Penalti

Penalti Laman bola sepak paling power di Malaysia
(4)

Saluto al campione Giorgio ChielliniHARRY Kane menamakan Giorgio Chiellini sebagai dua di antara pertahanan paling s**ar...
13/12/2023

Saluto al campione Giorgio Chiellini

HARRY Kane menamakan Giorgio Chiellini sebagai dua di antara pertahanan paling s**ar pernah dihadapi, seorang lagi John Terry.

Kane menyatakan Chiellini bijak menggunakan batang tubuh sebagai senjata sehingga dikenali sebagai pertahanan disegani di dalam generasinya.

Menguatkan kenyataan itu Walter Mazzarri pernah berkata, si King Kong boleh menambat tiga pemain dengan hanya seorang diri.

Malah, Robin van Persie menggelar pemain ini sebagai 'killer' atau pembunuh dan pernah meminta Arsene Wenger membawanya ke Arsenal supaya menjadi lebih kompeten.

Selain itu, Jose Mourinho turut sama memuji dengan berkata, Cheillini dan Leo Bonucci layak memberi syarahan tentang pertahanan di Universiti Harvard.

Buat pengetahuan, Cheillini dan Bonucci sering dibandingkan dengan duo legenda lain seperti Beckenbauer-Schwarzenbeck, Scirea-Gentile dan Baresi-Costacurta.

Hakikatnya, mereka lebih dikenali melalui gandingan 'catenaccio' BBC bersama Andrea Barzagli yang menguasai Itali dan Eropah suatu masa dahulu.

Jika diputar kembali masa, sekitar 20 tahun dahulu tiada siapa menyangka anak kelahiran Pisa ini mampu mencapai reputasi tersebut.

Lihat pada gaya pun sudah ada rasa ragu-ragu, wajahnya tidak pernah serius, mudah tersenyum dan memohon maaf setiap kali melakukan kekasaran.

Chiellini juga tak lekang daripada sikap cuai ketika membuat hantaran termasuk s**a bertindak agresif dalam situasi yang tidak sepatutnya.

Meskipun begitu, secara semulajadi beliau memiliki kelebihan daripada segi terjahan, keupayaan menambat selain penguasaan di ruang udara.

Paling penting beliau adalah seorang 'fighter' yang berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir meskipun kepala berdarah, bahu dikokak gigi drakula Suarez dan sebagainya.

Momen paling ikonik sudah pasti tragedi menarik baju Bukayo Saka yang mengingatkan semua tentang aspek utama dalam pertahanan adalah menghalang pihak lawan.

King Kong merupakan pemain kelima paling banyak mewakili Azzurri iaitu sebanyak 117 kali dan duduk sama garis bersama Daniel De Rossi.

Memulakan karier bola sepak di Livorno pada tahun 2000 kemudian berpindah ke Fiorentina sebelum ke destinasi menjadikan beliau seorang juara di Juventus pada 2005.

Di Turin beliau menjadikan Alex Del Piero, Gigi Buffon, Gianluca Pessotto dan Alessandro Birindelli sebagai pemain yang banyak memberi pengaruh dalam bentuk mentaliti Juventus.

Apa yang menarik pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dan Perdagangan dari University of Turin itu tidak pernah memenangi apa-apa kejuaraan bersama Nyonya Tua dari tahun 2006 sehingga 2012.

Beliau kemudian membantu Juventus memenangi kejuaraan Lega Serie A untuk sembilan kali berturut-turut dan layak ke dua perlawanan akhir Champions League.

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, ada usia 39, semalam Chiellini mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak.

Beliau menyifatkan perjalanan kariernya sebagai sesuatu yang indah.

Bernasib baik?Apakah Manchester City pas**an bola sepak terbaik di dunia?Berapa lama lagi mereka boleh bertahan untuk te...
04/06/2023

Bernasib baik?

Apakah Manchester City pas**an bola sepak terbaik di dunia?

Berapa lama lagi mereka boleh bertahan untuk terus bergantung kepada duit pengeluaran minyak.

10 tahun? 15 tahun? Selepas itu bagaimana, adakah hanya tinggal heritage sahaja?

ORTEGA MENGGILA, MAGIS BERGKAMP WARNA-WARNI BELANDA VS ARGENTINABELANDA dijadualkan bertemu Argentina pada suku akhir Pi...
05/12/2022

ORTEGA MENGGILA, MAGIS BERGKAMP WARNA-WARNI BELANDA VS ARGENTINA

BELANDA dijadualkan bertemu Argentina pada suku akhir Piala Dunia 2022 Qatar minggu ini.

Sejarah menyaksikan setiap kali dua negara ini bertembung pasti ada sahaja perkara menarik berlaku.

Admin secara peribadi masih terbayangkan aksi mereka pada Piala Dunia Perancis 1998.

Pada ketika ini Argentina cukup digeruni dengan Garbriel Batistuta dan Claudio Lopez berperanan sebagai penyerang kembar.

Duo ini dibantu kelincahan Ariel Ortega selain Diego Simeone, Juan Veron, Javier Zanetti serta Matías Almeyda.

Bagi Belanda p**a, jentera serangan mereka diterajui figura kontroversi pada ketika itu Patrick Kluivert.

