Sahabat Al-Quds

  • Home
  • Sahabat Al-Quds

Sahabat Al-Quds Bersama Pembebasan Al-Quds

Siasatan oleh akhbar Israel Haaretz mendedahkan bahawa askar Israel membakar rumah di Semenanjung Gaza mengikut arahan d...
01/02/2024

Siasatan oleh akhbar Israel Haaretz mendedahkan bahawa askar Israel membakar rumah di Semenanjung Gaza mengikut arahan daripada komander mereka, yang menyuruh semuanya dibakar sehingga tidak boleh digunakan.

Sumber: Quds News Network

🔰Wajah Gaza: senyuman harapan yang tidak akan hilang!Kredit: Mithaq
29/01/2024

🔰Wajah Gaza: senyuman harapan yang tidak akan hilang!

Kredit: Mithaq

♥️
15/01/2024

♥️

Adakah anda masih bersama Palestin?
15/01/2024

Adakah anda masih bersama Palestin?

Berhenti atau Teruskan,Kita tetap bersama Palestin☝️
13/01/2024

Berhenti atau Teruskan,
Kita tetap bersama Palestin☝️

TIGA BULAN TAUFAN AL-AQSA7 Oktober 2023 - 7 Januari 2024Adakah anda masih bersama?
07/01/2024

TIGA BULAN TAUFAN AL-AQSA
7 Oktober 2023 - 7 Januari 2024

Adakah anda masih bersama?

“Wahai kekasihku, hamba Allah’’‘’Kami tinggalkan rumah kami dengan mengetahui bahawa ia selamat selagi anda berada di sa...
02/01/2024

“Wahai kekasihku, hamba Allah’’

‘’Kami tinggalkan rumah kami dengan mengetahui bahawa ia selamat selagi anda berada di sana. Terima kasih kepada anda, kami akan kembali tidak lama lagi.’’

‘’Almari coklat di dapur, kami isinya dengan makanan dalam tin untuk anda. Ribuan kesihatan yang baik dan kebahagiaan didoakan untuk anda.

‘’Di sudut ruang tamu, di bawah tempat duduk sofa coklat dan kuning air, ada kunci bilik tidur. Buka sahaja pintunya, ada duit di atas katil. Jika anda perlu, ambil, belanjalah dengan gembira.’’

‘’Jika rumah itu musnah, itu adalah pengorbanan kami yang kecil, kerana - kasut di kaki anda lebih berharga daripada rumah ini. Hanya satu permintaan kami: Jaga diri anda dan kekal selamat.”

Demikian kata-kata surat yang menyentuh hati, seorang penghuni rumah di Gaza kepada pejuang Hamas yang menghargai perjuangan mereka, berkorban nyawa untuk Gaza mengatasi segala-galanya.

Sumber: X Suleiman Ahmad

27/12/2023

PEJUANG YANG LEBIH BAIK DARI LAILATUL QADAR

Daripada Abdullah bin Umar RA, bersabda Rasulullah SAW:

ألا أنبئكم بليلة أفضل من ليلة القدر؟ حارس حرس في أرض خوف، لعله أن لا يرجع إلى أهله

“Mahukah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih baik dari malam Lailatul Qadar? Seorang yang berkawal di bumi yang menakutkan dan berkemungkinan dia tidak mampu lagi kembali kepada keluarganya.”

HR AL-HAKIM
Dinilai sahih oleh al-Hakim

Hadis Palestin 🇵🇸

La Scala Theatre. Milan Italy.
26/12/2023

La Scala Theatre. Milan Italy.

21/12/2023

PERANG SALIB MILLENIUM

Jihad Taufan Al Aqsa, menghimpunkan tentera² berbagai negara Kristian Eropah untuk memerangi Islam di Timur Tengah.

Ini persis sama seperti Perang Salib zaman Salahuddin Al Ayyubi ke arah merebut Jerusalem & Palestin.

Bezanya ialah :

1. Zaman Perang Salib pertama dahulu, negara² Islam belum dijajah pemikiran الغزو الفكرى . Masalah Umat Islam ketika itu hanya perpecahan, dan berjaya disatukan oleh Salahuddin Al Ayyubi.

2. Zaman Perang Salib Millenium dalam Taufan Al-Aqsa saat ini, masalah Umat Islam adalah :

(a) Umat Islam dijajah pemikiran mereka hingga hilang semangat jihad, takut mati syahid, cinta Dunia, s**a & bantu Barat.

(b) Pemimpin² umat Islam talibarut Barat, kagumi mereka, bergantung kuasa dari Barat, khianat Umat Islam dll.

