ABCD 2.0

ABCD 2.0 Web Media & Berita

  Khas PKR Sempena Ulang Tahun ke-25 Diawalkan Kepada Ahad Ini - Fahmi  KUALA LUMPUR: Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang ...
16/04/2024

Khas PKR Sempena Ulang Tahun ke-25 Diawalkan Kepada Ahad Ini - Fahmi

KUALA LUMPUR: Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada hari Ahad ini.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata lokasi program itu turut ditukar dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

"Tarikh asal pada 28 April, tapi diawalkan pada 21 April dan lokasi baharu di IDCC," katanya ringkas kepada Bernama, hari ini.

Sebelum ini PKR menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot di sini.

Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  Cadang 10 SOP Kepada PDRM Untuk Kekang Isu 3RSHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan 10 prosedur operasi ...
16/04/2024

Cadang 10 SOP Kepada PDRM Untuk Kekang Isu 3R

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan 10 prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk menyiasat kes melibatkan isu 3R (agama, raja, kaum), untuk pertimbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang perkara tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Manivannan Gowin berkata, isu 3R sekiranya tidak dibendung akan memudaratkan sehingga menggugat ketenteraman awam, mengganggu keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

Menurut bekas Ahli Parlimen Kapar itu, antara cadangan tersebut ialah mewujudkan Jabatan Siasatan Jenayah 3R untuk menyiasat kes tersebut, selain pihak PDRM menyediakan senarai kesalahan kes 3R yang boleh dikenakan tindakan.

"Yang ketiga p**a, PDRM perlu bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan, di samping membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Isnin.

Tambahnya lagi, PDRM juga boleh memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi atau laporan polis, dalam masa yang sama mereka juga perlu menyelesaikan siasatan dalam tempoh tujuh hari setelah kenyataan 3R dilakukan.

"Mereka (PDRM) perlu mengeluarkan kenyataan media awal dalam tempoh tiga hari setelah kenyataan 3R dilakukan dan mengeluarkan kenyataan media susulan setelah selesai siasatan dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Ujarnya lagi, kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Peguam Negara dalam tempoh 10 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.

"Sekiranya terdapat bukti yang kukuh, wajar dirujuk ke mahkamah dalam tempoh 14 hari setelah kenyataan 3R dilakukan," katanya.

Jelasnya, cadangan ini boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan PDRM.

"Saya yakin bahawa cadangan sebegini mampu dipraktiskan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada seperti Akta Polis 1967 dan Kanun Tatacara Jenayah.

"Maka, satu pendekatan berstruktur melalui SOP untuk menyiasat kes 3R wajar disyorkan untuk kebaikan bersama, demi bangsa dan negara," katanya.

  Enggan Layan ‘Perbalahan’ Akmal-Kor Ming, Seru BekerjasamaSHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyer...
16/04/2024

Enggan Layan ‘Perbalahan’ Akmal-Kor Ming, Seru Bekerjasama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua pemimpin Kerajaan Perpaduan untuk mengelak perbalahan dan saling bekerjasama.

Katanya, perbalahan secara terbuka, akan memberi mesej yang salah terhadap kerajaan pimpinanya.

“Saya tidak melayan kenyataan sedemikian. (kenyataan Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming).

“Pada fikiran saya, ia bukan konteks yang betul bagi Kerajaan Perpaduan, kita patut bekerjasama,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Ahad.

Anwar berkata demikian ketika ditanya media mengenai kenyataan Akmal yang berkata, kemerosotan ekonomi kerana ada menteri ‘kurang cerdik’ seperti Kor Ming.

Ia ekoran kenyataan Kor Ming pada hantaran di aplikasi X berkata pekerja tempatan menderita akibat pemboikotan yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain berhubung Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Anwar berkata ia masih dalam fasa perbincangan.

“Nanti kita bincang,” katanya ringkas.

Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong, susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac.

