The Iktisad

The Iktisad Portal Ekonomi dan Kewangan

BERNAS, Konsesi dan SumbanganBernas keluarkan duit sumbangan bukan benda yang luar biasa hebat. Banyak kali dalam pentad...
07/12/2022

BERNAS, Konsesi dan Sumbangan

Bernas keluarkan duit sumbangan bukan benda yang luar biasa hebat. Banyak kali dalam pentadbiran negara sebelum ni yang Bernas bagi sumbangan.

2017 Bernas ada sumbang RM 10 juta.
https://www.utusanborneo.com.my/2017/03/30/bernas-sumbang-rm10-juta-untuk-tabung-insurans-pesawah

2020 Bernas sign agreement untuk salur Bantuan Tabung Bencana
https://malaysiagazette.com/2020/12/03/pelanjutan-konsesi-bernas-diberi-kpi/

2021 Bernas ada sumbang RM 10 juta.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/905714/rm100-juta-bantu-petani-penternak-terjejas-banjir

2022 Anwar Ibrahim minta RM 10 juta dari Bernas, ramai p**a kata kacau periuk nasi jutawan Melayu.

Kenapa BERNAS kena bagi sumbangan?

Korang tahu tak Bernas ada konsesi beras dimana semua beras import perlu dikawal oleh Bernas. Bernas beli beras import dan jual kepada semua rakyat Malaysia. Tak ada syarikat lain yang boleh bawa masuk beras dari luar negara, melainkan beras seludup dari Siam.

Kadar pengeluaran beras tempatan belum mampu tampung keperluan makanan rakyat Malaysia. Jadi Malaysia perlu import beras dari negara pengeluar beras macam Thailand and Vietnam. Kita banyak bergantung pada beras import.

Bayangkan berapa banyak rakyat Malaysia yang makan beras import. Banyak keuntungan yang Bernas dapat dari jualan beras import tanpa pesaing lain. Ini yang ditentang oleh Anwar Ibrahim waktu kerajaan lanjutkan konsesi beras pada 2021.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/20/orang-kaya-kaut-untung-pesawah-susah-anwar-bantah-bernas-dilanjut-monopoli-beras/

Kenapa kerajaan beri konsesi beras kepada BERNAS?

Bila Bernas ada konsesi beras, keuntungan dari jualan beras sangat terjamin dan kurang risiko kerugian. Beras ni makanan ruji rakyat Malaysia, jadi selagi rakyat Malaysia makan nasi, Bernas akan terus untung.

Tapi kita kena faham konsesi beras datang dengan syarat-syarat tertentu untuk pastikan pesawah juga dapat manfaat dan pengeluaran beras negara bertambah.

Bernas perlu pastikan stok beras negara mencukupi termasuk stok simpanan ketika bencana atau stok penimbal beras negara sebagai jaminan bekalan beras negara. Bernas juga wajib beli beras dari petani dengan harga ditetapkan kerajaan dan uruskan pembayaran subsidi kepada petani.

Selain itu, Bernas juga beri sumbangan untuk Tabung Bencana Tanaman Padi, yang akan disalurkan kepada petani yang terkesan dengan bencana terutama banjir.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/761289/kerajaan-lanjut-konsesi-bernas-10-tahun-lagi-ronald-kiandee

Apa kesan konsesi beras kepada rakyat Malaysia?

Macam biasa bila ada monopoli dalam pasaran, harga beras tak kompetitif dan lebih tinggi. Rakyat Malaysia terpaksa bayar lebih untuk makan nasi.

Harga beras import juga lebih tinggi dari beras tempatan. Bernas terpaksa kenakan harga yang tinggi kepada beras import untuk tanggung kos dan subsidi untuk petani tempatan.

Pada masa yang sama, petani akan ada jaminan yang beras yang dihasilkan boleh dijual kepada Bernas dan terus menikmati subsidi beras. Ini untuk pastikan petani terus dapat hasil dari tanaman padi.

Selain itu kita perlu tarik lebih ramai orang untuk tanam padi. Pengeluaran padi negara perlu ditingkatkan supaya kita takperlu lagi bergantung kepada beras import.

Bayangkan negara pengeluar beras macam Vietnam hentikan pengeluaran beras macam yang pernah berlaku waktu Covid-19 dulu. Harga beras import akan naik menyebabkan harga beras tak stabil.

https://www.channelnewsasia.com/asia/coronavirus-malaysia-food-supply-rice-vietnam-1325146

Apa akan jadi kalau konsesi Bernas dimansuhkan?