Membantu sama Dennis Bergkamp, Philip Cocu selain Edgar Davis.

Oranje turut dibarisi legenda seperti Jaap Stam, Michael Reiziger dan adik beradik De Boer.

Permainan berlangsung seimbang dengan Belanda membuka tirai melalui Kluivert hasil umpanan Cocu.

Argentina yang tersentak bangkit mengatur serangan balas dan berhasil melalui jaringan Lopez.

Pada ketika ini Ortego sedikit demi sedikit mula menguasai perlawanan melalui magisnya dan nyaris menjaringkan gol kemenangan.

Namun tiang gol menjadi penghalang, begitu juga cubaan Batistuta turut dihalang palang.

Babak akhir perlawanan ini bakal diingati dunia dengan Ortega mula hilang akalnya selepas dikasari.

Pengadil seperti mahu memberikan sepakan penalti namun bertukar fikiran selepas Ortega menanduk muka Edwin Van Der Sar.

Ortega kemudian dilayangi kad merah sebelum Bergkamp menjaringkan antara gol tercantik di piala dunia.

Bergkamp menerima hantaran De Boer sebelum menahan dan melantutkan bola memperdaya Roberto Ayala lalu menendang menggunakan bahagian luar kaki.

Carlos Roa yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan tidak mampu melakukan apa-apa pun.

Belanda mara ke separuh dalam situasi gol saat akhir antara yang paling dramatik dalam sejarah piala dunia.

ASIA BAGUS, DUNIA KENAL BAREPEMAIN bola sepak Asia kini bernilai 80 juta euro!Demikian kenyataan Napoli bagi mana-mana p...
27/11/2022

ASIA BAGUS, DUNIA KENAL BARE

PEMAIN bola sepak Asia kini bernilai 80 juta euro!

Demikian kenyataan Napoli bagi mana-mana pas**an berminat mendapatkan Kim Min-Jae.

Menurut Partenopei, klausa perpindahan bermula daripada 40 sehingga 80 juta euro mengikut kedudukan kewangan pembida.

Min-Jae sedang menikmati saat gemilang karier bola sepaknya sehingga digelar sebagai 'monster' selain 'a defensive wall'.

Pemain Asia menerima julukan nama sebegitu di negara yang mengagungkan aspek pertahanan, ia sangat luar biasa.

Malah beliau turut dinamakan sebagai pemain terbaik bulan September, selepas enam minggu melakukan debut di Serie A.

10 tahun lalu tiada siapa pernah membayangkan pemain dari benua ini boleh mencecah nilai tersebut.

Pemain Asia sering dianggap lemau, tak cukup zat, kecil, tidak kompeten malah jauh ketinggalan berbanding benua lain.

Asia juga dilihat sebagai lubuk atau pas**an belasahan bila beradu di kancah bola sepak dunia.

Namun trend itu semakin berubah, Asia kini lebih celik taktikal, mereka mengubah diet pemakanan dan pelbagai aspek lain.

Pendek kata Asia sudah berubah, Asia semakin baik, Asia bagus.

Mungkin piala dunia masih jauh daripada jangkauan namun sekurangnya ia tidak lagi dibuli dan mampu memberikan saingan hebat.

Transfer guru Walter Sabatini suatu ketika pernah menilai apa yang ada pada pemain Asia.

Beliau memberi contoh Takehiro Tomiyasu yang dibawanya ke Bologna pada tahun 2019.

Katanya, mentaliti pemain Jepun itu luar biasa, sanggup bekerja keras dan sentiasa fokus di atas padang.

Katanya lagi, jika melihat Tomiyasu berlatih, anda seperti mahu membawa masuk lebih ramai lagi pemain Asia.

Justeru, kebangkitan Asia yang disaksikan pada Piala Dunia Qatar 2022 bukan satu kebetulan tetapi hakikat yang perlu diakui.

Tidak dapat disangkal lagi, kemas**an anak muda Perancis ini merubah mood Real Madrid untuk mengejar kedudukan gol.
05/05/2022

Tidak dapat disangkal lagi, kemas**an anak muda Perancis ini merubah mood Real Madrid untuk mengejar kedudukan gol.

DON CARLO DAN ACLCarlo Ancelotti ada hubungan yang istimewa dengan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).Beliau pe...
05/05/2022

DON CARLO DAN ACL

Carlo Ancelotti ada hubungan yang istimewa dengan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Beliau pernah mengalaminya sekitar tahun 1980an pada ketika dunia perubatan tidak semoden sekarang.

Ancelotti diangkat sebagai pemain tengah hebat di zamannya dengan gabungan elemen kreativiti, kelajuan dan kekuatan.

Namun selepas mengalami ACL, beliau terpaksa mengubah gaya permainan supaya lebih banyakkan hantaran berbanding gerakan dan larian.

Perubahan gaya permainan ini menarik minat Arrigo Sacchi untuk membawanya menyertai skuad Grande Milan.

Semasa Nicolo Zaniolo mengalami ACL kedua, Ancelotti ada menghubungi pemain itu dan menasihatkan supaya bertukar posisi menjadi playmaker sehebatnya.

Nasihat dan kata-kata semangat turut diberikan kepada Jesse Rodriguez ketika berdepan kecederaan sama.

