Satu Sudut Pandangan

  • Home
  • Satu Sudut Pandangan

Satu Sudut Pandangan Melihat dari sudut yang lain

07/12/2023

Pada pandangan dan telahan peribadi, aku berandaian dan membayangkan politik Malaysia ke depan hari adalah seperti ini.

Kebangkitan PN (PAS sebenarnya) tidak dapat dikekang lagi. Gunalah apa cara sekali pun, PAS akan terus maju ke depan.

PRU16, aku teka, hampir pasti, PAS akan menguasai kerajaan (jika tidak ada gempa bumi poltik yang mengubah bentuk mukabumi poltik Malaysia).

Ketika itu tembelang PAS akan terbuka dan terdedah. Apa yang mereka bayangkan selama ini kepada penyokong mereka, tidak dapat mereka laksanakan.

PAS akan dikritik, ditentang dan dimusuhi oleh rakyat yang mengundi mereka.

Ketika itu ramai yang akan menyesal menaikkan PAS, bukan kerana menyesal menjatuhkan PH.

Ia tidak sama seperti rakyat menyesal menjatuhkan BN pada PRU14.

Malah, kerana kekecewaan mereka pada PAS membuatkan ada sebilangan rakyat yang sanggup mengundi DAP, asalkan PAS jatuh. Ketika itu ramai penyokong PAS yang akan sedar bahawa PAS hanyalah sebuah parti politik, bukan agama.

07/12/2023

Ada orang mesej aku beritahu kagum dan tabik pada seaeorang itu.

Aku pun cakaplah, nak mengenal atau menilai sesuatu atau seseorang, lihatlah ciri-ciri atau sifat-sifatnya terlebih dahulu.

Ambil contoh, apakah sifat-sifat seseorang ulama. Apakah seseorang ulama ini bermulut jahat, cakap berbelit-belit, menipu, menghina dan pelbagai sifat buruk lagi?

Tentulah tidak. Akal sihat pun akan mengakui hal ini , walaupun majoriti orang mengatakan seseorang itu ulama. Benda ini orang awam pun tahu seseorang ulama itu tidak akan menipu, cakap putar belit atau berakhlak mencela orang hanya kerana fahaman politik.

Takkanlah nak buang akal sihat hanya kerana mahu mengikut pandangan prang.

Begitu juga dalam parti. Apabila tindakan seseorang itu melangkaui kepimpinan parti yang dipilih, sebijak mana pun, dia tidak boleh diikuti.

07/11/2023

Dalam bab boikot, aku tidak mahu membuat kesimp**an. Aku hanya mahu memberi bayangan,. Kesimp**annya, anda buatlah sendiri.

Misalnya, aku setuju dengan pandangan golongan yang tidak mahu memboikot, yang menyatakan boikot akan menyebabkan orang-orang Islam sendiri yang akan menerima kesannya. Kesan yang paling jelas, ramai orang Islam yang terlibat atau bekerja dengan syarikat-syarikat Zion ini, akan kehilangan kerja.

Memang betul pun pandangan ini, aku tak boleh nak bantah.

Syarikat-syarikat kapitalis ini juga banyak membantu penduduk-penduduk dunia dalam pelbagai bentuk sebagai kerja amal mereka.

Tetapi, jangan lupa mata satu juga menawarkan gunung roti kepada umat manusia.

Orang-orang Islam telah bergantung hidup mereka kepada syarikat-syarikat kapitalis zion.

Bayangkan ke depan, 5, 10 tahun atau lebih lagi, hal ini berterusan, orang-orang Islam akan terpaksa mengemis hatta sepotong roti daripada mata satu kerana seluruh sistem kehidupan di bawah cengkaman puak mereka. Manusia akan menurut dan tidak dapat membantah lagi.

Jadi, apa maksud aku tulis ini?

Aku tidak mahu membuat kesimp**an.

Tetapi, aku hanya memberi bayangan untuk anda buat kesimp**an sendjri.

Jika ikut logik ini, tak lama lagi bolehlah PAS jadikan ia sebagai alasan untuk membuka semula kedai-kedai judi, hanya u...
10/10/2023

Jika ikut logik ini, tak lama lagi bolehlah PAS jadikan ia sebagai alasan untuk membuka semula kedai-kedai judi, hanya untuk orang-orang bukan Islam.

25/06/2023
31/03/2023

Cengkaman Mahathir ke atas negara ini masih lagi kuat sehingga Anwar pun gagal merungkainya.

Jangan salahkan DS Zahid atau Anwar jika DS Najib masih tidak mendapat keadilan hari ini.

21/12/2022

Status lama sahabat admin. Masih lagi relevan

20/11/2022

Bagi akulah, jika UMNO menyertai kerajaan PN, UMNO akan habis dan luput selepas itu.

