Projek Imarah Masjid - Imasjid.my

  • Home
  • Projek Imarah Masjid - Imasjid.my

Projek Imarah Masjid - Imasjid.my Alf Agency Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Pengiklanan di atas talian.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67, Malaysia! Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini, mar...
30/08/2024

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67, Malaysia!

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini, mari kita merenung kembali fungsi masjid yang banyak dibina, dan semakin banyak juga masjid dinaiktaraf menjadi bertambah indah serta selesa.

Masjid ini bukan hanya rumah ibadah buat umat Islam, tetapi juga tempat menyemai cinta kepada agama dan tanah air. Di sini, kita belajar erti kesatuan dan perpaduan, sebagaimana rakyat Malaysia yang bersatu padu mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

🌿 Kemerdekaan bukan sekadar bebas dari penjajahan, tetapi juga kebebasan untuk membina negara dengan nilai-nilai Islam yang murni. 🌿

Semoga kemerdekaan ini terus memacu kita untuk menjadi umat yang lebih bertaqwa, berilmu, dan berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Selalu singgah masjid? Ada amalkan doa masuk dan keluar masjid tak?Jom kita amalkan doa-doa ini :
28/08/2024

Selalu singgah masjid?

Ada amalkan doa masuk dan keluar masjid tak?

Jom kita amalkan doa-doa ini :

Shhh...Ingat tak ketika kita masih kecil, emak, ayah, atuk dan nenek akan meminta kita diam apabila terdengar laungan az...
23/08/2024

Shhh...

Ingat tak ketika kita masih kecil, emak, ayah, atuk dan nenek akan meminta kita diam apabila terdengar laungan azan.

Ketika kita dibangku sekolah, baru kita tahu kenapa perlu diam ketika azan.

Ini kerana, kita mahu menjawab panggilan azan yang menyeru umat Islam menuju kejayaan dan solat.

Azan juga mengandungi kalimah-kalimah tauhid yang menegaskan keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Lafaz azan juga mengandungi ajakan untuk mendirikan solat dan menggapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Azan dikumandangkan dengan suara yang lantang dan merdu agar dapat didengar oleh orang ramai.

Sudah tahu kenapa dan apakah kelebihannya? Jom kita laziminya selepas ini.

Tahukah anda 3 ibadah tertua di dunia?
21/08/2024

Tahukah anda 3 ibadah tertua di dunia?

Assalamualaikum dan selamat pagi...Alhamdulillah kita masih diberi nikmat untuk terus menyedut udara di bumi Allah ini.H...
16/08/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Alhamdulillah kita masih diberi nikmat untuk terus menyedut udara di bumi Allah ini.

Hari ini, hari Jumaat kan? Jom kita ambil keberkataan pada penghulu segala hari ini dengan melazimi zikir dalam perjalanan mengisi rohani.

Zikir adalah cara yang mudah dan efektif untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...Bagaimana pagi anda hari ini? Diharap semuanya berjalan dengan lancar.Setiap ha...
14/08/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Bagaimana pagi anda hari ini? Diharap semuanya berjalan dengan lancar.

Setiap hari ada sahaja yang kita perlu laksanakan, sama ada mencari nafkah atau pun sebagai seorang suri rumah.

Tapi kita sedar dan tahu tak, jika setiap perbuatan yang kita lakukan itu disertai dengan niat akan mendapat pahala beribadah kepada Allah SWT.

Ini saya kongsikan 3 Tips Untuk Ibadah di Terima Allah SWT
Lillah - kerana Allah
Billah - atas syariat Allah
Fillah - dengan pertolongan Allah

Jangan lupa perbetulkan niat kita setiap hari untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Mudah-mudahan hidup kita sentiasa di bawah rahmat-Nya

Salam Jumaat semua...Jom kita berdoa di hari yang mulia ini, mudah-mudahan kita senantiasa di bawah rahmat Illahi.
09/08/2024

Salam Jumaat semua...

Jom kita berdoa di hari yang mulia ini, mudah-mudahan kita senantiasa di bawah rahmat Illahi.

Jom... Jalinkan ikatan kekeluargaan melalui masjid...
07/08/2024

Jom... Jalinkan ikatan kekeluargaan melalui masjid...

Setiap pengakhiran pasti ada yang baru…Muharram akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi.Mari kita panjatkan doa agar...
02/08/2024

Setiap pengakhiran pasti ada yang baru…

Muharram akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi.

Mari kita panjatkan doa agar segala amalan kita diterima dan diberkati. Semoga kita terus diberikan petunjuk dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan.