Kredit : Ustaz Abdul Halim Abdullah

Abu Ubaidah vs Daniel Hagari(There's a list guy)Jurucakap HAMAS vs Jurucakap IOFPenyebar kebenaran vs Penyebar kebathila...
20/12/2023

Abu Ubaidah vs
Daniel Hagari(There's a list guy)

Jurucakap HAMAS vs
Jurucakap IOF

Penyebar kebenaran vs
Penyebar kebathilan

Penyebar fakta vs
Penyebar auta

EVOLUSI PERANG SARAF DAN PESENJATAAN AL-QASSAMUmum mengetahui kebangkitan di Palestin telah lama berlaku. Bermula dengan...
19/12/2023

EVOLUSI PERANG SARAF DAN PESENJATAAN AL-QASSAM

Umum mengetahui kebangkitan di Palestin telah lama berlaku. Bermula dengan kebangkitan hanya bersenjatakan batu.

Saban tahun telah berlaku banyak kemajuan yang berlaku contohnya keupayaan roket yang dihasilkan. Kalau dahulu mungkin hanya boleh terbang sejauh 40-50km, tetapi pada hari ini terciptnya roket Ayyash 250 yang mampu terbang sejauh 250km.

Perkara ini benar-benar menggugat sistem ketenteraan penjajah Israel, sehinggakan dalam siri serangan 7 Oktober yang lalu, Iron Dome Israel tudak mampu menangkis serangan roket yang dilancarkan pejuang.

Bukan sekadar kecanggihan dari segi peralatan ketenteraan semata, Al-Qassam/Hamas telah berjaya dalam perag saraf di mana dengan penghasilan video-video dan poster propaganda sehingga mesej tersebut sampai ke seluruh pelosok dunia.

Dalam poster dan video yang dihasilkan Al-Qassam juga telah menyebarkan naratif kebobrokan rejim penjajah Idrael dalam bahasa Hebrew. Kemajuan-kemajuan inilah yang telah banyak menggoyahkan penjajah Israel bahkan media barat yang sebelum ini menyebelahi Israel terpaksa menyampaikan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Gaza.

Hamas atau Al-Qassam juga telah menyatukan pejuang-pejuag di Palestin di bawah satu panji dengan tujuan mereka mengalahkan pihak musuh bagi kemerdekaan penuh Palestin.

- Admin Hadis Palestin

"Tiada masa untuk menggoreng telur. Pejuang kami sedang sibuk memanggang Merkava."🔻🔴 Briged Al Qassam, Isnin 18 Disember...
19/12/2023

"Tiada masa untuk menggoreng telur. Pejuang kami sedang sibuk memanggang Merkava."

🔻🔴 Briged Al Qassam, Isnin 18 Disember 2023:

▪️Menembak tentera Zionis di utara Khan Younis dengan peluru mortar

▪️Menyerang Kissufim, penempatan Zionis yang bersempadan dengan Gaza, dengan roket

▪️Menembak kenderaan tentera Zionis dengan peluru anti-kakitangan di timur Khan Younis

▪️Menembak kereta kebal ‘Merkava’ dengan RPG Al-Yasin 105 di Khan Younis

▪️Menembak jip tentera Zionis dengan peluru berpandu anti-perisai di utara Gaza

▪️Menembak sebuah trak yang membawa sejumlah besar tentera Zionis di Beit Lahia dengan peluru berpandu, dan kemudian bertempur dengan mereka dengan mesingan.

▪️Menembak sebuah jip tentera Zionis dengan senjata anti-kakitangan di timur laut Beit Lahia, utara Gaza.

Sumber: Taufan Al Aqsa

19/12/2023

Satu demonstrasi besar-besaran diadakan di New York sebagai sokongan dan solidariti terhadap Palestin dan untuk menuntut pencerobohan penjajah Israel terhadap Semenanjung Gaza ditamatkan secepat mungkin.

Sumber: Shehab

PEPERANGAN TEROWONG.Hingga ke hari ini, AS masih trauma dengan pengalaman buruk sewaktu perang Vietnam. Mereka menggugur...
19/12/2023

PEPERANGAN TEROWONG.

Hingga ke hari ini, AS masih trauma dengan pengalaman buruk sewaktu perang Vietnam. Mereka menggugurkan bom semahu-mahunya dari atas langit, padahal tentera Viet Cong berlindung di bawah tanah.

Kompleks terowong mereka lengkap dengan sistem kelangsungan hidup & perangkap-perangkap yang mematikan. Untuk menjejakinya, tentera AS yang malang akan ditugaskan untuk masuk ke lubang-lubang terowong yang sempit itu.

