BudaKampung

BudaKampung menulis dan melukis

JANGAN KACAU LINAH LAGI..Dalam kampung itu Linah lah berwajah paling buruk dan tidak digemari ramai orang kerana penampi...
03/03/2023

JANGAN KACAU LINAH LAGI..

Dalam kampung itu Linah lah berwajah paling buruk dan tidak digemari ramai orang kerana penampilannya itu. Jalannya pun tertonggek-tonggek yg membuat dia menjadi bahan ketawa dan candaan kanak2 disitu. Apatah lagi bila disekolah..tiada siapa yg ingin duduk disebelahnya kerana tak tahan dgn bau badannya.

Cikgu Zainah amat perihatin pada Linah dan selalu cuba membantunya.

“Linah...awak pagi2 sebelum datang sekolah awak mandi tak..??”tanya cikgu Zainah.

“Kadang2 tidak sempat cikgu..rumah saya paip air dah dipotong sebab tak bayar duit air sebab bapak saya tak kerja ..dia sakit dihospital...mak saya dah tak ada... dia mati sebab sakit diseksa orang kerana mereka kata dia pontianak yg pelihara hantu..diperigi p**ak terlalu ramai orang..lama nak menunggu kat situ..kadang2 mereka maki dan halau saya cikgu”kata Linah dgn jujur.

“Apa kata mereka..?”tanya cikgu Zainah.

“Mereka kata saya anak pontianak dan anak hantu.. lagi kata mak saya dah mati sesat...bapak saya p**ak dikata simpan hantu raya...”Linah nampak sedih.

“Pedulikan kata mereka tu..awak budak baik dan bijak lagi..awak selalu dapat markah tinggi dalam klas ini...awak belajar lah bersungguh sungguh untuk masa depan awak tu..jangan hiraukan hinaan orang..”nasihat cikgu Zainah itu mententeramkan hati Linah.

Setelah habis sekolah Lina berjalan ke kantin untuk membeli air kearana merasa haus. Ada beberapa murid yg telah mengekorinya ke kantin.

“Hoi Linah tonggek..kau tak boleh beli air..bau kau busuk..nanti makcik jual air tu muntah dgn bau kau tu...”kata Armin anak seorang mekanik.

“Hey..Armin!!..kau tu apa kurangnya?..seluar asyik bau hancing..kencing pun tak betul cebok nak kata orang bau busuk..mari Linah..makcik beri kau air percuma ..Armin tak boleh beli air..mulut dia jahat..”kata makcik kantin itu sambil menghulurkan air soya kegemaran Linah. Semuanya terdiam.

Sedang Linah berjalan p**ang, Armin sengaja melanggarnya dgn basikalnya.Air yg dipegang Linah pun jatuh. Armin ketawa terbahak bahak dan terus kabur dari situ.Linah melihat airnya yg telah jatuh itu.Dia merasa amat sedih kerana selalu jadi bahan hinaan orang.

“Linah..jangan bersedih nak...mak selalu ada bersama linah..”suara itu adalah suara arwah ibu Linah dan dia dapat mengenalinya.

“Mak..mana mak..?” Linah mencari ibunya.

“Sini..atas sini..tengok atas..”kata suara itu dan Linah pun memandang atas pokok itu. Ada seorang wanita yg memang mirip ibunya sedang duduk dipokok itu memandangnya sambil tersenyum.
“Mak ke tu..?”linah bertanya.

“Ya ni mak datang...kau jangan sedih2 lah..mak akan jaga kau...nanti mak ajar budak kurang ajar tu..balik lah dulu..mak ada letak nasi bungkus atas meja tu..makan lah..”kata ibunya sebelum dia menghilang dari pokok itu.
“Mak ..jangan pergi dulu..maak..”tapi ibunya tiada lagi diatas pokok itu.

Armin pun mengayuh basikalnya sambil bersiul. Tiba2 basikal nya tidak dapat bergerak. Dia mengayuh dgn kuatnya tapi tak juga bergerak. Ada tangan yg muncul memegang basikal itu. Armin menjadi takut dan cuba menjerit.

“Ey..budak..kau jangan kacau Linah lagi...kalau kau kacau lagi aku humban kau dalam sungai tu lain kali..ingat..jangan kacau Linah lagi..”Kemudian basikalnya dilepaskan. Armin tercungap cungap mengayuh basikalnya pergi dari situ.

Sampai dirumahnya Armin terus berlari masuk.Ibunya memandangnya berpeluh peluh di badan nya.
“Kenapa kau berpeluh macam tu..?kena kejar anjing lah ni..??”kata ibunya.
“Tak!!....ada hantu!..ada tangan hantu tarik basikal Min tadi..”katanya sambil mengurut dadanya.

“Merapik lah kau ni Min..siang hari mana ada hantu?..tengok cerita hantu banyak sangat..dah pergi makan..dah sejuk nanti lauk2 tu..basuh tangan dulu....hantu..hantu..apa yg dimerapiknya..”ibunya membebel.

Sedang Linah makan ibunya datang lagi.

“Sedap makanan tu Linah..?..makan lah sampai habis..erm..siapa lagi yg kacau Linah..?beritahu mak ..”
kata ibunya .

“Dah berapa hari Linah tak dapat mandi kat perigi tu..ada makcik tu asyik halau Linah bila Linah nak mandi sebelum pergi sekolah..badan Linah berbau jadi banyak budak tak s**a duduk sebelah Linah mak..”kata Linah sambil mengadu.

“Ada makcik halau Linah bila nak mandi..??makcik yg gemuk tu kan..?dia memang benci kat mak masa mak masih hidup dulu....apa katanya p**ak pada Linah....?” tanya ibunya seterusnya.

“Dia kata Linah anak pontianak yg pelihara hantu....kata mak mati sesat..”Linah menceritakan.

“Kurang ajar perempuan tu..dah lah cukup kau hina aku masa aku masih hidup dulu.....ni anak aku yg tak bersalah pun kau jadikan mangsa hinaan kau..mak pergi dulu..nak jumpa makcik tu..nanti mak datang lagi..”maka terus ibunya hilang dari situ.

Makcik Jarah begitu lah nama makcik gemuk itu. Dia sedang berada didapur memotong sayur sambil bernyanyi.Pintunya diketuk orang.

“Siapa p**ak ketuk pintu tu..?? aku tengah masak ni..kak Hana lah tu datang nak jual produkt dia lah tu....sibuklah orang tengah masak..produkt dia bukan bagus pun..layan aja lah..”terus dia membuka pintu.

