13/06/2023
Service Centre Cuai Lagi Menyusahkan
6 Jun 2023 - Datang utk bagi tahu aduan utk isu sensor aritu dah tak problem cuma ada masalah bunyi di engine mcm bunyi piston ring.
Pomen suruh isi minyak RON97, bagitahu kereta akan ok tanpa buat pemeriksaan terlebih dahulu.
12 Jun 2023 - Datang semula ke SC Proton jam 8.30 pgi sebab bunyi di engine masih ada.
Jam 3.51 petang pomen call bagi tahu masalah bukan dari piston ring tapi bunyi dari compressor dan kos nak buat lebih kurang 1k-1.3k dan perlu buat deposit.
Jam 4.00 petang lebih naik moto pegi ke SC utk bayar deposit dan staff di kaunter maklum dia cadangkan buat di tempat lain kerana isu barang tak ckup dan di tempat lain ada specialist dia sendiri dan kunci diserahkan.
Jam 4.30 ptg patah balik ke rumah park moto dan naik grab ke SC.
Lebih kurang kul 5 petang sampai di SC bawa kereta kluar dan terus balik ke rumah.
13 Jun 2023 - Jam 8.30 pagi hantar walk in ke SC Proton cawangan lain pomen datang nk tengok dan terus tanya berkenaan skru yang banyak dekat tempat wiper. Buka bonet tengok cover engine dan timimg belt tidak dipasang. COVER TAK DIPASANG! Hose power stering pulak terkoyak kene timing belt.
Macam mana diorang buat kerja ni?
Sumber: Netizen