💖 Semoga bulan yang akan datang membawa lebih banyak rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Aamiin. 💖

4 TIPS UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI JEMAAH KE MASJIDMasjid boleh laburkan untuk mencantikkan bilik air - bilik air yang can...
31/07/2024

4 TIPS UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI JEMAAH KE MASJID

Masjid boleh laburkan untuk mencantikkan bilik air - bilik air yang cantik mampu mempromosikan jenama masjid kepada masyarakat

Wangi - ambil inisiatif untuk memastikan masjid sentiasa bersih dan wangi

Berhawa dingin - masjid yang berhawa dingin akan memberi keselesaan kepada jemaah, tidak mustahillah masjid yang mempunyai kemudahan ini akan lebih kerap dikunjungi jemaah

Cendera hati - ini adalah satu insiatif yang boleh menaikkan imej dan menyebarkan kehebatan masjid kepada khalayak melalui teknik promosi ini

Ada tips lain?

Jom kongsi apakah kaedah yang dilakukan oleh masjid di kawasan sekitar anda untuk menambah imarah…

Salam Jumaat sahabat semua…Nak tahu tak satu lagi rahsia untuk dapatkan pahala lebih di hari Jumaat ini?Cuba periksa di ...
26/07/2024

Salam Jumaat sahabat semua…

Nak tahu tak satu lagi rahsia untuk dapatkan pahala lebih di hari Jumaat ini?

Cuba periksa di dalam almari, ada tak baju, jubah atau pakaian berwarna putih?

Haaa… inilah rahsianya, pakaian berwarna putih!

Kenapa?

Dahulu ketika Rasulullah SAW masih hidup, baginda sentiasa memakai pakaian berwarna putih pada hari Jumaat.

Baginda juga menggalakkan umatnya memakai pakaian bewarna putih kerana pakaian bewarna ini adalah pakaian yang lebih baik berbanding warna lain.

روى الترمذي -وقال الألباني: صحيح- عَنِ ابن عباس رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «البَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ البَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ».

Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Pakailah oleh kamu pakaian yang putih kerana itu termasuk pakaian yang paling baik. Dan berilah kafan kepada orang mati di antara kamu dengan kain warna putih.” (HR Tirmidzi)

Ikuti 6 Lifestyle Rasulullah SAW di Bulan Ramadan1. Bersahur2.Segerakan berbuka puasa3.Berbuka dengan beberapa biji kurm...
27/03/2024

Ikuti 6 Lifestyle Rasulullah SAW di Bulan Ramadan

1. Bersahur
2.Segerakan berbuka puasa
3.Berbuka dengan beberapa biji kurma
4.Tidur sebentar sebelum solat Zohor - tidur Qailulah
5.Menjaga lisan - tidak mengumpat, mencaci
6.Berinfaq sedikit harta dengan memberi makan kepada orang berpuasa

Infak Jumaat Sedekah tidak akan pernah membuatkan diri kita miskin.Ayuh rebut peluang berinfaq dan bersedekah di hari Ju...
22/03/2024

Infak Jumaat

Sedekah tidak akan pernah membuatkan diri kita miskin.

Ayuh rebut peluang berinfaq dan bersedekah di hari Jumaat di bulan Ramadan ini.

“Sedekah apakah yang paling afdal?” Baginda menjawab, “Sedekah pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Amalan yang dinanti umat...Selain berpuasa, solat terawih, dan amalan sunat lain, sedekah juga antara amalan yang dinant...
20/03/2024

Amalan yang dinanti umat...

Selain berpuasa, solat terawih, dan amalan sunat lain, sedekah juga antara amalan yang dinantikan oleh setiap daripada umat Islam khususnya para dermawan yang senantiasa bersedia untuk berinfak bagi tujuan ihya’ Ramadan.

Allah SWT berfirman maksudnya:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 261)

Sebulan Allah Latih Jadi Ikhlas Dengan RamadanIkhlas adalah satu perkara sukar untuk dilakukan.Namun, di bulan Ramadan i...
15/03/2024

Sebulan Allah Latih Jadi Ikhlas Dengan Ramadan

Ikhlas adalah satu perkara sukar untuk dilakukan.

Namun, di bulan Ramadan inilah Allah SWT telah melatih diri kita untuk menjadi ikhlas.

Di mana puasa adalah satu ibadah yang tidak boleh diukur berbanding dengan ibadah lain.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita hampir sebulan menjalani ibadah puasa ini.

