.

Pesanan ini tiadalah lain di tulis buat diri sendiri jua, Ummu Zahro

Tulisan Ummu Zahro Siti Nabyelah

31/03/2024

pesanan Imam Ghazali iaitu
Pesanan Imam Al- Ghazali :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah S.W.T berbanding kita.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koleksi Nasihat Ustaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share