Kee Hiong, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

  - Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calonBUKIT MERTAJAM: "Jika ada pelawaan untuk saya menjad...
04/04/2024

- Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon

BUKIT MERTAJAM: "Jika ada pelawaan untuk saya menjadi calon saya bersedia pertimbang secara serius untuk bertanding sebagai calon bagi mana-mana kerusi Parlimen yang kosong dalam masa terdekat," demikian kata Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.
Tegas Annuar, kesediaan berbuat demikian hanya jika dipelawa daripada mana-mana pihak yang masih mahu melihat beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Secara prinsipnya, bekas pemimpin kanan UMNO itu tidak akan sesekali menawarkan diri serta memaksa dirinya untuk dicalonkan kerana itu bertentangan dengan pendirian politiknya.

"Saya telah berkhidmat dan menjadi Ahli Parlimen selama lapan penggal, saya rasa tempoh itu sudah mencukupi, tetapi jika rakyat masih percayakan dan mahukan saya bertanding, saya akan mempertimbangkannya secara serius.
“Tetapi untuk ke depan dan memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) itu bukan cara saya, tanpa kedudukan politik saya masih boleh menyumbang dalam pelbagai cara " kata beliau ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ahli serta kepemimpinan MN Zon Utara, di sini, malam tadi.

Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan kembali semula ke pentas politik dan menjadi calon sekiranya enam kerusi Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melompat parti dikosongkan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menjadi ahli Pas pada 10 Jun tahun lalu selepas dipecat daripada UMNO selepas menyertai parti keramat itu sejak 1979.
Pada 2 Mac lalu, Bersatu meluluskan pindaan Perkara 10 Perlembagaan parti itu yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.
Ia selepas enam Ahli Parlimen Bersatu didapati mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Pada 7 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang), turut memberi dukungan sama kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

  - Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari UMNO SelangorKUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datu...
04/04/2024

- Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari UMNO Selangor

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor berkuat kuasa hari ini.

Dalam catatan di Facebook beliau hari ini, keputusan itu dibuat selepas melihat kebangkitan parti berkenaan di negeri itu dilihat hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO pusat.

"Saya melihat sendiri bagaimana Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat. Namun, sejauh mana hebat perencanaan pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah.

"Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar, malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat," katanya.

Tengku Zafrul berkata, pendekatan dan prinsipnya mudah iaitu jika tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan, maka beliau tidak harus memegang sesuatu jawatan.

"Lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif. Sewaktu saya dipilih sebagai ahli MKT UMNO dari Selangor dan dilantik Bendahari UMNO Selangor lebih setahun dulu, saya sudah meletakkan satu matlamat utama untuk menyumbang kepada kebangkitan UMNO di Selangor," katanya.

UMNO s**ar digelar parti nasional atau parti untuk masa depan jika tidak ada keberadaan yang kuat di Selangor, katanya.

"Selangor negeri amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak. Demografinya majmuk dengan asas majoriti Melayu Bumiputera, ditambah dengan keseimbangan bandar serta luar bandar, mencerminkan dinamika Malaysia yang lebih luas.

"Kerancakan ekonominya sentiasa meletakkan Selangor sebagai lokasi tumpuan segenap aktiviti," katanya sambil menjelaskan, strategi ampuh sepatutnya dirangka dengan ketetapan sesuai dengan realiti semasa.

"Keputusan pilihan raya negeri di Selangor tahun lalu sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera. Antara lain, tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap, diuji dan disemak dengan pemegang taruh," katanya.

Katanya, kerjasama dengan parti-parti lain mesti diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan bahawa masalah UMNO terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat pusat.

  - DAP tak tekan UMNO -JalaluddinJELEBU: "UMNO ok je. Mana ada terima tekanan daripada DAP," kata Ahli Majlis Kerja Ter...
04/04/2024

- DAP tak tekan UMNO -Jalaluddin

JELEBU: "UMNO ok je. Mana ada terima tekanan daripada DAP," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan parti itu ditekan oleh DAP susulan perjumpaan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 24 Mac lalu.

Ini berikutan kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mengenai isu stoking tertera kalimah Allah.

Jalaluddin berkata, perjumpaan kedua-dua pemimpin itu perkara normal dan tidak benar sama sekali DAP memberi tekanan kepada UMNO mengenai isu itu.

"Sesiapa sahaja boleh mengadakan pertemuan. Malah, saya sendiri di Negeri Sembilan kerap bertemu dengan pemimpin DAP dan memberi penekanan kepada beberapa perkara. Tidak p**a ada yang kata saya beri tekanan kepada DAP.