Disitu berdiri seorang nenek tua yg berpakaian compang camping memandangnya.

“Nak mintak air sikit..nenek haus lah..”kata nenek itu.

“Tau p**ak datang sini cari air..rumah orang lain kan ada..??air parit tu pun bersih boleh buat minum...pergi lah..sini kalau nak air kena bayar..kalau tak ada duit ni bukan tempat mintak sedekah..”kata makcik Jarah dgn lagak sombongnya.

“Lah awak ni..baru mintak air dah macam2 cakap..kalau mintak makan macam mana p**ak tu?..sombong semacam kau ya?..kau sanggup maki dan halau anak aku Linah tu kan..?”nenek itu menolak makcik Jarah ke dalam sehingga dia terduduk.

“Linah..?kau ni siapa p**ak..?”makcik Jarah menjadi cuak bila nenek itu bertukar menjadi garang padanya.

“Aku mak dia..!” lalu nenek itu bertukar rupa menjadi rupa ibu Linah yg selalu dia hina dulu.
“Ehh..kau kan dah mati Miah....??..ni siapa..?hantu dia..?”makcik Jarah rasa nak terkencing melihat ibu Linah disitu.

“Sekarang aku nak ajar kau sebab selalu berlagak sombong mentang2 kau banyak duit tapi kedekut sampai basuh baju dan cuci pinggan menggunakan perigi itu..tu kan tempat orang miskin macam anak aku tu..tapi kau halau dia macam anjing..kau jadikan perigi tu macam hak kau sendiri...mari sini..aku ada hadiah untuk kau..”Miah pun mengeluarkan sebuah bungkusan hitam dan membukanya. Bungkusan itu penuh dgn najis kucing..dia lumurkan najis itu ke p**i Makcik Jarah..makcik Jarah jadi termuntah muntah ...”Ibu Linah merenungnya dgn marah.

“Hari ni aku tak apa2kan kau Jarah...lain kali kau hina anak aku Linah lagi....aku akan buat muka kau buruk dan berbau najis untuk selamanya..biar laki kau lari dan cari lain bini......kau ingat tu!..jangan kacau Linah lagi..”lalu dia pun menghilang .Suaminya p**a baru p**ang dan melihatnya duduk tersandar dgn penuh najis dip**inya.

“Bang..hantu Miah datang tadi.....dia yg buat ni kat p**i Jarah..”katanya sambil memegang najis dan terus menuju ke singki untuk mencucinya.
“Hantu..??..siang2 ada hantu..?..makin awak tua makin meroyan lah awak ni Jarah..dah cuci muka tu betul2..baunya buat saya hilang selera makan..puii..baunya menyengat kat hidung..puii..nak buat muka tu licin jangan lah gunakan taik kucing..apa punya style petua yg awak dah ikut ni..?”suaminya berludah berkali kali.

Sejak dua kejadian itu.. gosip liar telah menjadi viral dikampung itu tentang penampakan ibu Linah yg selalu mereka hina dan benci itu. Kali ini Linah tidak lagi jadi bahan ketawa dan hinaan orang lagi..semua hanya terdiam bila terpandang Linah..tak ada kata2 yg menyakitkan hati Linah lagi.
"Terima kasih mak..."Linah tersenyum sendiri melihat perubahan itu.

SEKIAN ADA NYA..terima kasih..

Dia Merangkak....Jazam  dan teman2nya memberhentikan motosikal mereka dipersimpangan jalan itu. Jalan itu memang jarang ...
03/03/2023

Dia Merangkak....

Jazam dan teman2nya memberhentikan motosikal mereka dipersimpangan jalan itu. Jalan itu memang jarang dilalui oleh pemandu atau penunggang lain.Sejak lebuhraya dibina memang jalan itu tak selalu digunakan lagi.

“Kenapa ku pandang kat jalan tu Jazam..?”tanya Heri.

“Kita main racing2 nak kat sini..?tempat ni memang jarang orang gunakan..senang untuk kita buat racing...amacam kawan2 lain..?” Jazam bertanyakan pendapat yg lain.

“Eh..Zam..aku dengar tempat ni tak boleh buat main2...ada hantu kata orang..”kata Karimin p**a.

“Ya lah..dulu semasa jalan ni masih digunakan orang..banyak orang nampak benda bukan2..pontianak lah..benda hitam berlari lah...dan yg tak best tu ada hantu yg merangkak...”kata Zamin mencelah.

“Korang ni nama aja rockers..berpakaian macam orang rugged dan ganas..tapi dengar ada hantu terus kecut perut..rockers apa namanya tu..?”Jazam menyindir mereka.

“Rockers memang rockers lah..tapi pasal hantu ni jangan dibuat main2...kalau dia dah kacau kita...susah hidup kita nanti..”kata Karimin lagi.

“Ahhh..korang ni..betul cakap Jazam tu..rockers macam kita tak perlu ada rasa takut...ok..Jazam kita teruskan aja lah nak racing kau kata tadi..”kata Ucop Kayuh dgn nada bersetuju.

“OK..babgus tu Ucop..kau tak penakut macam diorang ni...mari ikut aku racing sampai hujung sana tu..aku akan tawarkan duit sebanyak RM1000 kalau ada yg menang dalam racing ni..aku tak main2 cakap..ni aku tunjukkan duitnya..”Jazam pun menunjukkan jumlah wang itu pada mereka. Terbeliak mata mereka memandang wang itu dan terus hilang rasa takut mereka kerana wang itu.

Mereka pun mulakan perlumbaan mereka. Jazam memecut dahulu daripada mereka. Yang lain mengejarnya dari belakangnya.

“Oii..!!..aku lupa nak cakap pada korang..kita buat 5 pusingan dari arah sana kesini semula ..5 kali pusing...ok..??” kata Jazam.
“Ok..jadi..”maka mereka teruskan dgn perlumbaan itu. Maka bisinglah tempat itu dgn riuhnya bunyi enjin motosikal mereka.

Dalam pusingan ketiga mereka..Ucop Kayuh merasa ada pergerakan dicelah semak2 disebelah nya..seolah olah ia bergerak mengikut motosikalnya. Dia tak ambil peduli kerana ingatkan itu adalah seekor anjing yg bersembunyi disitu.

“Huh..anjing lah tu...kalau kau keluar aku terlanggar kau dgn motosikal aku ni jangan kau salahkan aku..”kata Ucop dalam hati.