Amalkan doa untuk memohon supaya kita sentiasa ikhlas dan tenang :

أَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Ertinya : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."

08/03/2024
Wah kehebatan Ramadan bukan sahaja pada ganjaran yang dijanjikan Allah tetapi nama-namanya sendiri...
06/03/2024

Wah kehebatan Ramadan bukan sahaja pada ganjaran yang dijanjikan Allah tetapi nama-namanya sendiri...

Tik Tok Tik Tok...Ramadan makin menjelma
01/03/2024

Tik Tok Tik Tok...

Ramadan makin menjelma

KHUTBAH RASULULLAH MENJELANG AKHIR SYA'BANبِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ”Wahai manusia, sunguh telah dekat kepadamu ...
29/02/2024

KHUTBAH RASULULLAH MENJELANG AKHIR SYA'BAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
”Wahai manusia, sunguh telah dekat kepadamu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkahan, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan, bulan yang mana Allah tetapkan puasa di siang harinya sebagai fardhu, dan shalat (tarawih) di malamnya sebagai sunah. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.

Barangsiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya. Inilah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah surga, bulan ini merupakan bulan kedermawanan dan simpati (satu rasa) terhadap sesama. Dan bulan dimana rizki orang-orang yang beriman ditambah. Barang siapa memberi makan (untuk berbuka) orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa.

Mereka (para sahabat) berkata : “Wahai Rasulullah! tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang bisa diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”
Rasulullah menjawab: “Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan sebiji kurma, atau seteguk air, atau setetes susu”. Inilah bulan yang permulaannya (sepuluh hari pertama) Allah menurunkan rahmat, yang pertengahannya (sepuluh hari pertengahan) Allah memberikan ampunan, dan yang terakhirnya (sepuluh hari terakhir) Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka . Barangsiapa yang meringankan hamba sahayanya di bulan ini, maka Allah SWT akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.

Dan perbanyaklah melakukan empat hal di bulan ini, yang dua hal dapat mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan yang dua hal kamu pasti memerlukannya. Dua hal yang mendatangkan keridhaan Allah yaitu syahadah (Laailaaha illallaah) dan beristighfar kepada Allah, dan dua hal yang pasti kalian memerlukannya yaitu mohonlah kepada-Nya untuk masuk surga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka .

Dan barang siapa memberi minum kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (Haudh) dimana dengan sekali minum ia tidak akan merasakan haus sehingga ia memasuki surga “. [Shahih ibnu Khuzaymah no. 1887]

Masih belum qada puasa Ramadan? Rebutlah kebaikan bercabang-cabang di bulan Syaaban ini...Hari ini kita Syaaban telah me...
23/02/2024

Masih belum qada puasa Ramadan? Rebutlah kebaikan bercabang-cabang di bulan Syaaban ini...

Hari ini kita Syaaban telah memasuki hari ke-13 hanya berbaki beberapa belas hari saja lagi ke bulan Ramadan.

Ada yang masih belum lunaskan puasa ganti sebelum ini ke?

Sudah bayar fidyah?

Tahu tak dalam bulan Syaaban ini Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa sunat yang tidak berlaku seperti bulan lain.

Istimewa untuk kita adalah boleh berpuasa sunat seperti :

-Isnin dan Khamis
-13,14, dqn 15 Syaaban
-Berpuasa Daud iaitu berpuasa selang sehari

Malah, mengikut sebahagian ulama' umat Islam juga dibenarkan berpuasa bergandingan iaitu antara puasa ganti dan sunat.

"Masih belum terlambat kejar pahala SyaabanJom amalkan 8 perkara ini...1. Solat awal waktu2. Banyakkan istigfar3. Banyak...
21/02/2024

"Masih belum terlambat kejar pahala Syaaban

Jom amalkan 8 perkara ini...

1. Solat awal waktu
2. Banyakkan istigfar
3. Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad
4. Perbanyakkan membaca dan mentadbur al-Quran
5. Perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Illahi
6. Puasa sunat Isnin dan Khamis
7. Puasa sunat hari putih
8. Puasa Nabi Daud A.S"

Hidupkan Syaaban dengan berselawatSyaaban adalah bulan di mana turunnya ayat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Malah ...
16/02/2024

Hidupkan Syaaban dengan berselawat

Syaaban adalah bulan di mana turunnya ayat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Malah selawat juga adalah ibadah yang tidak mungkin ditolak oleh Allah SWT.

