Penghayatan Etika dan Peradaban G Kump 10

  • Home
  • Penghayatan Etika dan Peradaban G Kump 10

Penghayatan Etika dan Peradaban G Kump 10 Halaman ini bertujuan untuk berkongsi mengenai media sosial. Jom singgah!

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐’๐š๐ฆ๐š๐ง๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ๐™๐™ช๐™ข๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃMedia sosial telah menjadi kebutuhan baru dalam ke...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐’๐š๐ฆ๐š๐ง
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ

๐™๐™ช๐™ข๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ

Media sosial telah menjadi kebutuhan baru dalam kehidupan masyarakat zaman sekarang. Oleh itu, masyarakat mampu memanfaatkan media sosial dengan lebih berhemah dan menjaga adab ketika menggunakan media sosial sebagai contoh tidak menganggu pengguna media sosial yang lain dan menjaga bahasa ketika berinteraksi dalam media sosial. Selain tu, media sosial mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri sebagai contoh kebaikan menggunakan media sosial ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat lain dan berpeluang mengetahui hal ehwal semasa manakala keburukan media sosial ialah dapat menjejaskan kesihatan dan menyebarkan fitnah secara berleluasa. Tambahan p**a, implikasi menggunakan media sosial dengan cara yang tidak betul akan menyebabkan siber buli dan sebagainya. Oleh itu , sebagai masyarakat yang prihatin kita seharusnya mencegah perkara secepat mungkin seperti mencegah lebih baik daripada merawat. Disamping itu, sebagaimana yang kita tahu pengguna media sosial paling ramai adalah golongan remaja atau golongan belia. Kemudian, media sosial perlulah digunakan secara waras untuk mecari maklumat atau sebagainya manakala media sosial digunakan secara tidak waras akan membawa padah dan dapat mencemarkan maruah diri. Akhir sekali, masyarakat seharusya bijak menggunakan media sosial dengan berhemah dan bukan untuk kepentingkan diri sendiri .Izharnya , media sosial merupakan aset yang penting untuk kegunaan masyarakat dan perlu digunakan dengan baik agar tidak memberikan impak yang negatif kepada diri dan juga pengguna yang lain.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐๐ฎ๐ซ๐ฆ๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‡๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐๐ข๐ง๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ”๐Ÿ’๐ŸŽ๐˜พ๐™–๐™ง๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ก๐™–๐™๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก๐Ÿ. ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐๐ฎ๐ซ๐ฆ๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐š ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‡๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐๐ข๐ง
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ”๐Ÿ’๐ŸŽ

๐˜พ๐™–๐™ง๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ก๐™–๐™๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก

๐Ÿ. ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐š๐ซ๐ข

Pengguna laman sosial perlulah bijak dalam berkongsi atau memuat naik sesuatu perkara di media sosial. Hal ini kerana, ramai pengguna kerap mengemas kini aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan peribadi. Lama kelamaan hak privasi dalam kalangan pengguna akan dipandang remeh dan perkara yang paling dirisaukan adalah ini akan membuka peluang kepada penganiayaan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru, kita perlulah berpada-pada dalam berkongsi maklumat.

๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐š๐๐š๐› ๐๐š๐ง ๐š๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ค ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ข ๐๐ข ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

Walaupun media sosial banyak memberi manfaat , namun pada masa yang sama ia juga menjadi medium kepada perbalahan, fitnah dan menyebarkan kebencian. Kesannya, hubugan sesama manusia yang berpecah belah. Oleh itu, kita perlulah beradab di media sosial. Akhlak merupakan cerminan diri dan lambang kemuliaan keperibadian seseorang.

๐Ÿ‘. ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ซ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ก๐ข๐ก

Fenomena perkongsian di media sosial telah menjadi kebiasaan di kalangan pengguna seperti berkongsi gambar, video, pengalaman dan berita. Namun dalam berkongsi, kita perlu mengutamakan perkara yang boleh membawa manfaat dan benar. Kita perlu membuat kajian tentang kesahihannya agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan menjadi sebuah fitnah. Fikirlah dua kali sebelum menekan butang kongsi.

