Urang Sarawak

  • Home
  • Urang Sarawak

Urang Sarawak Apa juak perkara berkaitan urang Sarawak selain memuatkan isu-isu dan berita luar Sarawak dan luar n
(1)

𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗜𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝘂𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗲𝗿𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗧𝗮𝗶𝗯 𝗠𝗮𝗵𝗺𝘂𝗱KUCHING: Kerajaan Sarawak ...
21/02/2024

𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗜𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝘂𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗲𝗿𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗧𝗮𝗶𝗯 𝗠𝗮𝗵𝗺𝘂𝗱

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan perkabungan selama dua hari mulai 21 dan 22 Februari ini sebagai menghormati pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki berkata, bendera Ibu Pertiwiku hendaklah dinaikkan separuh tiang di seluruh negeri ini dan semua majlis rasmi yang melibatkan acara-acara hiburan hendaklah ditangguh serta merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah meninggal dunia pada kira kira jam 4.40 pagi tadi (Rabu, 21 Februari).

"Kerajaan Sarawak merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

"Masjid dan rumah ibadah adalah digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Allahyarham,"katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Kenyataan sama turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib akan diterbangkan ke Kuching dari Kuala Lumpur pada petang Rabu, sebelum dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.

"Jenazah akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis, 22 Februari, yang mana orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

"Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman beliau untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya,"tambah kenyataan itu.

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi Rabu.-Edisi Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

19/01/2024

Pemakaian Baju Sukan Diteruskan Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025 - Fadhlina Sidek

02/08/2023

Bantuan Khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada 10 Ogos nanti.

27/07/2023

Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan - PM Anwar

07/07/2023

Sarawak kini sebuah negeri berpendapatan tinggi, menurut ahli ekonomi Bank Dunia, Apurva Sanghi.

Dalam ciapannya di Twitter, Apurva berkata, pendapatan negara kasar (PNK) Sarawak telah melebihi ambang pendapatan tinggi USD13,205 (RM61,500).

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pin...
27/06/2023

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink WhatsApp.” Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.

Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/ #/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink WhatsApp.” Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.

Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/ #/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.



Kementerian Komunikasi dan Digital
Fahmi Fadzil
Teo Nie Ching (张念群)

Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaa...
21/06/2023

Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jam 11.33 malam Selasa.

SCAMMER |  ‘Whatsapp’ mangsa dengan menyamar menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android) m...
20/06/2023

SCAMMER | ‘Whatsapp’ mangsa dengan menyamar menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android) menjadi taktik terbaru penipuan dengan sasaran golongan warga emas dilihat mulai tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Oleh: Ain Shafiqah Zaki PETALING JAYA: ‘Whatsapp’ mangsa dengan menyamar menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android). Itu taktik terbaru penipuan yang dilihat mulai tular di laman sosial sejak semalam. Menurut Ketua Biro Teknologi Komuniti Sumber Terbuka Malaysia, H...

The pocketrocketman...
20/06/2023

The pocketrocketman...