Negara pengeluar beras terbesar dunia ialah Vietnam dan Thailand. Sangat dekat dengan Malaysia jadi kos import beras tak mahal sangat. Ini bermakna rakyat Malaysia akan dapat menikmati nasi yang lebih murah dengan harga yang kompetitif.

Namun kesan harga beras yang murah akan dirasai oleh petani tempatan. Harga beras yang murah akan menyebabkan pendapatan petani terjejas. Tanpa konsesi beras, Bernas tidak akan mampu beli pada harga tinggi dan uruskan subsidi beras.

Hasilnya boleh menyebabkan kadar pengeluaran padi negara berkurang sekiranya petani bertindak untuk beralih ke tanaman lain yang lebih menguntungkan. Kita akan terpaksa terus bergantung kepada beras import.

Apa solusi yang diperlukan?

Secara umumnya, kerajaan perlu pastikan petani boleh dapat keuntungan yang mencukupi untuk tarik lebih ramai petani untuk tanam padi. Kalau kita nak mansuhkan konsesi beras, kita kena ada cara untuk tingkatkan pengeluaran dengan kos yang lebih murah.

Kita boleh teroka sebarang penggunaan teknologi untuk tingkatkan pengeluaran padi. Mesin dan teknologi terkini boleh digunakan untuk mudahkan petani. Buat kursus-kursus untuk ajar petani cara untuk tingkatkan pendapatan mereka.

Kerajaan juga perlu beri insentif-insentif lain seperti tanah pertanian untuk tanaman padi, modal pembelian mesin dan alatan untuk tanaman padi berskala besar untuk tarik lebih ramai petani.

Bila kadar pengeluaran beras negara berada pada paras yang tinggi, barulah senang kita nak mansuhkan konsesi beras dan negara tidak perlu terlalu bergantung kepada beras import.

Konsesi beras sepatutnya jadi penyelesaian jangka masa pendek dan sederhana. Usaha perlu dilakukan untuk naikkan kadar pengeluaran beras sebelum kita boleh mansuhkan konsesi beras. Masih ada masa 8 tahun sebelum konsesi beras berakhir. Kali terakhir konsesi beras diperbaharui ialah Disember 2020 untuk tempoh 10 tahun (2021-2031).

Sumber gambar: Laman web rasmi Padiberas Nasional Berhad.

๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ. ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ L๐—ฎ๐—ด๐—ถ R๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ?Baru-baru ini, Menteri Tenaga Kerja (Menaker) Ibu Ida Fauziyah da...
30/11/2021

๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ. ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ L๐—ฎ๐—ด๐—ถ R๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ?

Baru-baru ini, Menteri Tenaga Kerja (Menaker) Ibu Ida Fauziyah dari negara jiran Indonesia, telah bersuara dan bertegas agar para gabenor menguatkuasakan gaji minimum baru 2021 di semua daerah (provinsi) termasuk di ibu negaranya, Jakarta, selewat-lewatnya pada 21 November 2021 yang lalu.

Penegasan ini memberi kejutan kepada banyak pemerintah Indonesia di kawasan masing-masing.

Hal ini disebabkan, skim gaji minimum yang baru oleh negara jiran ini diwartakan untuk meletakkan banyak daerah (provinsi) Indonesia kepada tingkat gaji minimum yang lebih jauh. Ia disambut dengan baik oleh rata-rata rakyat Indonesia sendiri.

Malah, bukan bagi tahun 2021 sahaja, Indonesia telah menggariskan skim gaji minimum baru bagi tahun 2022 p**a yang sedikit menaik, selaras dengan undang-undang Indonesia untuk menyemak skim gaji minimum bagi setiap satu tahun, berbanding Malaysia iaitu sekali dalam dua tahun. [1]

Secara umumnya, penguatkuasaan gaji minimum di Indonesia dibahagikan kepada 2 kategori iaitu skim Upah Minimum Provinsi (UMP) dan Upah Minimum Kabupaten/Kota (UMK). UMP merujuk kepada provinsi atau daerah dan UMK merujuk kepada kota. Secara kasar, UMK mempunyai kadar gaji minimum yang lebih tinggi dari UMP kerana keberadaannya di kota dengan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Namun, benarkah gaji minimum di Indonesia lebih besar dari Malaysia?

๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ ๐š๐ฃ๐ข ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š

Berbanding di Indonesia, pembahagian gaji minimum kepada UMP dan UMK adalah kerana cara pengiraan formulanya yang berbeza. Melalui perbezaan formula ini, maka nilai UMP dan UMK adalah berbeza-beza mengikut tempat.

Di Malaysia, sekali pun ia membahagikan gaji minimum kepada kawasan bandar dan luar bandar, nilainya adalah sama kerana telah ditetapkan iaitu RM 1200 di kawasan bandar dan RM1100 di luar bandar.

Apabila ditelusuri dan diambil kira perbezaan kadar tukaran mata wang, terdapat beberapa kawasan di Indonesia yang mempunyai kadar gaji minimum yang lebih tinggi. Contohnya:

~ DKI Jakarta dikuatkuasakan dengan gaji UMP 2021 pada Rp4,416,186 atau sekitar RM1310

~ Kabupaten Karawang dengan gaji UMK 2021 pada Rp4,798,312 atau sekitar RM1420

~ Kota Bekasi dengan gaji UMK 2021 pada Rp4,782,935 atau sekitar RM1415 [2]

Malah, apa yang lebih membezakan antara gaji minimum di Malaysia dan Indonesia ialah jam bekerja di mana Malaysia mempunyai jam bekerja yang lebih tinggi sebanyak 48 jam seminggu berbanding Indonesia dengan hanya 40 jam seminggu.

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ฅ๐š๐ข๐ง?

Laporan daripada badan Pertubuhan Buruh Antarabangsa atau International Labour Organization (ILO) pada tahun 2020-21 mendedahkan yang daripada 186 negara berdaftar dengan ILO, 90% atau 167 negara mempunyai gaji minimum. Kesemua di negara Eropah mempunyai gaji minimumnya yang tersendiri, namun uniknya di benua Asia, negara jiran Singapura dan Brunei masih belum menetapkan undang-undang rasmi tentang gaji minimum.

Tetapi, ini bakal berubah apabila Singapura mewajibkan pembayaran gaji minimum bermula pada tahun 2023 ini, dengan nilai minimum SGD 1,500 sebulan bagi bahagian kategori pengurusan dan SGD 1,750 sebulan bagi para kategori pemandu. Bagi kategori pekerja asing, nilaiannya adalah pada SGD 1,400 sebulan. [3]

๐€๐๐š๐ค๐š๐ก ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ ๐š๐ฃ๐ข ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ?

Isu berkenaan gaji minimum ini muncul adalah antaranya dalam menentukan keadilan antara kesejahteraan pekerja, hak pekerja dalam keuntungan syarikat dan kemampuan majikan untuk membayarnya.

Secara amnya, dalam dunia model perniagaan kapitalis moden, majikan harus menentukan gaji kepada pekerja mengikut keupayaan syarikat semata-mata dan bukannya menilai dari sisi kebajikan.

Tetapi, model ini menerima kritikan dan kemudiannya banyak negara moden di Eropah dan benua Amerika bersetuju agar kerajaan masuk campur dalam menentukan gaji minimum pekerja.

Dalam kajian ekonomi p**a, terdapat dua kajian yang menemukan dapatan berbeza iaitu dari Universiti Washington dan dari Universiti California, Berkeley, USA. [4]

Dapatan yang pertama menemui bahawa dengan mengaplikasikan gaji minimum, ia menyebabkan majikan berasakan kosnya makin tinggi, lantas lebih berminat untuk menggajikan mesin untuk menggantikan pekerja berkemahiran rendah tersebut (mesin tidak mudah menggantikan pekerja berkemahiran tinggi). Kesannya, golongan B40 ini akan bertambah miskin.

Walaupun begitu, dapatan dari universiti kedua p**a mendapati bahawa majikan yang membayar gaji minimum yang lebih tinggi kepada pekerjanya telah nyata berjaya mengeluarkan golongan B40 dari kemiskinannya hasil kerana gaji bulanan yang bertambah. Maka, KDNK negara juga akan bertambah disebabkan perbelanjaan mereka dalam pasaran ekonomi.

Di samping itu, kajian daripada kelompok Ekonomi Tingkah Laku (Behavioral Economics) juga mencadangkan agar majikan menaikkan gaji minimum kerana ia akan menggembirakan pekerja. Maka, produktiviti dan fokus pekerja semasa di pejabat akan menjadi lebih baik untuk syarikat.