Coach dah baru tapi kalau struktur sama. Hmm
21/01/2022

Coach dah baru tapi kalau struktur sama. Hmm

Dengan segala kemelut melanda ketika ini, mampukah Harimau Malaya yang ketika ini mempunyai pengendali Korea Selatan mengaum semula?

  gais. Tak sabar game petang ni.
06/12/2021

gais. Tak sabar game petang ni.

TEPAT pukul 5.30 petang ini, skuad Harimau Malaya bakal membuka tirai perjuangan dalam kempen Piala Suzuki AFF 2020 menentang Kemboja

Siapa pilihan korang? Atas kertas JDT favourite. Bangsa Johor bakal dapat cuti esok ke?
30/11/2021

Siapa pilihan korang? Atas kertas JDT favourite. Bangsa Johor bakal dapat cuti esok ke?

PERTEMBUNGAN akhir Piala Malaysia malam ini antara Kuala Lumpur (KL) City FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menjanjikan aksi menarik.

Panas gais panas! Match malam ni belum start dah panas.
14/11/2021

Panas gais panas! Match malam ni belum start dah panas.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'mempelawa' Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk diet, namun pelawaan 'ditolak' Sanusi.

LORENZO LUCCA: THE RETURN OF PRIMA PUNTAKEJOHANAN Euro lalu menyaksikan betapa tumpulnya barisan penyerang Itali ditunja...
30/10/2021

LORENZO LUCCA: THE RETURN OF PRIMA PUNTA

KEJOHANAN Euro lalu menyaksikan betapa tumpulnya barisan penyerang Itali ditunjangi Ciro Immobile dan Galo Belotti.

Immobile meneruskan prestasi tidak konsisten bersama Nazionale meskipun 'garang' di Lazio, dengan Galo yang suatu ketika diberi tanda harga 100 juta euro semakin hilang taring sejak kembali daripada kecederaan.

Barisan pemain muda juga belum menampakkan belang dengan prestasi Giacomo Raspadori, Moise Kean dan Gianluca Scamacca masih diragui.

Pada ketika ramai merasakan Azzurri ketandusan bakat di barisan hadapan, peminat dikejutkan dengan sesuatu yang luar biasa di Lega Serie B.

Serie B kini ditawan Lorenzo Lucca?

Lucca adalah nama yang asing namun kini sedang menempa sejarah susulan daripada kecemerlangan menjaringkan 6 gol dalam 8 giornata pertama bersama Pisa.

Prestasi magnum opus pemain berusia 21 tahun itu membolehkan Pisa kini menerajui Lega sekali gus menjadi pas**an pilihan ke Serie A musim depan.

Apabila melihatkan kelibat produk akademi Torino itu, ramai tidak dapat menahan diri daripada membandingkannya dengan legenda Luca Toni.

Manakan tidak, lihat sahaja batang tubuh beliau setinggi 2.01 meter itu, kelebihan yang semakin jarang ditemui dalam kalangan pemain tempatan.

Lucca memiliki gaya permainan keras, lasak, rajin selain bijak menggunakan kelebihan ketinggiannya.

Peminat mula memberi gambaran beliau adalah penyerang atau prima punta yang dinanti-nantikan selama ini dan wajar diberikan peluang untuk bersama Nazionale.

Harapan peminat didengari CT Itali, Roberto Mancini yang ditemani Alberico Evani meluangkan masa menyaksikan perlawanan antara Pisa dan Pordenone, baru-baru ini.

Malah, kelab-kelab besar Itali sudah mula memasang impian untuk mendapatkan pemain yang dibeli Pisa pada sekitar harga 2 juta euro itu.

Berita terbaharu menyaksikan Juventus kini sedang mendahului pesaing-pesaing lain, ini ekoran daripada Pengarah Sukan Pisa merupakan abang kepada Giorgio Chiellini.

Bagaimanapun, agen Lucca enggan bercakap mengenai perpindahan ke mana-mana kelab besar kerana apa yang penting kini pemain itu membangun dengan baik.

Ini kerana, pada usia 21 tahun, Lucca digambarkan sebagai banyak ketinggalan berbanding pemain-pemain muda lain yang ada di Itali.

PAOLO DIBELENGGU KEHEBATAN FABIOSIAPA tidak kenal dengan Fabio Cannavaro, mogul penting kepada kejayaan Itali dalam meng...
24/10/2021

PAOLO DIBELENGGU KEHEBATAN FABIO

SIAPA tidak kenal dengan Fabio Cannavaro, mogul penting kepada kejayaan Itali dalam menggapai Piala Dunia ke-4 negara itu.

Pemain yang terkenal dengan jolokan nama Tembok Berlin itu diiktiraf sebagai satu daripada pertahanan terbaik sepanjang masa.

Seperti diketahui ramai, Fabio bukanlah satu-satunya pemain bola sepak dalam keluarga Cannavaro kerana adiknya Paolo juga menjadikan s**an ini sebagai kerjaya.

Seperti mana Fabio, Paolo juga bermain di posisi pertahanan tengah sepanjang hanyat kariernya yang berakhir pada tahun 2017.