"Jadi pertemuan Loke dengan Ahmad Zahid bukan memberi tekanan kepada UMNO supaya jangan terlalu lantang bersuara, sebaliknya mahu membincangkan bagaimana mahu mengatasi kemelut itu," katanya ditemui selepas majlis Penyerahan Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu di sini hari ini.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata, UMNO tidak terikat dengan sebarang tekanan daripada mana-mana parti dan yakin Presiden UMNO itu juga tegas dalam isu stoking berkenaan.

"Sama ada di pihak DAP atau UMNO sendiri, kedua-duanya mahu isu berkenaan termasuk beberapa siri kedai serbaneka itu dibom dengan bom petrol perlu disiasat oleh pihak polis. Biarlah polis menyiasat dan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

"Pada masa sama, mana-mana pihak tidak boleh mengaitkan kejadian itu dilakukan oleh ahli UMNO atau orang Melayu, sedangkan ia mungkin dilakukan pihak lain yang menangguk di air yang keruh bagi mengganggu gugat hubungan di antara orang Melayu dengan Cina," katanya.

  - Seakan ada 'sindrom bisu' sedang melarat dalam kalangan pemimpin PEMUDA UMNOIPOH: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi ...
04/04/2024

- Seakan ada 'sindrom bisu' sedang melarat dalam kalangan pemimpin PEMUDA UMNO

IPOH: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang kini digantung keahlian tidak bercadang meninggalkan parti itu, sebaliknya mahu kekal setia dan berharap dapat kembali ke arena politik.

Menurutnya, walaupun pernah ditawarkan menjadi calon parti lain semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dua tahun lalu, beliau menolak kerana sayang UMNO.

"Setakat ini saya tidak terfikir hendak ke parti lain. Walaupun sebelum ini PAS tawarkan jadi calon, saya tolak.

"Panjang umur, lepas tempoh penggantungan ini siap la. Kalau saya tak digantung, (jawatan) naib presiden itu saya punya," katanya pada Majlis Iftar Perdana di Kolej Antarabangsa TAJ, malam tadi.

Tajuddin sebelum ini dilapor digantung keahlian parti selama enam tahun susulan keputusan mesyuarat MKT UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.

Pada 21 Julai tahun lalu, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilaporkan berkata sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan tidak berhasrat untuk merayu lagi.

Dalam pada itu, Tajuddin meluahkan kebimbangan terhadap masa depan UMNO kerana pimpinan parti yang disifatkannya gagal mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti itu selepas berdepan kekalahan paling teruk pada PRU15.

"Saya dukacita kerana kepimpinan UMNO, daripada atas sampai ke bawah, daripada MKT sampai ke peringkat bahagian, semuanya tidak nampak mengambil sikap serius dan tanggungjawab untuk membuat perubahan kepada UMNO.

"Jika tiada perubahan dari segi tindakan, khidmat kepada masyarakat serta kepimpinan, bagaimana UMNO nak kembali pulih dan bangkit semula?

"Semuanya mendiamkan diri. Seolah-olah saya lihat semuanya cuma memikirkan kepentingan diri, nak jawatan, nak kedudukan. Nak itu nak ini. Bukan untuk perjuangan parti," katanya.

Beliau berkata, ada seakan 'sindrom bisu' sedang melarat dalam kalangan ahli parti kerana tidak berani bersuara dalam isu nasional.

"Apa permasalahan rakyat yang sepatutnya diambil tahu, diambil perhatian. Umpama masalah kos sara hidup, masalah ekonomi rakyat. Mana suara UMNO, kenapa takut bersuara?

"Takut dengan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan? Takut dengan Perdana Menteri? Saya rasa PMX tak marah sekiranya suara itu membina dan konstruktif," katanya.

  - Ahli Parlimen Pembangkang ‘Korban’ Separuh Gaji Untuk Rakyat - Ahmad FadhliPASIR MAS - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahma...
03/04/2024

- Ahli Parlimen Pembangkang ‘Korban’ Separuh Gaji Untuk Rakyat - Ahmad Fadhli

PASIR MAS - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui tidak mustahil ada wakil rakyat pembangkang tergolong dalam kalangan B40 kerana terpaksa ‘mengorbankan’ separuh daripada gaji sendiri demi memenuhi amanah kepada rakyat.

