Gero Review

Gero Review Gero Review is Malaysian Gaming Review Channel. We review games for Malaysia audience and for any business opportunity, please contact thru messenger or email.

30/07/2020

Seriously, game opening scene Ghost of Tsushima adalah paling terbaik sekali aku pernah main. The best!

30/06/2020

Hello guys!

Sekarang ada game battle royale yang hangat di nintendo switch, game tersebut ialah NINJALA!

Dalam episod kali ini aku akan bagi kat korang tips tips untuk main dengan lebih baik dan juga initial review untuk game ini.

Kalau korang s**a video ini, like, share, dan subscribe channel ini.

Terima kasih atas sokongan korang!

Full video link di youtube: https://youtu.be/AYnt9eUh_RA

Dah sekian lama tak post. New video review coming soon! Agak busy sepanjang minggu ni dengan kerja dan tak sempat edit v...
28/06/2020

Dah sekian lama tak post. New video review coming soon!
Agak busy sepanjang minggu ni dengan kerja dan tak sempat edit video lagi.
Stay tuned for upcoming video review!

24/06/2020

On top of the newly released Pokemon Cafe game, Nintendo release another new Pokemon game called Pokemon Quest! MOBA game version Pokemon!!

Will be available for Nintendo Switch and Mobile (Android & IOS) 😊😊😊

Excitedddddd

21/06/2020

Hello Guys!

Untuk episode kali ini aku akan perkenalkan top 10 battle royale games yang ada di android untuk korang layan.

Untuk full video link, sila click link di bawah ini untuk lihat video di youtube:

Youtube: https://youtu.be/L2rXGXXao0w

Subscribe channel Gero Review untuk lebih banyak video!

Happy gaming guys!

19/06/2020

APEX LEGEND akan di bawa ke Nintendo Switch dan akan dibenarkan cross play!

Yeay! Sekarang boleh main Apex Legend secara mobile 😁

18/06/2020

Hello guys!

Nintendo baru sahaja keluarkan 1 free games untuk korang bersenam dekat rumah!

Tunggu apa lagi, jom kita challenge diri kita untuk bersenam dengan game ini.

Itu sahaja untuk episode kali ini, tekan butang subscribe untuk lebih banyak video dan jumpa lagi di episod yang akan datang.

Happy gaming guys!

Follow me at
Youtube: https://youtu.be/aoZg6CbcpRE

17/06/2020

Hello guys!

Dalam episode kali ini, aku akan review game Ashen. Game ini adalah game genre macam dark souls. Tapi yang membuatkan game ini berbeza adalah ia promote sistem co-op dan dunia ia yang open world.

Overall bagi aku game ini sangat bagus dan korang patut try!

Itu sahaja untuk episode kali ini, tekan butang subscribe untuk lebih banyak video dan jumpa lagi di episod yang akan datang.

Happy gaming guys!

Youtube Link: https://youtu.be/Oe54HZgfjhI

14/06/2020

Hello guys!

Minggu ini kita ada summer game sales dalam Nintendo switch. Sales ni bermula dari 9 june dan akan berakhir pada 16 june. Jadi, untuk episode kali ini, aku akan recommend kat korang top 10 games bawah RM50. Aku juga telah upload video ini dalam youtube, so check it out guys!

No 1: Boxboy + Boxgirl
Harga sales adalah 6.99 USD / RM 30++.

No 2: Yoku’s Island Express Game
Harga sales adalah 6.79 USD / RM29++.

No 3: Gris
Harga sales adalah 8.49 USD / RM36++.

No 4: Katana ZeroGame
Harga sales adalah 10.04 USD / RM43++.

No 5: Ape Out
Harga sales adalah 7.49 USD / RM32++.

No 6: Thronebreaker The Withcher Tales
Harga sales adalah 9.99 USD / RM43++.

No 7: Enter the Gungeon
Harga sales adalah 7.49 USD / RM32++.

No 8: Katamari Damacy Reroll
Harga sales adalah 9.89 USD / RM42++.

No 9: Downwell
Harga sales adalah 0.99 USD / RM4++.

No 10: Okami HD.
Harga sales adalah 9.99 USD / RM43++.

tu sahaja untuk episode kali ini, dan cepat cepat lah membeli. Jumpa lagi di episod yang akan datang. Happy gaming guys!