๐Ÿ’. ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ก๐š๐ ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

Generasi kini banyak membazirkan masa dengan melayari media sosial. Hal ini telah merisaukan ramai pihak terutamanya ibu bapa. Mereka berhak untuk menyekat penggunaan media sosial anak-anak jika ia sudah melampaui batas dan lebih banyak memberi kesan negatif daripada positif. Tindakan ini dapat mengurangkan tempoh penggunaan media sosial anak agar mereka lebih menghargai masa dengan membuat perkara yang lebih berfaedah.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Š๐ž๐ž ๐‚๐ก๐ข๐ง ๐˜๐ฎ๐š๐ง๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ’๐ŸŽ๐Ÿ—๐Ÿ‘๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™จ๐™ž ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ก๐™–๐™๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™Ž๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ข๐ฉ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ข๐ง ๐๐ž๐ซ...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Š๐ž๐ž ๐‚๐ก๐ข๐ง ๐˜๐ฎ๐š๐ง
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ’๐ŸŽ๐Ÿ—๐Ÿ‘

๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™จ๐™ž ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ก๐™–๐™๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™Ž๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก

๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ข๐ฉ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ข๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ข ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

PETALING JAYA: Lambakan iklan pekerjaan di media sosial membuka ruang kepada
pelbagai pihak menggunakan platform tersebut untuk menjalankan penipuan termasuk
mengiklankan pekerjaan tidak wujud. Isu ini turut menjadi barah kepada golongan pencari
kerja apabila ada agensi pekerjaan mengambil kesempatan menyasarkan graduan muda dengan
menawarkan kerja berbeza dalam iklan yang ditawarkan.

https://www.kosmo.com.my/2022/03/19/penipuan-pekerjaan-makin-berleluasa-di-mediasosial/

๐Ÿ. ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐ƒ๐ข ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

KUALA LUMPUR: Meletakkan maklumat peribadi di profil akaun laman sosial media antara
punca wanita mudah menjadi mangsa penipuan cinta atau 'love scam'. Ketua Pematuhan Asia
Pasifik (APAC), Genevieve Noakes, berkata tidak salah jika menggunakan sosial media untuk
bersosial tetapi maklumat peribadi seperti nama penuh, warganegara, tarikh lahir atau nombor
telefon tidak sepatutnya diletakkan di profil.

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2022/03/939761/elak-jerat-cinta-di-lamansosial

๐Ÿ‘. ๐๐ž๐ง๐ข๐š๐ ๐š ๐‘๐ฎ๐ ๐ข ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง ๐๐š๐ง๐ค ๐ƒ๐ข๐ ๐จ๐๐š๐ฆ ๐€๐ค๐ข๐›๐š๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ข ๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

KUCHING: Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 selepas diperdaya sindiket penipuan
yang mengarahkannya mengisi pautan di laman sosial, menyebabkan akaun bank miliknya
digodam menggunakan fail 'kit pakej android' (APK). Ketua Polis Daerah Siburan,
Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata lelaki berusia 30-an itu diperdaya
menerusi hantaran di aplikasi sembang 'WhatsApps', sebelum diminta mengisi butiran peribadi
dan akaun bank ke dalam pautan di laman sosial.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/11/1032241/isi-pautan-dilaman-sosial-peniaga-rugi-rm100000-akaun-bank-digodam

๐๐š๐ฆ๐š : ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ก๐š๐ณ๐ฐ๐š๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐๐š๐๐ณ๐ซ๐ข๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ‘๐Ÿ”๐™Ž๐™ฉ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™  ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก1. ๐†๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ Pada era yang kian m...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ก๐š๐ณ๐ฐ๐š๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐๐š๐๐ณ๐ซ๐ข
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ‘๐Ÿ”

๐™Ž๐™ฉ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™  ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก

1. ๐†๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ

Pada era yang kian moden ini, platform media sosial ini tidak asing lagi bagi seluruh lapisan masyarakat di serata dunia. Media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Dari segi kelompok umur, berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi tinjauan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat tahun 2020, sebanyak 54.3% pengguna media sosial di negara Malaysia ialah daripada kalangan lelaki manakala 45.7% daripada kalangan Wanita. Terdapat sedikit peningkatan oleh pengguna Wanita sebanyak 4.7% berbanding dengan pada tahun 2018. Kelompok umur yang mencatat penggunaan media sosial tertinggi ialah dalam lingkungan umur 20 hingga 24 tahun menurut tinjauan SKMM. Namun peratus penggunaan media sosial ini semakin menurun menjelang usia tua. Ini menunjukkan bahawa golongan muda dan belia merupakan menyumbang utama dalam peratus penggunaan media sosial di negara ini.