Yang akan mendapat faedah hanyalah mereka yang mendapat jawatan, bukannnya UMNO.

09/11/2022

Anwar jadi PM adalah ketakutan Mahathir yang sebenarnya.

Jadi, tuduhan beliau bahawa Zahid akan berpakat dengan Anwar selepas PRU15 adalah sekatan atau percubaan awal beliau menghalang ia daripada terjadi.

Dengan tuduhan ini, beliau berharap penyokong UMNO marah dan Zahid akan menafikannya.

Itu saja motif Mahathir.

Tidak ada sebab Zahid akan berpakat dengan Anwar jika UMNO-BN berjaya membentuk kerajaan.

03/02/2022

Assalamualaikum

14/09/2021

Ingatan kepada DS Ismail Sabri.

Mungkin anda terhutang budi kepada PPBM kerana PPBM telah mengangkat dan menyokong anda sebagai PM, tetapi ingatlah tanpa UMNO selama ini, anda tidak ke mana-mana.

Jadi, setialah kepada UMNO dan tidak menurur kepada PPBM sehingga merugikan UMNO.

Jangan jadi seperti seorang remaja yang merajuk dan mengamuk kepada ibubapanya kerana tidak dibelikan iphone, tetapi memuji dan berterima kasih kepada seseorang yang menghadiahkan iphone kepadanya .

Memuji dan berterima kasih kepada orang tersebut tidaklah salah, tetapi janganlah sampai meremeh dan mengabaikan jasa dan jerit-perih ibubapa yang telah membesarkan, yang jauh besar nilainya daripada sebuah iphone.

30/08/2021

Pertukaran PM kali ini hanya mengalihkan beban PPBM kepada UMNO, walhal hakikatnya PPBM tetap menguasai politik Malaysia.

Jika UMNO tidak bijak menghadapi situasi ini, UMNO yang akan rugi pada PRU15.

28/08/2021

Tidak ada perubahan apa-apa sebenarnya jika difikirkan secara mendalam, tetapi itulah yang harus diterima UMNO setelah kalah PRU14.

Hakikatnya, segala beban Mahiaddin kini dipikul oleh DS Ismail Sabri.

Ismail Sabri tidak berkuasa apa-apa kerana beliau boleh ditekan dengan ugutan penarikan sokongan kepadanya.

Jadi, pihak yang sama menguasai politik Malaysia walaupun PM telah bertukar.

27/08/2021

Dengan kabinet yang telah diumumkan hari ini, aku berpendapat Umno mesti terus diterajui oleh DS Zahid untuk mengimbangi pengaruh DS Ismail yang kelihatan terpaksa tunduk kepada PPBM.

25/08/2021

Bagi aku, DS Ismail Sabri mesti diberi peluang menerajui negara.

Jangan mengharapkan sesuatu yang berlebihan kerana beliau sendiri bergantung kepada sokongan parti-parti pesaing UMNO seperti PPBM dan PAS dalam kerajaan baru.

Tetapi, DS Zahid mesti terus menerajui parti untuk mengimbangi keadaan ini.

DS Zahid mesti terus mengemudi haluan parti agar tidak terbawa-bawa oleh pengaruh rakan-rakan sekutu dalam kerajaan baru.

25/08/2021

Apabila anda tidak dapat menakluk dan menewaskan musuh, berundinglah dengan musuh dan tawarkan ganjaran kepada mereka agar mereka berundur.

Itu agaknya yang sedang dilakukan oleh PM baru.

21/08/2021

Sekadar renungan kepada yang mahu berfikir..

Selama ini DS Zahid dikritik dan diserang dengan pelbagai dakwaan.

Selepas ini DS Ismail Sabri p**a yang akan diserang.

Ia adalah perkara biasa. Dahulu Najib menjadi mangsa.

Musuh akan sentiasa menyerang dan menyasarkan individu yang penting dalam sesebuah pasukan.

Yang bodoh adalah, penyokong-penyokong UMNO yang terpedaya dengan propaganda dan perang saraf pihak lawan.

21/08/2021

Baca kenyataan media Anwar Ibrahim ini, imejnya kelihatan baik dan positif.

Rasanya, PRU15 bukan jaminan UMNO dan sekutunya akan menang mudah.

Lebih-lebih lagi jika undi 18 diadakan.

Sekadar pandangan, walaupun tidak mengharapkan Anwar menjadi PM Malaysia.

Kenyataan Media
21 Ogos 2021

Dengan penuh takzimnya saya mewakili Pembangkang keseluruhannya menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

ANWAR IBRAHIM

20/08/2021

Jika DS Zahid, DS Najib dan yang lain-lain menurut saja telunjuk PPBM, sudah pasti UMNO akan pupus ditelan PPBM.

