15/05/2024
PROGRAM MENEMBAK BERSEMPENA PAMERAN DEFENSE SERVICES ASIA (DSA) DAN NATIONAL SECURITY (NATSEC) ASIA 2024
Program Menembak bersempena Pameran Defense Services Asia dan National Security (DSA NATSEC) Asia 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri telah diadakan di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Program ini adalah salah satu acara dwi tahunan yang dianjurkan dengan penglibatan peserta-peserta dari dalam dan luar negara yang terlibat dengan Pameran DSA NATSEC Asia 2024.
Turut hadir semasa Program Menembak Khas ini adalah YBhg. IG Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan).
Manakala antara wakil daripada Kementerian Pertahanan yang hadir adalah YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBrs. Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Leftenen Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Don, Panglima Angkatan Bersama (PAB) dan Leftenen Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD).