Negarawan Institute

  • Home
  • Negarawan Institute

Negarawan Institute Negarawan Institute adalah sebuah badan penyelidikan tidak berpihak yand bernekad untuk membumikan wacana aras tinggi untuk manfaat semua lapisan warganegara.

Berbekalkan kajian dan kepakaran, kami menawarkan sudut pandang yang kritis terhadap isu negara. Negarawan Institute berpegang kepada tujuh (7) prinsip yang berikut:

1. Paksi nusa dan bangsa Malaysia adalah berteraskan nilai-nilai dan ketamadunan Melayu Islam.

2. Kesetiaan kepada Raja Berperlembagaan adalah asas kenegaraan yang adil dan berdaulat.

3. Kuasa pemerintahan kerajaan seharusnya terha

d kepada melindungi warganegara dan harta benda mereka.

4. Perlembagaan Persekutuan adalah benteng kebebasan asasi dan keadilan sejagat semua wargengara.

5. Kesaksamaan peluang dan pendidikan adalah sandaran kepada kebajikan dan kemajuan masyarakat.

6. Sudut pandang yang tepat akan muncul dari persaingan idea dalam wacana umum yang bebas dan telus.

7. Pasaran bebas dan dasar mesra usahawan adalah pemangkin kepada kemakmuran ekonomi negara.

30/08/2021
  Ethical ?Before we discuss further on this issue it is important to note that ethics does not decide what is morally r...
01/07/2021

Ethical ?

Before we discuss further on this issue it is important to note that ethics does not decide what is morally right or wrong. Rather it considers how we should act best in the light of our duties and obligations as a moral agent. The 4 main pillars of medical ethics are,

1. Respect for individual autonomy – individuals are regarded as moral agents with duties and obligations and the capacity to understand and make good ethical decisions.
2. Principle of beneficence – seek to do good.
3. Principle of non-maleficence – avoid doing harm.
4. Principle of Justice – people should be treated fairly.

movement is asking the government specifically the Ministry of Health to come out with a short and long-term plan for contract Doctors in Malaysia, to address the concern of contracts doctors have less/no opportunity to specialized and the double standard in benefits being given. If the government failed to address this demands that they will organize a one-day strike on 26th of July 2021.

This strike clashes directly with non – maleficence and beneficence. If they do not turn up to work the patient under their care may be neglected, increase the burden to their colleague to cover for them and they have failed to perform their duty as doctors (avoid doing harm). Doctors must always seek to do good to their patient and avoid anything that could be resulted otherwise. This narrative does have merits to it. The questions that one could ask, if anything happen to the patient under the care of the doctor that strike in solidarity with the movement, should the doctor be held responsible for it?

The other narrative that we should consider as well, is why out of sudden doctors in Malaysia want to launch a strike? Most of the contract doctors and expected to end in December 2021 and there is no plan for what might happen to them. Are the contract doctors being treated fairly when their salary and benefits is different from their permanent counterpart when both share the same work burden? (Against principle of Justice). Is it okay for the contract doctors to be exploited and force to work long hours to tackle the Covid-19 pandemic and eventually get kick out of the Ministry when pandemic is within control? (Against principle of beneficence). The numbers of specialist doctors in Malaysia are still low and yet the government hinders the contract doctor’s specialization with their policy? (Against principle on non-maleficence).

Is it fair for us to expect doctors to follow the ethical principles and always give 100 percent commitment when the government has not done enough for their welfare and violated all the ethical principles against the doctors? Should we then hold this principle against them or Is it okay for them to violate certain principle in order to show solidarity and seeks betterment in their profession and for the country?




 . 1. Hartal  bermaksud protes beramai-ramai, biasanya membabitkan mogok, penutupan tempat kerja, pejabat, kedai dan mah...
29/06/2021

.

1. Hartal bermaksud protes beramai-ramai, biasanya membabitkan mogok, penutupan tempat kerja, pejabat, kedai dan mahkamah sebagai satu bentuk keingkaran awam. Memetik kenyataan Dato’ Dr Adham Baba pada 23 Jun 2021, sebanyak 23,077 lantikan kontrak yang telah ditawarkan dan hanya 3.41 peratus sahaja yang akan dilantik secara tetap.

