Jamaah ustad ebit lew__ malaysia

  • Home
  • Jamaah ustad ebit lew__ malaysia

Jamaah ustad ebit lew__ malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jamaah ustad ebit lew__ malaysia, Video Creator, .
(4)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ                        ALLAHU A...
03/06/2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ALLAHU AKBAR😭😭😭

Rindu yang tak ada ujungnya😥😥
Ketika orang yang kita sayangi dan cintai tlah pergi tuk selama2nya meninggalkan kita semua.
Hanya dengan doa2 yang selalu kupanjatkan,
ALFATIHAH.

--- SEKSI dan SIKSA ---Bismillah Alhamdulillah.. Sedikit tergelitik ketika melihat tampilan anak kecil zaman sekarang. B...
31/05/2020

--- SEKSI dan SIKSA ---

Bismillah Alhamdulillah.. Sedikit tergelitik ketika melihat tampilan anak kecil zaman sekarang. Bagaimana tidak, SEKSI yang biasa terlihat di orang dewasa kini rasanya tidak asing lagi pada anak-anak gadis.

Terkadang orangtua BANGGA melihat anak-anak gadisnya tampil MINI dan MODIS..
padahal sadar tidak sadar, ia telah MENGAJARKAN anak BERAKHLAQ buruk.

Bahkan dengan sengaja orangtuanya MEMBELIKAN pakaian-pakaian MINI SEKSI untuk anaknya.
Mengajarkan anak memakai celana SEPAHA.
Mengajarkan anak memakai baju YOUCANSEE.
Mengajarkan anak berDandan.
dll.

Maka jangan sedih ketika terjadi PELECEHAN terhadap anak-anak.
Maka jangan sedih ketika anak sudah mengenal adegan *TANDA KUTIP*
Jangan sedih ketika anak-anak sudah ANGKUH dengan tampilannya.
Jangan sedih ketika anak-anak sudah mengenal kata-kata KOTOR dan JOROK.
dll.

Banyak orangtua menginginkan anaknya SHOLEH dan SHOLEHAH tapi SEDIKIT yang MENGAPLIKASIKANNYA.
Sedikit yang MENJALANKAN UPAYA menuju ke SHOLEH/SHOLEHAN itu.

Bukan siapa teman bergaulnya.
Melainkan bagaimana cara kita mendidiknya.

Jangan menunjuk ini salah mereka.
Tapi tunjuklah diri kita.

ORANGTUA adalah PENENTU AKHLAQ anak.
Terkhusus seorang IBU, adalah MADRASAH PERTAMA bagi anak.

JANGAN marah pada anak yang NAKAL dan MEMBANGKANG, tapi coba koreksi diri sebagai orangtua.

Pernah kah kita memperkenalkan pada RABB-NYA, RASUL-NYA dan AL QURAN?
Pernah kah kita mengajarkan SHALAT?

Berkasih sayang?
Dll..

Jangan hanya MENYURUH MENGAJI.
Jangan hanya MENYURUH SHALAT.
JANGAN hanya MENYURUH ini - itu.

Tapi sudahkan kita MENCONTOHKAN, MENGAJARKAN dan MEMBIMBINGNYA?

Mari ajarkan anak-anak kita sedini mungkin, MENUTUP AURAT.
bukan MENEBAR AURAT.

Terkhusus mengenal RABB-NYA dan RASUL-NYA

Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak perka...
31/05/2020

Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.

Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik. Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru. Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.

Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kaseh penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk,dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.

Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau. Allah jagakan keluarganya.

23/05/2020
22/05/2020

Rindu dekat mak. Dulu susah mak ada. Selalu cakap i love you. Saya janji nak bantu mak ayah. Hari ini Allah beri rezeki melimpah ruah mak saya dah meninggal dunia. Jika ada pahala saya niat semuanya buat mak dan ayah saya.

Sekarang tinggal ayah saya di Muadzam Shah Pahang. Rindu ayah. Dulu membesar di Muadzam Shah. Setiap hari masa remaja saya akan ziarah setiap rumah ajak ke masjid dan ziarah orang sakit dan memerlukan. Masa budak-budak. 12 tahun dakwah sana sini. 5 waktu dekat masjid bersama ramai kawan-kawan. Imam bilal dah jadi tugas masa remaja..