Jazam p**a terasa ada sosok yg berdiri dibelakang pokok besar itu yg sedang memerhatikan nya.

“Kalau malam memang lah macam2 perasaan bermain kat fikiran kita..mungkin tadi tu bayang2 pokok tu dari cahaya lampu kat situ..”Jazam berfikir.

Karimin p**a perasan seperti ada yg sedang terbang dibelakangnya sebab motosikalnya yg paling belakang sekali disebabkan enjin motosikalnya memang ada masaalah sedikit dan terpaksa berhati hati menunggangnya.

“Macam ada benda ikut aku...dari cermin moto aku ni tak nampak apa2..tapi aku berbau benda busuk mengikut aku...”kata Karimin dgn hati yg kurang enak.
Masuk saja pusingan keempat ditengah jalan itu bergolek satu benda seperti kain selimut ditiup angin. Mereka terpaksa berhentikan motosikal mereka.

“Apa benda tu Jazam..?macam selimut lah..takkan ada selimut kat sini..?”kata Ucop.

Kain putih itu begulung beberapa kali. Kemudian ia berhenti. Ternampak oleh mereka sosok seorang wanita. Dia merangkak kearah mereka.Rambutnya yg panjang menutup wajahnya dan tidak jelas kelihatan mukanya oleh mereka ....hanya terlihat lidah yg panjang terkeluar dari celah2 rambut itu.

“Ess..apa tu..?kak pon tu kan..??” Karimin panik melihat sosok yg sedang merangkak itu. Mereka cuba kabur dari situ tapi motosikal mereka tak mau bergerak sepeti terkaku disitu. Sosok wanita itu semakin dekat. Mereka menjadi panik semuanya.

Setelah mendekati mereka, sosok wanita itu menjilat jilat p**i mereka seorang demi seseorang dari mereka. Semuanya tidak dapat membuat apa2 kerana mereka seakan terkaku disitu.

Karimin hampir terkencing bila sosok itu menjilat p**inya. Bau seperti bangkai keluar dari air liur sosok itu. Sedikit kelihatan wajah sosok itu yg membusuk dan juga berbau. Karimin ingin muntah .

“Korang bacalah apa2 ayat2..baca lah siapa2..”Jazam menjerit.

“Aku tak ingat....!!aku dah lupa..!!” jerit Ucop .

“ Aku pun lupa..!! Zamin menggigil ketakutan.

“Aku tak tau ngaji..”Heri memekik.

Muncul satu cahaya dari lampu sebuah kereta yg menghampiri mereka. Sosok wanita itu terus menghilang kerana kedatangan kereta itu.
Kereta itu berhenti disebelah mereka. Rupa2nya itu adalah kereta polis yg sedang meronda disitu.

“Korang buat apa kat sini..?lumba haram kan..?mari ikut ke balai...langgar undang2 ni semuanya..”kata salah seorang pegawai yg berada dalam kereta itu.

“Tak bang......kita tak lumba haram..kita nak balik ikut jalan ni..tadi ada han...hantu..dia merang...merangkak dan kacau kami..baru saja tadi dia ada sebelum abang datang..betul..tanya lah kawan2 saya kalau tak percaya..”kata Jazam terketar ketar.

“Hahaha...rockers macam korang pun tau takut hantu??..ingatkan korang brutal punya kaki?..rupa2nya rockers palsu..dah..cepat balik sebelum aku call balai untuk angkut korang semua..cepat balik..” maka kereta itu pun meninggalkan mereka.

Korang perasan tak kereta polis tu tak ada plate nombor nya..??” Ucop berbisik.

“Jatuh lah tu..mari ikut kereta tu....kita rasa terkawal juga dgn adanya mereka..takut si merangkak tu muncul lagi..cepat..”Jazam pun memecut motosikalnya .Yang lain pun ikut memecut untuk mengejar kereta itu.

Setelah beberapa minit memecut motosikal mereka kereta polis itu tidak kelihatan lagi.

“Mana p**ak kereta polis tu..?takkan laju sangat ..kalahkan moto kita p**ak lajunya..mana ehh..?”kata Jazam dgn hairan.

“Aku dah cakap tadi plate kereta tu tak ada..itu kereta hantu lah tu...aku tak nak tunggu lagi lah...cepatlah berambus..”kata Ucop.

Mereka pun memecut motosikal mereka sehingga sampai dirumah masing2 dan tak lagi menunggang motosikal pada malam hari sejak penampakan itu.

Dah Habis...terima kasih...

HOTEL TU BERHANTU KE..??Satu hari aku dgn kawan2 aku Badrudin..Man Jetak dan Hassim Kemproh bercadang untuk pergi bercut...
02/03/2023

HOTEL TU BERHANTU KE..??

Satu hari aku dgn kawan2 aku Badrudin..Man Jetak dan Hassim Kemproh bercadang untuk pergi bercuti..ni dah berlalu 10 tahun dulu....kira cerita yg hampir basi lah..

Maka kita pun pergi lah bercuti ke.......”(nama dirahsiakan..takut boss hotel tu naik angin dgn kita bila baca cerita ni..)

Hotel yg kita sewa tu nampak ok..cantik..bersih dan besar..berapa bintang tak tahu lah aku..tapi aku boleh kasi 4 HA...staf dia pun ok2 aja..peramah atau pura2 peramah aku tak tau lah..nak dapat tip mungkin jadi buat2 peramah lah tu..

Kita dapat lah bilik sebelah hujung ditingkat 9..tak tinggi nasib baik..kita pun s**a lah dgn bilik itu..bersih..wangi...kemas..dah tentu lah..kalau tak pekerja bilik tu dah lama terpaksa balik kampung...kita pun letak semua barang2 kita dan nak pergi makan kat cafe dibahgian basement hotel itu...
Selepas puas bersiar siar kat tempat yg ingin kami lihat maka kita pun balik ke hotel..masa tu dah pukul 9 malam..kita pun berehat sambil tengok movie kat tv ..movie habis dalam pukul 12.30 malam jadi kita nak masuk tidur sebab badan pun letih juga...hanya Badrudin yg nak tidur kat sofa..dia yg mintak tidur situ sebab dia kaki kentut dan tak mau ganggu kita yg ada dalam bilik tu..dan selamatkan lubang hidung kita juga..