2. Kebanyakan doktor kontrak dikerah untuk membantu membendung penularan wabak Covid-19. Mereka dihantar ke tempat yang jauh dari tempat tinggal dengan notis yang singkat.. Dengan jumlah kes yang saban hari tinggi, beban dan tanggungjawab mereka semakin tinggi, ada yang perlu oncall selang setiap satu hari dan bekerja dalam waktu yang panjang. Semua ini ditanggung tanpa keluhan untuk berbakti kepada negara. Tetapi apakah balasan yang mereka terima?

3. Tugas dan beban yang sama tetapi gaji dan faedah yang berbeza. Secara asas sekiranya satu pekerjaan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza, kedua – dua mereka diberikan gaji/faedah yang sama kerana itulah prinsip keadilan, tetapi gaji doktor kontrak lebih rendah daripada gaji doktor tetap dan tiada faedah kenaikan gaji diberikan. Faedah cuti sambung belajar, pinjaman skim kerajaan dan juga pelbagai faedah yang lain tidak diberkan kepada doktor kontrak. Ini adalah satu deskriminasi dan eksploitasi tugas yang nyata.

4. Doktor kontrak tidak mempunyai ‘job security’ dan masa depan yang pasti, apabila kontrak mereka tamat, kerajaan boleh memberhentikan mereka dan mereka perlu untuk pergi mencari peluang pekerjaan lain. Dengan pertambahan graduan perubatan pada setiap tahun, persaingan pekerjaan akan menjadi tinggi yang akhirnya akan menyebakan doktor menganggur atau bertukar kerjaya lain. Bidang kedoktoran selalu digambaran dengan profesion yang selamat dan mempunyai masa depan yang cerah, malangnya itu bukan lagi satu perkara yang sama pada hari ini.

5. Peluang untuk menjadi pakar bagi doktor kontrak ini adalah sukar apabila Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tidak boleh dinikmati oleh mereka dan juga tidak boleh melanjut diri ke program master di universiti awam kerana syaratnya adalah perlu menjadi pegawai tetap selama 3 tahun. Peluang yang ada adalah dengan menggunakan duit sendiri untuk memduduki peperiksaan luar dan juga parallel pathway yang mana masih lagi tiada jaminan dari kerajaan untuk digazetkan sebagai pakar. Tidak semua doktor kontrak ini datang dari keluarga yang berada dan mampu untuk membiayai kos ini dengan komitmen yang mereka ada seperti rakyat yang lain. Malaysia masih memerlukan ramai pakar dalam pelbagai bidang, tetapi apabila perkara ini berlaku, kita akan kehilangan ramai bakat – bakat yang berharga dalam negara kerana tidak diberikan peluang yang sama seperti pegawai yang sebelumnya.

6. Adakah wajar apabila seorang doktor berkorban untuk membantu rakyat Malaysia, dan kebajikan dan masa depannya diabaikan? Wajarkah seorang doktor dibebani dengan pelbagai ketidakkepastian sedangkan tenaga dan keringatnya dikerah habis – habisan?Isu ini bukanlah isu yang baru. Pelbagai cadangan, perjumpaan, memorandum telah diadakan tetapi masih tiada sebarang tindakan untuk mengatasi masalah ini.

7. Protes/Hartal adalah satu perkara yang penting dalam konsep kerajaan demokrasi. Ini adalah satu hak yang diberikan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah satu jalan terakhir yang perlu diambil untuk memastikan kebajikan dan masa depan doktor di Malaysia terus terbela. Ini juga menghantar mesej kepada kementerian dan kerajaan bahawa ini adalah isu yang perlu dipandang serius dan tindakan yang drastik diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya isu ini dibiarkan, Malaysia akan kehilangan ramai permata – permata negara. Masalah kekurangan doktor pakar di Malaysia tidak akan dapat diatasi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat Malaysia tidak mendapat servis kesihatan yang baik. Ini adalah masalah yang akhirnya akan meberikan kesan yang buruk kepada seluruh rakyat Malaysia.

