Alternatif

Alternatif Infotainment 24/7

Tajuk: Mak 😢Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..Waktu tu kita kena terima..Dan kita sebagai anak jangan dud...
18/09/2020

Tajuk: Mak 😢

Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku p**ak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...

Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..

Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"

Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium p**i mak..mcm mak cium p**i kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki p**ak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..

Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium p**i mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..

Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..

Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..

Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"

Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..

Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..

Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..

Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..

Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku p**angkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar betul2 bacaan talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar..

Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,

Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia p**a... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."

Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

Kredit: FB Majlis Ilmu

Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk. Susulan kes 3 gadis maut kerana terhidu gas monoksida ketika ...
17/09/2020

Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk.

Susulan kes 3 gadis maut kerana terhidu gas monoksida ketika tidur dalam kereta baru-baru ni, nak share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:

1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)

2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain p**a jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.

PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)

3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.

Semoga perkongsian ini dapat selamatkan lebih banyak nyawa inshaAllah. Sebarkan untuk manfaat orang ramai.

Ini yang anda perlu lakukan bila pasport hilang atau rosak.
25/02/2020

Ini yang anda perlu lakukan bila pasport hilang atau rosak.

Assalamualaikum, hari ni sy nak share pengalaman guna medical card CuepacsCare khas utk penjawat awam.Ok ceritanya camni...
19/02/2020

Assalamualaikum, hari ni sy nak share pengalaman guna medical card CuepacsCare khas utk penjawat awam.

Ok ceritanya camni, bulan lepas, anak kami yg no 2 selsema + kahak dah lebih kurang 3 minggu, kami dh bwk pegi klinik 2 kali utk check, ambil ubat dan sedut kahak. Sampailah 29 nov lepas, temperature naik sampai 39°c, kami terus bwk pegi KPJ Ampang Puteri, jumpa Dr, Dr ckp memang kena warded. Jd kami berurusan di kaunter, tunjuk card cuepacscare. Staff tu ckp dia dah call cuepacscare, malangnya belum tamat tempoh bertenang 120 Hari. (dalam tempoh bertenang ada penyakit yg dicover, ada yg tak).

Apapun cuepacscare kata 50-50, dia akan tanya lanjut dgn Dr di Cuepacscare. Tggu punya tggu, tak lama lepas tu dpt sms, permohonan diluluskan. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Cuma kena bayar RM300 deposit. Duit akan refund masa discharge nnt.

Dipendekkan cerita, berkampunglah di KPJ Ampang Puteri 6 hari 5 Malam. Tempat selesa, layanan first class, service keseluruhan KPJ memang terbaik.

Sampai hari discharge, tengok bill, terbeliak bijik mata tengok bill nak dkt rm10k. Tp dgn cuepacscare ni, yg kami perlu bayar hanyalah rm70 shj utk pendaftaran kemas**an ward. Kemudian pegi ambik ubat, dptlah discharge dgn tenang. Yg bestnya jugak, boleh claim dgn cuepacscare 30 hari sebelum warded Dan 30 hari selepas warded segala bill klinik yg berkaitan dgn penyakit tersebut. Anak sy ni disahkan kena pneumonia. (actually dia complete with vaksin Pneumoccocal 4 dose, tp still boleh kena juga)

Walaupun medical card yg stand alone tp rugi penjawat awam yg tk ambil kesempatan. Bayaran sgtlah murah, rm40 utk individu,rm 106 utk family yg mana tiada had bilangan anak. Sekali warded maksimum rm20k, setahun rm60k. Tahun berikutnya akan jadi semula rm60k. Cukuplah tu kan. Kalau sakit kritikal pegilah hospital kerajaan je.

Untuk makluman sy bukan ejen cuepacscare ya. Boleh click link utk register http://www.cuepacscare.my/registration

Sekian perkongsian sy, semoga bermanfaat utk anda atau kenalan anda. ☺



Kredit: Nur Shahidah

18/02/2020

Min tak nak gelak sorang 🤣

Dah Tau Kan? Kemaskini & permohonan baru BSH 2020 dibuka!Tarikh Permohonan & Kemaskini BSH 2020 Adalah Pada 1 Februari 2...
03/02/2020

Dah Tau Kan? Kemaskini & permohonan baru BSH 2020 dibuka!

Tarikh Permohonan & Kemaskini BSH 2020 Adalah Pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020...

Dah kemaskini BSH..Nahh aku share cara2 dia..Tekan link 👇👇👇

https://bsh.hasil.gov.my/

Cara2 sila tengok di setiap gambar..

1- Bg yg baru berkahwin boleh je kemaskini kat sini..tapi nanti kena hantar dokumen seperti sijil nikah dan lain2 kt LHDN..