Setiap hari bawa motor panther pusing dakwah anak muda. Asal ada orang lepak mesti singgah cerita Nabi-Nabi. Rindu Muadzam shah.

Syukur dapat ziarah ramai kawan mak. Jiran-jiran dan keluarga. Balai Polis dan Hospital. Terima kaseh Muadzam Shah tempat saya bermula. Allah rahmati dan sayangi Muadzam Shah Pahang. Begitu juga Kluang kampung ayah saya dan Raya Cina di sana.

21/05/2020

Ya Allah sayunya hati ini. 5 tahun keluarga ini tinggal disini Tumpat. Sebuah keluarga anak 9 orang. Paling besar 18 tahun. 5 tahun duduk sini. Takde bilik apa. Mereka menumpang sambil menjaga kubur. Sebelum ini ada sewa rumah rm200 tak mampu nak bayar. Suami kakak ini sakit jantung. Suami isteri kerja cari besi buruk dan jaga kubur. Anak sulung 18 tahun sebelum ni kerja kantin sekolah.

Menangis tengok semua ini. Saya ajak keluarga ini pindah rumah baru. Saya bayarkan sewa semua dan bayarkan. Tak tahulah bila tengok orang susah saya terasa seperti keluarga saya. Rumah ni peti ais, mesin basuh dan tiada apa pun. Rasa macam semua tiada. Ya Allah tuhanku.

Syukur wakil Menteri Besar, Yb, penghulu, imam semua hadir bersama tadi. Mereka ucap tahniah dan terima kaseh membantu. Mereka ada menghantar bekalan makanan dan ada peruntukan nak repair rumah. Cuma tanah orang jadi tak dapat nak repair. Mereka dapat bantuan JKM rm200 sebulan. Terima kaseh Ngo tempatan disini yang bantu saya tunjuk jalan dan kongsikan masalah disini. Terima kaseh semua.

Syukur Allah mudahkan dalam masa 3 jam dapat sewa rumah baru Rm450 sebulan. Saya akan bayar bil elektrik dll selagi hayat insyaAllah. Ada 3 bilik cantik. Saya belikan keluarga ini Motor Modenas baru Rm3300 kerana susah mereka nak bergerak. Tadi ajar guna peti ais dan mesin basuh. Belikan semua barang keperluan asas rumah..Katil double 2 dan katil single 2.

Seronok tengok senyuman orang lain. Bahagia sentiasa.

Sayu hati melihat rumah-rumah di kawasan paya ini di sg petani Kedah. Susah-susah mereka disini. Tengok bilik air menang...
19/05/2020

Sayu hati melihat rumah-rumah di kawasan paya ini di sg petani Kedah. Susah-susah mereka disini. Tengok bilik air menangis. Macam zaman dulu. Sekadar ada je. Kawasan ini air selalu naik kalau hujan. Selalu ada ular jika banjir. Mereka kerja s**a memancing belakang ini. Ada pasangan suami isteri ni anak 9 orang. Jaga mak ayah yang tua dan uzur. Anak paling besar umur 20 tahun dan 18 tahun sampai baby kecil. Mereka dah tinggal disini semenjak 35 tahun dulu dan sebelum itu lagi.

Syukur Yb disini ada tambahkan bahagian tinggi sebelah belakang rumah kotak untuk mereka. Cuma takde bilik dan bilik air. Zakat kedah banyak dah buatkan dan repairkan rumah kawasan sini. Kawasan banjir. Keluarga yang saya jumpa ini dibantu zakat rm300 sebulan dan jkm rm150 sebulan. Syukur Alhamdulillah. Terim kaseh semua. Semua masyarakat setempat dan ngo disini selalu membantu.

Cuma Ramadhan kali ini saya nak tumpang kebaikan saya nak carikan rumah sewa yang baru dan nak berikan pada mereka percuma. Api dan air saya akan bayarkan. Mulanya mereka berat hati kerana tak sangka dan tak susahkan saya. Mereka kenal saya. Selalu dengar ceramah saya.

