15/02/2024
Penjawat awam bukan mesin mekanikal
KUALA LUMPUR: Penjawat awam merupakan nadi kepada kelangsungan negara Malaysia dan bukan mesin mekanikal yang hanya memerlukan kepada minyak hitam dan bensin untuk bergerak.
Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan berkata, penjawat awam adalah manusia yang memerlukan keadilan supaya mudah untuk bekerja bersama-sama,โ katanya.
Beliau menyatakan, tindakan DAP sebelum ini sebagai berjaya mengekalkan โprojectionโ untuk mengurangkan penjawat awam dengan melaksanakan satu sistem penilaian kepada penjawat awam setelah memansuhkan pencen.
โDemerit Performance Evaluation (DEEP) adalah satu sistem penilaian kepada penjawat awam diwujudkan dengan memberikan markah asas 100, kemudian ditolak jika mereka gagal mencapai objektif ditetapkan.
โSistem yang diperkenalkan selepas memansuhkan pencen dalam keadaan tidak ada penyelesaian baru bagi mengganti sistem pencen sudah tentu telah melemahkan semangat penjawat awam,โ jelasnya.
Menurutnya, setelah keistimewaan mereka ditarik, diperkenalkan p**a satu sistem penilaian yang kononnya ingin memastikan mereka sentiasa memberikan yang terbaik.
โDi mana logiknya tindakan kerajaan pada hari ini? Setelah menekan penjawat awam, memaksa p**a mereka untuk mengekalkan prestasi.
โSaya melihat, ini adalah satu tindakan yang selari dengan matlamat DAP, ingin mengurangkan jumlah penjawat awam dalam negara.
โKita bercakaran, tetapi mereka tetap berjaya menjalankan agenda mereka,โ tegas beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, masalah ini adalah berpunca apabila kuasa politik dipegang oleh DAP kerana pendekatan mereka tidak sesuai dengan Tanah Melayu.
โBilakah masanya Umno belajar dari kesilapan demi kesilapan yang akibatnya ditanggung oleh rakyat?
โJangan kata Melayu, kaum Cina sendiri telah mula menyatakan keganjilan tindak-tanduk DAP dalam politik tanah air merimaskan mereka,โ katanya. HARAKAHDAILY 15/2/2024
share & sebarkan