19/10/2021
❤️ Salam Maulidur Rasul ❤️
Terciptanya Nur Muhammad saw
🌸Maka hal ini pernah dialami oleh para malaikat. Allah swt telah menceritakan kpd malaikat, bahawa kelak Allah akan menciptakan Nabi² tp Ulul Azmi tp Allah belum menceritakan intinya (mengenai Nabi Muhammad saw).
🌸Allah menciptakan Nur (Nur Nabi Muhammad saw), dr Nur itu sebelum Nabi Adam diciptakan lg. Saat malaikat melihat Nur itu, malaikat juga pelik adakah itu Adam? "Dgn Nur ini Aku anugerahkan kpd Adam martabat yg tinggi".
Kata malaikat "Adakah ini Nuh?" Allah berfirman kpd mereka, "Justeru dr Nur ini, Nabi Nuh bisa selamat dr tenggelam dan binasalah org2 yg memungkirinya". Bahkan dr Nur ini, Nabi Nuh selamat dr tenggelamnya bahtera Baginda.
Malaikat p**a bertanya, "Ya Allah, adakah itu Ibrahim?". Allah berkata, "Dgn Nur ini, Ibrahim sanggup menyampaikan hujahnya dgn mengalahkan penyembah berhala dan bintang". Itulah berkah Nur itu yg ada pd jasad Nabi Ibrahim.
Malaikat bertanya lg, "Ya Allah, adakah itu Musa?". Allah menjawab, "Musa itu adalah saudaranya tp Nur ini adalah kekasihKu. Musa adalah penerima firmanKu dan yg berbicara dgnKu".
Malaikat masih hairan, lalu mereka bertanya siapakah cahaya Nur itu. Mereka bertanya lg, "Adakah itu Isa?" Allah berkata, "Nanti Isalah yg membawa khabar gembira akan kelahiran Nur ini dan Isa adalah Nabi yg dkt masa kenabian Nur ini".
Malaikat bertanya lg, "Siapakah kekasihMu ini ya Allah, yg Engkau mahkotai dgn keagungan, yg Engkau serbankan kepimpinan keatasnya?". Jawab Allah, "Dia adalah seorang Nabi yg aku pilih dr keturunan Luqaiy bin Ghalib, yg ayahnya telah meninggal dunia, kemudian dia diasuh oleh datuknya dan penjaganya iaitu Abu Talib".
🌸Allah swt memberikan hikmah dlm setiap soalan dan penceritaan td, Dia memuji² NurNya dahulu, sehingga jika para malaikatNya nampak cahaya Nur itu, Allah swt memuji Nur itu dgn kalimah kekasihNya.
🌸Allah bwgitu sayang Nur ini sehinggakan Allah memuliakannya.
🌸Allah menceritakan kisah ini kpd para malaikat pd zaman sebelum terciptanya Nabi Adam lagi.
🌸Telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas, drpd Nabi Muhammad saw, bahawa Allah menciptakan Nur Nabi Muhammad saw tersebut 2000 tahun sebelum Allah menciptakan Nabi Adam, ia (Nur) bertasbih kpd Allah juga bersama para malaikat juga mengikuti bertasbih kpd Allah swt.
🌸Nabi Adam diciptakan dr tanah, bahkan Nur Nabi Muhammad saw telahpun diciptakan dr tanah kejadian Nabi Adam.
🌸Nur itu telah dibawa oleh Nabi² Ulul Azmi, Nabi² paling unggul. Jadilah mereka org² mulia kerana adanya Nur Nabi Muhammad saw.
🌸Bagaimana Nabi Adam punya keberanian diturunkan ke bumi? Kerana keberkahan Nur Nabi Muhammad saw. Begitu juga saat Nabi Nuh selamat dr ditenggelami air, disitulah juga Allah tiupkan Nur Baginda Nabi saw. Saat Nabi Ibrahim dibakar oleh penduduknya, dia terselamat asbab dr Nur Nabi Muhammad saw yg ada di dlm hatinya.
🌸Lalu Nur itu dipindahkan sehinggalah ke rahim wanita yg suci wanita yg suci lg mulia, Aminah, ibunya Nabi Muhammad saw. Dr sini, ibrahnya, kata Allah swt, "andaikan tidak ada Engkau wahai Muhammad, Aku tidak akan menciptakan alam".