Saya disini dibantu zakat kedah dan jkm tadi. Terima kaseh Yb, Zakat dan JKM. Pohon doakan saya tengah cari rumah.

17/05/2020

20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Ditempat pembuangan sampah yang besar. 3 longgokan sangat besar sampah. Ada 3 pondok kecil disitu yang tiada tandas pun. Takde rupa rumah langsung. Sedihnya rasa. Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan. Tadah air. Makcik tua umur 70an bersama anak cucunya disitu selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal disitu.

Sebaik sampai mereka semua kenal saya. Adik tu sebak betul ke ustaz ebit lew ini. Makcik tu sakit dah uzur. Tak kuat nak berjalan. Mereka kenal saya. Baik-baik adik-adik ni. Ujian mereka.

Dengar kisah hidup mereka buat saya menangis. Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang.

Dengan izin Allah, 20 tahun diuji hidup disini selesai dalam masa 2 jam pindah ke rumah baru sewa. Bahagia rasa. Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini. Saya belikan peti ais,mesin basuh, kipas, cerek elektrik,rice cooker dan katil besar 2 dan 2 katil single dengan tilam dan bantal.

Syukur sangat rasanya. Dibantu oleh penduduk setempat yang baik. Terima kaseh semua yer. Tadi menangis tengok makcik ni yang uzur. Rindu mak saya. Baik makcik ini. Anak dan cucunya semua lembut cakap dengan saya.

Adik ni saya bagi semangat untuk capai cita-cita. Ada seorang masih belajar. Dengar perasaan mereka dari kecil buat hati saya sayu jer. Rasa bersalah dan sedih sangat. Syukur puas sangat melihat air mata dan senyuman mereka.

14/05/2020

subhanallah merasa terketuk hati ini melihat perjuangan abg kita di balik jeruji besi beliau berusaha menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya

Menangis lagi. 20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Menangis lagi hari ini di Kelantan. Ditempat pembuangan sampa...
13/05/2020

Menangis lagi. 20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Menangis lagi hari ini di Kelantan. Ditempat pembuangan sampah yang besar. 3 longgokan sangat besar sampah. Ada 3 pondok kecil disitu yang tiada tandas pun. Takde rupa rumah langsung. Sedihnya rasa..Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan. Tadah air. Makcik tua umur 70an bersama anak cucunya disitu selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal disitu.

Sebaik sampai mereka semua kenal saya. Adik tu menangis. Umur 19 tahun belajar kolej. Betul ke ustaz ebit lew ini. Makcik tu sakit dah uzur. Tak kuat nak berjalan. Mereka kenal saya. Baik-baik adik-adik ni. Ujian mereka.

Dengar kisah hidup mereka buat saya menangis. Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang.

Saya pujuk mereka untuk pindah dan saya nak bayar semua sewa dan bil api air insyaAllah. Mereka setuju nak pindah. Terharu nak pindah. Tak sangka senang ajak. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini. Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini. Saya rasa berdosa dan bersalah yang amat sangat.

Terima kaseh kak RajaAnita tunjukkan jalan tadi dan ada membantu hantar barang dapur. Terima kaseh JKM dan zakat hadir membantu mereka barang dapur. Terima kaseh penghulu dan ketua kampung. Terima kaseh ajk masjid yang ambil tahu keadaan keluarga ini. Mei ini bermula bantuan untuk mereka..

11/05/2020

Semalam masa hantar sedikit bekalan ke Sungkai Perak, makcik ini oku tiada kedua belah kaki. Wheelchair auntie ni rosak. Saya terus minta team saya pergi dapatkan sementara saya ke rumah lain. Tak sampai lebih kurang setengah jam dapat hadiahkan wheelchair baru. Terkejut dan s**a makcik ini.

Begitulah rezeki kan. Syukur sangat. Menunaikan hajat saudara yang lain. Senyuman wajah saudara membuat hati rasa syukur sangat. Duit itu bermakna sangat bila dapat digunakan untuk kerja begini.

11/05/2020

waktu teristimewa di bulan ramadhan

10/05/2020

kenapa hidup ini susah!??!

