STKI kum2 DKA2B

  • Home
  • STKI kum2 DKA2B

STKI  kum2 DKA2B Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from STKI kum2 DKA2B, Media, .

26/10/2021
12/11/2020
Ahli kump**an kami! 🙂
12/11/2020

Ahli kump**an kami! 🙂

12/11/2020

PENGKLONAN MANUSIA & EUGENIK Isu seterusnya berkaitan pengklonan manusia melibatkan pengklonan reproduktif dan pengklonan terapeutik (Majdah, 2001; Engdahl, 2006a & 2006b; Talbot, 2012). Kamus Dewan (2005) mentakrifkan klon sebagai sekump**an sel atau organisma yang serba serupa dari segi genetik yang terhasil daripada leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual atau produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya, manakala Gralla & Gralla (2006) p**a mendefinisikannya sebagai salinan pelbagai organisma yang mempunyai DNA yang sama dengan organisma induk/asli. Seterusnya, Majdah (2001 & 2002) dan Imam Musbikin (2012) p**a menyatakan perkataan klon berasal dari perkataan Greek ‘klwn’ yang bermaksud ranting (twig) yang merujuk reproduktif vegetatif yang berlaku dalam tumbuhan melibatkan kaedah reproduktif aseksual. Pada masa kini, klon bukan sahaja khusus pada tumbuhan semata-mata tetapi ianya telah berlaku dalam organisma lain dari haiwan hingga kepada manusia. Pengklonan p**a ditakrifkan sebagai perihal, proses atau perbuatan menghasilkan klon (Kamus Dewan, 2005; Aziah & Mohd. Fazli, 2016), manakala Imam Musbikin (2012) p**a menyatakan pengklonan merupakan teknik penggandaan gen yang menghasilkan keturunan yang sama tidak kira dari segi warisan mahupun fizikal. Faktor utama penolakan pengklonan manusia disebabkan ianya melanggar hak genetik manusia yang unik bagi setiap individu (Majdah, 2001 & 2002), manakala Sullivan (2006) p**a menyatakan pengklonan manusia berkaitan dengan isu playing God yang berkaitan dengan kepercayaan dan pegangan agama. Secara umumnya, Islam menolak pengklonan manusia dengan alasan-alasan berikut (Fadzlullah, 2007):
E-PROCEEDINGS OF INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC CIVILIZATION AND THOUGHTS 140 | INSIST 2017 i. Manusia dicipta oleh Allah dan berhak sepenuhnya ke atas manusia. ii. Ia mendatangkan kerosakan alam dan sistem kekeluargaan. iii. Bercanggah dengan sunnah Allah SWT yang menciptakan manusia dengan hikmah dan unik. iv. Ia berlaku di luar batasan syarak Islam (perkahwinan). Seterusnya, Imam Musbikin (2012) & Talbot (2012) membahaskan impak pengklonan manusia terhadap pembiakan, proses penuaan dan kematian, penambahbaikan terhadap manusia (human enhancement) dan kesihatan umum. Menurut Talbot (2012), pengklonan reproduktif merujuk penggunaan SCNT (Somatic Cell Nuclear Transfer) untuk menghasilkan embrio manusia untuk diimplan ke dalam rahim wanita yang akan menghasilkan bayi / anak yang mempunyai genom yang sama dengan penderma nukleus, manakala pengklonan terapeutik p**a menggunakan kaedah yang sama dengan pengklonan reproduktif iaitu SCNT, tetapi embrio manusia yang terhasil digunakan untuk penyelidikan atau penghasilan sel stem dan akhirnya dimusnahkan. Pengklonan manusia dianggap ancaman kepada kehidupan manusia menurut pandangan agama, etika, moral dan undang-undang berikutan hasilnya akan menjejaskan hubungan kekeluargaan. Melalui perkahwinan yang sah, perhubungan antara lelaki dan perempuan (suami-isteri) secara seks akan menghasilkan nasab keturunan yang jelas dan ia menjadi fitrah manusia. Jika pengklonan manusia berjaya iaitu manusia dihasilkan secara aseksual, maka ia akan menjejaskan nasab keturunannya dan menyebabkan berlakunya kecelaruan identiti serta menjejaskan institusi keluarga yang terhasil dari perkahwinan yang sah di sisi agama dan undang-undang. Impaknya kelak perkahwinan tidak diperlukan lagi dan manusia telah melanggar fitrah semulajadi yang ditetapkan oleh Allah SWT yang mampu merosakkan pop**asi manusia akan datang sekaligus menafikan konsep ketuhanan secara keseluruhannya sekaligus menyebabkan runtuhnya akidah umat serta menyebabkannya terjerumus ke lembah kebinasaan. Ulama-ulama Islam sedunia menolak dan tidak membenarkan pengklonan manusia dilaksanakan (Farrokh, 2010), begitu juga agama-agama lain seperti Kristian dan Yahudi (Imam Musbikin, 2012). Walaupun begitu, penolakan tersebut melibatkan pengklonan reproduktif, manakala pengklonan terapeutik dibenarkan jika prosedur yang dijalankan menepati kehendak syarak Islam (Fatima, 2008) selari dengan kajian perbandingan etika pengklonan manusia dari perspektif Barat dan Islam (Majdah, 2001 & 2002; Ford, 2006; Sharmin et al., 2012). Ia telah diputuskan dalam seminar perundangan saintifik yang diadakan di Jordan yang membenarkan penggunaan bahan genetik manusia dalam kajian perubatan untuk merawat dan mencegah penyakit, manakala Bush (2006) mencadangkan kedua-dua pengklonan (reproduktif dan terapeutik) diharamkan dengan alasan bahawa pengklonan manusia perlu dihentikan sebelum ianya bermula kerana kita perlu memelihara maruah dalam usaha meningkatkan taraf hidup manusia.