8. Ini bukanlah waktu untuk berdiam diri dan melihat sahaja. Sokongan dan suara anda diperlukan untuk membantu doktor kontrak ini daripada terus dianiayai dan juga diekploitasi. Sekiranya bukan kerana Covid-19, berkemungkinan ramai doktor yang akan ditamatkan kontraknya. Kerjaya mereka pada masa ini adalah ibarat telur dihujung tanduk. Ini adalah tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk berdiri dibelakang mereka untuk memberikan sokongan.

“The world suffers a lot, not because of the violence of bad people, but because the silence of good people”.


[KEPERLUAN PELAKSANAAN UNDI 18]Undi 18 atau nama lainnya Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019, telah dib...
26/03/2021

[KEPERLUAN PELAKSANAAN UNDI 18]

Undi 18 atau nama lainnya Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019, telah dibawa oleh Menteria Belia & Sukan sebelum ini YB Syed Saddiq, dan RUU ini diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat yang ketika itu dipengerusi oleh Tan Sri Datuk Mohamad Arif Md. Yusof. RUU ini menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Baru – baru ini Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bahawa
“terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan dasar undi-18, walaupun selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019. Rais berkata, negara masih tidak bersedia untuk membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu, Walaupun sudah lulus, tetapi memberikan senarai bakal pengundi berusia 18 tahun itu memakan masa yang sangat lama. Ia kena diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan senarai konstituensi atau kawasan-kawasan (di seluruh negara)”
Jadi perlu atau tidak kita menyokong Undi 18 dijalankan? Pada pendapat saya perlu.

1. Memberikan suara yang sah kepada pengundi muda. Hak rakyat terbesar di negara ini adalah untuk menentukan pemimpin mereka dan apabila kita memberi hak ini kepada mereka, mereka mempunyai hak dan kuasa sama seperti golongan yang lain di negara ini. Apabila Undi 18 ini dijalankan jumlah pengundi muda akan meningkat, kerajaan menjangkakan jumlah pengundi akan bertambah sebanyak 7.8 juta menjelang pilihanraya 2023. Dengan peningkatan jumlah ini, wakil rakyat akan memberi fokus yang lebih kepada polisi yang dapat menarik minat pengundi muda. Isu seperti penganguran, pinjaman universiti, kemiskinan di bandar dan isu-isu yang menjadi polemik bagi golongan muda akan mula menjadi topik utama dalam perbincangan polisi-polisi di negrara. Dan antara satu cara parti politik di M’sia hendak menarik minat pengundi muda ini adalah dengan meletakkan lebih ramai calon – calon muda semasa pilihanraya, dan ini adalah satu 'empowerment' yang baik kepada golongan muda.

2. Golongan muda juga terimpak besar dengan polisi yang dijalankan oleh kerajaan. Antaranya adalah impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kelas fizikal ditangguhkan dan dijalankan secara online. SOP PKP juga harus diiikuti oleh golongan muda yang mana sekiranya mereka langar perlu membayar kompaun.. Kita selaku fikir yang orang muda kebanyakannya adalah mereka yang sambung pelajaran ke universiti, tetapi golongan muda ini ramai yang apabila tamat persekolahn terus terjun kea lam pekerjaan. Jadi mereka menjadi pembayar cukai, dan terimpak dengan polisi ekonomi dan juga sosial yang diajalankan oleh kerajaan. Apabila mereka terimpak dengan polisi – polisi seperti ini, maka mereka juga perlu diberi ruang yang sah untuk bersuara dengan memberikan mereka hak untuk mengundi.

3. Mengangkat martabat golongan muda. Dengan memberi kepercayaan kepada mereka untuk memilih pemimpin kita telah memberi satu tanggungjawab yang besar kepada golongan muda dan ini secara tidak langsung akan mematangkan mereka. Antara isu yang yang dikatakan adalah umur 18 tahun adalah tidak matang. Bagi saya umur tidak melambangkan kematangan. Ramai dalam kehidupan kita berjumpa dengan golongan yang berumur tetapi tidak matang. Dengan dunia teknologi ini, semua maklumat dihujung jari dan ramai pemuda, sejak zaman sekolah lagi dah berminat isu – isu negara, ekonomi dan mahu suara mereka didengari. Dan sekiranya anda merasakan golongan ini tidak metang, maka beri peluang untuk diskusi mengenai isu politik, ekonomi dan pembangunan negara dijadikan kelaziman di sekolah – sekolah. Kempen – kempen penerangan mengenai kesedaran politik dan tanggungjawan pengundi juga boleh dijalankan. Saya yakin banyak menfaat yang kita boleh dapat daripada perkara ini dan melatih mereka untuk menjadi matang.