2. ๐€๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  ๐๐ข๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง

Terdapat pelbagai aplikasi yang telah dibangunkan yang dapat digunakan oleh seluruh pengguna media sosial. Antara 3 media sosial utama yang digunakan oleh rakyat di negara ini ialah Facebook, Youtube dan Instagram. Jika diteliti semula, ketiga-tiga aplikasi ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu boleh dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat selain dapat berkongsi maklumat. Pada tahun 2020, terdapat peningkatan pada penggunaan aplikasi Whatsapp, Facebook Messenger dan Telegram. Aplikasi ini p**a mempunyai satu fungsi utama yang sama iaitu untuk berhubung antara satu sama lain. Perubahan ini berkemungkinan berpunca berikutan daripada negara dilanda virus COVID-19 yang menyebabkan rakyat tidak dapat bersua muka sesama sendiri. Mereka seterusnya mencari inisiatif lain untuk kekal berhubung iaitu dengan menggunakan platform seperti Whatsapp dan Telegram.

3. ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

Setiap individu mempunyai tujuan yang berbeza ketika melayari media sosial. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan individu yang menggunakan media sosial untuk tujuan hiburan mempunyai jumlah peratus yang paling tinggi. Penggunaan media sosial untuk aktiviti memuat turun gambar, filem atau permainan mencatat jumlah yang tertinggi diikuti dengan menonton televisyen seterusnya mendengar radio secara atas talian. Selain itu, media sosial turut digunakan untuk tujuan e-Dagang. Pengguna lebih cenderung untuk membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan melalui e-Dagang berbanding daripada menjual barangan. Bagi tujuan e-Kesihatan, terdapat peningkatan individu yang mendapatkan maklumat tentang kesihatan pada tahun 2021 merbanding tahun 2020. Terdapat juga peningkatan individu yang membuat temujanji kesihatan secara atas talian kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

4. ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ

Para pengguna boleh melayari media sosial menerusi pelbagai gadjet mudah alih yang moden dan canggih. Majoriti pengguna sebanyak 98.7% menggunakan telefon pintar untuk mengakses media sosial mereka. Hal ini kerana telefon pintar lebih mudah diperoleh dan dibawa kemana-mana sahaja. Namun begitu, masih terdapat pengguna yang melayari media sosial menggunakan komputer riba dan komputer peribadi. Gadjet ini kurang mendapat sambutan kerana saiznya yang lebih besar dan cara penggunaannya yang tidak semudah jika dibandingkan dengan telefon pintar.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐’๐ก๐š๐ก๐ข๐๐š๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐…๐š๐ข๐ณ๐š๐ฅ๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ•๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™–-๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™– ๐™ ๐™š๐™ฉ๐™–๐™œ๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก ๐™™๐™ž๐™ ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™š๐™ข๐™–๐™Ÿ๐™–Media ...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐’๐ก๐š๐ก๐ข๐๐š๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐…๐š๐ข๐ณ๐š๐ฅ
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ•

๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™–-๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™– ๐™ ๐™š๐™ฉ๐™–๐™œ๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก ๐™™๐™ž๐™ ๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™š๐™ข๐™–๐™Ÿ๐™–

Media sosial sememangnya tidak asing lagi dalam kehidupan manusia pada era modenisasi ini.Namun,sejak akhir-akhir ini,media sosial telah memberikan impak terhadap sosiobudaya masyarakat bukan sahaja di negara kita malahan perkara ini berlaku di serata dunia.
Kewujudan aplikasi seperti โ€œWhatsappโ€,โ€Facebookโ€,โ€Telegramโ€,โ€Tiktokโ€ dan banyak lagi telah menyebabkan tempoh masa yang diluangkan Bersama media sosial meningkat setiap hari.Tidak kira kanak-kanak,remaja,orang dewasa,semuanya tidak terkecuali.
Namun,persoalan yang ingin dibincangkan sekarang adalah mengenai punca ketagihan media sosial dalam kalangan remaja.