Memulakan karier bola sepak di kelab setempat Napoli, beliau kemudian berkelana di tsekitar Itali iaitu Parma, Verona dan Sassuolo.

Jika mahu dibandingkan daripada segi kejayaan, Paolo kurang memberansangkan berbanding Fabio yang memenangi banyak kejuaraan domestik dan Eropah.

Paolo hanya mampu membawa p**ang piala kejuaraan Coppa Itali bersama Napoli, iaitu 20 tahun selepas kali terakhir kelab berkenaan meraih piala terakhir.

Dari sudut permainan, Paolo tidak diberikan kelebihan semulajadi dalam aspek kelajuan namun beliau merupakan seorang pemain yang tenang ketika mengawal dan bijak dalam memintas bola.

Beliau selesa bermain dalam formasi tiga pertahanan tengah dengan memainkan peranan anchor atau teraju utama ketika proses pembinaan permainan.

Oleh disebabkan kelebihan yang agak terhad, s**ar untuk beliau bersaing dengan ramai pemain Itali lain bagi meloloskan diri untuk mendapat tempat dalam pas**an kebangsaan Itali.

Sepanjang hayat karier selama 19 tahun, Paolo hanya sekali sahaja dipanggil untuk menyertai skuad Nazionale ketika di bawah bimbingan Roberto Donadoni.

Paolo pernah berdepan saat gelap dalam hidupnya apabila disabitkan kesalahan mengatur perlawanan dan diarahkan untuk menjalani hukuman penjara.

Sesudah menamatkan karier bola sepak, Paolo mengikut jejak abangnya ke China memainkan peranan sebagai pembantu jurulatih bersama kelab Guangzhou F.C.

MAKIN GARANG! EVERGREEN DE SCIGLIOJUVENTUS kini sedang melakukan kebangkitan luar biasa selepas bermula dengan langkah m...
23/10/2021

MAKIN GARANG! EVERGREEN DE SCIGLIO

JUVENTUS kini sedang melakukan kebangkitan luar biasa selepas bermula dengan langkah mengecewakan di awal musim.

Mogul penting di sebalik kejayaan ini sudah pasti jurulatih Max Allegri yang terkenal dengan bola sepak negatif namun mampu membawa p**ang mata berharga.

Selain itu, kecemerlangan pemain veteran Mattia De Sciglio sejak kebelakangan ini turut menyumbang kepada kebangkitan the Old Lady.

Dua assist dalam dua perlawanan terakhir membolehkan Juventus kembali ke kelompok elit bagi mencabar kejuaraan domestik dan Eropah.

De Sciglio bukan nama asing dalam dunia bola sepak Itali malah beliau merupakan antara tonggak utama pas**an kebangsaan suatu ketika dahulu.

Pemain yang boleh bermain di posisi bek kiri dan kanan ini merupakan pertahanan kental lagi tenang ketika di kemuncak kariernya.

Namun masalah kecederaan yang sering membelenggu, selain keputusan untuk berpindah secara pinjaman ke Lyon musim lalu membuatkan aksi beliau hilang dari radar peminat bola sepak Itali.

Ramai menjangkakan pemain berusia 29 tahun itu akan meninggalkan Juventus namun kepercayaan yang diberikan oleh Allegri membulatkan tekad beliau untuk terus kekal di Allianz Stadium.

Dan sudah pasti prestasi cemerlang bekas pemain AC Milan ini menarik perhatian CT Itali, Roberto Mancini yang dilihat tandus pilihan di bahagian bek kiri dan kanan.

Sejak kecederaan dialami Leo Spinazzola, Mancini lebih gemar menggunakan Emerson Palmeiri dan Di Lorenzo meskipun kadang kala prestasi mereka dipersoalkan.

Mungkin sudah tiba masa untuk Mancini berubah angin mencari alternatif baharu.

Abang ada menulis sikit kat sini. Semoga Eriksen segera sembuh.
13/06/2021

Abang ada menulis sikit kat sini. Semoga Eriksen segera sembuh.

SELAMA kira-kira satu jam, warga bola sepak dunia menyaksikan detik menakutkan selepas Christian Eriksen tiba-tiba rebah di atas padang.

Semoga yang baik-baik untuk Christian Eriksen.
12/06/2021

Semoga yang baik-baik untuk Christian Eriksen.

PERLAWANAN pembukaan antara Denmark dan Finland dihentikan selepas tonggak tengah Denmark, Christian Eriksen tiba-tiba rebah.

Maka bermulalah malam tanpa tidur. Mungkin Abang Balun buat comeback kat sini. Mungkin.
11/06/2021

Maka bermulalah malam tanpa tidur. Mungkin Abang Balun buat comeback kat sini. Mungkin.

Hari-hari tanpa tidur peminat setia bola sepak apabila Euro 2020 bermula awal pagi esok dengan perlawanan antara Itali menentang Turki.

Salam takziah. Semoga pemain memberi kemenangan malam ini.
11/06/2021

Salam takziah. Semoga pemain memberi kemenangan malam ini.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menerima berita duka kehilangan bapanya hanya beberapa jam sebelum menentang Vietnam.

PENYAMBUNG LEGASI ROMAN: LOPE SETARAF DE BRUYNE?BILA portal s**an Breaking The Line membuat analisis perbandingan kreati...
11/05/2021

PENYAMBUNG LEGASI ROMAN: LOPE SETARAF DE BRUYNE?