4. Alasan birokrasi yang rumit bukan lah satu alasan yang kukuh untuk tidak melaksanakan sesuatu sekiranya perkara itu akan memberikan impak yang besar. Sebagai contoh, perolehan vaksin, bukan satu perkara yang mudah, banyak pihak yang terlibat, banyak kos yang dibelanjakan tetapi kenapa masih teruskan? Kerana perkara ini adalah satu perkara yang akan memberikan impak yang baik kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Sama juga dengan perkara ini, keputusan membenarkan undi 18 ini dapat mengubah landskap politik M’sia daripada golongan ‘tua’, kepada golongan muda. Walau serumit manapun dan menelan kos yang banyak perkara ini perlu dilakukan untuk kebaikan negara kita. Jika dibandingkan dengan negara maju lain seperti USA, France dan Germany kebanyakannya mempunyai had umur 18 untuk mengundi. Dan ada juga negara yang meletakkan 16 sebagai had umur untuk mengundi seperti Austria, Brazil Cuba. Indonesia negara jiran kita juga mempunyai had umur 17 tahun untuk mengundi. Jadi perkara ini bukanlah satu perkara yang baru dilakukan.

Jadi apabila RUU ini telah mendapat persertujuan bipartisan, tidak ada alasan bagi kerajaan untuk tidak melaksanakannya.

14/03/2021
11/03/2021

"Kini lelaki dan wanita dalam kalangan masyarakat Cina dan India boleh memohon untuk menjadi Konstabel kali ini tetapi dalam tempoh enam tahun berjaya dilantik, mereka dikehendaki mengambil kertas BM SPM dan wajib mendapatkan keputusan kredit.

28/02/2021

Parlimen akan dibuka semula untuk bersidang pada hari Isnin 8hb Mac 2021.

27/02/2021
23/02/2021

Malam ini, saya akan sepentas bersama YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar dalam Debat Berani Semuka "PKP, Rakyat Terabai? YB Sila Jawab" yang dianjurkan oleh Sinar Harian.

Saksikan secara langsung pada jam 8.30 malam di semua platform media sosial Sinar Harian.

21/02/2021
19/02/2021
16/02/2021

KENYATAAN MEDIA

PENJELASAN TENTANG LAPORAN MEDIA BERKENAAN UNDI18

1. The Rakyat Post melaporkan dalam sebuah artikel yang tajuknya menunjukkan saya telah berkata “Golongan Belia Malaysia Belum Bersedia Untuk Mengundi Manakala Akta Yang Telah Diluluskan 2 Tahun Lepas Terus Terawang-awang" [1]. Namun begitu, tajuk ini hanya disokong oleh sebuah komen yang mengandaikan saya telah "membayangkan [sic] bahawa anak muda Malaysia belum bersedia untuk menggunakan hak mengundi dan beberapa bentuk pendidikan politik perlu diinstitusikan terlebih dahulu".

2. Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa apa yang saya maksudkan bukanlah seperti itu. Namun, saya memang menyuarakan kebimbangan dan kepercayaan tegas saya bahawa dengan adanya hak mengundi, ada juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai rakyat. Hak untuk memilih semestinya diiringi kewajipan moral untuk melakukannya dengan bijaksana.

3. Sebagai salah seorang pendokong Undi18, saya pernah menyuarakan perkara yang sama dalam sebuah artikel Berita Harian yang bertajuk "‘Undi 18’ terajui perubahan politik negara" [2]. Dalam artikel yang sama , saya telah menekankan tentang peri perlunya pendidikan pengundi agar mereka mampu membuat keputusan yang adil dalam apa juga keadaan. Apa yang saya katakan di Clubhouse dua hari lepas tidaklah berbeza daripada apa yang telah nukilkan hampir dua tahun lalu.

4. Sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen seperti kita memerlukan program-program pendidikan pengundi seperti keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri, kedaulatan undang-undang, peranan raja-raja sebagai payung negara, serta peranan utama demokrasi untuk mempertahankan negara kita sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat.

5. Sesebuah demokrasi hanya boleh terus berdiri jika rakyatnya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang sahih, bukannya spekulasi dan ekstrapolasi. Media perlu memainkan peranan penting untuk menyampaikan laporan yang benar dan adil kepada masyarakat sivil.

6. Saya sekali lagi ingin menyatakan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi untuk Undi18. Pendirian ini tidak pernah berubah sejak dua tahun lalu, dan saya berharap agar perkara ini dilaporkan secara adil dan tanpa sebarang keraguan.

7. Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar semua pihak untuk meneruskan dialog dalam hal ini. Masa depan negara tercinta ini bergantung sepenuhnya kepada usaha kita semua. Pintu saya sentiasa terbuka, ayuh kita jayakan bersama.


WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL
Ahli Dewan Negara
16 Februari 2021

Rujukan:

[1] Undi 18: Dep Minister Says M’sian Youth Not Ready While The Passed Law Sits In Limbo For Almost 2 Years (dated 15 February 2021)
https://www.therakyatpost.com/2021/02/15/undi-18-dep-minister-says-msian-youth- not-ready-while-the-passed-law-sits-in-limbo-for-almost-2-years/

[2] 'Undi 18' terajui perubahan politik negara (dated 05 August 2019)
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/08/592787/undi-18-terajui-perubahan- politik-negara

15/02/2021
15/02/2021

Laman SugarBook Disekat
======
Kami dimaklumkan bahawa laman sesawang Sugarbook telah pun disekat. Kami mengucapkan tahniah kepada pihak SKMM dan pihak berautoriti yang lain kerana menjalankan tugas dengan pantas dalam membantu mengurangkan kegiatan kemungkaran.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

15/02/2021

“SUGAR DATING” or "sugaring" is the same concept. The idea of exchanging love and companionship between males and females for financial backing is basically 'prostitution', disguising under a much elegant name.

14/02/2021
14/02/2021
14/02/2021

Senate Republicans handed former President Trump his second impeachment acquittal on Saturday, clearing him of charges that he incited the mob that attacked the Capitol on Jan. 6.

13/02/2021

Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura. Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun. Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamash*ta berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.

Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153911396008104&id=823803103

13/02/2021

Sugar Daddies and Babies

Disclaimer: this is not meant to disparage any religion but a look at how we abuse rules to get what we want. Please leave if you find the discussion offensive.

On the Conservative side, certain religions makes it permissible to have four wives legally.

The system is sometimes abused by individuals despite all the attached rules about needing consent from the Syariah Court (based on first wife testimony) and the need to provide for each spouse fairly. Failure to follow the rules can lead to murder. (1)

The Sugar Daddy system is the opposing side of the argument. They don't want to be tied down by religious rules when it comes to having multiple s*xual partners.

There is a willing buyer and a willing seller and thus, an equitable and fair transaction. Capitalism at its finest.

Where there is a market, there will be a middleman willing to provide the services to hook up both parties. This is no different than a mail-order bride service, and yes, we have that too in Malaysia. (2)

There is also the marketing aspect to make it appealing to the Sugar Babies. I mean, who doesn't want to be a 28-year old working executive earning a regular salary plus extra from multiple Sugar Daddies while stating unequivocally that it isn't all about s*x. (3)

Haha.

Believe it or not, this is part and parcel of our Malaysian heritage. I actually detailed some of this in a short write up about Rose Chan. (4)

And it isn't like the rich care about whether the law allows it or not, they just make up their own rules sometimes and we will find out later that so-and-so had a second wife (not registered legally, but when had legality stopped people). (5)

We talk as if we are worlds apart ideologically. But we fight for the same base human desires to be fulfilled, albeit through different rule sets.

We are humans and we are hypocritical. Well, the other side is. I am always right. Or left. It's complicated.

Peace.