10/11/2020

Semoga bermanfaat👍

05/11/2020

Islam menerima sains dan teknologi dari dahulu sehingga kini. Banyak kisah dalam al-Quran berkaitan kewujudan tamadun manusia dalam aspek sains dan teknologi yang boleh dihuraikan. Al-Quran itu sendiri dijadikan kitab pendidikan sebagai panduan yang digunakan ribuan tahun dahulu. Berdasarkan etika dan prinsip Islam, tujuan utama, ialah untuk mengenali Allah SWT dan beribadah kepadanya melalui ilmu dan pemgetahuan. Di samping memberikan bimbingan kepada manusia untuk menjadi insan yang berpengetahuan yang dapat bertahan hidup di dunia, al-Quran juga mengandungi banyak maklumat ilmiah. Walaupun al-Quran bukanlah sekadar buku atau kitab, akan tetapi al-Quran menyediakan pelbagai maklumat tentang sains dan teknologi dan ia menyatakan hanya bahagian paling penting dari prinsip sains dan teknologi yang diperkatakan. Al-Quran juga menggalakkan umat Islam mengkaji dan menganalisis ciptaan Tuhan dengan lebih mendalam dan terperinci. Dalam konteks integrasi antara sains, teknologi dan pendidikan Islam, umum mengetahui bahawa pembelajaran perlu dilaksanakan dan diharapkan lebih mudah, sistematik dan efektif. Dalam pengamalan berterusan dan pengajian sains dan teknologi berpandukan al-Quran dan hadis contohnya di institusi pengajian tinggi, diharapkan agar lebih cenderung mencapai tujuan utama, iaitu integrasi pendidikan agama Islam. Hal ini penting dalam memberi petunjuk kepada penimba ilmu untuk mengenali, memahami, beramal, beriman dan bertakwa ketika melaksanakan dan beramal dengan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu al-Quran dan segala perlakuan, percakapan dan sebagainya yang berkait dengan Rasulullah SAW, iaitu sunah Perkara ini dapat dilakukan dengan cara bimbingan, didikan dan ajaran yang berterusan serta latih tubi yang dilakukan secara sistematik dan dapat memberikan manfaat bersama di dunia dan di akhirat.

25/10/2020

PENGENALAN

Dalam dunia kini, arus pemodenan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Disebabkan perkembangan teknologi yang semakin canggih setiap hari, kita sepatutnya berterima kasih kepada sains dan kejuruteraan kerana telah memudahkan kehidupan kini.

Sains dan teknologi kejuruteraan, hampir keseluruhan darinya terhasil dan diinspirasikan dari Islam, juga merupakan cabang ilmu dalam Islam. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak. Namun begitu, islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual (batiniah, rohaniah dan perkara yang berkaitan dengan agama). Walaubagaimanapun, Barat beranggapan bahawa sumber wahyu tak diperlukan berasakan prinsip logos dan mitos.

Logos ialah satu penemuan yang paling ampuh hasil daripada eksperimen. Dalam bahasa Yunani, bererti buah fikiran yang diungkapkan dalam perkataan. Mitos p**a iakah cerita (kisah) tentang perkara-perkara luar biasa zaman dahulu yang dianggap benar oleh sesetengah golongan masyarakat. Dalam kata lain, khayalan yang tak wujud dan tak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

21/10/2020

Selamat datang🤗

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when STKI kum2 DKA2B posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share