๐Š๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐š๐๐š๐ง ๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐ ๐š๐ฃ๐ข ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak institusi yang menggesa agar Malaysia menaikkan gaji minimumnya.

Pertamanya, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pernah beberapa kali mencadangkan agar Malaysia menaikkan gaji minimumnya selari dengan produktiviti pekerja yang menjana keuntungan syarikat. Misalnya, dalam laporan ILO tahun 2020-21, badan tersebut menyatakan yang produktiviti pekerja negara Malaysia dalam nilai sebenar naik sebanyak 3.5% sedangkan kenaikan gaji minimum hanyalah naik sebanyak 1.3% sahaja bagi tempoh dari tahun 2010-2019.

Keduanya, badan KWSP pernah berkali-kali menyuarakan yang untuk para pesara mendapatkan kehidupan yang baik selepas persaraan, sekurang-kurangnya mereka harus mendapatkan sejumlah RM240, 000 di dalam akaun mereka. Namun, lebih 60% daripada penyimpan diramalkan tidak akan mencapai jumlah tersebut pada umur 55 tahun kerana tidak mempunyai simpanan yang cukup ke arah itu.

Bahkan, 32% daripada penyimpan hanya mempunyai secara purata RM1,000 dalam akaun KWSP mereka. Antara puncanya ialah kerana bayaran gaji yang rendah termasuk penentuan gaji minimum yang menjadi asas kepada pembayaran gaji-gaji lain menyebabkan pekerja tidak mampu mengumpulkan simpanan dengan banyak. [5]

๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข ๐ค๐š๐œ๐š ๐ฆ๐š๐ญ๐š ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ (๐ˆ๐ค๐ญ๐ข๐ฌ๐š๐)

Secara umumnya, penentuan bahawa pekerja adalah sekadar โ€˜pekerjaโ€™ di ruang lingkup syarikat adalah hanya bagi mereka yang melihat dari kaca mata kapitalis moden. Dari sisi kaca mata golongan sosial-kapitalis seperti Jerman, pekerja adalah dilihat sebagai โ€˜rakan sekerja syarikatโ€™ dengan majikan ketika bekerja, bukannya hanya sebagai orang bawahan. Maka, selayaknya mereka diberikan bayaran gaji yang lebih baik.

Tambahan p**a, dari sisi Ekonomi Islam itu sendiri, sebuah negara yang mempunyai kepimpinan dan masyarakat yang baik itu tidak akan membiarkan rakyatnya yang kelaparan dan hak keperluan asasnya tidak terbela. Ini adalah selari dengan desakan seruan Maqasid Shariah (Tujuan Tetapan Syariah).

Oleh itu, sama ada kerajaan mahupun masyarakat bersetuju untuk membuat polisi menaikkan gaji minimum atau tidak, atau memilih untuk menaikkan cukai kepada golongan T20 untuk disalurkan kepada golongan B40, keperluan dan hak masyarakat tidak berkemampuan ini tetap harus dibela. Maka, ia terp**ang kepada kebijaksanaan pemerintah untuk mencari titik temu dalam menentukan sejauh mana gaji minimum ini harus dinaikkan bagi memastikan kesemua nasib rakyat kurang berkemampuan ini terbela.

Rujukan:
[1] Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

[2] Kaedah yang lebih tepat adalah dengan menukarkan perbezaan mata wang kepada Purchasing Power parity (PPP). Namun, memandangkan Malaysia dan Indonesia merupakan negara-negara dalam perdagangan terbuka, maka perbandingan secara mata wang asing boleh menjadi asas perbandingan. Jika mahu menggunakan conversion unit PPP, Malaysia dan Indonesia mempunyai nilai PPP 1.57 dan 4,674 (OECD) menjadikan gaji minimum tersebut bernilai 1200/1.57 = USD 764 bagi Malaysia dan 4,416,186/4674 = USD 944.8 bagi DKI Jakarta, Indonesia

[3] Malay Mail: shorturl.at/wS047
[4] The Guardian: shorturl.at/bfDFO
[5] The Edge: shorturl.at/fBY25

Kredit Gambar: https://cdn.picodi.com/us/files/blog/2021/01/minimum-wages-2021-facebook.png

5 Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Serba DinamikTak lama dulu Serba Dinamik merupakan kaunter saham yang digemari para pe...
20/11/2021

5 Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Serba Dinamik

Tak lama dulu Serba Dinamik merupakan kaunter saham yang digemari para pelabur bukan sahaja pelabur runcit malah pelabur institusi seperti Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menjadi pemegang saham.