BILA portal s**an Breaking The Line membuat analisis perbandingan kreativiti di antara Kevin De Bruyne dengan Lorenzo Pellegrini (LoPe), admin agak terkujat.

Sebagai pengikut setia bola sepak Itali, tiada apa yang admin dapat ucapkan selain daripada terima kasih atas usaha tersebut.

Analisisnya agak panjang, sesiapa yang berminat boleh membaca laporan lanjut di portal berkenaan.

Dalam analisis tersebut, LoPe dilaporkan secara purata mencipta 2.7 peluang bagi setiap perlawanan dalam tempoh tiga musim atau nilai purata xG 0.11.

Manakala, De Bruyne p**a secara purata mencipta 3.6 peluang setiap perlawanan atau nilai purata xG 0.12.

Mereka adalah antara dua pemain kelompok atasan yang menghasilkan banyak peluang dalam satu-satu perlawanan di Eropah pada ketika ini.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Liverpool, A.Madrid termasuk Barcelona sudah cuba merisik untuk mendapatkan kapten AS Roma ini menyertai mereka musim hadapan.

Sebenarnya, agak luar biasa apabila ada pihak cuba membandingkan kelibat LoPe dengan De Bruyne, kerana kita tahu pemain Manchester City itu adalah pemain tengah paling lengkap di dunia.

Visi dan hantaran dimiliki De Bruyne sama seperti apa yang pakar sering ungkapkan terhadap Francesco Totti, iaitu dapat melihat sesuatu perkara sebelum ianya berlaku.

Seperti mana De Bruyne, LoPe juga tidak bernasib baik di awal karier bola sepaknya apabila dilepaskan oleh kelab asal untuk mencari peluang bermain secara lebih kerap.

Produk akademi La Lupa itu dilepaskan ke Sassuolo selama dua musim sebelum dibeli semula sebagai persediaan menggantikan Daniele De Rossi yang sudah berada di penghujung karier.

LoPe secara asasnya hanyalah pemain biasa, average sahaja, tiada elemen magis dalam permainannya kecuali memiliki teknik yang baik.

Kelebihan itu digunakan beliau semaksimum mungkin bagi memperbaiki diri sehingga diangkat sebagai antara pemain kreatif di Eropah pada ketika ini.

Beliau pada asalnya bermain di posisi regista ketika di akademi dan Sassuolo, sebelum berubah ke mezzala jika formasi memerlukan penggunaan pivot berkembar atau tiga pemain tengah.

LoPe mula mempamerkan sisi kreatif di bawah kendalian Eusebio Di Francesco, di mana beliau diberikan peranan nombor 10 dan menjadi lebih ke hadapan di bawah kendalian Paulo Fonseca.

Kini menggalas tugas sebagai kapten pada usia 24 tahun selepas berlaku perselisihan faham di antara penyandang Edin Dzeko dan jurulatih, LoPe dilihat sebagai lambang baharu kepada Roma.

Beliau sering dijadikan model atau ikutan kepada rakan-rakan pada ketika moral pas**an berada di paras terendah, kerana LoPe akan terus berjuang sehingga ke wisel penamat.

Beliau adalah penyambung legasi kepahlawanan Roman di ibu kota untuk kekal setia dengan satu kelab sehingga ke hujung karier.

Bagaimanapun, ada berita tidak sedap didengar susulan daripada pelantikan Jose Mourinho sebagai jurulatih yang memperlihatkan LoPe kini tiada dalam perancangan beliau.

Terus cari tiket sekarangggg.
18/03/2021

Terus cari tiket sekarangggg.

Berita baik buat peminat s**an tempatan apabila kerajaan bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium mengikut SOP yang ditetapkan.

REVOLUSI SPINETTO SISI 'HITAM' ARGENTINA, SIMEONEUMUM mengetahui betapa bijak, luar biasa serta buasnya Diego Simeone ke...
20/02/2021

REVOLUSI SPINETTO SISI 'HITAM' ARGENTINA, SIMEONE

UMUM mengetahui betapa bijak, luar biasa serta buasnya Diego Simeone ketika masih bergelar pemain bola sepak.

Beliau bukan sahaja berkemahiran tinggi, celik taktikal malah memiliki ruang lingkup hantaran yang sangat tepat.

Justeru, tidak hairanlah banyak portal dan majalah bola sepak dunia menamakan Simeone sebagai 10 pemain defensif midfielder terbaik sepanjang zaman.

Bagaimanapun, dunia lebih mengingati beliau sebagai seorang yang memiliki banyak sisi 'hitam' dalam elemen permainannya.

Kamikaze, tidak berhati perut, provokatif serta pantang diajak berentap merupakan sebahagian daripada sikap buruk Simeone yang diingati sehingga ke hari ini.

Namun begitu, ia bukanlah sikap semulajadi El Cholo, tetapi diasuh oleh seorang jurulatih yang juga pencetus revolusi bola sepak di Argentina.

