23/03/2021
Penyelia pembekal kandungan syarikat dipenjara, denda gagal lapor pemberian suapan
KUALA LUMPUR: Seorang penyelia pembekal kandungan sebuah syarikat telekomunikasi dipenjara 10 hari dan didenda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan pilihan gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian suapan berjumlah RM6,000 yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman penjara 10 hari untuk setiap pertuduhan dihadapi Feeras Roslan, 35, dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula semalam atau dipenjara sebulan lagi jika tertuduh gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pilihan pertama hingga ketiga, Feeras didakwa telah diberikan suapan iaitu wang berjumlah RM3,000 daripada seorang pemilik syarikat pembekal kandungan, Ng Wan Wah melalui pindahan secara dalam talian kerana memberikan maklumat aduan pelanggan terhadap syarikat Eznet Sdn Bhd, Evolving Solutions Sdn Bhd dan Wimi Mobile Sdn Bhd yang merupakan pembekal kandungan kepada syarikat telekomunikasi tersebut dan tertuduh tidak melaporkan kesalahan penyogokan itu kepada SPRM.
Bagi pertuduhan pilihan keempat, tertuduh didakwa telah diberikan suapan iaitu wang tunai RM3,000 daripada Lim Eng Hoong, melalui Ketua Pegawai Operasi Elite Entertainment Sdn Bhd, Lam Wai Khiong, kononnya tertuduh dapat mengurangkan bayaran penalti “Liquidated Ascertained Damages” daripada RM50,000 kepada RM40,000 yang dikenakan ke atas syarikat Elite Entertainment oleh syarikat telekomunikasi tersebut, dan tertuduh tidak melaporkan kesalahan penyogokan itu kepada SPRM.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Gleneagles Ampang dan kawasan tempat letak kereta terbuka bersebelahan Menara Celcom, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, antara Februari 2017 dan Disember 2018.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) akta sama yang membawa hukum