๐Ÿ. ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ

Punca pertama ialah media sosial merupakan pusat sosial yang interaktif untuk remaja.Hal ini kerana,melalui media sosial,manusia boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu berada di suatu kawasan yang sama dengan bantuan capaian internet.Hal ini dapat dilakukan dengan menerusi aplikasi โ€œWhatsappโ€,โ€Telegramโ€,โ€Facebookโ€,โ€Tiktokโ€,โ€Instagramโ€ dan banyak lagi.Oleh itu,mesej yang hendak disampaikan oleh seorang individu kepada individu yang lain dapat dihantar dengan tempoh yang singkat.Selain itu,media sosial juga boleh dijadikan sebagai platform untuk melakukan penstriman video yang memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan penonton.Bukan itu sahaja,media sosial juga mempunyai paparan muka yang interaktif dan menarik sehingga dapat menarik perhatian setiap pengguna untuk meluangkan lebih banyak masa dengan menggunakan aplikasi tersebut.Oleh itu,golongan remaja perlu pandai menggunakan media sosial dengan berkhemah agar tidak memudaratkan diri sendiri.

๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ก๐ข๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š

Hiburan percuma merupakan salah satu punca golongan remaja ketagih dengan media sosial.Disebabkan oleh tekanan ekonomi dan kos sara hidup yang agak tinggi,hiburan seperti bers**an,melancong dan menonton wayang memerlukan kos yang agak tinggi.Namun,dengan kehadiran media sosial,mereka berpeluang menikmati hiburan yang secara percuma tanpa perlu berbelanja.Sebagai contoh,perkongsian video di aplikasi โ€œYoutubeโ€,โ€Instagramโ€ dan โ€œTiktokโ€ menarik perhatian ramai pengguna untuk ditonton pada waktu lapang.Hiburan yang boleh didapati di aplikasi-aplikasi ini mampu menggantikan rancangan televisyen.Hal ini kerana,golongan remaja lebih berminat untuk menonton hiburan yang berbentuk realiti berbanding rancangan yang mengikut skrip.Izharnya,walapun hiburan di media sosial adalah percuma,golongan remaja dinasihatkan untuk meluangkan masa dengan aktiviti lain untuk berhibur seperti bers**an dan bersiar-siar.

๐Ÿ‘. ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐œ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ข๐›๐ฎ ๐›๐š๐ฉ๐š

Ketagihan media sosial dikalangan remaja juga boleh berlaku disebabkan oleh tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa mereka.Hal ini berlaku apabila ibu bapa sibuk bekerjasa sehingga lewat malam sehingga tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga.Oleh itu,golongan remaja ini akan hidup dalam keadaan yang cukup tertekan kerana merasa bahawa diri mereka tidak disayangi.Bagaimana mereka menghilangkan tekanan?Pastinya mereka akan mencari dunia baharu contohnya media sosial.Oleh itu,mereka akan lebih kerap โ€œmenghilangkanโ€ diri dengan menghabiskan waktu mereka dengan media sosial.Oleh itu,sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab,mereka perlulah lebih prihatin terhadap anak-anak mereka agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

๐Ÿ’. ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐ฎ๐ก ๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฒ๐š

Akhir sekali,pengaruh rakan sebaya juga boleh menyebabkan ketagihan terhadap media sosial dikalangan remaja.Hal ini kerana,golongan remaja lebih cenderung untuk meluangkan masa mereka bersama rakan sebaya untuk mendapatkan kegembiraan.Namun,terdapat segelintir daripada rakan mereka yang lebih s**a untuk menghabiskan waktu dengan perkara yang sia-sia.Hal ini akan memberikan impak yang negatif kepada golongan remaja yang berkawan dengan rakan sebaya yang mempengaruhi diri mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.