2- bg yg ada pertambahan anak pon sama..boleh kemaskini kat sini..lepas tu hantar dokumen2 seperti surat beranak dekat lhdn..

3- Yg bujang xpayah kemaskini..sebab yg next ni xdapat dah..kecuali bujang yg berumur dari 40-59 tahun..sila tengok gambar akhir..

4- bagi yg dah dapat fasa 1,tapi xde nak ubah apa2 xpayah kemaskini..sebab fasa 2 ni automatik dapat..

5- bagi yang tak layak @ gagal untuk fasa satu hari tu..boleh klik dekat permohonan baru ya..ouh ya untuk yg baru nak mohon pon klik dekat permohonan baru..

6- bagi yang nam kemaskini alamat,no tel atau lain2 boleh kemaskini kat sini..

7- Kalau dah banyak kali cuba sampai kena sekat boleh terus kemaskini kt LHDN..sebab dekat web ni susah sikit nak kemaskini..salah sikit nnti kena sekat..

Sebarang pertanyaan boleh terus ke LHDN..

Selamat mencuba 😆

Pengambilan garam kurang 5g sehari (1 sudu teh):1. Dapat selamatkan 2.5 juta nyawa setiap hari.2. Meningkatkan peluang c...
26/01/2020

Pengambilan garam kurang 5g sehari (1 sudu teh):

1. Dapat selamatkan 2.5 juta nyawa setiap hari.
2. Meningkatkan peluang capai sasaran global penyakit NCD & meningkatkan kualiti hidup rakyat.
3. Kurangkan risiko kematian, ketidakupayaan & kesengsaraan akibat strok dan jantung.

Kredit: KKMPutrajaya

Berdiri kagum aku seketika, melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNYA.Ca...
22/01/2020

Berdiri kagum aku seketika, melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNYA.

Cantik sungguh akhlak anak ini, tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil.

Setelah ayahnya selesai solat, aku terpegun sekali lagi melihat dia p**a yang beribadah kepada Tuhan. Tahniah kepada ibu bapa anak ini.

Kredit: Shahrin Nasir

Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.Ini adalah seperti yang ditanyakan ole...
22/01/2020

Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

Pertama : Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.

Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.

لكل نعمة حسود

Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.

Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama startegi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.

Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.

Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.

Kredit: Nazrul Nasir

"Barulah terasa betulnya bila dah tengok sendiri orang terdekat. Arwah member memang rajin kerja. kereta 3 bijik dah cas...
13/01/2020

"Barulah terasa betulnya bila dah tengok sendiri orang terdekat. Arwah member memang rajin kerja. kereta 3 bijik dah cash. Moto berbijik² cash. Bila dah sampai masa semua tu ditinggalkan.

Tengok proses dikebumikan terbayang bayang dalam kepala otak ni. Hari ni aku kerja pagi petang cari duit kadang² sambung ke malam semata-mata kejar harta dunia. Teringin pakai itu ini sampai solat 5 minit pun aku tak indah. Sedekah jariah entah ke mana. Allahu hu rabbi...

Bila dah sampai ajal, semua tu dia tinggal. Tak ada nilai. Amalan je dia bawa. Sekarang bantal pun tanah, baju pun kain kapan, perfume pun kapur barus, rumah pun dalam tanah dengan selut dengan lecak, dinding pun papan, lampu pun takde.. gelap gelita. Tinggallah seorang diri menunggu kehadiran malaikat utusan Allah.

Tak dapat bayang apa nasib aku p**a nanti. Allah hu rabbi..
Semoga memberi keinsafan kepada aku & sahabat² semua.
MATI TAK TUNGGU KITA TUA

Kredit: Aridrg Penang

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWATSekarang tengah menular wabak influenza sekitar Selangor. Since vaksin hanya dibekalkan ...
13/01/2020

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Sekarang tengah menular wabak influenza sekitar Selangor. Since vaksin hanya dibekalkan untuk baby berusia 6 bulan ke atas. Jadi mummy nak share 1 benda yang mummy dah guna since Adam lahir lagi. Just untuk protection baby Adam. Masa dalam pantang siap adik yang bongsu pergi ambil spray dalam bilik sebab ingat ridset nak halau nyamuk. 😅

Disinfectant Spray Dettol ni berguna kalau ada family demam, batuk atau selsema. Takut kalau jangkit dengan baby, kita spraykan benda ini untuk neutralkan udara persekitaran, permukaan dan sekaligus membunuh virus dan kuman.

Mummy selalu guna bila ada tetamu yang datang melawat. Selepas je tetamu balik kita spray je persekitaran dalam rumah.