Kejarlah pahala ibadah dengan berselawat...amalkan setiap masa ya...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera

Selamat tinggal Rejab semoga kita bertemu lagi...
09/02/2024

Selamat tinggal Rejab semoga kita bertemu lagi...

Hai tengah cemburu ke?Sifat cemburu sebenarnya sebahagian naluri manusia di mana akan mendorong orang lain turut berusah...
07/02/2024

Hai tengah cemburu ke?

Sifat cemburu sebenarnya sebahagian naluri manusia di mana akan mendorong orang lain turut berusaha untuk berjaya.

Namun perasaan ini perlu dikawal supaya ia tidak menjadi hasad.

Ada beberapa tips untuk mengelakkan rasa cemburu menjadi hasad :

1.Bertegur sapa
2.Memberi pujian
3.Memberi salam
4.Tolong menolong
5.Meraikan kejayaan bersama

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah hasad (dengki) kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Peristiwa Bailtul Maqdis di bulan RejabTahu tak dalam bulan Rejab ini ada peristiwa yang berlaku terhadap tempat suci um...
31/01/2024

Peristiwa Bailtul Maqdis di bulan Rejab

Tahu tak dalam bulan Rejab ini ada peristiwa yang berlaku terhadap tempat suci umat Islam iaitu di Baitul Maqdis?

Setelah Baitul Maqdis ditawan tentera Salib pada Julai 1099.

Perang Salib Pertama yang dilancarkan oleh Paus Urban II ini adalah untuk :
-membebaskan Baitu Maqdis daripada pemerintahan Islam
-membebaskan orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam

Bagaimana pun pada bulan Rejab, pada tahun 583 hijrah tentera Islam yang diketuai Salahuddin Al-Ayubi telah berjaya menawan kembali kota Baitul Maqdis daripada tentera Salib.

Ini bermakna tentera Islam berjaya membebaskan semula Baitul Maqdis daripada pemerintah bukan Islam selepas kali pertama kota ini dibuka oleh Khilafah Saidina Umar Al-Khattab RA.

 Masjid Negeri PerakMasjid Negeri Perak dikenali sebagai Masjid Sultan Idris Shah II yang telah dirasmikan pada 15 Septe...
24/01/2024



Masjid Negeri Perak
Masjid Negeri Perak dikenali sebagai Masjid Sultan Idris Shah II yang telah dirasmikan pada 15 September 1978.

Nama masjid ini diambil sempena sultan Perak ke-33 iaitu Sultan Idris Shah II (1963-1984) yang turut berkenan merasmikan pembukaan masjid ini.

Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh.

Idea asal pembinaan masjid ini bermula daripada (Allahyarham) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951 yang turut menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Jumlah kos perbelanjaan pembinaannya ialah RM1,840,000.00.

Apa itu C.I.N.T.A
19/01/2024

Apa itu C.I.N.T.A

Masjid Mukim RazaleighMasjid Mukim Razaleigh merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kawasan pekan di Ban...
12/01/2024

Masjid Mukim Razaleigh

Masjid Mukim Razaleigh merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kawasan pekan di Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan Darul Naim. Masjid ini dipercayai merupakan masjid terawal dibina dalam Jajahan Gua Musang (dahulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan) dan dijadikan sebagai masjid bandar (iaitu masjid besar dalam suatu daerah atau jajahan)

Masjid baharu ini mula dibina pada April 2016. Masjid yang berkeluasan 99,000 kaki persegi ini bernilai lebih RM32 juta. Masjid ini dibina menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang mana idea tersebut datang daripada YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang sendiri. Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin. Ia dibina di atas tapak Balai Polis Lama Gua Musang seluas 1.5 hektar. Bangunan baharu dijangka mampu menampung sehingga 3,500 orang jemaah (termasuk kawasan halaman masjid). Masjid baharu ini dilengkapi sembilan buah menara setinggi 30 meter dan lapan buah kubah mirip Masjidil Haram di Makkah.

Memandangkan masjid ini menyerupai Masjidil Haram yang juga digelar Al-Haram Al-Makki (الحرم المكي), maka masjid baharu ini juga digelar Al-Haram Al-Ghari (الحرم الغاري الشريف) sempena nama Gua Musang itu sendiri iaitu Gharistan (غارستان). Terdapat juga sebilangan orang yang tersalah anggap bahawa masjid baharu ini menyerupai Masjid Nabawi di Madinah; sedangkan ianya menyerupai Masjidil Haram di Makkah.

Address


Telephone

+60195592432

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Imarah Masjid - Imasjid.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Projek Imarah Masjid - Imasjid.my:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share