Sebagai contoh,individu A yang diajak oleh rakan sebayanya untuk melayari laman sosial selebriti yang diminati dengan sangat kerap.Pada akhirnya,atas dasar minat,individu A tersebut mula ketagih dengan sosial media tanpa mengira batasan waktu dan tempat.Izharnya,golongan remaja perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan dan pandai menilai baik buruk suatu perkara agar dapat mencegah ketagihan terhadap media sosial.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐๐ฎ๐ซ ๐€๐ญ๐ก๐ข๐ซ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฌ๐ก๐š๐ฆ๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ๐Ÿ‘๐™†๐™š๐™—๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก๐Ÿ. ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง-Media sosial mendorong seseorang le...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐๐ฎ๐ซ ๐€๐ญ๐ก๐ข๐ซ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐ฌ๐ก๐š๐ฆ
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ๐Ÿ‘

๐™†๐™š๐™—๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก

๐Ÿ. ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง

-Media sosial mendorong seseorang leka sehingga melengahkan kerja, tugas,
tanggungjawab atau perkara-perkara utama yang perlu dilaksanakan sehingga
tertangguh. Ia juga menjadikan seseorang itu alpa dan melupakan kehidupan nyata.

๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ง๐š๐ก, ๐ ๐จ๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ฉ๐š๐ฅ๐ฌ๐ฎ

-Media sosial kini dilihat sebagai platform bagi penyebaran fitnah iaitu tuduhan serta
gosip-gosip liar dan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya. Sebagai
contohnya, sewaktu vaksin covid-19 diperkenalkan, didapati terdapat banyak berita
palsu yang dikeluarkan berkaitan vaksin tersebut. Selain itu, banyak juga tuduhan
yang tidak berasas dibuat ke atas pihak KKM dan Menteri Kesihatan pada masa itu.
Perkara ini boleh mempengaruh orang ramai untuk percaya dengan maklumat
tersebut.

๐Ÿ‘. ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ณ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐š

-Akibat terleka dengan media sosial, seseorang itu boleh melakukan banyak
pembaziran masa yang wajar dimanfaatkan dengan melakukan perkara yang
berfaedah. Ia juga mempengaruhi aspek pengurusan masa. Pembaziran masa
disebakan media sosial akan mengurangkan produktiviti seseorang dan juga
menjejaskan penggunaan masa dengan efisien.

๐Ÿ’. ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ฃ๐š๐ฌ

Penggunaan media sosial boleh menjejaskan kesihatan seseorang sama ada dari
segi mental mahupun fizikal.

Contoh:
*mental-gangguan psikologi
-ketagihan untuk menggunakan media sosial boleh menyebabkan seseorang itu
resah dan gelisah. Ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang obses dan
menjadi agresif apabila tidak dapat menggunakan media soasial Keadaan sebigini
mengganggu gugat mental dan emosi seseorang untuk mencapai tahap yang teruk.
*fizikal-kelesuan dan masalah penglihatan
-seperti sedia maklum penggunaan media sosial sememangnya melalui telefon
pintar, laptop atau peranti-peranti elektronik yang lain. Pancaran sinaran daripada
peranti elektronik boleh mengakibatkan tahap penglihatan seseorang menyusut.
Selain itu, tubuh badan juga akan letih dan kelesuan kerana bermain media sosial
terlalu lama.

๐Ÿฑ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป

-Kewujudan media sosial telah meningkatkan lagi kes-kes penipuan secara atas
talian. Dengan menggunakan gertakan mahupun ayat manis juga boleh membuatkan
seseorang terpedaya. Kini, dapat dilihat aktiviti "scammer" semakin menjadi-jadi dan
s**ar untuk dibendung

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐’๐ฎ๐ก๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ž๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ–๐˜พ๐™–๐™ง๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™Ž๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก ๐™Ž๐™š๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™ค๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™›๐Ÿ. ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ข๐ค๐ข๐ซ ๐ฌ๐ž๐›...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐’๐ฎ๐ก๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ž
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ–

๐˜พ๐™–๐™ง๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™Ž๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก ๐™Ž๐™š๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™ค๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™›

๐Ÿ. ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ข๐ค๐ข๐ซ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š๐ญ ๐ง๐š๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ญ๐ฎ

Media sosial ialah medium yang boleh menyebarkan sesuatu perkara seperti perkataan, video, audio dan sebagainya kepada masyarakat umum di seluruh dunia. Namun begitu, memuat naik sesuatu tanpa berfikir boleh mengakibatkan perkara yang mengganggu emosi dan berpotensi juga untuk menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, kita wajarlah berfikir dahulu sebelum memuat naik apa-apa media yang boleh menjejaskan imej kita sebagai insan yang mulia supaya perkara yang buruk dapat dicegah daripada berleluasa ke seluruh pelusuk dunia.