Kata Badrudin..masa dia nak pergi kencing kira2 pukul 3 pagi dia perasan ada orang yg masuk dalam tandas..dia pun hairan siapa p**ak yg bawak perempuan masuk bilik kita ..kita orang baik tak s**a sorok perempuan dalam kamr hotel..takkan Man Jetak tu..dia lembut sikit tak s**a ada girlfriend..aku pun dia tak suspek sebab masa tu aku dah ada tunang yg memang cantik lah..kalau Hassim Kemproh p**ak perempuan tak mau dekat dia sebab dia selalu nampak selekeh..jadi Hassim pun tak jadi masuk tandas dan tunggu orang itu keluar..setelah lebih dari 15 minit Hassim dah tak tahan lagi untuk kencing..dia pun ketuk lah pintu perlahan..tak ada orang yg keluar..dia terus tolak pintu yg rupanya tak berkunci..dia pun masuk lah dan buat kerja dia...lepas tu bila dia keluar dari tandas katanya dia nampak ada orang terbang dari ruang tv tu hingga tembus keluar tembok gelas tu...terkejut lah Hassim tu terus masuk bilik kita dan ceritakan apa yg dia nampak tadi..kita pun tak percaya sebab dia s**a mengigau pasal hantu bila sedang tidur...

Nasib baik kita hanya bermalam satu malam saja..kalau tak..... mungkin aku atau Man Jetak atau Badrudin p**a yg nampak sirambut panjang tu...

Dah habis...

SEPASANG MATA MERAH..Masa tu aku masih remaja..kira hensem tahap hero hindustan lah....Ok..masa tu aku s**a melukis samp...
02/03/2023

SEPASANG MATA MERAH..

Masa tu aku masih remaja..kira hensem tahap hero hindustan lah....
Ok..masa tu aku s**a melukis sampai jauh malam bila orang semua dah tidur nyenyak ..aku sorang saja yg mata macam burung hantu yg belum nak tidur..aku memang s**a lukis komik jadi tak tengok time dah pukul berapa....
Jadi satu malam ni dah pukul 1 pagi..kampung aku hampir senyap sunyi..hanya suara2 jengkrik berkaraoke yg aku dengar masa tu..aku pun lukis lah dgn rajin nya..secawan kopi kat sebelah aku dari panas sampai jadi sejuk sambil kunyah kuaci...

Tiba2 aku sedar ada benda yg berjalan depan aku..masa tu tingkap aku masih terbuka...aku pun berhenti lukis kejap..nak tengok siapa yg berjalan tu..takut si pencuri yg nak curi ayam..masa tu banyak ayam yg telah kena curi..jadi aku pun jenguk lah dari tingkap..apa yg aku nampak memang tahap seram..
aku nampak satu benda tinggi hitam berjalan menembusi pokok2 disitu...dia pandang aku dgn mata merahnya..merahnya macam warna bara api..aku terus berhenti menjenguk dan terus tutup tingkap..tangan aku terketar ketar nak tutup tingkap...

Lepas peristiwa jumpa mata merah tu..aku tak lagi melukis sampai jauh malam...jam 10 aku dah tarik selimut dan tingkap semua tak lagi aku buka..panas pun panaslah...

Dah habis dah..

02/03/2023

Ni ada sikit cerita masa aku masih berumur dalam lingkungan 12an...masa tu aku memang s**a cari buah gajus untuk aku bakar bijinya untuk dimakan.
Maka datanglah musim buah gajus dimana hampir setiap pokok yg ada dalam semak tu aku nampak ada buahnya yg tumbuh. Aku pun apa lagi lah..habis saja sekolah aku tak terus balik rumah tapi ingin singgah kat semak tu untuk aku ambil buah2 gajus yg masak ranum tu..ada berbagai warna p**a buahnya..ada yg merah..ada yg kuning dan ada yg bercampur warna..aku tak peduli apa warnanya dan aku ambil saja yg pada aku nampak dah boleh dibakar bijinya.
Sedang aku masuk kedalam semak bahgian dalam sedikit, aku terdengar bunyi ranting patah. Aku fikir tu mesti anjing hutan atau pun babi hutan..aku dah sedia dgn kayu untuk bela diri jika diserang salah satu binatang tu..tapi apa yg aku nampak hampir buat aku pengsan..berdiri disitu satu sosok wanita yg cantik..berpakaian baldu berwarna hijau dan berselendang putih bersulam bunga2 sedang memerhatikan aku. Aku terdiam dan tak dapat bergerak setelah nampak wanita itu.
Dalam fikiran aku sama ada itu pontianak atau hantu hutan...sebab nenek kata siang hari pun pontianak boleh muncul...aku terus terpaku dan mulut aku juga tiba2 tak hafal lagi ayat2 suci sebab sangat takut diapa2kan benda itu...setelah dia senyum dia pun berjalan pergi dan hilang depan mata aku..aku pun terus lah lari..sampai saja dirumah aku ceritakan pada nenek..nenek ketawakan aku..katanya itu bukan pontianak kalau penampilannya begitu..itu orang bunian katanya..aku pun terkelip kelip mata mendengarkannya..betul ke tu nek aku jumpa orang bunian..??..entah lah ya......

23/02/2023

GELAP...part 3

Seperti yg telah dijanjikan, ustaz Farjan dan cikgu Harun bertemu disebuah warung untuk mengopi dulu. Barulah mereka akan terus pergi ke lokasi yg dikatakan oleh ustaz Farjan. Mereka juga akan berbincang sedikit lebih kurang tentang persiapan diri semasa sesi menerawang nanti.

“Kau tunjuk aja lah tempat kau jumpa batu nisan tu...biar aku buat terawangan sendiri..kau standby aja takut kalau benda lain nak cuba buat kacau..”kata cikgu Harun sambil menghirup kopi o nya.

“Ok..boleh jugak ...aku serahkan pada kau dulu..ada apa2 aku bantu..yok..kita berangkat..hari macam mendung..”kata ustaz Farjan sambil memandang langit.Cikgu Harun menghabiskan sisa kopinya.

Dalam masa 20 minit berjalan mereka pun tiba dilokasi yg dikatakan itu. Cikgu Harun melihat keliling kawasan hutan itu. Dia menggelengkan kepalanya.

“Kenapa kau geleng kepala..?ada apa..??” ustaz Farzan bertanya.

“Banyak makhluk2 pelik kat dalam hutan ni..ada yg tinggi..ada yg panjang..ada yg macam kelakar..tu semua jin hutan..aku pun nampak toyol berlarian semasa aku jalan kat tepi busut tu..tu tempat dia sembunyi rupanya..pasti ada banyak wang atau harta disembunyikan kat dalam busut tu..”kata cikgu Harun sambil memandang busut itu.