Simeone memulakan karier di Velez Sarsfield, di sinilah beliau bertemu Victorio Spinetto iaitu bekas jurulatih Argentina pada akhir 1950-an hingga awal 1960-an

Media melaporkan, Spinetto bukanlah seseorang yang boleh dibawa bergurau, dan merupakan individu bertanggungjawab merubah pendekatan Argentina menjadi 'antifootball'.

Menurut sejarah, sebelum revolusi Spinetto, bola sepak Argentina mengamalkan gaya seperti tiki-taka yang mengutamakan permainan cantik dikenali sebagai La Nuestra.

Namun, kekalahan 6-1 kepada Czechoslovakia pada Piala Dunia 1958 menjadi tamparan kerana La Nuestra telah mengaibkan Argentina.

Spinetto yang kemudiannya dilantik menjadi jurulatih skuad kebangsaan telah mengubah gaya tersebut.

Argentina pada ketika itu mula memiliki variasi dalam permainan mereka, bukan sahaja boleh bermain cantik, malah hebat ketika bertahan.

Pemain mula ditanam dengan sikap sebagai sang juara, kegagalan tidak boleh diterima langsung dan kemenangan adalah suatu kewajiban.

Dari sinilah wujudnya frasa 'effort is non negotiable' dan permainan berpas**an menjadi keutamaan berbanding persembahan individu.

Frasa berkenaan menjadi paksi kepada kejayaan Simeone sebagai seorang pemain bola sepak yang memiliki identiti tersendiri.

Prinsip permainan Spinetto kemudian dibawa Simeone ke Atletico Madrid yang dapat disaksikan sendiri peminat bagaimana bersungguhnya mereka ketika bertahan dan menyerang.

LEG PRESS 500 KG, RAHSIA KECERGASAN ZANETTISIAPA tidak mengenali legenda ini yang menghabiskan seluruh hayat bola sepakn...
19/02/2021

LEG PRESS 500 KG, RAHSIA KECERGASAN ZANETTI

SIAPA tidak mengenali legenda ini yang menghabiskan seluruh hayat bola sepaknya bersama Inter Milan.

Javier Zanetti ketika di kemuncak prestasi merupakan pemain bek kanan berkelas dunia dan menjadi idaman banyak kelab-kelab ternama.

Malah, Real Madrid di zaman Florentina Perez memiliki carta yang meletakkan Zanetti sebagai pemain sasaran utama untuk melengkapkan skuad impian Galacticos 1.0.

Namun, kapten Nerazzurri itu dengan tegas menyatakan wang bukanlah segala-galanya dalam bola sepak.

Bersara pada tahun 2014 selepas lebih 20 tahun bergelumang dengan keringat sebelum mengambil keputusan menerajui bidang pengurusan di Inter.

Pasti ramai sedar dan tertanya-tanya bagaimanakah Zanetti mampu mengekalkan prestasi dan stamina selama lebih 20 tahun.

Untuk rekod beliau bermain dalam 858 perlawanan bersama Inter dan memenangi 16 kejuaraan antaranya lima Scudetto serta satu UEFA Champions League.

Baru-baru ini, beliau mendedahkan rahsia yang selama ini tidak diketahui dan nyata ramai terkejut dengan pendedahan tersebut.

Zanetti mendedahkan, sejak tiba di Itali pada tahun 1995, beliau menjalani latihan kaki di gym setiap hari isnin atau bersama pas**an secara berjadual.

Di gym beliau akan melakukan latihan press kedua-dua belah kaki dengan berat 500 kilogram, dan 310 kilogram untuk sebelah kaki.

Zanetti mengakui latihan tersebut sebagai 'gila' dan amat menyeksakan namun ia mampu memperkuatkan otot serta mengelak daripada mudah cedera.

Selain itu, beliau mengakui tidak mudah penat selepas selesai permainan dan sudah bersedia untuk menempuh perlawanan lain.

'SEGUNDO VOLANTE' LAHIRNYA MARCHISIO BAHARUPADA usia 14 tahun, dua kelab dari kota Milan pernah bersaing untuk mendapatk...
18/02/2021

'SEGUNDO VOLANTE' LAHIRNYA MARCHISIO BAHARU

PADA usia 14 tahun, dua kelab dari kota Milan pernah bersaing untuk mendapatkan pemain yang digelar 'segundo volante' ini.

Namun, Genoa menolak untuk melepaskan produk muda berkenaan kerana bimbang tenggelam dek karenah birokrasi dan amalan kronisme.

Peminat Football Manager (FM) pastinya mengenali Nicolo Rovella, 19, kerana beliau merupakan 'wonder kids' dalam aplikasi tersebut.

Manakala, umum mula perasan akan kehadiran beliau pada Disember tahun lalu, apabila Rovella dengan tenang menguasai bahagian tengah ketika bertemu Juventus.

Old Lady yang mempertaruhkan permainan fizikal Adrien Rabiot, Rodrigo Bentancur dan Weston McKennie terpaksa akur dengan kualiti dimiliki Rovella.

Persembahan magnum opus itu menarik minat Andrea Pirlo yang seperti diketahui ramai s**ar untuk terpesona dengan mana-mana pemain.

Bimbang disambar lawan, pihak pengurusan Juventus pada jendela perpindahan lalu telah bertandang ke Luigi Ferraris Stadium untuk berbincang tentang Rovella.

