14/08/2023
Assalamualaikum semua! Hari ini saya ingin berkongsi satu berita baik dengan anda semua. Saya sangat bersemangat untuk mengumumkan bahawa saya akan bergabung dengan produk baru yang bernama "Positiv". Ideanya adalah untuk memberikan semangat dan memperbaiki keadaan mental bagi mereka yang menghadapi penyakit mental.
Anda mungkin tahu bahawa ramainya orang di sekeliling kita yang menghadapi cabaran mental seperti depresi, anxiety atau mungkin menjadi mangsa buli dan penyalahgunaan dadah. Ia adalah perkara yang serius dan saya sangat prihatin tentang isu ini. Oleh itu, saya ingin memberikan sumbangan sosial kepada program sekolah saya untuk membantu kanak-kanak di sekolah yang sedang menghadapi masalah kesihatan mental sejak usia muda, isu ni semakin hari semakin meningkat.
Melalui jualan tshirt Positiv ini, setiap keuntungan akan disalurkan kepada program sekolah kami. Kami akan menggunakan dana tersebut untuk menyampaikan mesej positif kepada kanak-kanak di sekolah yang menghadapi masalah kesihatan mental seperti buli dan penyalahgunaan dadah. Kami ingin memastikan bahawa mereka tahu bahawa mereka tidak sendirian dan bahawa ada seseorang yang peduli tentang mereka.
Produk Positiv kami akan datang dalam pelbagai reka bentuk design words yang berbeza Setiap t-shirt akan mempunyai mesej positif yang dapat mengingatkan mereka bahawa mereka kuat dan berharga. Saya percaya bahawa dengan memakai tshirt ini, mereka akan merasa lebih positif dan yakin dalam menghadapi cabaran hidup. jom support !
https://www.givinghub.asia/campaigns/invest-in-a-drug-free-malaysia?