“Cuba kau buat terawang sikit..”kata ustaz Farjan.

“Kau lah buat..aku nak tengok apa yg keluar dari busut tu..”cikgu Harun menjongkok untuk melihat dari jauh.

Maka ustaz Farjan pun menutup mata sambil membaca ayat2 yg perlu dibaca untuk ketahui isi dalam busut itu. Tangannya bergerak ke kiri dan kanan seperti mengambil sesuatu dari busut itu. Ada sosok seperti budak kecil berlarian keluar dari busut dan memekik seperti bunyi suara babi.

“Haa..Harun...kau tengok apa yg keluar ni..”ustaz Farjan menunjukkan beberapa jumlah wang dan barang2 kemas yg diambilnya secara gerak ghaib dari busut itu.

“Pencuri betul lah toyol tu..siapa tuan dia agaknya..?” kata Cikgu Harun sambil memegang wang dan barang kemas itu.

“Eh..Run..kita datang sini nak tangkap toyol ke nak terawang kubur tu..?ustaz Farjan mengingatkan cikgu Harun.

“Tak apa lah kita simpan saja barang2 ni..kita akan usahakan untuk cari pemiliknya...mari kita mulakan terawangan kita..”Kata ustaz Farjan.

Keduanya pun berjongkok diatas kubur lama itu untuk mencari nama pemilik nya sambil membelek batu nisan yg retak itu jika ada tertulis apa2 disitu..

“Ada tulisan jawi kat sini...ada nama yg aku nampak seperti Zai...Zainah..binti siapa dah tak nampak...tahun 1945...eh..dah lama dah kubur ni...kita terawang sekarang.....” Keduanya pun menutup mata sambil membuat gerakan dgn tangan mereka..

Ustaz Farjan menarik tangannya ke atas. Dia rasakan seperti ada api yg membakar tangannya.

“Kau rasa api tak Run..?ustaz Farjan bertanya.

“Aku rasa macam ada tenaga letrik kat tangan aku ni..macam ada yg melawan dari bawah kubur ni...”cikgu Harun pun mengangkat tangannya dan berhenti menerawang.

Dgn tiada diduga, sebatang ranting kayu yg besar jatuh dari pokok asam itu dan hampir mengena kepala mereka.

“Wuii...sikit lagi kena...macam mana boleh jatuh..?ranting ni masih kuat dan bukan kering...ni macam ada yg nak cari pasal ni.”kata ustaz Farjan sambil memandang keatas pokok asam itu.

“Adalah benda yg tak s**a kita kepoh kat tempat dia...dah lah..respons hari ni kurang bagus..kita cuba besok lagi....”kata cikgu Harun .

“ Dia tak terimalah..apa saja benda tu aku nak tahu juga dia siapa dan asal dari mana..dan kenapa kuburnya berada disini”kata ustaz Farjan.

Setiba dirumahnya ,ustaz Farjan mempelawa cikgu Harun untuk tidur dirumahnya beberapa hari sehingga masaalah yg ada dapat diselesaikan segera. Ramai lagi penduduk yg telah mengosongkan rumah2 mereka. Ada yg keluar begitu saja dan ada juga meninggalkan rumah mereka tanpa membawa barang2 mereka .

“Wah..betul cakap kau Jan...rumah2 kat sini semakin kosong...dah lah gelap bertambah sunyi jadinya...apa punya jenis makhluk yg main2 dgn lampu ni?...tentu ada sebabnya dia buat begitu..?”cikgu Harun semakin keliru dgn keadaan disitu.

Beberapa blok dari situ kelihatan keluarga Hamid Goreng sedang menonton tv...lampu rumah mereka mula berkelip kelip...kemudian semuanya padam...menjadi gelap lah seluruh rumah itu...isteri Hamid Goreng terus berlari ke bilik ayahnya yg sedang sakit ..dia meraba-raba di dalam gelap dan memegang tangan ayahnya..ayahnya p**a menggenggam tangan anaknya itu dgn kuat.

“Poyah...aku nampak ada benda hitam masuk sini sebelum blackout tadi..rambut dia panjang...dia pandang aku dan terus naik atas siling tu..tak tau mana dia sekarang..tu apa tu..?hantu ke..??” ayahnya bertanya.

Poyah berfikir ayahnya merapu dalam bicaranya keranaa dia telah lama sakit dan sering mengigau dalam tidurnya.

“Tak ada apa2 lah ayah..itu bukan hantu..ayah aja yg ingat bukan2..jangan2 siFatimah tu masuk tadi..”kata Poyah.

“Betul ...aku nampak ada benda pelik..rambut dia sampai jejak bawah lantai.....kalau Fatimah tentu lah aku kenal...ni bukan...mata dia merah...itu hantu...hantu lah dah masuk rumah kita...”ayahnya berkata lagi.

“Hai ayah ni..banyak makan ubat hospital lah jadi macam ni...kesian..sampai jadi berilusi begini..”fikir Poyah p**a.

Setelah keluar dari bilik ayahnya ,Poyah merasa ada yg menyentuhnya dibelakangnya. Dia fikir itu suaminya Hamid Goreng yg sedang jalan meraba raba.

“Eh..abang Mid ni...nak jalan pun pakailah lampu henfon tu..meraba sana meraba sini....”Poyah pun menarik tangan yg meraba itu. Dia ingatkan tangan yg dipegang itu milik suaminya...tapi yg disentuhnya tangan yg berbulu dan kukunya agak panjang.

“Takkan laki aku berbulu macam tu?..tak pernah p**ak dia simpan kuku panjang..?Poyah menjadi hairan.Dia cuba menyentuh lagi tangan itu.

“Abang Hamid ke ni..bau semacam lah abang ni...pergi mandi lah bila lampu dah nyala balik...bang..dengar tak.?” Poyah bertanya.

Dia pun meraba bahgian kepalanya. Dia terpegang rambut yg panjang. Dia kurang selesa jadinya.

“Rambut panjang..?apa p**ak tu..Fatimah simpan rambut pendek..siapa p**ak..?” dia berkata dalam hati. Dia mengambil handphone nya dan menyalakan lampu kearah yg menyentuhnya.

“Haa..??apa ni..??bang Hamiid...tolong!!....hantuuu..”Poyah terpekik. Hamid Goreng melompat dari biliknya dan bergerak keluar untuk membantu Poyah.
Lampu pun menyala kembali. Poyah telah pengsan. Ada bau yg sangat busuk diruang itu.