Tetapi kerana mereka melawan dan tidak tunduk kepada PPBM, pemimpin UMNO berjaya kembali menerajui negara.

20/08/2021

Tanpa strategi dan jiwa besar DS Zahid, DS Najib dan lain-lain, tentu agak sukar DS Ismail Sabri menjadi PM9 dan Mahiaddin berundur.

Jangan lupakan jasa mereka yang tidak didendang ini.

19/08/2021

Orang bodoh saja yang percaya DS Najib itu kleptokrat.

18/08/2021

Jika DS Ismail Sabri terpilih sebagai PM baru, mungkin ia akan memimpin sebuah kerajaan yang bersifat Mageran atau sebuah majlis pemulihan negara seperti idea Dr Mahathir.

Ia bukan seperti kerajaan yang sebelum ini. Sebuah majlis yang dianggotai oleh pakar-pakar yang boleh mengendalikan masalah yang dihadapi negara.

Majlis yang tidak didominasi oleh ahli-ahli politik.

18/08/2021

Aku fikirlah, YDPA tidak akan melantik PM yang baru kerana masing-masing calon tidak cukup sokongan.

Perdana Menteri baru dan kerajaan baru hanya akan mengulangi apa yang berlaku hari ini, iaitu sebuah kerajaan yang tidak stabil.

Jika ada Perdana Menteri baru, mungkin ia dengan formula yang lain, misalnya sebuah kerajaan perpaduan yang merangkumi semua parti.

Tetapi, ia agak sukar untuk dipraktlkkan.

Jadi, solusinya mungkin Mahiaddin akan kembali mengetuai kerajaan yang bersifat “mageran”.

Atau Mahathir yang diberikan peluang dengan idea Majlis Pemulihan Negara.

17/08/2021

Bacaan terkini aku, berdasarkan perkembangan semasa, Malaysia mungkin akan ditadbir oleh sebuah kerajaan perpaduan yang merangkumi semua parti sehinggalah PRU15 dapat diadakan.

Ini seperti apa yang Dr Mahathir mahu lakukan sebelum kerajaan PN dibentuk.

15/08/2021

Analisis aku:

YDPA tidak akan melantik PM atau menubuhkan kerajaan baru selepas kejatuhan Mahiaddin dan PN.

Suatu majlis yang berkisarkan kepada pemulihan negara akan dibentuk seperti yang dicadangkan oleh Dr Mahathir sebelum ini.

Logiknya, jika PM atau kerajaan baru dibentuk, politik negara tetap tidak akan stabil.

Ia tetap akan menjadi pertikaian.

YDPA juga tidak akan meletakkan diri baginda berpihak atau bias dalam politik kepartian jika melantik PM baru.

Maka, sebuah majlis dan jawatankuasa sementara mungkin akan dibentuk untuk memulih, mengurus dan mentadbir negara sehingga pandemik Covid-19 reda.

Ia akan dibarisi oleh individu-individu yang tidak berparti, tetapi termasuk juga beberapa nama politikus yang difikirkan layak.

15/08/2021

Selamat jalan, politikus

10/08/2021

Mahathir menguasai sistem politik Malaysia.

Dengan kekayaan, rangkaian kroni dan hubungan dengan pembesar-pembesar negara, beliau mencatur semuanya.

Apabila sistem tidak menurut apa yang beliau mahukan, beliau akan masuk ke dalam sistem untuk memperbetulkannya, sebagaimana ketika PRU14.

Hari ini sekali lagi Mahathir cuba masuk ke dalam sistem apabila Mahiaddin gagal mengendalikannya.

Kali ini beliau berusaha memwujudkan sebuah kerajaan sementara tanpa politikus dan parti politik, kecuali segelintir, yang berada di bawah kawalannya.

10/08/2021

Baca pergerakan Mahathir, anda akan tahu perjalanan politik Malaysia ke mana.

Apa yang aku risaukan, Umno yang berusaha menumbangkan kerajaan PN, tetapi Mahathir yang sekali lagi dilantik mengetuai negara di bawah mageran (atau seumpamanya).

Langkah-langkah Mahathir ke arah itu semakin jelas.

06/08/2021

Betullah jangkaan aku selama ini bahawa UMNO akan menghadapi masalah jika menyertai/menyokong kerajaan PN.

PAS akan setia dan ikut Mahiaddin, dan MN akan jadi sejarah.

Umno akan berpecah dan porak peranda akibat percaturan PPBM.

06/08/2021

Suatu hari nanti, jika umur panjang, anda mungkin akan melihat Dr Mahathir menghadiri majlis ulangtahun penubuhan PPBM.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Satu Sudut Pandangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share