08/09/2019
Pendakian ke puncak Bukit Harimau Menangis, yang terletak di Kemasik bersama kanak-kanak dan budak berusia 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah semuanya selamat naik dan turun.
Juga perlu diingat aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti hiking ini sangat perlu diutamakan.
Antara persediaan UTAMA yang perlu dibuat adalah:
*Pakaian yang sesuai (menutup aurat)
(kasut, stokin, seluar sukan, baju sukan)
*Jika perlu kepada tuala kecil untuk lap peluh, perlu juga dibawa bersama.
*Ikut laluan yang telah disediakan
*Pegang pada tali yang disediakan jika perlu
*Air minum bagi menghilangkan dahaga
Sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan, terlebih dahulu perlu melakukan sedikit "warming up" atau sesi pemanas badan supaya tidak berlaku sebarang kecederaan yang tidak diingini.
Selamat mendaki ;)