Ahmad Fadhli mendakwa, ahli-ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukan pembangunan berbanding ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan yang diberi RM1.3 juta setahun.

“Kami tidak diberikan peruntukan walau satu sen pun dan dalam keadaan ini apakah lagi sumber yang boleh digunakan untuk menunaikan permohonan daripada rakyat melainkan daripada gaji serta elaun sendiri.

“Soal benar atau tidak, dalam kalangan kami ada B40 itu masih belum terdapat apa-apa kajian, tetapi tidak mustahil kerana bayangkan setiap bulan kami terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri bagi menanggung dan menampung amanah daripada rakyat,” katanya ketika ditemui di Kelar, pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas itu memberitahu, bagaimanapun pengorbanan yang dilakukan itu bukanlah satu beban dan dilaksanakan atas dasar tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat selepas diberi mandat pada pilihan raya umum lalu.

Ahmad Fadhli turut memberikan contoh dirinya sendiri yang ikut sama berbuat demikian demi perkhidmatan terbaik mereka kepada rakyat.

“Bukan satu bebanan kepada kami dari sudut kebertanggungjawaban dan saya sendiri lebih daripada satu per dua gaji diberikan untuk operasi sebagai wakil rakyat.

“Bayangkanlah jika RM16,000 gaji Ahli Parlimen, maka RM8,000 atau lebih digunakan hanya untuk rakyat,” katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan segelintir ahli Parlimen yang mempertikaikan usaha kerajaan melaksanakan perubahan termasuk dalam penyasaran subsidi serta skim pencen kerana mendakwa dalam kalangan mereka terdiri daripada golongan B40.

  - UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - B**g MokhtarKOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubung...
03/04/2024

- UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - B**g Mokhtar

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri B**g Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.

Beliau yang tidak senang dengan tindakan sesetengah pihak di Sabah yang dilihatnya cuba meniup semangat kenegerian dengan melabelkan UMNO sebagai parti politik dari Malaya berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul kerana kehadiran UMNO ke Sabah sejak lebih tiga dekad lalu adalah atas kehendak rakyat Sabah sendiri.

Katanya beliau mengenali sebilangan mereka yang cuba mempengaruhi rakyat Sabah supaya menolak UMNO itu, adalah yang pernah terlibat sebagai pengasas di awal kemas**an UMNO ke Sabah.

B**g Moktar berkata UMNO Sabah mempunyai autonomi yang tersendiri membuatkan badan perhubungan negeri itu berbeza dengan UMNO di negeri lain.

Menerusi autonomi itu, UMNO Sabah mempunyai kuasa dalam menyusun ahli jawatankuasa badan perhubungan parti di negeri ini seterusnya membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan melibatkan parti itu di Sabah.

Beliau seterusnya meminta semua pihak supaya mengelak perbuatan yang boleh memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai etnik dan agama.

  - RoS lulus pindaanperlembagaan Bersatu berkuat kuasa IsninSHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) te...
03/04/2024

- RoS lulus pindaanperlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin

SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, pindaan perlembagaan parti tersebut boleh dijalankan bermula Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, langkah seterusnya ialah mengosongkan kerusi mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) peringkat Parlimen.

“Alhamdulillah RoS telah lulus permohonan pindaan ini yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Bersatu dilaporkan meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

  - Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu BaharuSEPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor D...
03/04/2024

- Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu

SEPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan calon DAP akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan kelak.
Menteri Besar Selangor itu berkata beliau difahamkan Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu juga tidak meminta untuk bertanding di kerusi berkenaan, menjadikan pemilihan calon lebih mudah diputuskan oleh pimpinan PH.

"PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.

"BN pun tak 'demand', formula PH pun saya rasa tidak berubah. Jadi saya percaya DAP masih akan bertanding di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Jualan NCT Smart Industrial Park di sini hari ini.

