06/12/2023
๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐จ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ก ๐๐-๐ณ ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐
MELAKA: Seramai satu pegawai dan 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Ke-7 Artileri Diraja (7 RAD) terlibat dalam Latihan Kompetensi Pemanduan Kenderaan Jenis B (KJB) di Terendak ๐๐ง๐ง ๐๐ฐ๐ข๐ฅ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐๐ช๐ณ๐ค๐ถ๐ช๐ต (TOCC) pada 5 dan 6 Dis 2023.
PS 1 Operasi MK Arti Div 3 Div, Lt Kol Muhammad Tajuki bin Jusoh dalam taklimatnya mengingatkan kepada semua anggota yang terlibat bahawa latihan ini amat signifikan disebabkan anggota pemandu seharusnya perlu memiliki kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam pengendalian kenderaan yang cekap terutamanya KJB.
Latihan kompetensi dimulakan dengan penerangan arahan latihan, keselamatan dan teknikal kenderaan serta penerangan penggunaan Litar TOCC oleh PS 2 Latih MK Arti Div 3 Div, Mej Firdhaus bin Mohd Salleh selaku Pegawai Penyelaras Latihan.
Di dalam latihan ini, sebanyak sebuah Kenderaan GKM-1, enam buah Kenderaan Penarik Meriam (KPM) jenis IVECO 4x4 dan sebuah Trak Tiga Tan Handalan II telah diuji bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan dalam merentasi ๐ต๐ณ๐ข๐ค๐ฌ ๐ฐ๐ง๐ง ๐ณ๐ฐ๐ข๐ฅ tersebut. Latihan ini diakhiri dengan ๐๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ง๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ท๐ช๐ฆ๐ธ (AAR) yang telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Latihan.
- Markas Artileri Divisyen 3 Divisyen -