๐Ÿ. ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ž๐ง-๐Š๐จ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐Ÿ

Apabila kita memuat naik sesuatu media, pasti akan muncul komen-komen mengenai media tersebut termasuklah komen-komen positif dan komen-komen negatif. Jadi, kita perlu menetapkan pemikiran kita supaya tidak terlalu mudah tersinggung dengan perkataan-perkataan yang dilontarkan oleh orang lain jika kita ingin memuat naik sesuatu.
Dengan itu, ia sangat membantu untuk mengawal emosi supaya kekal positif ketika kita menggunakan mana-mana sosial media sekalipun.

๐Ÿ‘. ๐ˆ๐ค๐ฎ๐ญ๐ข ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐Ÿ

Setiap zaman pasti akan ada orang yang memberi pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Akan tetapi ada yang memberi pengaruh yang baik dan ada juga yang memberi pengaruh yang buruk.
Oleh itu, kita perlu memilih untuk mengikuti orang yang memberi pengaruh positif sahaja kerana ianya akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐ง ๐ˆ๐ณ๐ณ๐š๐ญ๐ข ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐™๐š๐ข๐๐ข๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ’๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™Ž๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™กSeperti yang semua sedia maklum media sosial memai...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐ง ๐ˆ๐ณ๐ณ๐š๐ญ๐ข ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐™๐š๐ข๐๐ข
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ—๐Ÿ’

๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™Ž๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก

Seperti yang semua sedia maklum media sosial memainkan peranan yang besar dalam dunia moden kita pada hari ini.Melalui media sosial, corak perhubungan manusia sudah tiada penghalang kerana kita mampu menghubungi sesiapa sahaja melalui saluran yang betul hasil daripada kemajuan aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan komunikasi dan perhubungan antara manusia. Selain daripada platform komunikasi, terdapat pelbagai kebaikan yang dapat manusia nikmati melalui media sosial.

๐Ÿ.๐Œ๐ž๐ง๐š๐ฆ๐›๐š๐ก ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ๐š๐ง ๐›๐š๐ซ๐ฎ

Sudah terang lagi bersuluh bahawa media sosial merupakan platform yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Selain daripada menghubungi rakan terdekat, manusia daripada pelbagai peringkat umur dapat menambah kenalan baru melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Dengan adanya penambahan kenalan baru melalui media sosial, manusia dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman. Melalui interaksi bersama kenalan baru di alam maya, manusia secara tidak langsung dapat mengikat ukhuwah sesama insan. Namun faktor keselamatan juga mestilah tidak diabaikan agar tidak mengancam privasi dan keselamatan diri sendiri.

๐Ÿ.๐Œ๐ž๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ

Media sosial juga boleh dijadikan sebagai medan perkongsian maklumat yang bermanfaat kepada pengguna media sosial yang lain. Selain daripada mengemaskini status, pengguna media sosial dapat bertukar pandangan serta berkongsi ilmu melalui rangkaian alam maya ini.Tambahan p**a, perkongsian ilmu di laman sosial tidak terhad kepada penulisan semata, pendekatan seperti video telah menjadikan laman sosial lebih interaktif dan bermanfaat kepada kita.

๐Ÿ‘.๐Œ๐ž๐๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค

Seterusnya, media sosial berperanan sebagai medium atau ruangan yang sangat penting bagi usahawan-usahawan dan para peniaga di luar sana untuk memasarkan produk jualan mereka secara dalam talian. Melalui pemasaran di media sosial, para peniaga dan usahawan dapat menjimatkan kos pengiklanan memandangkan iklan secara fizikal seperti papan iklan menelan belanja yang besar. Usahawan dan peniaga juga boleh menjalankan perniagaan mereka dari rumah atau mana-mana sahaja memandangkan bidang perniagaan masa kini telah berkembang selaras dengan arus perkembangan dunia siber tanpa sempadan. Secara tidak langsung, kos operasi bagi sesebuah perniagaan juga dapat dijimatkan dan mereka dapat memaksimumkan keuntungan hasil perniagaan mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik.