Mereka hanya mampu mengesot, berbekalkan sepucuk pistol & lampu suluh sahaja. Selalunya pergi tidak kembali.

Percubaan-percubaan tentera AS untuk lumpuhkan sistem terowong Viet Cong tidak pernah berjaya. AS sembur gas beracun, Viet Cong hadang dengan air. AS pam air, mereka kedap dengan tanah keras. Serba tidak menjadi.

Strategi itulah yang kini dihadapi oleh Is Real. Peperangan terowong menjadi strategi yang bijak, ketika berhadapan dengan tentera luar yang masih kabur berkenaan selok belok geografi tanah air yang sedang dipertahankan. Sekalipun mereka memiliki persenjataan yang lebih canggih & banyak, sejarah menunjukkan itu semua belum menjamin kejayaan dalam menghadapi peperangan terowong.

Abdul Mu'izz Muhammad
19 Disember 2023.

Kredit: FB Abdul Mu'izz Muhammad

Teruskan Berdoa.
15/12/2023

Teruskan Berdoa.

We will NEVER forget. We will NEVER stop sharing. 𓂆 ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴ𝓢TIᑎᗴ 🍉
15/12/2023

We will NEVER forget.
We will NEVER stop sharing.
𓂆 ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴ𝓢TIᑎᗴ 🍉

Jangan berhenti bicara tentang Palestin!ᖴoᖇ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸
14/12/2023

Jangan berhenti bicara tentang Palestin!

ᖴoᖇ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸

E'ehhh 👀Soljar pampers ramai-ramai nak pergi jahanam ke tu??!- ᖴoᖇ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸 -
13/12/2023

E'ehhh 👀

Soljar pampers ramai-ramai nak pergi jahanam ke tu??!

- ᖴoᖇ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸 -

We will Never forget .💔We will NEVER stop sharingᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸
13/12/2023

We will Never forget .💔
We will NEVER stop sharing

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸

We will Never forget .💔We will NEVER stop sharingᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸bitar.art
13/12/2023

We will Never forget .💔
We will NEVER stop sharing

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !!🇵🇸
bitar.art

Sebenarnya ok je kan...
12/12/2023

Sebenarnya ok je kan...

Takkan ada bahasa yang sopan untuk mereka yang zalim.Termasuklah pada mereka yang berdiam diri, bertepuk tangan dan meny...
12/12/2023

Takkan ada bahasa yang sopan untuk mereka yang zalim.

Termasuklah pada mereka yang berdiam diri, bertepuk tangan dan menyokong kezaliman ini.

Hanya sanya, anda semua lebih jijik dari bangkai binatang!

WE WILL NEVER FORGET!
11/12/2023

WE WILL NEVER FORGET!


Masihkah kita ingin bermain lagi?Renungi apa yang disampaikan oleh Ustaz Noorazman, Pengasas   berkenaan apa yang berlak...
09/12/2023

Masihkah kita ingin bermain lagi?

Renungi apa yang disampaikan oleh Ustaz Noorazman, Pengasas berkenaan apa yang berlaku khususnya di G4z #

Bantu sebarkan dan supaya lebih ramai mendapat manfaatnya, insya Allah.

https://youtu.be/6rak3jOKSEY?si=RgpaEnWn4h1rcMBA

Kredit : Ansar Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Sedarkah kita apa yang berlaku secara global, mungkin juga bakal berlaku p...

08/12/2023

JIHAD DAN RIBATH TERBAIK ADALAH DI ASQALAN, PALESTIN

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Sabda Rasulullah SAW:

أوَّلُ هذا الأمر نُبُوةٌ ورحمة، ثم يكون خلافة ورحمة، ثم يكون مُلكًا ورحمة، ثم يتكادمون عليه تكادُمَ الحُمُر، فعليكم بالجهاد، وإنَّ أفضل جهادكم الرباط، وإنَّ افضل رباطكم عسقلان.

“Awal bagi perkara ini (pemerintahan umat Islam) adalah kenabian dan rahmah, kemudian ia akan menjadi kekhalifahan dan rahmah, kemudian ia akan menjadi kerajaan beraja dan rahmah, dan kemudian mereka akan saling merebutnya, seperti keldai-keldai yang saling bertelagah, maka wajib ke atas kamu jihad, dan sebaik-baik jihad kamu adalah ribāth (menjaga perbatasan), dan sebaik-baik ribāth kamu adalah Asqalan” (HR At-Tabrani)

Asqalan (Askelon) hari ini berada di bawah jajahan Israel, namun dalam peta zaman dahulu, Gaza juga merupakan sebahagian dari wilayah Asqalan.

Kredit : Hadis Palestin 🇵🇸

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Al-Quds posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share