Namun akhir-akhir ini kita dengar berita kurang enak berkenaan Serba Dinamik, terutama saman yang dimulakan terhadap KPMG, Bursa Malaysia dan EY berkait dengan isu yang melanda Serba Dinamik. Mengapakah? Ada 5 punca yang menyebabkan hal ini:

1) Konflik dengan juruaudit KPMG

Juruaudit KPMG telah mengeluarkan laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkait dengan beberapa isu audit melibatkan transaksi meragukan melibatkan jualan dan hutang Serba Dinamik melebihi RM 4.54 billion.

KPMG telah menghantar pengesahan audit kepada pelanggan dan pembekal Serba Dinamik namun tidak menerima maklum balas. Panggilan telefon kepada syarikat berkenaan juga tidak dapat mengesahkan identiti pelanggan dan pembekal Serba Dinamik.

Selain itu, KPMG telah membuat lawatan ke lokasi pejabat pembekal asing Serba Dinamik dari Timur Tengah dan mendapati pejabat berkenaan tidak wujud. Terdapat juga percanggahan nama syarikat dalam kontrak yang melibatkan pembekal asing.

Serba Dinamik berpendapat isu yang diutarakan oleh KPMG ialah isu remeh yang boleh diselesaikan. Serba Dinamik mendakwa ada kekeliruan yang melibatkan alamat pejabat pembekal di Timur Tengah kerana menggunakan tulisan Arab. Nombor telefon rasmi pembekal Serba Dinamik juga telah diberi kepada KPMG.

Serba Dinamik telah mengambil tindakan undang-undang kerana KPMG gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai juruaudit untuk mengesahkan kontrak dan transaksi jualan Serba Dinamik. KPMG juga gagal membuat kesimp**an berkenaan penemuan audit berkenaan dan membuat laporan kepada SC tanpa menyelesaikan isu audit sekaligus melanggar piawaian profesional dan kerahsiaan sebagai juruaudit luar.

2) Pergolakan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah

Pada 15 Jun 2021, Serba Dinamik telah melantik tiga pengarah bebas bukan eksekutif yang baru menjadikan ahli Lembaga Pengarah berjumlah 12 individu. Seorang kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan seorang lagi dilantik Pengerusi Jawatankuasa Audit yang baru dalam usaha mengatasi isu audit yang timbul.

Namun begitu, 10 hari kemudian 4 pengarah bebas bukan eksekutif meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah kerana tidak bersetuju dengan tindakan guaman yang dikenakan keatas KPMG. Seorang pengarah bebas juga meletakkan jawatan atas alasan peribadi walaupun baru dilantik pada 15 Jun 2021.

Kemudiannya, salah seorang dari 4 pengarah bebas bukan eksekutif yang meletakkan jawatan, En Hasman Yusoff telah disiasat polis atas tuduhan ugutan jenayah dengan mengancam dan mengugut untuk mengenakan kecederaan fizikal kepada Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik.

En Hasman Yusoff merupakan bekas rakan kongsi KPMG yang dinamakan dalam saman Kerajaan Malaysia berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Audit Serba Dinamik sebelum ditukar pada 15 Jun 2021.

3) Penyata kewangan tahun 2020 yang telah diaudit masih belum dikeluarkan

Pada 7 Mei 2021, Serba Dinamik telah mengambil langkah awal dengan menukar tarikh tahun kewangan akhir dari 31 Disember 2020 kepada 30 Jun 2021 sebelum isu audit disebarkan ke pengetahuan umum.

Ini bermakna Serba Dinamik yang kali terakhir mengeluarkan laporan tahun kewangan sehingga 31 Disember 2019 perlu mengeluarkan laporan kewangan dari 1 Januari 2020 sehingga 30 Jun 2021 selama 18 bulan.

Susulan dari saman atas dakwaan kecuaian yang dikenakan oleh Serba Dinamik, KPMG selaku juruaudit luar telah menarik diri kerana dilihat tidak lagi mampu bertindak secara bebas. Audit perlu berjalan dalam keadaan juruaudit boleh mengeluarkan pendapat yang bebas tanpa dipengaruhi faktor luar seperti kes saman yang masih berjalan.