๐Ÿ’.๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ

Akhir sekali, media sosial dilihat sebagai platform yang terbaik untuk menyebarkan berita secara cepat dan pantas. Memandangkan pada masa kini syarikat-syarikat akhbar di Malaysia mendapati sambutan kurang menggalakkan bagi akhbar secara fizikal, mereka telah beralih kepada penulisan artikel dan memuatnaik artikel tersebut di platform akaun media sosial mereka seperti Facebook dan Twitter. Oleh kerana manusia pada masa kini manusia banyak menghabiskan masa harian mereka di media sosial, media sosial telah beralih menjadi medium yang penting dan berkuasa dalam penyampaian berita serta isu semasa.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐€๐ฒ๐ฎ๐ง๐ง๐ข ๐™๐š๐Ÿ๐ข๐ซ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐ฎ๐›๐ข๐ซ๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ’๐Ÿ”๐˜ผ๐™™๐™–๐™— ๐™™๐™ž ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™กSetiap perkara yang kita zahirkan di dal...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐€๐ฒ๐ฎ๐ง๐ง๐ข ๐™๐š๐Ÿ๐ข๐ซ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐ฎ๐›๐ข๐ซ
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ’๐Ÿ”

๐˜ผ๐™™๐™–๐™— ๐™™๐™ž ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก

Setiap perkara yang kita zahirkan di dalam media sosial boleh mencerminkan keperibadian kita. Salah satu perkara yang kurang dititikberatkan dalam kalangan pengguna media sosial ialah beradab dalam setiap tutur kata atau melalui penulisan di media sosial. Perkara ini boleh mencetuskan kontroversi jika tidak dibendung. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya beradab setiap kali menggunakan media sosial. Antara adab-adab yang perlu diamalkan semasa menggunakan media sosial adalah:

๐Ÿ.๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ ๐ค๐š๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐ฌ๐จ๐ฉ๐š๐ง

Penggunaan tutur kata yang betul amatlah penting terutamanya apabila melibatkan penulisan di media sosial. Kita perlulah berusaha mengelakkan diri dari menulis perkara-perkara yang boleh mencetuskan kontroversi serta menggunakan bahasa yang sopan agar tidak mengguris perasaan orang lain. Kita juga seharusnya tidak mempersoalkan isu-isu negatif yang tidak sepatutnya dibahas seperti isu agama dan kaum. Hal ini dianggap tidak beradab kerana sengaja bersikap provokatif terhadap agama dan kaum lain.

๐Ÿ.๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐›๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐Ÿ๐š๐ค๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ก๐ข๐ก

Sebelum kita ingin berkongsi sesuatu maklumat, kita seharusnya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut dan memastikan sumber maklumat tersebut boleh dipercayai sebelum berkongsi di media sosial. Hal ini supaya dapat mengurangkan kekeliruan terhadap pengguna lain serta menyekat penyebaran maklumat palsu dari semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

๐Ÿ‘. ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ข๐ฉ๐ฅ๐š๐ค ๐ค๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ข๐ง

Budaya โ€œcopy pasteโ€ seperti mengambil hasil penulisan karya orang lain dan mengklaim sebagai milik kita sendiri dianggap salah satu perbuatan yang kurang beradab, kerana perbuatan tersebut diibaratkan seperti mencuri. Sebaliknya, sekiranya kita ingin mengamalkan konsep โ€œcopy pasteโ€, cara yang terbaik ialah menyatakan sumber beserta nama penulis, agar penulis menyedari bahawa hasil penulisannya tidak disalahguna oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.

๐Ÿ’.๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐›๐š๐ญ๐š๐ฌ-๐›๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ง

Batas pergaulan perlulah dikawal dengan baik, bukan sahaja di alam nyata, malah di media sosial juga. Kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan sembarangan pengguna media sosial lain yang mampu memberikan impak buruk terhadap kita. Contohnya seperti pengguna yang s**a mencetuskan kontroversi, tidak menghormati pengguna yang lain serta s**a menggunakan tutur kata yang kurang sopan melalui penulisannya. Hal ini dikhuatiri sekiranya kita bergaul dengan pengguna sebegini, perbuatan tersebut dapat menjerumuskan kita terhadap keruntuhan akhlak.