🌸Saat Nur Nabi Muhammad ada pd Abdullah, bapanya, penduduk² melihat Abdullah langsung cinta akan Abdullah bahkan ada yg ingin mengahwini Abdullah.
🌸Sehinggalah beliau bertemu dan bernikah dgn Sayyidah Aminah. Wanita² yg pernah melihat dan tertarik Abdullah lupa akannya, kerana Nur Nabi Nuhammad saw itu berpindah pd Sayyidah Aminah, ibunya.
Kehamilan Sayyidah Aminah
🌸Sayyidah Aminah mengandung Nabi Muhammad
saw di bawah pengawasan Allah swt, tidak merasa sakit atau derita pun masyaAllah. Apa yg dialami org tidak dialami Sayyidah Aminah.
🌸Sayyidah Aminah seringkali didatangi oleh org2 mulia dan para malaikat dan mereka berkata, "Wahai Aminah, kamu sedang hamil yg didalam itu manusia terbaik sepanjang sejarah manusia. Jika dia lahir nnt, beri namanya dgn nama Muhammad".
Dia merasakan bahawa insan yg sedang beliau kandungkan bukanlah insan biasa.
Detik Kelahiran Nabi Muhammad saw
🌸Genap 9 bulan kehamilannya, detik² Sayyidah Aminah melahirkan, bumi Mekah merasakan kesuburan. Bahkan semua tanaman menjadi indah, hujan turun. Pd masa tersebut, semua binatang milik kaum Quraisy bisa berbahasa fasih bahasa Arab bahkan mengatakan akan lahirnya insan yg mulia. Kaum Quraisy mulai tertanya² siapakah gerangan insan tersebut. Berhala² yg disembah jatuh dan pecah kerana seseorang yg bakal hadir begitu ghaibah dan mulia disisi Allah swt.
Maka terbuktilah pd bulan Rabi', musim buah sgt b*k masyaAllah.
🌸Saat Nabi Muhammad saw dilahirkan pd waktu fajar dalam keadaan sujud, tangannya menuju ke arah langit bertahlil kpd Allah swt dan saat itu Arasy Allah swt bergoncang kegembiraan, KursiNya Allah swt bertambah kewibawaannya. Langit penuh dgn cahaya, malaikat dr awal maghrib sehingga fajar mengumandangkan tasbih, tahmid, takbir kpd Allah swt. Maka lahirlah manusia pembawa cahaya di bumi.
🌸Nabi saw dilahirkan dgn tidak ada darah, air kotor bersamanya subhanallah.
🌸Dialah perantara Allah swt, penunjuk jalan kebahagiaan hidup
🌸Bidan yg membantu melahirkan Sayyidah Aminah pd waktu itu hendak memutuskan tali pusatnya. Tetapi tali pusatnya sudahpun kering sempurna.
🌸Dipandang wajahnya Nabi Muhammad saw, matanya sudah terbuka, bahkan celaknya sudah ada pd kedua matanya. Kata bidan tersebut, "Aku melihat cahaya pd bayi ini sehingga aku lihat kerajaan2 Parsi. Saat ini tahulah aku bahawa bayi di tgnku bukanlah manusia biasa. Dia anak istimewa, Nabi yg diutuskan. Aku berniat masuk islam pd saat itu juga".
🌸Bidan yg biasa, tp mendapat peluang utk mengendong Nabi Muhammad saw. Dia mendapat keberkahan apalagi ibunya Sayyidah Aminah saat kehamilannya masyaAllah.
🌸Semuanya terjadi di bulan Rabi'ul Awwal. Keberkahan yg terjadi 2000 tahun dahulu masih dirasakan sehingga sekarang.
🌸Kemuliaan Nabi Muhammad saw akan terus bertambah
🌸Tanamkan dlm hati kita rasa cinta dan rindu akan Nabi Muhammad saw
🌸Semoga Allah menjadikan kita ummatnya yg senantiasa rindu akan Nabi Muhammad saw
🌸Moga Allah swt sudi menjadikan hati kita hati yg dimasuki cahaya cinta Nabi Muhammad saw