Rundingan dikhabarkan berjalan rumit dengan akhirnya Juventus bersedia untuk melepaskan dua pemain muda beserta sejumlah wang.

Media melaporkan, transaksi perpindahan melibatkan sejumlah yuran yang agak besar iaitu sekitar 18 juta euro.

Il Grifone turut mensyaratkan Rovella perlu menghabiskan musim ini bersama mereka, atau untuk jangka masa lebih panjang mengikut persetujuan Juventus.

Setakat ini, Rovella sudah bermain dalam sembilan perlawanan bersama Genoa dengan purata setiap perlawanan beliau berlari sekitar 12 kilometer.

Purata tersebut merupakan kedua tertinggi di Lega Serie A selepas Marcelo Brozovic dan sebelum Sergei Milinkovic Savic.

Beliau digelar sebagai 'segundo volante' kerana dianggap sebagai pemain tengah lengkap yang boleh bermain di posisi mezzala, regista termasuk trequartista.

Gelaran 'segundo volante' unik kerana tidak ramai pemain mampu memilikinya, dengan kali terakhir ia digalas oleh atlet berkudrat luar biasa Claudio Marchisio.

Kapten skuad Itali bawah 19 tahun itu menjadikan Luka Modric sebagai model ikutan.

Terbaharu jurulatih Genoa, Davide Ballardini mengakui kualiti dimiliki Rovella mampu menjadi faktor pemisah di antara dua pas**an.

Selain mendakwa sering kali kebingungan sama ada mahu menurunkan Milan Badelj yang lebih makan garam atau Rovella dalam setiap perlawanan.

BALING BELAKANG: PERLAWANAN EPIKPIALA Dunia 2010 yang diadakan buat pertama kali di bumi Afrika tidak pernah dianggap se...
12/02/2021

BALING BELAKANG: PERLAWANAN EPIK

PIALA Dunia 2010 yang diadakan buat pertama kali di bumi Afrika tidak pernah dianggap sebagai kejohanan terbaik pernah dilangsungkan malah mempunyai reputasi agak buruk.

Siapa boleh lupa tentang bola rasmi Jabulani yang langsung tidak digemari penjaga gol dan beberapa keputusan pengadil yang telah mencemarkan seni serta keindahan Piala Dunia itu sendiri.

Yang paling banyak diperkatakan hingga ke hari ini tentu sekali sepakan jauh Frank Lampard menewaskan Manuel Neuer tetapi tidak dikira sebagai gol.

Namun begitu, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetap meninggalkan memori untuk terus diingati. Vuvuzela - menjengkelkan tetapi sampai sekarang masih diingati.

Begitu juga dengan lagu rasmi Waka Waka nyanyian Shakira dan paling utama, kejayaan skuad emas Sepanyol di bawah bimbingan Vicente Del Bosque merangkul gelaran buat kali pertama dalam sejarah.

Cakaplah apa sahaja tentang Piala Dunia 2010 tetapi mesti akan ada satu perlawanan ini yang tidak akan terlepas untuk diselitkan sebagai antara perlawanan paling epik, menarik dan penuh dengan drama.

2 Julai 2010 di Soccer City, Johannesburg. Uruguay bertemu Ghana di peringkat Suku Akhir.

Ghana sebagai wakil tunggal benua Afrika sudah semestinya berbekalkan semangat membara untuk merampas tiket ke Separuh Akhir dijadualkan bertemu Belanda yang telah menyingkirkan Brazil sebelum itu.

Semuanya seolah-olah telah memihak kepada Ghana apabila gol cantik Sulley Muntari sebelum wisel separuh masa pertama ditiupkan telah meletakkan Black Stars di hadapan apatah lagi Uruguay kehilangan kapten mereka, Diego Lugano akibat kecederaan.

Walau bagaimanapun, Uruguay tidak mengalah dan hasilnya Diego Forlan meledak menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gol, Richard Kingson dan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengheret ke masa tambahan.

Di sinilah klimaks drama benar-benar memuncak. Penghujung separuh masa kedua, Ghana memperoleh sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol Uruguay. John Paintsil ditugaskan mengambil sepakan.

Lambungannya menemui Stephen Appiah namun sepakan pemain yang ketika itu mewakili Bologna dihadang Luis Suarez di atas garisan. Bola melantun dan dengan pantas ditanduk Dominic Adiyiah namun Suarez yang terkenal dengan gaya permainan kotor menampan menggunakan tangan.

Ghana dihadiahkan sepakan penalti. Suarez dihukum kad merah. Seluruh stadium, mungkin seluruh Afrika bersorak. Mungkin inilah masanya mereka mempunyai wakil di peringkat Separuh Akhir.

Tampil Asamoah Gyan yang pada ketika itu bermain di Perancis bersama Rennes dengan berani mengambil tanggungjawab menjadi wira Ghana, wira Afrika.

Gyan mengambil langkah namun sepakannya terkena palang gol dan melantun keluar. Uruguay masih berpeluang. Suarez yang sebelum itu kelihatan mengalirkan air mata kembali ceria berlari-lari gembira ke bilik persalinan.

Perlawanan beralih ke penentuan sepakan penalti dan kali ini, Gyan mahu menebus kesilapan berjaya menembusi gawang Fernando Muslera.