07/05/2020

SUBHANALLAH!!
imam besar mesjid di mesir berprofesi sebagay penjual es keliling

07/05/2020

dengan besedekah seberat apapun masalah yang tengah kita hadapi allah akan membantunya

07/05/2020

perlakukan lah orang tuamu sebaik mungkin karna disitulah pintu syurgamu terletak

Syahdu sayu bila dengar adik tu cakap cantiknya rumah. Sepanjang kami hidup tak pernah terbayang pun rumah macam ni. Dal...
06/05/2020

Syahdu sayu bila dengar adik tu cakap cantiknya rumah. Sepanjang kami hidup tak pernah terbayang pun rumah macam ni. Dalam masa 3 jam selesai pindah rumah. Tuan rumah bagi sewa rm600. Asalnya rm700. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pagar semua cantik. Saya akan bayar sewa dan bil semua insyaAllah selagi mampu dan hidup insyaAllah.

Cantik rumah ini. Sejuk jer tadi. Kipas semua sejuk jer. Saya belikan 4 katil dan 4 tilam. Katil besar dan 3 katil kecil. Belikan juga langsir dan cadar baru semua. Melihat tangisan mereka cuma terbayang bagaimana nak jawab depan Allah nanti. Sedang saya tidur lena ada orang susah di luar sana. Ya Allah maafkanlah saya.

Bantulah keluarga ini. Adik-adik ini ulang kali cakap terima kaseh dan menangis jer. Sebab terharu gembira. Semoga Allah jagakan mereka dan jadikan anak mereka yang baik dan solehah ini menjadi matahari kebaikan buat seluruh manusia. Terima kaseh semua sahabat, tuan rumah,orang kuantan yang bersama saya. Allah sayang semua.

06/05/2020

muslim vs ateis

05/05/2020

Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14. Ramai chinese, india, melayu saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. Saya baru hari ni naik 14 tingkat dah nak menangis.

Penatnya sakit kaki turun naik. Turun naik. Macam manalah orang tua-tua ye. Dah 2 tahun lif rosak. Betul-betul kasihan dan sedih rasa.

Sedihnya rasa. Siapa boleh bantu untuk cepatkan repair selenggarakan lif ini semua. Kasihannya lah. Masa ni seorang kakak Mei yang baik dan seorang abang bantu kami jumpa mereka. Beri sedikit barang dapur dan duit belanja. Betul-betul menyentuh hati saya. Ramai tiada kerja. Ada seorang kakak sakit anak kerja cuci pinggan. Sekarang tiada gaji dah kerana tidak kerja. Gaji hari. Uncle tu menangis walau tak bercakap bila saya beri duit ditangannya. Bukan duit itu tapi kasih sayang.

Bukan bantuan itu. Tapi rasa disayangi dan diambil berat. Dulu masa saya susah ada orang bagi rm2 saya masuk tandas tengok duit dan menangis. Tadi saya nampak selepas saya keluar ada pakcik tu kira duit diberi dan dia cium duit tu menangis. Ya Allah sayunya. Duit cuma kertas tapi tangisan pakcik tadi tu bahagia saya.

Saya benar-benar rasa sayu dan pohon doa semua yer agar semua oku, warga emas, ibu tunggal di tempat begini dapat dibantu.

MALAIKAT YANG TERLIHAT share sebanyak banyak nya agar semua sadar!!
03/05/2020

MALAIKAT YANG TERLIHAT
share sebanyak banyak nya agar semua sadar!!

"Miskin harta tapi kaya jiwa...miskin jasmani tapi kaya rohani."
03/05/2020

"Miskin harta tapi kaya jiwa...miskin jasmani tapi kaya rohani."

03/05/2020

Lihat adik comel ni tidur dalam rumah baru buat penat seharian ni hilang. Sebak rasa syukur pada Allah. Setelah beberapa jam cari rumah. Dapat sewa dari pasangan suami isteri rumah baru cantik. Sewa Rm500 sebulan. Ada 3 bilik. Saya dah bayar 2 bulan. InsyaAllah saya akan bayarkan sewa dan bil selagi hidup insyaAllah.

03/05/2020

allahuakbar

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jamaah ustad ebit lew__ malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share