Berita Marhaen FELDA
- Home
- Berita Marhaen FELDA
Peneroka, Anak Peneroka, Cucu, Cicit, Piut dan Miut Peneroka. Lontarkan Suara anda dari Tanah Rancangan.
Address
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Berita Marhaen FELDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Shortcuts
- Address
- Alerts
- Claim ownership or report listing
-
Want your business to be the top-listed Media Company?
RANJAU HIDUP PENEROKA FELDA
Sekitar tahun 1960an dan 70an, kebanyakkan ibu bapa kita mula menduduki tanah Rancangan FELDA. Walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang terlalu jauh dari kampung halaman masing-masing - menerjah jalan bertanah merah, meredah hutan belantara, berhenti di sesetengah perjalanan untuk memberi laluan kepada kumpulan gajah melintas, mengenepikan ketakutan yang amat sangat demi mengejar kehidupan yang halal untuk anak-beranak, ibu bapa kita menyimpan kisah-kisah yang terlalu berharga untuk kita lupakan begitu sahaja.
Dengan tiada kemudahan asas yang disediakan secukupnya (kalau ada paip air awam pun, tiada air paip yang sampai) tanpa elektrik, bekalan makanan terlalu sedikit yang di bawa dari kampung halaman, tanpa kedai runcit, tanpa akses ke bandar terdekat kerana keadaan jalan tanah merah yang terlalu teruk dilalui motor terutamanya ketika hujan, ibubapa kita bukan sahaja terpaksa mengikat perut demi memberi makan kepada anak-anak, tetapi juga terpaksa menjadi kreatif untuk menghasilkan makanan dari tumbuhan liar disekitar kawasan rumah atau belukar berdekatan. Malah buah sawit juga dijadikan makanan (lepat sawit).
Semua ini tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Ia adalah cerita-cerita yang terlalu berharga dan tidak boleh hilang tanpa direkodkan. Justeru page @berita marhaenFELDA ini diwujudkan untuk mengumpulkan kisah-kisah ini pada satu masa nanti sebelum semua PENEROKA asal meninggalkan dunia.
Selain itu page @beritamarhaenFELDA juga diwujudkan bagi membincangkan apa sahaja isu-isu berkaitan FELDA di seluruh negara. Memandangkan majoriti kawasan rancangan FELDA terletak di kawasan pedalaman, agak mudah isu-isu yang membelengui mereka ‘terlepas pandang’ oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Justeru page ini diharap dapat memainkan peranan untuk menyatukan suara-suara warga FELDA dari generasi pertama hingga ke generasi muda, untuk menyuarakan apa sahaja pandangan atau aduan bagi mencari penyelesaian positif.