Memasuki selekoh keempat sebelum lap terakhir saya dengar laungan loceng dibunyikan. Saya dengar sorakkan menggila dari semua penonton yang hadir. Jarang benar Velodrome Nilai ini bergegar dengan sorak teriak dari orang ramai, kali terakhir seingat saya adalah ketika Sukan Sea KL 2017 dulu.
Sorakan sebegini memang akan diresapkan ke seluruh pelusuk tulang belulang dan isi daging merah saya. Lagi kuat sorakan lagi mencanak meter kegilaan saya. Nyah kau penat, nyah kau kaki berat. Saya toleh ke belakang sekali lagi, nampak susuk hitam legam dibelakang.
“Ahh itu my bro (Shah ‘the terminator’ Firdaus). Bagus Shah bagus. Hang on there bro”. Bisik jauh di sudut hati saya.
Biasanya didalam keadaan genting sebegitu saya akan berhati-hati untuk imbangi peluang dan risiko. Kalau ditanya sebelum perlumbaan, saya akan memilih untuk memecut meninggalkan pihak lawan pada selekoh ketiga (saya ada jelaskan sebabnya di youtube taktik keirin selepas Olimpik dahulu). Namun kali ini saya memilih taktik yang berlainan. Saya mengambil risiko. Saya mula melakukan pecutan seawal satu pusingan. Sejurus selepas melepasi garisan permulaan saya sudah cuba memecut kehadapan.
Kohei yang menyedari saya sedang datang dari belakang cuba meningkatkan lagi kelajuannya. Jangan diberikan cabaran, kerana itu kegemaran saya. Saya memecut demi memecut. Saya nampak selekoh ketiga, selekoh dimana saya akan biasanya masuk hantu.
Dari selekoh ketiga ke selekoh terakhir, setiap tunjalan kaki dan keringat yang turun ke pedal itu adalah mewakili setiap memori saya di awal pembabitan di dalam dunia lumba basikal.
Seorang anak muda yang tidak mempunyai saiz fizikal yang sesuai untuk pergi jauh di dalam s**an prestasi tinggi. Seorang anak muda yang amat bangga dengan identitinya dari Dungun. Seorang anak remaja yang terpaksa tinggalkan ibu bapa dan kampung halaman seawal usia 16tahun.
Melepasi selekoh terakhir. Saya teringat kata-kata dari jurulatih John Beasley.
“I’ve never seen someone that have a strong mental strength like you. After all the dramas that you’ve need to go through, you’ve never let us down. Small man with a big heart”.
Saya teringat kata-kata dari jurulatih pertama saya di Dungun dulu, arwah Rozimi Omar.
“Jijoe, biar ah guane pong kita berjaya dalam hidup ni, jangan lupe asal usul kite deh. Kita ni bukang orang senang, nok kene keje kerah sokmo. Kalau pegang hok tu, insyaallah berjaya sokmo”.
Saya teringat pesan dari isteri yang tersayang.
“Buat kerana Allah sayang, dan kitorang semua always behind you”.
Berbaki 50meter terakhir, saya penuh yakin yang perlumbaan adalah milik saya, saya telah mendominasi perlumbaan. Apabila saya telah menggunakan gear terakhir, tidak mungkin ada yang bisa memotong. Andai kata ada yang bercita-cita untuk memotong saya disaat ini, harap maaf kerana sudah terlambat. Kerana di saat ini saya sudah menjadi raksasa.
Tinggal 30meter terakhir, keadaan sudah selesa. Saya mula membuka deria pendengaran kepada dunia nyata. Saya dengar jeritan dan teriakkan penonton-penonton yang hadir. Seperti histeria. Gila. Betul-betul melonjakkan semangat juang saya. Saya s**a, saya terharu, saya bangga. Semua bersatu demi memberikan sokongan padu kepada saya.
Baki 20meter perlumbaan, dengan sepantas kilat anak mata saya menjeling kiri kanan untuk memeriksa dan pastikan semuanya selamat. Belum lagi sampai ke garisan penamat akan tetapi saya sudah menjadi juara. Usaha tidak pernah mengkhianati hasil.
Pada saat dan ketika ini, tak kisahlah siapa lawan saya, tak kisah dari mana mereka datang, dan tak kisahlah apa jua yang mereka cuba lakukan. Yang pastinya, mereka tidak akan dapat merampas kemenangan dari the one and only,
AzizulAwang , the pocketrocketman.










JUDI ONLINE ‘NAUNGAN POLITIK’ | Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Saifuddin mahu semua pihak memberi ruang kepada poli...
16/06/2023

JUDI ONLINE ‘NAUNGAN POLITIK’ | Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Saifuddin mahu semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menyusun strategi membanteras perjudian dalam talian dinaungi pemimpin politik.

Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang ...
15/06/2023

Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.



[TERKINI] Sarawak secara prinsip setuju ambil alih MASwings bagi mengoperasikan syarikat penerbangan sendiri - Premier S...
15/06/2023

[TERKINI] Sarawak secara prinsip setuju ambil alih MASwings bagi mengoperasikan syarikat penerbangan sendiri - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg



09/06/2023

Ramei yang update keputusan SPM di media sosial sejak ari marek. Apa pun, tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang khususnya yang dapat 9A.



Dari pembacaan dan perkongsian oleh beberapa pengamal kesihatan termasuk doktor, min dapati banyak kelebihan pokok sacha...
09/06/2023

Dari pembacaan dan perkongsian oleh beberapa pengamal kesihatan termasuk doktor, min dapati banyak kelebihan pokok sacha inchi ni sebagai herba. Sekarang, orang Lawas pun dah mula ambil manfaat pokok sacha inchi.




Ekoran kemalangan maut di Selangau baru-baru ini, Timbalan Pengarah JKR Sarawak (Infrastruktur) Cassidy Morris telah men...
09/06/2023

Ekoran kemalangan maut di Selangau baru-baru ini, Timbalan Pengarah JKR Sarawak (Infrastruktur) Cassidy Morris telah mengadakan lawatan dan pemantauan ke lokasi berkenaan pada Selasa lalu 6 Jun 2023 untuk melihat sendiri pelan pengurusan trafik yang disediakan oleh pihak kontraktor.