1. https://says.com/my/news/woman-in-pj-killed-by-husband-after-finding-out-he-had-a-second-wife-through-tiktok-video

2. https://mail-order-bride.net/malaysian-brides/

3. https://worldofbuzz.com/msian-sugar-baby-reveals-how-she-makes-rm42000-monthly-from-dating-sg-sugar-daddies/

4. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=718433205763280&id=337348560538415

5. https://www.edgeprop.my/content/1622905/samy%E2%80%99s-second-wife-shows-thali-proof-marriage

Pelacuran dan eksploitasi wanita, berpisah tiada
13/02/2021

Pelacuran dan eksploitasi wanita, berpisah tiada

‘You would feel dirty after even just talking to them because they were just so horrible, sleazy and arrogant,’ says student

Pelacuran dan eksploitasi wanita, berpisah tiada
13/02/2021

Pelacuran dan eksploitasi wanita, berpisah tiada

Seeking Arrangement named Georgia State among the top 20 universities when it comes to participation on “sugar daddy” websites. While having a “sugar baby” may seem like a quick fix to get tuition paid, that [...]

Pelacuran dan eksploitasi wanita, berpisah tiada
13/02/2021

Pelacuran dan eksploitasi wanita, berpisah tiada

There have been news circulating about an infographic about the massive number of sugar daddies/babies in Malaysian universities and it has drawn enormous attention with major new outlets reporting about it. However, a simple Google search on one par

13/02/2021

Will we ever see radio presenters wielding the same influence on listeners as they did back in the day?

12/02/2021

ISU NEGARA | "SugarBaby: Kerjaya Alaf Baru atau Pelacuran Terbuka?"

Dengarkan ulasan Nur Farihah Meor Mazli, Exco Belia & Media WAFIQ mengenai isu 'SugarBaby' yang tular di media sosial baru-baru ini menerusi siaran langsung FB anjuran Negarawan Institute.

Tarikh: 14 Feb 2021, Ahad
Masa: 8.00PM
Tempat: https://fb.me/e/P8fq3Uly

Ikuti FB penganjur di : https://www.facebook.com/negarawan.inst

12/02/2021

Anak Luar Nikah 03356
"Saya, anak luar nikah tuan.
Soalan yang ditanya oleh ibu, saya dah pernah rasa. Dan sejujurnya saya dapat tahu dengan cara yang paling sedih dalam hidup saya.

Saya diejek kat sekolah, sebelum saya dapat tahu pasal status saya. Mula2 sorang dua je sebut anak haram bila saya lalu sebelah orang tahu pasal saya. Makin lama makin ramai. Sampai satu tahap saya tanya kat diri saya sendiri, siapa anak haram ni? Setahu saya saya anak tunggal mama ngan papa je. Saya tak yakin saya anak haram sebab saya nampak gambar kahwin parents saya.

Makin lama, makin ramai ejek saya. Saya masa tu keliru sangat, sebab tiap kali saya lalu kat group2 tertentu, saya mesti dengar ayar tu. Mental saya makin koyak. Saya sekolah CBN masa tu Sekolah high classlah kononnya, tapi saya tak ramai kawan sebab saya mcm tomboi2 sikit. Saya ni anak tunggal dan biasanya kalau ada pape jadi kat saya, saya jenis diam.

Masa mental saya koyak, saya cakap kat papa, saya nak pindah sebab terasa. Masa tu pun saya dah ada sekolah pilihan. Saya wakil olahraga KL masa tu jadi kenal lah kawan2 dari sekolah lain yang baik2. Jadi saya cakap kat papa saya nak pindah sekolah lain.

Papa tanya kenapa?

Saya jawab, 'pia rasa mcm kena ejek anak haram kat sekolah'.

Papa cakap, 'pia memang anak luar nikah', sambil tergelak.

Saya tergamam tuan. Kenapa budak sekolah saya tahu dulu dari saya? Kenapa saya tak tahu perkara ni selama ni? Kenapa keluarga saya buka aib keluarga saya demi harta? Nenek saya meninggal je banyak dugaan yang timpa saya. Saya pun salah seorang mangsa pe*****le, saya mangsa dera. Bila dah besar dapat tahu pasal benda ni. Mcm2 benda jadi kat saya tuan..