Beliau berkata PH akan bekerja sehabis baik untuk mempertahankan kerusi berkenaan bagi meneruskan legasi kepimpinan Lee Kee Hiong serta kesinambungan program pembangunan yang direncana mendiang sejak memenangi kerusi itu pada 2013.

Katanya PH juga tidak akan mengambil mudah cabaran Perikatan Nasional (PN) yang awal-awal lagi menyatakan keyakinan untuk merampas kerusi berkenaan selepas kematian Lee yang menyandang kerusi itu selama tiga penggal.

Lee, 58, meninggal dunia pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon PN Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan berkaitan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.

  - 'Sebagai panglima UMNO Sabah, saya tidak patut berundur'KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri B**g Moktar Radi...
03/04/2024

- 'Sebagai panglima UMNO Sabah, saya tidak patut berundur'

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri B**g Moktar Radin tidak berhasrat melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang bakal diadakan selewat-lewatnya akhir tahun depan.

Kerusi disandangnya sejak 2020 adalah sebahagian daripada tiga kerusi DUN, selain Sukau dan Kuamut dalam Parlimen Kinabatangan yang turut disandangnya sejak beberapa penggal.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Sabah bersama media dan anak yatim, di sini, malam tadi, B**g Moktar berkata sebagai 'panglima' atau Ketua UMNO Sabah, adalah tidak wajar untuk beliau mengundurkan diri.

Bagaimanapun, sebelum itu, beliau menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada muka baharu, dengan syarat penggantinya itu mesti menjadikan UMNO lebih kuat di Sabah berbanding di bawah pimpinannya.

"Kalau ada jaminan UMNO Sabah akan bertambah kuat kalau bukan di bawah pimpinan saya, saya boleh lepaskan (kerusi). Tapi, sebagai ketua panglima UMNO Sabah, saya rasa tidak patut 'gostan' (berundur)," katanya.

Pada PRN16 Sabah, 26 September 2020, B**g Moktar memenangi kerusi DUN Lamag atas tiket Barisan Nasional (BN) yang pertama kali ditandingkan (kerusi baharu) dengan memperoleh 661 majoriti dalam pertandingan enam penjuru.

Sementara itu, B**g Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, berkata UMNO Sabah akan mengemukakan beberapa muka baharu untuk menggalas misi parti memenangi sebanyak mungkin kerusi yang akan ditandingi pada PRN17 nanti.

"Memang ada muka baharu, tapi saya belum boleh dedahkan sebab kita masih tapis dan minta mereka turun padang jumpa pengundi supaya rakyat tahu siapa calon mereka.

"Kita akan timbang sebaik mungkin nanti sebab hakikatnya politik memerlukan proses yang panjang dan kita perlu ada muka baharu.

"Kriteria yang kita tetapkan ialah mereka mestilah dis**ai rakyat, boleh menang dan berintegriti, tidak melompat dan tidak materialistik," katanya.

B**g Moktar berkata, UMNO Sabah tidak menggunakan akuan bersumpah (SD) sebagai pendekatan memastikan wakil rakyatnya tidak berpaling tadah kerana ia bukan jaminan yang boleh menghalang perbuatan itu.

Sebaliknya, beliau berkata bakal calon hanya perlu menyatakan taat setia dan berjuang dengan hati yang tulus kepada parti sebagai ikatan untuk terus kekal bersama UMNO walau dalam keadaan apa sekalipun.

Mengenai gabungan dengan parti lain, B**g Moktar berkata UMNO Sabah sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Pakatan Harapan (PH) Sabah jika ia dilihat tidak memudaratkan UMNO.

"Saya sudah kata, kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, kecuali dengan parti yang s**a ingkar terhadap janji," katanya.

Sebelum ini, B**g Moktar juga menyatakan kesediaan UMNO Sabah untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) bagi berdepan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN17.

  - Jawatankuasa Bahagian BERSATU Gua Musang Digantung  KOTA BHARU - Jawatankuasa Bahagian Parti Peribumi Bersatu Malays...
15/03/2024

- Jawatankuasa Bahagian BERSATU Gua Musang Digantung

KOTA BHARU - Jawatankuasa Bahagian Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, keputusan pengantungan itu dibuat sejak sebulan lalu dan akan berkuat kuasa sehingga tarikh pengesahan pindaan pelembagaan parti terbabit disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurut beliau, situasi berbeza membabitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dengan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik walaupun kedua-duanya menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Di Jeli ahli Parlimennya itu bukan daripada kepimpinan Bersatu, jadi tidak ada masalah.