KPMG juga telah memberi perlepasan profesional kepada Nexia SSY untuk menjalankan tugas audit luar bagi laporan kewangan sehingga 30 Jun 2021 pada 3 Ogos 2021. Namun sehingga kini Serba Dinamik dan Nexia SSY masih belum mengeluarkan sebarang laporan kewangan.

4) Semakan bebas khas oleh EY Consulting

Susulan dari isu audit yang dilaporkan oleh KPMG sebagai juruaudit luar, Bursa Malaysia telah mengarahkan Serba Dinamik untuk melantik juruaudit khas untuk "Semakan Bebas Khas" dengan tujuan menyiasat isu audit yang dilaporkan oleh KPMG.

Serba Dinamik, atas arahan Bursa Malaysia telah melantik Ernst & Young Consulting (EY) untuk melaksanakan semakan bebas. Setelah membuat semakan dan audit, EY telah mengemukakan dapatan fakta terkini kepada SC berkait dengan semakan yang dibuat tanpa persetujuan Serba Dinamik.

Namun hasil dapatan semakan bebas khas ini tidak disebarkan kepada umum atas sebab kerahsiaan sebagai juruaudit. Bursa Malaysia setelah mengetahui terdapat dapatan hasil semakan memberi arahan kepada Serba Dinamik untuk mengumumkan hasil dapatan semakan.

Namun sebaliknya Serba Dinamik bertindak menyaman Bursa Malaysia dengan mendakwa Bursa Malaysia bertindak di luar bidang kuasa sebagai pengendali pasaran ekuiti dan campur tangan dalam isu audit Serba Dinamik. Serba Dinamik mendakwa tiada keperluan untuk semakan bebas khas dilakukan. Bursa Malaysia bertindak menggantung dagangan sekuriti Serba Dinamik dan para pelabur tidak boleh beli dan jual saham Serba Dinamik.

Selain itu, EY juga turut disaman dengan perintah injuksi interim untuk menghalang EY mengeluarkan sebarang dapatan, ulasan atau pendapat berkaitan Serba Dinamik dan hasil semakan bebas khas. Serba Dinamik mendakwa bahawa EY tidak berdaftar di bawah Lembaga Pemantauan Audit dan melanggar terma perjanjian dengan melaporkan dapatan fakta terkini kepada SC tanpa kebenaran.

SC sebagai pengawal selia pasaran modal telah membuat kenyataan bahawa mereka sedang menyiasat dan meneliti segala bukti-bukti akan mengambil tindakan sewajarnya. SC telah membuat serbuan keatas pejabat Serba Dinamik dan merampas dokumen dan bukti-bukti berkaitan siasatan.

5) Situasi kewangan semasa Serba Dinamik

Serba Dinamik tidak berjaya melengkapkan pembelian bangunan pejabat lapan tingkat di Cyberjaya bernilai RM 24.2 juta menyebabkan deposit pembelian sebanyak RM 2.42 juta menjadi hangus.

Dalam situasi terbaru, Serba Dinamik dilaporkan telah terlepas dari tarikh akhir pembayaran kupon sukuk bernilai USD 7 juta yang sepatutnya dibayar pada 9 Nov 2021. Serba Dinamik mempunyai masa selama 30 hari untuk membuat bayaran yang tertunggak. Agensi penilaian kredit antarabangsa juga, Fitch Ratings telah merendahkan lagi taraf Serba Dinamik kepada โ€˜Cโ€™ daripada'CCC-' sebelum ini.

Apa langkah yang perlu Serba Dinamik lakukan?

Serba Dinamik perlu mengeluarkan dapatan dari semakan bebas khas yang dijalankan oleh EY kepada umum untuk membuktikan bahawa tiada sebarang salah laku yang ada dan segala transaksi jualan Serba Dinamik adalah sah.

Akhir sekali sebagai penutup, pasaran saham, pemegang saham minoriti Serba Dinamik, dan para pelabur secara umumnya ingin melihat kebenaran disebalik krisis ini dan segala keraguan dapat dirungkai secepat mungkin.