Terus terang saya cakap tuan, saya nak bunuh diri masa tu. Mungkin papa silap dengan cara penyampaian papa belum berubah masa tu. Saya dapat tahu yang masa saya lahir, keluarga saya hampir nak buang saya, saya dilabelkan sebagai anak sue sebab saya ni anak luar nikah. Didera, diperkosa, dihina. Dan disebabkan kisah silam saya, saya depression tuan tapi terpaksa kuat sebab saya anak tunggal.

Papa kini dah berubah pun.

Saya taknak anak puan tu rasa sama mcm apa yang saya rasa. Jadi, saya sebagai mangsa nak nasihat, cari masa yang sangat2 sesuai untuk bagitahu anak tentang status tu, dengan cara mengaku salah sendiri dan minta maaf.

Bagitahu yang disebabkan si ibu taknak bunuh anak, si ibu sanggup tanggung malu untuk nyawa si anak. Bagi tahu yang si bapa taknak tanggung dosa dan si bapa pilih untuk jalankan tanggungjawab, bukan lepas tangan.

Kita takkan pernah tahu dan takkan dapat baca hati orang.

Kalau ibubapa sanggup ambil tanggungjawab untuk jaga anak luar nikah/haram, lengkap tanggungjawab tu bila dapat bgtahu anak tetang benda ni pada masa yang sesuai.

Kalau tuan tak keberatan, saya nak minta tolong tuan sampaikan kat ibu tu, yang salah seorang anak luar nikah yang baca pasal kes ni, nak bagitahu yang saya yakin ibu tu kuat. Takperlu bgtahu kenapa, bukan senang nak lalui ujian mcm ni. Ambil masa yang sesuai untuk jujur dengan keadaan yang sebenar sebelum terlambat. Betul, banyak benda yang akan jadi kalau anak dapat tahu, perkara yang anak mungkin buat ialah memberontak, negatif, biadap, dan mungkin sampai tahap nak bunuh diri. Tapi kalau ibu pilih untuk diam dan tak bgtahu, ibu mungkin akan dibenci oleh anak sendiri."
Satu perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.
Malam ini jam 9 malam, temui saya dan Najmuddin mengupas isu ini dalam FB Live menjawab persoalan-persoalan perkara berkait.

Salam
Syed Azmi
Gambar hiasan

TEKS TEMURAMAH AMARAN MAT LELA BERSAMA GURU ZAMBRI ZAKARIA1. Mengapakah Guru rasa bertanggungjawab untuk melakukan pende...
12/02/2021

TEKS TEMURAMAH AMARAN MAT LELA BERSAMA GURU ZAMBRI ZAKARIA

1. Mengapakah Guru rasa bertanggungjawab untuk melakukan pendedahan ini, selepas 40 tahun berdiam diri?

Bak kata pepatah, “Kalau tidak ada angin, tak kan pokok bergoyang”. Saya pun macam tu lah, apa yang berlaku hari ini, telah menjadi asbab bagi saya untuk membuka kisah lama, kisah benar. Apa yang saya katakan hari ini adalah sebuah lakaran dari sebahagian sejarah hidup saya yang lalu. [Ia] bukan rekaan.

Saya tidak sanggup untuk menanggung dosa kerana mencipta cerita, kerana cipta cerita [atau menipu] seolahnya mencipta takdir. Atas sebab ini, ingin saya kongsikan dengan seluruh umat Melayu Islam di bumi Malaysia ini, Amaran Pahlawan Mat Lela. Saya seolah terbangun dari tidur apabila Tun Mahathir muncul semula di persada politik dalam PRU ke-14.

Saya buka langkah, bukan langkah silat, tetapi langkah ingat mengingati, nasihat menasihati, kerana umat Melayu Islam di bumi Malaysia telah kerugian masa Subuh angkara keangkuhan Tun Mahathir. Kerugian demi kerugian telah berlanjutan selama 40 tahun.

Ketika kempen PRU 14 sedang rancak berjalan, saya telah menulis sepucuk surat kepada Tun Mahathir. Terkandungan dalam surat itu adalah ancaman berbentuk nasihat kepada Tun Mahathir supaya kembalikan semula masa yang telah beliau rampas dari umat melayu Islam khasnya.