Walau bagaimanapun, dua sepakan lemah daripada Adiyiah dan kapten Ghana, John Mensah menyukarkan peluang Black Stars. Bagaikan tiada tekanan, Sebastian Abreu kemudiannya melengkapkan malam bersejarah Uruguay apabila tenang menewaskan Kingson menerusi sepakan Panenka.

Uruguay layak ke Separuh Akhir apabila sepakan penalti berkesudahan 4-2. Bercucuran air mata pemain Ghana dan jutaan rakyatnya serta punah harapan benua Afrika.

SAVORANI 'DEWA MIDAS' MENYINARKAN EMAS SZCZESNY, BECKERTIDAK keterlaluan jika dikatakan Wojciech Szczesny dan Alisson Be...
06/02/2021

SAVORANI 'DEWA MIDAS' MENYINARKAN EMAS SZCZESNY, BECKER

TIDAK keterlaluan jika dikatakan Wojciech Szczesny dan Alisson Becker merupakan antara penjaga gol terbaik di Eropah.

Mereka masing-masing menjadi tonggak kepada pas**an juara iaitu Juventus dan Liverpool.

Namun, tahukah anda bahawa kejayaan mereka hari ini adalah hasil daripada sentuhan Midas (emas) seorang jurulatih dari skuad belia AS Roma.

Marco Savorani mempunyai sejarah panjang dalam dunia bola sepak Itali, di mana beliau merupakan penjaga gol yang memenangi Scudetto 1983 bersama Giallorossi.

Beliau pernah berkhidmat di Chievo, Atalanta dan Siena, selain menolak pelawaan Antonio Conte ke Chelsea.

Savorani mendakwa, seruan pertiwi yang kuat dari tempat kelahiran menjadi asbab beliau menolak peluang menarik di kota London.

Szczesny datang ke kota Rom dengan reputasi buruk, susulan daripada masalah sikap serta tabiat sering melakukan kesilapan mudah.

Namun secara dasarnya, Savorani melihat Szczesny sebagai individu luar biasa dan hanya perlu memperbaiki beberapa perkara asas untuk menjadi yang terbaik.

Bagi memasukkan karektor seorang penjaga gol Itali, setiap gerak-geri beliau dirakam sama ada dalam permainan atau semasa sesi latihan untuk dianalisis.

Bukan hanya di lapangan, Savorani juga didakwa sering memerhatikan aktiviti sosial Szczesny dengan mengenakan rejim pemakanan, rehat serta tidur yang teratur.

Selain itu, berpeluang berguru bersama pakar taktikal, Luciano Spaletti telah mempertingkatkan keupayaan beliau membaca perlawanan dari kaca mata seorang penjaga gol.

Dua musim bersama Roma, Szczesny yang memiliki tabiat merokok di Arsenal menjadi 'barang panas' di Serie A apabila mencatatkan clean sheet terbanyak sehingga memikat Juventus.

"I've learnt more in four months at Roma than 10 years at Arsenal." kata Szczesny.

Setahun selepas ketibaan Szczesny, datang Becker yang memiliki reputasi besar di Brazil sebagai satu lagi produk bertaraf dunia milik negara itu.

Betapa Brazil mahu menjaga bakat dimiliki Becker, pemain itu diminta untuk melaporkan perkembangan semasa kepada legenda Claudio Taffarel bagi tujuan penambahbaikan.

Ketika kali pertama tiba di pusat latihan Trigoria, Savorani melihat bentuk badan Becker terlalu gempal, perlahan selain sangat lemah dalam elemen permainan kaki.

Banyak kerja perlu dilakukan dalam mempersiapkan Becker sehingga beliau diperam selama semusim dan hanya beraksi dalam kejohanan Europa League dan Coppa Italia sahaja.

Ketika ini merupakan saat paling kritikan dalam karier bola sepak Becker sehingga beliau pernah mengadu tertekan apabila perlu melalui sesi latihan kaki selama 48 jam.

Selain perlu menjalani drills tertentu dalam bentuk formasi ketika pas**an sedang menyerang dan bertahan.

Szczesny dan Becker menjadi rakan 'sparing' yang sangat kompetitif dengan masing-masing enggan bercakap tentang siapa penjaga gol nombor satu dan dua.

Mereka juga dianggap sebagai pasangan penjaga gol terbaik sepanjang zaman pernah dimiliki Roma dalam kalangan peminat.

Kedua-dua pemain berkenaan sebelum mengucapkan salam perpisahan tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada SAVORANI!!!

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penalti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penalti:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share

About Penalti

PENALTI! Gugup dibuatnya apabila Indonesia mendapat sepakan penalti. Baru minit ke-17. Agregat 3-0 sememangnya memberi kelebihan tetapi tiada jaminan Christian Gonzales akan mengaku kalah begitu sahaja.

Firman Utina nampaknya sudah bersedia untuk mengambil sepakan penalti.

Khairul Fahmi p**a tidak boleh duduk diam. Sekejap berdiri, sekejap menunduk. Nak tengok betul-betul agaknya ke arah mana sepakan Firman.

Sebaik sahaja Firman meluru dan menendang bola ke kanannya, Apek p**a melompat ke kirinya.