“Poyah..kenapa..??”Hamid Goreng cuba menggugah Poyah. Terdengar bunyi tapak kaki sedang berlari dari atas bumbung rumah itu.

“Aku cakap ada hantu korang tak mau percaya...hantu..hantuuuu..hantuuu..”ayah Poyah terus merapu dan terpekik dari dalam biliknya.

BERSAMBUNG PART 4...

HOSPITALSiapa  sangka  hospital  yg   begitu  indah  dan  moden banyak  menyimpan  rahsia  misterinya. Ini  kisah  sebua...
23/02/2023

HOSPITAL
Siapa sangka hospital yg begitu indah dan moden banyak menyimpan rahsia misterinya. Ini kisah sebuah hospital yg agak besar,punyai perlengkapan yg canggih, dan terletak ditengah kota. Sebenarnya hospital itu adalah bekas tapak sebuah hospital lama yg pernah digunakan pada perang jepun dulu.Telah lama hospital itu terabai dan ditinggalkan begitu saja selepas perang berakhir dan tidak digunakan lagi sebagai hospital memandangkan banyak hospital2 baru telah dibina.
Namun ada seorang pengusaha yg kayaraya yg berniat untuk membina hospital itu semula dan dibuka untuk orang ramai .Bukan saja dikalangan orang tempatan yg datang berubat disitu, ada juga yg datang dari Indonesia, Brunai, Thailand,Filipina dan ada juga dari Negara barat yg datang berobat.
Rosmah..seorang staff nurse yg lulus pengajiannya disebuah kolej kejururawatan dan perubatan telah ditempatkan dihospital itu. Ramai juga anak2 melayu yg bekerja disitu dgn berbagai bidang masing2 sejak hospital itu dibuka semula.
Cerita syif malam…
Jam 11.45 malam..kelihatan Rosmah sedang sibuk membelek belek fail pesakit yg berada diward jagaan nya..dia memanggil seorang pemuda bernama Ahmad yg sedang duduk melihat lihat HPnya..
“Mad.. boleh tak tolong akak angkatkan selimut dgn cadar yg kotor itu bawak masuk ke bilik laundry..tolong kak Imah staf laundry tu sebab dia banyak kerja..dua stafnya dah resign mendadak entah kenapa..kau tolong eh?..terima kasih Mad..”Rosmah menepuk bahu Ahmad pemuda yg baru sebulan bekerja disitu sebagai penolong penghantar pesakit didepartment bahgian sakit kronik bersama Rosmah.
“OK kak..no problem punya..ni kan benda2 tu?”Ahmad memungut barang yg dsebutkan oleh Rosmah tadi dan membawanya ke bilik yg mana diletakkan cadar ,pakaian dan selimut yg kotor.”Hissh..banyak darah p**ak benda2 yg aku bawak ni..hmm..bau darah hamis..”Ahmad berkata dlm hatinya. Sampai saja di pintu masuk laundry itu, Ahmad ternampak seorang nenek tua keluar dari situ.
“Eh..nek..nak ke mana dah malam begini?” nenek tua itu tak menghiraukan panggilannya tapi terus berjalan sehingga ke pintu exit memasuki tangga yg turun ke mortuary. Ahmad perasan nenek tua itu tidak membuka pintu itu tapi berjalan terus menembusi pintu itu.
“Haa?..nenek tu jalan tembus kat situ?..ni macam seram ni..baik aku letak benda ni cepat dan keluar dari bilik tu..”Ahmad merasa kurang enak bila melihat perkara begitu berlaku didepan matanya.
Dia terus berlari semula diward tadi. Dia berlari kearah Rosmah yg baru saja habis memeriksa seorang pesakit untuk beritahu apa yg dia nampak tadi.
“Kak Rosmah..boleh saya cerita sesuatu?” katanya sedikit gugup.
“Cerita apa?cerita cinta akak tak nak dengar..”kata Rosmah cara bergurau.
“Bukan lah..ni serius ni..tadi semasa saya nak masuk bilik laundry tu ada nenek tua keluar dari situ..saya tanya dia nak pergi mana..tapi dia jalan terus tembus kat pintu exit tu..tak bukak pintu pun..macam seram lah nampak gitu malam2 ni..”Ahmad memeluk tubuhnya seperti sedang kedinginan.
“Kau biar betul Mad..?akak dah lama kerja kat sini tak pernah pun kena macam tu..?mata kau ngantuk tak? Kau rest lah dulu..pergi rest..ada apa2 nanti akak panggil kau..”Rosmah tak menghiraukan cerita dari Ahmad tadi.
Dua jururawat yg lain tiba dimeja tempat Rosmah berada dan melihat Ahmad berjalan dgn cepat ke bilik rehat tak jauh dari situ.
“Kenapa Ahmad tu?..macam orang bengong aja..?”tanya Hartini
“Macam nampak hantu aja aku tengok?” kata Geeta jururawat berbangsa india disebelahnya.
“Hissh korang ni..jangan cakap macam tu lah..dia baru cerita dia nampak ada nenek tua keluar dari bilik laundry tadi..”kata Rosmah berbisik.
“Eeee..betul ke?..seram lah..”kata Hartini.
“Dia baru masuk sini dah jumpa macam tu..penakutlah dia tu..nama aja lelaki..tapi penakut..nak rehat cakap lah..jumpa nenek lah apa..”Geeta membebel.
“Geeta kau tak boleh cakap macam tu..biarlah dia rehat dulu..dia pun orangnya baik..dah kau pergi check obat2 yg nak diberikan pesakit katil no 32 tu..”Rosmah berkata untuk memotong cakap Geeta .
“Alah Ahmad tu..dia punya pasal aku p**ak kena check obat2..”Geeta mendengus.
“Apalah si Geeta tu..cakap macam dia tu berani sangat..”kata Hartini.
“Biarlah dia..ok Tini.. kau duduk lah dulu..kejap lagi aku nak check patient..”Rosmah menyuruh Hartini duduk disebelahnya.
Sedang Geeta berjalan untuk memeriksa obat2an yg disuruh Rosmah tadi dia perasan ada seorang pesakit sedang berjalan keluar dari bilik ward sebelah sambil berkata sesuatu. Geeta pergi mendapatkannya dgn berniat untuk membawanya balik ke katilnya..”Eh..pakcik..nak pergi mana?..dah malam ni..mari saya hantar kat katil pakcik tu sebelah situ..”Geeta memegang lengan pesakit itu tapi ditepis olehnya sambil bercakap dgn suara yg kuat.
