26/05/2021
Air ini sumber alam paling berharga dalam apa krisis sekalipun , kalah emas, tanpa makanan 2 atau 3 minggu kita boleh bertahan tapi tanpa air 3 atau 4 hari aja kita mampu hidup .
Terpanggil utk kongsikan pengalaman saya , kalau admin rasa tak relevan mohon delete (no heart feeling cuma jangan la remove saya dari group yang bagus ini)
Pelik kan , tak hujan berminggu pun , sungai tetap mengalir air ke laut , ada orang pam air ke atas gunung / bukit ke?
Ada satu benda dari kecil yang tak mampu saya bayangkan, saya cuba tanya dan 99% jawapan diberi oleh orang dikeliling saya, jawapan dia berakhir dgn "allahuallam". Depa buntu , sebab setiap jawapan depa akan ada pertanyaan lain dari saya.
Benda yang saya maksudkan adalah - mana datang air di sungai tak henti henti turun dari bukit atau gunung.
Ada yang kata , hujannnnnn, saya kata hujan kat gunung klu tengok jauh , mana hari hari , kekadang seminggu tak hujan rasanya .
Kemudian ada kata dari mata air , saya kata , takkan air tu terbit atas gunung cam tu aja (macam wujud cam tu aja).
Kemudian ada kata dari laut dan siap kata bumi ni penapis paling bagus( ini lawak , takkan ada yang pump dari laut naik atas gunung).
Kemudian 3 tahun lepas ditakdirkan saya terjatuh cinta dgn aktiviti pendakian gunung.... sewaktu mendaki gunung besar hantu , baru saya tahu keajaiban kuasa tuhan dan kenapa TUMBUHAN penting utk air (termasuk redakan panas dan simpan air).
Di puncak Gunung Besar Hantu , saya menyaksikan sendiri bagaimana awan membelah pokok pokok di puncak (termasuk lumut) , dan menukarkan wap air jadi titisan air. Titisan air tu p**a , diserap dalam tanah , dan kemudian berkumpul di kawasan tertentu dan keluar menjadi mata air, dan berpuluh mata air bila bergabung menjadi anak sungai , dan beberapa anak sungai bergabung menjadi sungai/jeram dan seterusnya mengalir ke laut.
Rupanya dgn tumbuhan ciptaan Allah, tanpa hujan pun kita masih dapat air......
Dan sekadar nak kongsikan , ayat Al Quran
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
Ayat ini menunjukkan bahawa tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang tidak diingini kepada alam ciptaan Allah yang dianugerahkan kepada kita.
Gambar sekadar hiasan aja...
Kiriman dari sahabat fb.