Dettol Spray Disinfectant boleh membantu melindungi keluarga anda daripada kuman dengan membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus berbahaya. Formula unik Dettol terbukti membunuh 99.9% bakteria dan virus, termasuk E. coli, salmonella dan virus selesema, pada permukaan yang terdapat pada setiap hari, seperti pemegang pintu, tong dapur dan kawasan tandas.

Moga bermanfaat

Kredit: Enaz Safe

Saman seat belakang dah mula. Berhati-hati. So kereta makss memang full dengan anak² makss ya. Minta maaf siapa yang nak...
13/01/2020

Saman seat belakang dah mula. Berhati-hati. So kereta makss memang full dengan anak² makss ya. Minta maaf siapa yang nak tumpang tu. Memang tak muat. 🤣

Kredit: Cik Puan Izah

12/01/2020

Mula-mula macam nak kesian, sekali tengok ownernya gelak besar kita pun sekali tergelak hahaha! 😂

Kredit:

Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. ...
11/01/2020

Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya.

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-symptom Influenza A adalah
- demam dan menggigil
- demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
- sakit kepala dan otot
- sakit tekak dan batuk
- selsema

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- SESAK NAFAS
- NAFAS LAJU
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)

Bagi orang dewasa p**a, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:
- SAKIT DADA
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah
- rehat di rumah
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

- kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.
- tutup mulut ketika bersin dan batuk
- cuci tangan dengan kerap
- jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila p**ang dari hospital
- galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila p**ang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah.

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti:
- bayi
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

Sama-sama kita cegah penularan

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan

Sumber:
1. https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu
2. https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm

Please take care everyone.

Ramai ibu bapa yang s**a tayang gambar anak di media sosial tanpa sedar ada 'orang' yang memerhati. Berhati-hatilah semu...
09/01/2020

Ramai ibu bapa yang s**a tayang gambar anak di media sosial tanpa sedar ada 'orang' yang memerhati. Berhati-hatilah semua.

Untuk sahabat penjawat awam, sila ambil maklum.Kalau beli rumah melalui LPPSA, anda layak membuat tuntutan Elaun Pindah ...
01/01/2020

Untuk sahabat penjawat awam, sila ambil maklum.

Kalau beli rumah melalui LPPSA, anda layak membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah. Dengan syarat mendiami rumah tersebut & tuntutan perlu dibuat tak lewat dari 3 bulan dari tarikh pindah.

Alhamdulillah permohonan saya dah lulus. Saya percaya ramai yang tak tahu pasal elaun ini. Kita cuma biasa dengar tentang elaun pindah rumah kerana bertukar. Waima pindah antara blok (kuarters) pun ada elaun juga ye (tertakluk syarat²)

Untu lebih info, rujuk Pekeliling Perbendaharaan 4/1995 & rujuk Bahagian Khidmat Pengurusan (HR) & Kewangan di Jabatan masing-masing. Semoga bermanfaat.

Kredit: Danila Alias

07/12/2019

Semalam abang aku kena serang waktu nak tutup pagar. Dah lewat malam tak expect benda nak jadi. A reminder to all of you out there be more careful.

Kredit: Sanii_

30/11/2019

Basikal tu style satu hal , cara dia naik tu lagi satu hal bapak ahhh

Kredit: Kakarot

30/11/2019

Bila housemates semua pengotor, member terpaksa buat tutorial cara bersihkan sinki. 🤣🤣

Owner of video: Rizqan__

Prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) semakin baik, untung bersih RM500 juta pada suku ketiga tahun ini.Ia di...
29/11/2019

Prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) semakin baik, untung bersih RM500 juta pada suku ketiga tahun ini.

Ia dipacu strategi pelaburan mampan, dan langkah pengurusan kos secara berhemah.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019, TH berjaya menjana pendapatan RM2.1 billion terutama daripada pelaburan aset pendapatan tetap, hartanah, ekuiti dan pelaburan instrumen pasaran wang Islam.

Menurut TH dalam kenyataan medianya, perubahan strategi pelaburan kepada aset pelaburan lebih stabil telah berjaya mengurangkan tekanan, daripada keadaan pasaran ekuiti yang tidak menentu, kesan ketegangan perang dagang di peringkat global.

30 September lepas, kedudukan TH kekal kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM2.3 billion.
Aset berjumlah RM73.4 billion dan liabiliti RM71.1 billion.

Sumber: RTM

Helmet rare ni.. 🤣
29/11/2019

Helmet rare ni.. 🤣

Hukum tanam kuku atau rambut yang dipotong, sunat rupanya.Kredit: M***i Wilayah Persekutuan
28/11/2019

Hukum tanam kuku atau rambut yang dipotong, sunat rupanya.

Kredit: M***i Wilayah Persekutuan

"Untuk pengetahuan semua, daripada 534 buah sekolah daif di seluruh Malaysia, kita sudah berjaya membaik pulih sebanyak ...
27/11/2019

"Untuk pengetahuan semua, daripada 534 buah sekolah daif di seluruh Malaysia, kita sudah berjaya membaik pulih sebanyak 452 buah sekolah (dapat CPC dan boleh mula beroperasi. Yang tinggal lagi ialah 82 buah sekolah. Doakan!"




Sumber: Twitter Dr Maszlee

Lelaki s**ar menunjukkan simptom gangguan kesihatan mental berbanding wanita.Lelaki lebih s**a memendam perasaan, melepa...
26/11/2019

Lelaki s**ar menunjukkan simptom gangguan kesihatan mental berbanding wanita.

Lelaki lebih s**a memendam perasaan, melepaskan kesedihan atau marah kpd perkara lain spt keganasan, alkohol, dadah dan membunuh diri.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Baran, dadah punca utama keganasan rumah tangga. Tapi ramai yang tak buat laporan kerana tak nak pasangan ditangkap poli...
26/11/2019

Baran, dadah punca utama keganasan rumah tangga. Tapi ramai yang tak buat laporan kerana tak nak pasangan ditangkap polis. 😔

22/11/2019

Budak-budak sekolah kena es**rt polis kerana berkelakuan tidak senonoh di jalan raya. Antara salah satu perbuatan mereka ialah remp motor (pencemaran bunyi).

Kredit: Kidal Kasmawi

3 tanda apabila kucing datang kepada kita, bukan orang lain
21/11/2019

3 tanda apabila kucing datang kepada kita, bukan orang lain

Bantuan Khas Kewangan akan dibayar kepada penjawat awam pada 18 Disember 2019
21/11/2019

Bantuan Khas Kewangan akan dibayar kepada penjawat awam pada 18 Disember 2019

 BUANG SLIP BANK MERATA-RATA BOLEH UNDANG RISIKO JENAYAHSetiap kali menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), ...
21/11/2019



BUANG SLIP BANK MERATA-RATA BOLEH UNDANG RISIKO JENAYAH

Setiap kali menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), ramai yang akan mencetak slip bank bagi memeriksa baki wang yang disimpan.

Apa yang mengecewakan, terdapat segelintir penguna yang gemar membuang slip bank merata-merata meskipun telah disediakan tong sampah berhampiran mesin tersebut.

Perbuatan itu bukan sahaja mengotorkan persekitaran, malah secara tidak sedar memberi peluang kepada penjenayah untuk melihat jumlah wang pada slip yang dibuang tersebut.

Kecuaian yang mungkin nampak remeh sedemikian, sebenarnya membuka ruang berlakunya kes-kes seperti ragut, rompakan atau jenayah siber.

Nasihat kami:

1. Jadikan sebagai rutin untuk membuang slip bank yang dicetak ke dalam tong sampah yang disediakan.

2. Sebelum itu, koyakkannya menjadi cebisan kecil supaya segala maklumat yang tertera s**ar untuk dibaca.

3. Yang terbaik, lihat sahaja jumlah wang simpanan anda pada paparan skrin tanpa perlu mencetakkannya. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko jenayah, malah menyokong Kempen Amalan Hijau bagi mengurangkan penggunaan kertas.

Kredit gambar: FB Mohd Sadek Yasin

Seramai 41 individu ditahan susulan kekecohan yang berlaku selepas aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala ...
20/11/2019

Seramai 41 individu ditahan susulan kekecohan yang berlaku selepas aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Mereka yang ditahan adalah penyokong kedua-dua pas**an dan telah dibebaskan selepas proses dokumentasi dijalankan.

Semalam, berlaku sedikit kekecohan selepas perlawanan Malaysia vs Indonesia berakhir, apabila ada dalam kalangan penyokong kedua-dua pas**an membuat provokasi melampau antara satu sama lain di luar stadium. Terdapat penyokong saling membaling botol minuman serta kon, dan membakar mercun.

Keadaan itu berjaya diredakan oleh Pas**an (FRU) yang mengambil tindakan pantas mengawal keadaan.

Penyokong Indonesia kemudiannya keluar dari stadium secara berperingkat dengan pengawasan polis.

Pada aksi malam tadi, Malaysia menewaskan Indonesia 2-0.

Sumber: Bernama

19/11/2019

First time tengok budak happy hilang mak 🤣

[Infografik] Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023
19/11/2019

[Infografik] Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

INFOPolis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 bagi me...
19/11/2019

INFO

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 bagi memeriksa telefon bimbit individu yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu.

Pegawai polis yang menyiasat boleh mengambil tindakan dengan menyemak kemudahan dan perkhidmatan rangkaian termasuk telefon bimbit milik individu.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alternatif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share