“Berbeza dengan Ahli Parlimen Gua Musang kerana beliau ialah Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang,” katanya ketika ditemui pemberita di Jamuan Berbuka Puasa Bersama Media di Perdana Kota Bharu, di sini pada Khamis.

Ujar Kamaruddin, secara peribadi beliau masih berhubungan baik dengan kedua-dua ahli Parlimen terbabit namun dalam konteks organisasi parti, mereka sudah tidak mewakili Perikatan Nasional.

Jelas beliau, berhubung dakwaan Mohd Azizi yang dibuang daripada kump**an Whatapps juga ada kaitan dengan sokongan yang dibuat terhadap kerajaan.

“Kami sudah tidak yakin untuk mempercayai beliau kerana pengisytiharan sokongan terhadap kerajaan dan pimpinan parti lawan menyebabkan perkara-perkara strategi tidak boleh dibincangkan dalam kump**an WhatApps itu.

“Beliau juga sudah tidak lagi berada dalam kelompok wakil rakyat Bersatu dan PN selain tidak boleh mengatakan mereka wakil dari PN,” katanya.

Sebelum ini, Bersatu meminda perlembagaan untuk melucutkan keahlian terhadap ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan (ADUN) dan Ahli Dewan Negeri yang menyokong pihak bertentangan atau musuh.

Pindaan dibuat selepas enam Ahli Parlimen Bersatu termasuk Zahari dan Mohd Azizi yang juga ADUN Nenggiri menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

  - Permohonan Masuk PKR Ditangguh, Pastikan Tiada 'Trojan Horse' - Fahmi  CYBERJAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Ra...
15/03/2024

- Permohonan Masuk PKR Ditangguh, Pastikan Tiada 'Trojan Horse' - Fahmi

CYBERJAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai parti tersebut namun setelah diteliti, permohonan itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang berkata bahawa sesiapa yang memohon menyertai PKR perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu kerana PKR bukanlah sebuah parti 'tong sampah'.

"Sebelum ini mana-mana pihak yang ingin masuk memang kita ada mekanisme-mekanisme tertentu termasuk Majlis Pimpinan Pusat yang boleh membincangkan.

"Kita semestinya memang sebuah parti terbuka tapi kita ada mekanisme untuk pastikan tiada "trojan horse' ataupun pihak yang mendatangkan kemudaratan dan ini akan kita elak.

"Cuma untuk saudara Pak Hassan, mungkin boleh bangkitkan dalam majlis pimpinan yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan E-Farmasi Penyelesaian Digital Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Baharu oleh Unifi Business di TM Digital Academy, Universiti Multimedia,Cyberjaya pada Khamis.

Pada Rabu yang lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan gambaran bahawa lebih ramai bekas pemimpin berstatus profil tinggi daripada Perikatan Nasional (PN) akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai PKR.

Beliau berkata yang pihaknya ada menerima permohonan dadripada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyertai PKR.

Sebelum itu bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman turut medakwa bahawa lebih ramai pemimpin dan ahli perintis parti itu akan menyertai PKR.

Selain Faiz, penyertaan terbaharu pemimpin Bersatu ke dalam PKR ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

  - Angka Sebenar Miskin Tegar Diketahui Selepas PADU Dikemas Kini - Rafizi   KUALA LUMPUR - Angka sebenar mengenai kump...
15/03/2024

- Angka Sebenar Miskin Tegar Diketahui Selepas PADU Dikemas Kini - Rafizi

KUALA LUMPUR - Angka sebenar mengenai kump**an miskin tegar dijangka diperolehi selepas sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) dikemas kini sepenuhnya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ketika ini, jumlah miskin tegar yang dicatatkan menerusi laporan rasmi adalah 0.2 peratus daripada keseluruhan rakyat di negara ini.