”Bini aku datang tadi..dia datang nak bawak aku balik..dia datang pakai telekung..aku nak ikut dia balik…dia datang nak ambik aku balik..Timah..tunggu abang..abang nak ikut kau balik..Timah..”dia terus membebel yg menyebabkan beberapa pesakit ward disitu terbangun.
Jururawat2 yg menjaga ward itu pun berlari datang untuk membantu Geeta disitu.
“Kenapa Geeta dgn pakcik ni?” Lisa bertanya
“Tak tau lah..dia kata bini dia datang nak ambil dia balik..meracau racau aja..”kata Geeta.
“Bini?..dia mana ada bini lagi?..bini dia dah meninggal tahun lepas kat hospital ni juga sebab kanser payu dara..”Geeta dan seorang jururawat lagi tercengang mendengar itu.
Setelah pesakit itu dibawa kembali ke katilnya, Geeta pun menyambung tugas yg disuruh tadi. Sedang dia membelek obat2 itu dia merasa ada benda bergerak di toilet didepannya. Sebatang penyapu mop yg berada didalam sebuah baldi telah tiba2 terjatuh seperti ada yg menolaknya.
“Siapa main2 ni..oi..jangan main2 lah..aku tengah buat kerja ni…kak Imah ke tu?..jangan lah main2 macam tu..”Geeta berfikir perempuan penjaga laundry itu sengaja bergurau dgn nya.
Sehabis bercakap demikian, Geeta melihat pintu toilet itu terbuka tapi tiada siapa yg keluar dari situ.Geeta merenung pintu itu lagi. Dia tak sedap hati. Bulu tengkuknya tiba2 berdiri. Angin yg dingin terasa disitu sebab Geeta dapat merasakannya.
“Ni yg tak best ni…baik aku balik kat tempat Rosmah…”dia pun mengambil obat2 itu dan terus berjalan cepat ketempat Rosmah semula.
“Eh..cepat betul kau buat kerja ?..muka kau macam sakit aja aku tengok?..kau datang bulan ke?” tanya Rosmah setelah melihat muka Geeta berlainan sedikit.
“Aku..er..tak ada apa2 lah..boring lah kat situ..baik aku kira obat2 ni kat sini..ada teman kat sini…”Geeta tak mau ceritakan apa yg berlaku tadi kerana takut dilabelkan seorang penakut juga.
“Lain macam aja Geeta ni..” kata Rosmah dlm hati.
Jam 1.30 pagi..
Ahmad pun keluar dari bilik rehat dan terus berjalan ke meja Rosmah..”Eh..kak Rosmah..kenapa tak panggil Ahmad buat kerja anu obat tu..Geeta p**ak yg buat..”kata Ahmad bila dia lihat Geeta sedang memasukkan obat dlm plastic kecil untuk pesakit makan sebentar lagi
“Tak apa lah Ahmad..kau dah ok?” Geeta bertanya
“Tak dapat rehat lah..kat bilik rehat tu macam ada bunyi orang mengerik ngerik tombol pintu…aku buat bodoh aja lah..”kata Ahmad
“Geeta..kau duduk sama Ahmad kat sini ya..saya nak jenguk abang yg baru masuk ward petang tadi..”kata Rosmah dan kemudian berjalan masuk ke bilik ward itu.
“Hey Ahmad..kau betul ada nampak nenek tu keluar dari laundry ?’’Geeta berbisik
“Kenapa kau nak tanya lagi..tadi kau macam tak percaya aku..”jawab Ahmad
“Eh Mad....aku tadi pun kena kacau bila aku tengah isi obat2 tu..kat toilet tu macam ada benda..mop dlm baldi tu tercampak keluar..pintu toilet terbukak tapi tak ada orang keluar..lepas tu aku rasa macam ada angin kat tempat tu..aku pun angkat kaki lah..tapi aku tak cakap dgn Rosmah..dia tak tau..”Geeta bercerita sambil memandang ke belakangnya.
“Tu lah..aku rasa hospital ni berhantu lah..aku nak bergerak sana sini pun rasa berat..takut terserempak apa lagi..”kata Ahmad
“Aku dah nak dekat setahun kerja sini..tapi ni first time kena macam ni..seram lah kalau macam ni..”Geeta termenung sekejap.
“Mana2 tempat kerja pun sama Geeta..mesti ada benda halus nak kacau..apa nak buat..teruskan kerja kita lah..”Ahmad cuba tak mau ingat benda2 yg akan melemahkan semangatnya untuk bekerja disitu.
Geeta memandangnya lama kemudian berkata..”Eh ..Mad..kalau aku nak ke toilet kau ikut boleh?..”Geeta tersengih
“Haa?..aku ikut kau pergi toilet?boleh..tapi kalau ada apa2 kat luar toilet tu aku lari tau Geeta..?”kata Ahmad bermuka serius.
“Alaa..tak best lah..tapi tak apa lah kau jangan ikut..Hartini ada..dia anak jawa..mesti berani punya..dia tu ada karate blackbelt tau..”Geeta teringat akan Hartini yg punyai kemahiran karate.
“Karate tak karate..kalau dah nampak apa2..karate pun hilang..dah lah Geeta aku nak buat kerja sebelum Rosmah tu balik sini..”lalu ahmad pun mengatur fail2 pesakit yg berselerak atas meja.
Didalam bilik ward p**a…Rosmah menjenguk pada setiap pesakit yg berada diward itu. Seorang pesakit berbangsa cina yg berusia dlm lingkungan 60an sedang duduk memandang tingkap. Rosmah berjalan ke katilnya…”Apek..lu tak tido ha?” Rosmah bertanya. Dia menoleh dan memandang ke muka Rosmah sambil berkata..”Wa tak moleh tilo..hali2 malam wa nampak ada olang jalan maciam cicak sana bawah..dia jalan semua tompat tengok muka olang sakit..satu kali lia tengok itu india eksilen punya..itu malam itu olang sula mati..itu macam hantu itu macam..wa takut lia tengok wa ..telus wa misti mati..ayya susah laa..”apek itu merapu.
“Tak ada apa2 lah pek..itu bukan hantu..lu sakit jadi lu nampak macam2..tido laa..”Rosmah memujuknya untuk tidur.
“Kalau hantu latang wa mati lu call wa puniya anak latang angkat wa balik..ok nurse?” dia memandang Rosmah dgn muka sedihnya.
“OK..ok.lu tido..nanti nurse datang kasi obat lagi..”Rosmah pun mengambil selimut dan menyelimuti orang itu. Dalam baringnya itu dia masih membebel dan merapu lagi.