01/06/2023

Selamat Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai..

11/05/2023

Tiga sekawan dipenjara tiga tahun kerana mencuri wang dari kedai serbaneka 24 jam.

Berita penuh di ruangan komen.

04/05/2023
Buat masa tuk, promosi istimewa masa terhad yang ditawarkan oleh Sendi Dunia Resources tuk lah antara yang termurah di K...
04/05/2023

Buat masa tuk, promosi istimewa masa terhad yang ditawarkan oleh Sendi Dunia Resources tuk lah antara yang termurah di Kuching buat masa tuk. Kos binaan RM160 psf yang berbaloi untuk sesiapa yang maok molah rumah di tanah sendiri. Mun kitak urang ada jumpa yang murah-murah seperti tuk atau lebih murah, boleh pm admin untuk admin viralkan supaya lebih ramei Urang Sarawak kita boleh berumah dengan kos yang berbaloi.



PDRM | Laporan kehilangan seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian klinik persendirian, membawa kepada pembongka...
04/05/2023

PDRM | Laporan kehilangan seorang ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian klinik persendirian, membawa kepada pembongkaran pembunuhan mangsa di Hulu Langat, Selangor, Khamis lalu.

Video penuh di https://bit.ly/3NuXoti

Sumber berita : Buletin TV3

Kalau dah orang yang perlukan pengeluaran KWSP berada dalam kelompok yang  "kesulitan" , secara logik memang akan ada ke...
15/04/2023

Kalau dah orang yang perlukan pengeluaran KWSP berada dalam kelompok yang "kesulitan" , secara logik memang akan ada kesulitan untuk membayar semula pinjaman. Kalau mereka tiada "kesulitan" maka tidaklah mereka nak desak kerajaan untuk benarkan pengeluaran KWSP bersasar ni.

Nota: sumber keratan akhbar

[email protected]
April 14, 2023 @ 8:35pm



Juh berambeh di Kabong !Kabong International Kite Festival (KIKF) 2023 Hari Ke 4(4 Mac 2023)1st - 6th March 2023        ...
04/03/2023

Juh berambeh di Kabong !

Kabong International Kite Festival (KIKF) 2023
Hari Ke 4
(4 Mac 2023)

1st - 6th March 2023




Johan atau Jojo, remaja Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya yang berus...
04/03/2023

Johan atau Jojo, remaja Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya yang berusia 18 tahun dari Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertembungan flyweight Muay Thai mereka.


BANGKOK: Malaysian Muay Thai exponent Muhammad Johan Ghazali Zulfikar made a stunning One Championship debut at the iconic Lumpinee Boxing Stadium in Bangkok last Friday when he scored a stunning knockout victory.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus untuk mengetahui punca seorang anggota polis berpang...
25/02/2023

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus untuk mengetahui punca seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas di Pulau Pinang, minggu lepas.

2023-02-24T14:16:49+08:00 Acryl Sani (tengah) ketika sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor Polis Diraja Malaysia di Maktab Polis Diraja Kuala Lumpur, Cheras hari ini. -Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan m...

Telur Gred A RM12 sahaja di Johor.Apa hal kat Sarawak harga RM19 lebih? Adakah  "kartel" kat Sarawak tok lebih advance g...
24/02/2023

Telur Gred A RM12 sahaja di Johor.

Apa hal kat Sarawak harga RM19 lebih?

Adakah "kartel" kat Sarawak tok lebih advance gik dari kartel di Malaya nun?

Atau adakah perbezaan RM7 tok hanya disebablan oleh dasar kabotaj semata-mata?

Bincangkan hingga menteri selesaikan masalah kita di Sarawak tok. Jangan biarkan menteri terus tidur.

Telur Gred A RM12 sahaja di Johor.

Apa hal kat Sarawak harga RM19 lebih.

Kerajaan sedang cari jalan penyelesaian kurangkan beban rakyat tanpa perlu pengeluaran KWSP - PM Anwar Ibrahim
09/02/2023

Kerajaan sedang cari jalan penyelesaian kurangkan beban rakyat tanpa perlu pengeluaran KWSP - PM Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana pencarum sudah beberapa kali membuat pengeluaran KWSP sebelum ini, dan keadaan ini pastinya menyebabkan simpanan untuk persaraan mereka semakin berkurangan.

Berita selanjutnya di https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2162985

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan telah dilakukan oleh menteri kesihat...
09/02/2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan telah dilakukan oleh menteri kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).

- BERNAMA-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan telah dilakukan oleh menteri kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2162725

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urang Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Urang Sarawak:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share