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐‹๐จ๐ช๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฅ ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ข๐ฌ๐ฒ๐š๐ฆ๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ•๐Ÿ•๐˜ผ๐™ฅ๐™– ๐™ž๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก?Menurut statistik pada tahun ini iaitu ta...
30/12/2022

๐๐š๐ฆ๐š : ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐‹๐จ๐ช๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฅ ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ข๐ฌ๐ฒ๐š๐ฆ
๐๐จ.๐ฆ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค : ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ•๐Ÿ•

๐˜ผ๐™ฅ๐™– ๐™ž๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก?

Menurut statistik pada tahun ini iaitu tahun 2022, terdapat lebih kurang 4.2 bilion manusia yang masih aktif menggunakan media sosial
di seluruh dunia yang mana bilangan tersebut mempunyai jumlah lebih daripada 50% pop**asi dunia pada saat ini. Data terkini juga
menunjukkan peratusan pengguna media sosial yang mempunyai sekurang kurangnya 1 platform media sosial ialah sebanyak 53.6%.
Sungguhpun pengguna media sosial pada hari ini sangat ramai, masih ada di antara mereka yang bahkan tidak tahu apa itu media sosial
walaupun mereka telah menggunakannya selama bertahun tahun.

Menurut Andreas Kaplan, seorang professor dalam bidang transformasi digital mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kump**an
aplikasi yang memerlukan internet untuk berfungsi dan membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 yang mana
membolehkan penciptaan dan pertukaran berlaku. Akan tetapi jika dilihat dari kamus dewan edisi ke 4, media sosial berasal daripada
dua definisi yang berbeza antaranya definisi media iaitu pengantara dalam proses perhubungan dan definisi sosial iaitu hal-hal yang
berkaitan dengan kemasyarakatan. Oleh itu, media sosial dapat didefinisikan sebagai platform yang digunakan oleh masyarakat untuk
membuat perkongsian kandungan seperti gambar, video, pautan dan juga untuk kekal berhubung. Antara contoh media sosial yang
paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian adalah Facebook, Whatsapp dan Youtube.

Pada awalnya, penciptaan media sosial bertujuan untuk berhubung dengan rakan yang telah lama terpisah atau untuk mengikuti
perkembangan seharian mereka secara dalam talian. Akan tetapi, seiring berjalannya waktu, dunia teknologi dan digital semakin
berkembang dan telah memberikan sedikit perubahan kepada kegunaan media social kepada masyarakat. Sebagai contohnya pada
abad ke-21 ini, media sosial telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu perniagaan. Ini kerana di dunia hari ini,
hampir setiap golongan dewasa dan remaja di seluruh dunia menggunakan media sosial setiap hari. Perkara ini secara automatik telah
memberikan peniaga akses untuk berhubung dengan pelanggan dari serata dunia dan merangsang kejayaan perniagaan mereka.

Akan tetapi, setiap perkara mempunyai pro dan kontra tersendiri. Statistik menunjukkan seorang pengguna media sosial biasa
menggunakannya selama 2 jam 25 minit sehari secara purata. Penggunaan media sosial yang terlalu lama dalam sehari ini boleh
membawa kepada pelbagai keburukan kepada pengguna itu sendiri. Oleh itu, masyarakat sebagai pengguna yang akan menentukan
sama ada media sosial membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat atau sebaliknya.

30/12/2022

๐—”๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—บ,๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚ ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐Ÿ’™

Kami merupakan pelajar dari MPU1013 (Kump**an G) telah mencipta satu halaman di facebook untuk berkongsi info dan posting menarik tentang "MEDIA SOSIAL BERSERTA KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA"

Mohon jasa baik rakan-rakan meluangkan sedikit masa untuk followโœ… dan like๐Ÿ‘๐Ÿผ setiap posting di Facebook kami bertujuan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Segala masa yang diluangkan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai. Terima kasih

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban G Kump 10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share