Dalam surat itu saya sebutkan bahawa dosa rampasan yang Tun Mahathir lakukan itu tidak akan dapat dibersihkan dengan taubat. Saya amanahkan surat itu kepada markas DUN dan parlimen agar disampaikan kepada Tun Mahathir.

2. Apakah yang Guru maksudkan dengan Angkara Tun Mahathir
merampas waktu Subuh dari umat Islam di Malaysia?

Saya bukanlah arif bistari untuk membaca isi hati, tetapi kerugian masa yang dimaksudkan oleh Pahlawan Mat Lela jelas terbukti didepan mata. Masa pagi kita telah menjadi pendek. Saya dapat rasai sendiri keperitan menguasai masa pagi di Kuala lumpur. Ingatlah, waktu Subuh cuma sekadar kira-kira 1 jam 20 minit.

Bayangkan, apabila waktu Subuh masuk pada pukul 6.00AM, bermakna, naik matahari atau syuruk ialah pada pukul 7.20AM. Wahai umat melayu Islam, renungkanlah, anak-anak sekolah telah terpaksa berada di jalanan sebelum masuk waktu Subuh, sebab sesi persekolahan bermula pada pukul 7.30AM. Begitu juga mereka yang mengejar punch card.

Saya pernah buat bancian dengan rakan dan anak murid silat saya dengan soalan begini, “Kalau macam tu , bila kamu solat Subuh?” Lebih 80% jawapan yang diberikan ialah, “Kami solat Subuh pada hari tak kerja sahaja”.

Luahan kata Pahlawan Mat Lela yang bernada ancaman itu telah berlalu hampir 40 tahun. Secara umumnya, rata-rata umat Melayu Islam di bumi Malaysia kini adalah mereka yang lahir setelah Tun Mahathir merampas kemuliaan dan keberkatan waktu Subuh. Dulu, saya sangsi akan ancaman Pahlawan Mat Lela ini. Kesangsian saya berterusan sehinggalah Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas tempoh 22 tahun.

Orang-orang yang seusia dengan saya dapat merasai perbezaan masa pagi dan Subuh sebelum Tun Mahathir mengubah masa. Dulu, sebelum 1982, waktu pagi terasa panjang dan selesa, selain beribadah, sempat makan pagi Bersama ahli keluarga, sebelum anak-anak pergi kesekolah dan kita keluar bekerja. Tetapi, bermula dari 1982 sehingga sekarang, semuanya berubah. Kita semua terpaksa berkejar merebut waktu pagi dan Subuh.

3. Apakah harapan Guru terhadap umat Islam di Malaysia?

Wahai umat Melayu Islam di negara ini, Allah swt telah melanjutkan usia Tun Mahathir dengan Kudrat- Nya, dijadikan sebegitu dengan Iradat-Nya, yang sedia dimaklumi dengan Ilmu-Nya. Percaturan nasib agama, bangsa dan tanah air kini adalah hampir keseluruhannya berkisar dalam kalangan anak didik Tun Mahathir. Sejarah yang telah tercipta tak boleh diubah, maka renunglah sendiri.

Esok tetap akan datang, rakyat biasa macam saya cuma mampu tengok dan tunggu apa yang bakal berlaku, dengan doa yang mengiringi solat dan sabra. Kami masih ada lagi penantian, iaitu menanti pemimpin yang adil dan amanah untuk dibai’ahkan taat setia. Pemimpin yang bila jaga Hak Allah tidak takut pada manusia dan bila jaga Hak Manusia, beliau takut pada Allah.

Bukannya pemimpin bacul yang mudah-mudah angkat kaki lompat parti mengkhianati pengundi. Saya amat berharap agar negara tercinta ini segera mendapat pemimpin yang akur dengan tuntutan Merdeka dengan ejaan jawi iaitu mim ro’ dal ya kaf alif, yang membawa makna… “Mengikut Rasul Dan Yakin Kepada Allah”.

Saya berdoa semoga luahan saya yang berasbabkan firasat seorang pahlawan ini mampu memberi kebaikan dalam menjaga manfaat ugama. Selanjutnya, Allah Maha Tahu.

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Negarawan Institute posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Negarawan Institute:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share