Menurutnya, kadar kemiskinan tegar di negara ini mencatatkan penurunan kepada 0.2 peratus atau 18,445 isi rumah.

“Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) mencatatkan penurunan berbanding satu peratus pada 2020.

“Data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) p**a merekodkan pengurangan dengan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 80,000 Ketua Isi Rumah (KR) sehingga akhir tahun lalu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Muttalib (PN-Maran) berhubung jumlah kemiskinan tegar yang tepat kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ia akan dinoktahkan.

Mengulas lanjut, Rafizi menjelaskan, konsep menoktahkan kemiskinan tegar adalah langkah yang diperhalusi Kabinet untuk mengambil pendekatan ekonomi selepas mengetahui jumlah sebenar di negara ini.

“Miskin sifar bermaksud kadar kemiskinan tegar yang dilaporkan setiap tahun daripada pelaporan rasmi negara sebagai data rasmi kepada dunia.

“Kini 0.2 peratus orang miskin tegar, maka kump**an ini yang akan dipantau dan sudah tentu dari tahun ke tahun, jumlah ini akan berubah setiap tahun berdasarkan garis kemiskinan.

“Setiap tahun sasaran mengeluarkan individu miskin tegar ini berdasarkan pelaporan rasmi berkenaan tetapi sifar miskin atau menoktahkan tidak bermaksud tiada langsung orang miskin tegar kerana kemiskinan itu relatif. Kalau begitu, tidak perlulah ada zakat,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan tambahan Ismail mengenai data eKasih, Rafizi berkata, ia perlu dibersihkan dari semasa ke semasa kerana didapati ada penerima bantuan itu tidak mahu dikeluarkan daripada senarai walaupun pendapatan mereka bertambah baik.

“Kerajaan akan terus mengemas kini data eKasih untuk digabungkan dalam sistem PADU bagi membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat yang lebih baik dan tepat mengenai jumlah orang miskin tegar di negara ini,” katanya lagi.

  - Cubaan Sogok, Ahli Parlimen Perlu Lapor SPRM  KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang telah bersumpah menegakkan kedaulata...
15/03/2024

- Cubaan Sogok, Ahli Parlimen Perlu Lapor SPRM

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang telah bersumpah menegakkan kedaulatan undang-undang seharusnya berusaha mempamerkan teladan terbaik kepada masyarakat khususnya berhubung kesungguhan mencegah rasuah.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kump**an pemimpin tertinggi negara sewajarnya menjadi contoh dalam membanteras amalan rasuah, terutama dengan melaporkan jenayah tersebut kepada pihak berkuasa bagi diambil tindakan.

Beliau berkata, orang ramai akan menilai dan melihat tindakan yang diambil oleh ahli Parlimen sekiranya disogok dengan pemberian rasuah.

"Sebagai contoh kes Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam ucapan beliau di Parlimen baru-baru ini.

"Wan Saiful ada menyatakan beliau telah disogok dengan rasuah.

"Sekiranya perkara seumpama itu berlaku, ia perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia bukan sahaja dari segi moral dan integriti, tetapi dari segi pengajaran kepada orang ramai walaupun rasuah itu ditolak olehnya," katanya pada Khamis.

Jelas beliau, isu imuniti ahli Parlimen yang dibangkitkan dalam hal tersebut lazimnya hanyalah untuk mengelakkan mereka daripada disaman atau menjadi satu kesalahan sivil.

Sementara itu, Profesor Madya Institut Pemikiran Islam dan Tamadun (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ahli Parlimen yang mempunyai integriti wajar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terbukti berlakunya sesuatu kesalahan awam.

"Ini kerana ahli Parlimen telah bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang apabila melafazkan sumpah di bawah Jadual Ke-6," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Wan Saiful yang memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dihubungi oleh beberapa individu yang mengugutnya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen itu mendakwa, selepas berkali-kali dihubungi, beliau 'akur' untuk mengadakan beberapa pertemuan bermula pada 17 Januari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dakwa Wan Saiful, dalam siri pertemuan tersebut, individu berkenaan menawarkan habuan sebagai balasan sokongan kepada Perdana Menteri antaranya peruntukan Parlimen sebanyak RM1.7 juta.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABCD 2.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share