02/07/2023
Asalam sahabat di cyber semua.
Tentu semuanya sihat dikurniakan Allah. Aaminn!
Alhamdulillah dah pun selesai puasa enam. Jadi kononnya nak beraya.
G cari daging sikit nak buat gulai cicah ketupat palas Ketupatmas Chefjo . Jadi kluarlah shoping kepasar segar.
Aleh-aleh ternampak kounter ni hah tercegat hebat. Cantik p**a rumen/perut tebal/perut tuala tersidai kat kaunter tu.
Rasa nak beli juga perut ni nak buat sambal, pun boleh regu dengan ketupat palas. Memang mantap.
P lah dekat sikit nak tinjau... hah tu dia...bukanya perut tuala... tapi TUALA pengelap...adoiii makaaai 😅🤣😂... patutlah gambar dua suadara kat dinding kaunter tu ketawa besar.... tak jadi beli perut... perut saya yang sakit tehan ketawa.
Sekadar berbagi ilmu;
Jenis-jenis perut lembu
1. Rumen atau perut tuala atau juga dikenali sebagai perut tebal. Ianya merupakan fasa pertama proses penceranaan rumput. Selalu kita guna buat sateh, kerabu dan juga sup.
2. Recticulum atau 'perut sarang lebah'. Rupanya sebijik macam sarang lebah
3. Omasum atau orang tua-tua dok panggil 'perut kitab'. Yang ni dia berlapis seperti lembaran buku/kitab
4. Abosmasum atau 'perut jerami'
Tau tak macamana nak cuci perut lembu ni?
1. Ada orang guna kapur makan untuk merendam dan mencucinya
2. Boleh juga direndam dengan cuka makan
3. Teknik terkini, cuba basuh guna coca-cola, pencuci karat besi tu. 😅😂🤣👌
4. Selalunya orang tua-tua guna perahan limau nipis dan tepung gandum selepas memcuci dengan kaedah di atas tadi untuk memberi kesegaran dan kebersihan pada perut lembu tadi...
Semoga ianya memberi manfaat
Selamat Raya Enam kepada sahabat di cyber yang juga dah beraya 6. Maaf Zahir & Batin