13/12/2023
**Cerita Rekaan**
Malai 41-45
Seorang pemuda yang bertindak melawan musuh dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Kisah ini terjadi semasa zaman Jepun yang menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Tanah Melayu pada masa itu digelar Malai oleh Jepun.
Seorang pemuda pendiam bernama Pekan kerap melihat kekejaman pihak Jepun yang sering masuk ke kampung-kampung orang melayu dan menyiksa mereka untuk mendapatkan maklumat ketenteraan. Namun Pekan hanya menahan sabar kerana memikirkan yang pihak Jepun hanya mencari orang-orang bertali barutkan pihak British dan tidak menganggu orang kampung lain.
Namun sangkaan Pekan itu salah, kerana tidak mendapat maklumat, pihak Jepun telah membakar rumah-rumah orang kampung menyebabkan kematian yang banyak. Raungan kesedihan memecah kesunyian malam lalu mengejutkan Pekan yang pada masa itu khusyuk berzikir. Dia melihat keadaan tersebut dan terus pergi ke rumah tok gurunya untuk meminta izin bertindak melawan Jepun.
Sesampainya Pekan di rumah tok gurunya.. ****