Kredit gambar: Berita Harian

EKONOMI PASCA PANDEMIK Oleh The IktisadPandemik telah melanda kita hampir dua tahun. Di awal pandemik pada April, 2020 I...
04/11/2021

EKONOMI PASCA PANDEMIK

Oleh The Iktisad

Pandemik telah melanda kita hampir dua tahun. Di awal pandemik pada April, 2020 International Monetary Fund (IMF) dalam laporannya berjudul โ€œThe Great Lockdown: Worst Economic Downturn Since the Great Depressionโ€ telah membuat anggaran kehilangan nilai pengeluaran global sebanyak USD 9 Trillion bagi tempoh 2020-2021 akibat kesan pandemik COVID-19.

Nilai yang sama juga merupakan anggaran nilai sokongan fiskal negara-negara dunia dalam menghadapi COVID-19 dan IMF juga dalam beberapa laporannya menyediakan analisis ringkas prestasi ekonomi semasa negara masing-masing berdasarkan nilai besar itu.

Melihat laporan-laporan berita ekonomi terbesar dunia antaranya Amerika Syarikat, situasi ekonomi mendatang menakutkan. 14 Oktober lalu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden meluluskan peningkatan siling hutang Amerika Syarikat sehingga USD 28.9 trillion!

Bandingkan dengan Malaysia, nilai hutang tanggungan kerajaan (termasuk luar atau off balance sheet) kita nampak comel - RM 1 Trillion berdasarkan anggaran terkini.

Jauh di sebelah Timur, kuasa ekonomi kedua terbesar dunia iaitu China juga membimbangkan dengan campur tangan terus kerajaan dalam syarikat teknologi, tenaga, dan terbaru sektor hartanah yang melibatkan Evergrande Group โ€“ firma hartanah gergasi yang kini bergelut dengan jumlah hutang tertinggi, memiliki lebih USD 300 bilion liabiliti.

Apa yang berlaku di China membimbangkan para pelabur dan berpotensi menjejaskan rancangan pemulihan ekonomi global yang dijangka pulih tidak lama lagi.

Di satu sudut lagi, sektor kewangan Islam dilihat mampu menawarkan solusi alternatif kepada kesan pandemik terhadap ekonomi global.

Seruan ini dititahkan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak yang merupakan Penaung Diraja bagi Inisiatif Kewangan Islam Malaysia dalam Sidang Meja Bulat ke-12 SC-OCIS baru-baru ini.

Baginda telah bertitah bahawa sektor ekonomi dan kewangan Islam mempunyai potensi besar dalam memandu ekonomi global ke arah pemulihan yang lebih saksama seperti yang telah dilakukan oleh Bank Pembangunan Islam Dunia (Islamic Development Bank, IsDB) yang berpangkalan di Arab Saudi dengan inisiatif yang telah dilakukan bagi menghadapi pandemik.

Titah baginda lagi, sektor ini harus lebih serius dalam mengoperasikan nilai Maqasid dalam operasi kewangan Islam. Nilai ini penting supaya Perkhidmatan Kewangan Islam benar-benar memberi impak sosial yang sangat diperlukan hari ini.

Hari ini, masyarakat dunia dibelenggu dengan masalah ketidakseimbangan ekonomi,jurang antara pendapatan yang tinggi, diskriminasi gender, dan masalah perubahan iklim. Semua ini perlu menjadi fokus masalah yang ingin diselesaikan sektor ekonomi dan kewangan Islam.

Baginda juga mencadangkan agenda yang dinamakan sebagai Matlamat Maqasid Sosial yang mampu menjadi agenda bersama yang dipacu sektor ekonomi dan kewangan Islam yang antaranya boleh melaksanakan dasar pelaburan berimpak tinggi dengan memperbaiki aspek tadbir urus di samping membanteras korupsi dan amalan defisiensi.

Selain itu tumpuan juga harus diberikan kepada golongan rentan supaya tidak terpinggir daripada pertumbuhan ekonomi dan penggunaan digital dalam perkhidmatan dan servis kewangan Islam.

Apa pandangan anda? Mampukah ekonomi dan kewangan Islam menjadi solusi alternatif masalah ekonomi dunia?

Ehsan Gambar: Wilson Center

Selamat datang ke laman The Iktisad. The Iktisad akan berkongsi berita-berita dan artikel isu-isu terkini dalam ekonomi,...
30/10/2021

Selamat datang ke laman The Iktisad.

The Iktisad akan berkongsi berita-berita dan artikel isu-isu terkini dalam ekonomi, kewangan perniagaan, pelaburan, perancangan kewangan, dan Muamalat. Semuanya dalam Bahasa Melayu!

Mari labur dalam diri sendiri dengan ilmu!

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Iktisad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share