“Kesian…sakit dia pun kronik..tunggu masa aja..”Rosmah pun keluar meninggalkan ward itu dan kemabli ke mejanya semula.
“Geeta..mana Hartini?..tengok kat bilik rehat tu…”Rosmah menyuruh Geeta mencari Hartini.
‘Dia sembahyang tak?..tak apa aku pergi tengok dia..” Geeta pun berjalan menuju bilik rehat itu dan menjenguk dari langsir yg menutupi bilik itu tapi Hartini tiada didalamnya.
“Laa..mana p**ak pergi Hartini ni?” Geeta terus kembali ke meja Rosmah.
“Dia tak ada dalam bilik tu Rosmah…”kata Geeta
Sekejap lagi Hartini pun timbul dgn nafasnya termengah mengah datang ke meja mereka..”Mana kau pergi Tini?..aku ingat kau solat tadi..suruh Geeta check kau kat dalam tu..”Rosmah beritahu.
“Memang aku nak solat tadi..baru nak mula solat aku ternampak budak2 kecik mengintip aku dari langsir tu..aku pun tak jadi nak solat..aku kejar lah benda alah tu..rupa2nya macam budak2 kecik kepala botak telinga macam kelawar terus semua lari masuk dalam bilik stor tu..”kata Hartini dgn wajah tenang.
“Wei..berani nya engkau kejar benda tu..tu kata orang anak jin…”kata Rosmah. Geeta menggigit bibirnya mendengar cerita itu. Ahmad cuba berlagak tidak mau ambil tahu cerita itu.
Paginya..
Sebelum berangkat p**ang..Rosmah singgah ke kantin hospital dan bertemu dgn staff nurse Qasrinah dari ward wanita sedang duduk minum kopi. Dia terus order kopi dan duduk dimeja Qasrinah.
“Hai..Rina termenung jauh nampak?” Rosmah menegurnya.
“Aku fikirkan cerita malam tadi lah..pelik betul..”kata Qasrinah sambil menghirup kopinya dgn perlahan.
“Cerita apa p**ak?” Rosmah ingin tahu.
“Ada sorang perempuan cleaner ni kata dia nampak ada satu benda macam kelawar tapi besar kat dalam bilik laundry tu tengah menjilat darah2 yg melekat kat cadar tu..benda tu berbulu dgn matanya yg hitam berkilat..p**ak ada lidah panjang kata cleaner tu..dia pun berlari terus bagi tau kawan dia budak Sabah tu..lepas tu tak berani nak masuk tempat laundry tu..aku pun bengang lah dgn diorang..aku sendiri nak pergi tengok kalau betul ada..bila aku jenguk kedalam bukan satu tapi tiga benda alah tu ada kat dalam..tengah menjilat darah..aku pun belah lah panggil Dr Steve Johnson..Dr matsaleh tu..bila aku sebut dia ketawa macam nak rak..dia pun pergi tengok sebab dia ingat aku main2 cakap..bila dia masuk tengok..dia terkejut sampai terkencing dalam seluar..pagi ni dia masih shock..”kata Qasrinah.
“Goblok betul lah matsaleh tu..dia ingat orang melayu s**a berkhayal pasal hantu..padan muka dia dah nampak sendiri..habis tu apa jadi?”Rosmah bertanya lagi
“Nasib baik ada driver ambulance standby tu Pak Kartoni..aku cakap dgn dia sebab dia tu pandai obat orang katanya..dia pun masuk dalam bilik laundry tu..entah apa dia buat..benda2 tu terus lari lintang pukang menjerit macam bunyi khinzir..”kata Qasrinah.
“Tempat aku pun ada kejadian malam tadi tapi biasalah..penampakan benda2 ghaib ni..hospital nampak moden..terang benderang lagi..kat kawasan Bandar p**ak..tapi dalamnya orang tak tau..macam2 kisah ada..kita yg kerja kat dalam ni lah yg merasa..bukan senang nak jadi orang2 frontliner ni..banyak cabarannya..”kata Rosmah tanpa berniat mengeluh.
“Tu aku dengar staf yg jaga mortuary tu asyik bertukar orang aja..macam2 cerita ada..pontianak lah..jin lah..bayang2 hitam lah..mana tak cabut semua?..entah lah..kena panggil askar dgn polis jaga agaknya..” Qasrinah menyambung.
“Entah lah..ok lah aku nak balik dulu..laki aku dah tunggu kat carpark tu..mata pun dah ngantuk ni..malam nak masuk lagi..bye..” dgn itu maka Rosmah pun meninggalkan Qasrinah dikantin itu.
“Jangan ada yg ikut balik Rosmah..” kata Qasrinah
“Ikut balik..siapa?” Rosmah bertanya.
“Ikut balik macam aku kena..bila sampai rumah..anak aku nampak ada nenek tua kat dapur..bila dia cakap dgn aku..aku pun nak pergi tengok..tapi tak nampak nenek pun..aku pun marah anak aku supaya jangan menegur apa2 yg dia nampak.”kata Qasrinah .
“Ni yg tak sedap ni…mintak2 janganlah ada benda ikut aku balik….bismillah..” dgn itu Rosmah pun berjalan ke carpark dimana suaminya sedang menunggu dalam keretanya..
“Siapa belakang awak tu. Kawan awak ke?...bukan main cantik lagi pakai baju kebaya..”kata suaminya sebaik saja dia nak masuk ke dalam kereta.
“Hah?..kawan?..pakai baju kebaya?” Rosmah menoleh mencari orang yg dikatakan suaminya tadi tapi tak nampak sesiapa.Dia terus duduk dalam kereta sambil matanya melirik ke semua sudut carpark itu. Mana lah tau……
Beberapa tahun kemudian..
Rosmah dan Qasrinah masih bekerja dihospital itu dan telah dinaikkan pangkat sebagai Senior Staff Nurse. Ahmad telah berhenti dan bekerja diGrabFood. Geeta telah berhenti setelah berkahwin dan duduk di Grik,Perak mengikut suaminya seorang pegawai polis. Hartini telah berkahwin juga dan telah ditukarkan ke Ward Kanak2 sementara DR Steve Johnson telah p**ang ke Canada.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH..

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BudaKampung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BudaKampung:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share