Suara Anak Sabah - SAS

  • Home
  • Suara Anak Sabah - SAS

Suara Anak Sabah - SAS News | Media | Community

Hak Sarawak ke atas pelantar benua dalam sempadan tak boleh dipersoal – Premier SarawakKuching : Sarawak menegaskan baha...
28/11/2024

Hak Sarawak ke atas pelantar benua dalam sempadan tak boleh dipersoal – Premier Sarawak

Kuching : Sarawak menegaskan bahawa tanah yang terkandung dalam pelantar benua di sempadannya tidak pernah diserahkan kepada Persekutuan atau kerajaan persekutuan, sama ada melalui Akta Malaysia 1963 (MA63) atau mana-mana peruntukan lain.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak milik ke atas dasar laut dan tanah di bawah dasar laut (subsoil) dalam pelantar benua Sarawak.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/hak-sarawak-ke-atas-pelantar-benua-dalam-sempadan-tak-boleh-dipersoal-premier-sarawak/

Lebuhraya Pan Borneo Jadi Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi NegeriKota Kinabalu: Projek pembinaan 17 pakej kerja Lebuhr...
28/11/2024

Lebuhraya Pan Borneo Jadi Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi Negeri

Kota Kinabalu: Projek pembinaan 17 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) Fasa 1B dengan kos RM9.7 bilion merupakan satu pelaburan strategik yang berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi Sabah.

Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Saizal Pinjaman, berkata jaringan jalan raya yang lebih efisien, selamat, dan moden itu akan meningkatkan lagi aksesibiliti ke kawasan pedalaman seperti Kota Belud, Kudat, Tawau, Telupid, dan Ranau, sekali gus mengurangkan kos logistik dan masa perjalanan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/lebuhraya-pan-borneo-jadi-pemangkin-pembangunan-sosioekonomi-negeri/

Piala Malaysia : Sabah FC ke suku akhir, agregat besar tewaskan PT Athletic FCKuala Lumpur: Sabah FC menepati ramalan ma...
28/11/2024

Piala Malaysia : Sabah FC ke suku akhir, agregat besar tewaskan PT Athletic FC

Kuala Lumpur: Sabah FC menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2024/25 selepas menyingkirkan pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC 7-0 secara agregat.

Sabah yang memenangi aksi pertama 4-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini sekali lagi menewaskan lawan sama 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 sebentar tadi.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/piala-malaysia-sabah-fc-ke-suku-akhir-agregat-besar-tewaskan-pt-athletic-fc/

JIM Sabah tahan 24 PATI dalam Operasi Penguatkuasaan di rumah setinggan Lahad DatuKOTA KINABALU: Seramai 24 orang Pendat...
28/11/2024

JIM Sabah tahan 24 PATI dalam Operasi Penguatkuasaan di rumah setinggan Lahad Datu

KOTA KINABALU: Seramai 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c) dalam satu Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.

Operasi Penguatkuasaan dijalankan pada Selasa (26 Nov) bertempat di kawasan rumah setinggan daerah Lahad Datu bermula pada tengah malam dan berakhir pada jam 4:00 pagi tadi. (27 Nov)

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/

KBS Sabah rancang tambah baik gelanggang tinju di KSKKKota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah merancang ...
28/11/2024

KBS Sabah rancang tambah baik gelanggang tinju di KSKK

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah merancang untuk menambahbaik gelanggang tinju sedia ada di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di sini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, bagi tujuan itu satu perbincangan telah diadakan bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan usul cadangan akan disampaikan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/kbs-sabah-rancang-tambah-baik-gelanggang-tinju-di-kskk/

TPNS luluskan peruntukan RM8.5 juta bantu pelajar SabahKota Kinabalu : Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah melul...
28/11/2024

TPNS luluskan peruntukan RM8.5 juta bantu pelajar Sabah

Kota Kinabalu : Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah meluluskan peruntukan lebih RM8.5 juta sejak dilancarkan tahun lalu bagi membantu pelajar memerlukan khususnya bagi tujuan membayar yuran pengajian di Universiti Awam dan Swasta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah pelajar yang menuntut didalam dan luar negeri.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/tpns-luluskan-peruntukan-rm8-5-juta-bantu-pelajar-sabah/

KPLB Sabah diminta kemaskan pentadbiran Pejabat DaerahKota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah di...
28/11/2024

KPLB Sabah diminta kemaskan pentadbiran Pejabat Daerah

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah diminta untuk memperkemaskan proses pentadbiran di semua pejabat daerah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, KPLB merupakan kementerian penting yang bertanggungjawab untuk mentransformasi kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/28/kplb-sabah-diminta-kemaskan-pentadbiran-pejabat-daerah/

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – ShahelmeyPUTATAN: Pembinaan dan penambahbaikan jejanta...
22/11/2024

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

PUTATAN: Pembinaan dan penambahbaikan jejantas pejalan kaki di Petagas, dekat sini, bakal memberi impak terhadap peningkatan keselamatan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, perancangan berkaitan pembinaan jejantas itu telah bermula tahun lalu dengan ianya kini diberikan keutamaan.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/23/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/

Inisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikanKota Kinabalu : Dua program bantuan baharu kepada...
22/11/2024

Inisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikan

Kota Kinabalu : Dua program bantuan baharu kepada institusi pendidikan dan para pelajar di negeri ini yang diperkenalkan menerusi Belanjawan Sabah 2025 baru-baru ini menunjukkan komitmen Kerajaan negeri dalam memperkasa bidang pendidikan.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mohd Arif Tun Sakaran berkata, selain bantuan baharu, Kerajaan dilihat turut mengekalkan bantuan sedia ada kepada anak-anak di negeri ini.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/23/inisiatif-bantuan-baharu-bukti-kerajaan-sabah-perkasa-bidang-pendidikan/

Sabah FC cari pengganti jurulatih sementara – Joh WidKota Kinabalu : Pihak Pengurusan Sabah FC menerima permohonan Datuk...
22/11/2024

Sabah FC cari pengganti jurulatih sementara – Joh Wid

Kota Kinabalu : Pihak Pengurusan Sabah FC menerima permohonan Datuk Ong Kim Swee untuk tidak menyambung kontrak sebagai Ketua Jurulatih bersama kelab yang dijangka berakhir 30 November ini.

Pengurus Besarnya, Md Joh Wid berkata, Datuk Ong Kim Swee memilih untuk tidak meneruskan tugasannya sebagai Ketua Jurulatih, Sabah FC apabila kontraknya tamat November ini.

Lagi.

7https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/23/sabah-fc-cari-pengganti-jurulatih-sementara-joh-wid/

Kerajaan prihatin terhadap penduduk di Kawasan Hutan SimpanKOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menegask...
22/11/2024

Kerajaan prihatin terhadap penduduk di Kawasan Hutan Simpan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam menangani isu penduduk yang telah menetap di kawasan hutan simpan tanpa jaminan pemilikan tanah.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap rakyat yang telah lama menetap di kawasan hutan simpan tanpa sebarang jaminan pemilikan tanah. Oleh itu, kawasan-kawasan hutan simpan yang telah lama didiami oleh rakyat telah dibubarkan untuk tujuan penempatan,” kata Hajiji.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/23/kerajaan-prihatin-terhadap-penduduk-di-kawasan-hutan-simpan/

Kerajaan tingkatkan kadar gaji pekerja sambilan harian, sokong pelantikan anak tempatan dalam perkhidmatan awamKOTA KINA...
22/11/2024

Kerajaan tingkatkan kadar gaji pekerja sambilan harian, sokong pelantikan anak tempatan dalam perkhidmatan awam

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini mengumumkan beberapa langkah strategik bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam di Sabah, termasuk kajian semula kadar gaji dan usaha memperjuangkan pelantikan anak-anak tempatan Sabah ke dalam perkhidmatan awam.

Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah menaikkan kadar upah bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) di sektor perkhidmatan awam negeri berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/23/kerajaan-tingkatkan-kadar-gaji-pekerja-sambilan-harian-sokong-pelantikan-anak-tempatan-dalam-perkhidmatan-awam/

Belanjawan 2025 bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dibentang esokKota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk S...
14/11/2024

Belanjawan 2025 bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dibentang esok

Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun hari ini menerima dan membuat semakan terakhir terhadap Teks Ucapan Belanjawan 2025.

Belanjawan 2025 yang bertemakan Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok pada jam 3 petang.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/14/utamabelanjawan-2025-bertemakan-sabah-makmur-rakyat-sejahtera-dibentang-esok/

“Mengapa melalui media, mengapa tidak lapor SPRM?” – JonistonKOTA KINABALU: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)...
14/11/2024

“Mengapa melalui media, mengapa tidak lapor SPRM?” – Joniston

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah terlibat dengan kes rasuah lesen projek.

“Yang Berhormat Pengerusi GRS dan juga Ketua Menteri (Hajiji) telah pun membuat kenyataan, elok kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/14/mengapa-melalui-media-mengapa-tidak-lapor-sprm-joniston/

KKIP Power bayar dividen RM3.14 jutaKota Kinabalu : Dividen sebanyak RM3.14 juta telah diserahkan oleh KKIP Power Sdn Bh...
14/11/2024

KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

Kota Kinabalu : Dividen sebanyak RM3.14 juta telah diserahkan oleh KKIP Power Sdn Bhd kepada syarikat induknya, KKIP Sdn Bhd, bagi tahun berakhir 2023.

Pengerusi KKIP Power, Datuk Dr Joseph Lee menyerahkan cek tersebut, yang merupakan sebahagian daripada dividen RM6.15 juta yang diisytiharkan oleh KKIP Power, kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe yang juga merupakan Pengerusi KKIP Sdn Bhd.

Lagi

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/14/kkip-power-bayar-dividen-rm3-14-juta/

KKIA bakal dinaik taraf bermula tahun iniKota Kinabalu : Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bakal dinaik...
14/11/2024

KKIA bakal dinaik taraf bermula tahun ini

Kota Kinabalu : Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bakal dinaik taraf bermula tahun ini dengan kos perbelanjaan bernilai RM442.30 juta.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan, projek itu dijangka mengambil masa 48 bulan dengan fasa pra- pembinaan bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.

Lagi.

https://suaraanaksabahnews.wordpress.com/2024/11/14/kkia-bakal-dinaik-taraf-bermula-tahun-ini/

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Anak Sabah - SAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suara Anak Sabah - SAS:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share