Follow me at
Instagram: https://www.instagram.com/gero_review/
Youtube: https://youtu.be/rwI1SBuZoOM

Picture source: From Nintendo Official website
Link: https://www.nintendo.com/games/sales-and-deals/?cid=N1063-01:ch=eid&eid=20200609_Sale_Summer_eShop&crmid=2A82A7F1-1F0C-4CA2-8BF9-F80343DE7ADE

Video sources: Mentioned in each video clip (upper left hand corner)

10/06/2020

SOAP CUTTING

Kadang kadang korang mesti rasa stress kan? Mesti korang pernah cari game untuk releasekan stress tu.

Jadi, ini satu review game yang kami ingat boleh releasekan stress. Tapi, tak ada kesan pun. Haha

Anyway, enjoy video ini dan like and follow page / channel kami untuk lebih banyak video game review

09/06/2020

TEASER!

Next video yang akan direview. Game Ashen ini agak underrated sikit dan mungkin tak ramai yang pernah dengar pasal game ni.

Jadi, nantikan kemunculan video mid-depth review series game ini untuk tahu lebih lanjut!

Playstation 5 akan diumumkan hari jumaat ini. Yeay! Looking forward to it
09/06/2020

Playstation 5 akan diumumkan hari jumaat ini. Yeay! Looking forward to it

See you Friday, June 12 at 4:00am SGT for a look at the future of gaming on PS5. https://playstn.asia/FutureofGaming

Hello Guys! Ini adalah series pertama Mid Depth Review dan game yang kami review kali ini adalah Bioshock Infinite!Meman...
08/06/2020

Hello Guys!

Ini adalah series pertama Mid Depth Review dan game yang kami review kali ini adalah Bioshock Infinite!

Memandangkan Nintendo Switch baru sahaja keluarkan game Bioshock Infinite, jadi kami pun release video review baru untuk tatapan korang semua!

Kalau korang s**a review gaming ini, like dan tekan butang loceng untuk subscribe channel ini.

Itu sahaja untuk review game kali ini dan happy gaming guys!

Jangan lupa untuk follow facebook, tekan butang like dan loceng subscribe untuk lebih banyak video review!

Link: https://youtu.be/MX1yiQYli34

Hello Guys! Memandangkan Nintendo Switch baru sahaja keluarkan game Bioshock Infinite, jadi kami pun release video review baru untuk tatapan korang semua! Ka...

Hello Guys! Kami sudah ada akaun youtube di mana kami akan upload video game review untuk tatapan korang semua. Harap an...
08/06/2020

Hello Guys! Kami sudah ada akaun youtube di mana kami akan upload video game review untuk tatapan korang semua.

Harap anda boleh support dan tekan butang loceng untuk subscribe!

Link: https://youtu.be/STNwsNqrq8Y

Hello Guys! Selamat datang ke Gero Review channel dimana kami akan berikan info-info game dan gaming review untuk korang. Ini adalah first video introduction...

07/06/2020

TEASER!

Next video yang akan direview. Korang pernah main bioshock series? Sekarang game ni dah ada remastered version dalam Nintendo Switch.
What say you about the game? Nantikan kemunculan video review yang terbaru.

06/06/2020

SWORDIGO

Hello Guys!
Hari ni aku review game Swordigo yang korang boleh dapatkan secara percuma di google playstore dan appstore.
Aku ubah video format ni dengan include subtitle supaya lebih senang untuk korang enjoy video ni.
Kalau enjoy review ini, bolehlah follow dan share video ini untuk support.
Happy Gaming Guys!

Game review for Malaysian

05/06/2020

MASTERPIECE GAME!

Hello guys!
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu Legend of Zelda, Breath of the Wild.
Overall, dalam game ni korang play sebagai link and mission utama korang adalah untuk kalahkan ganon selepas 100 tahun bangun dari slumber.
Game ni adalah open world and banyak benda yang korang boleh buat and explore.
Korang kena aware dgn surrounding, which setiap pakaian kena suit dgn environment, and setiap weapon and shield ada life rate dia.
Bagi aku style game macam ni sangat kreatif sebab buatkan korang strategize gameplay korang.
Game ni pun ada banyak puzzle dan side quest yang boleh buatkan korang lupa pasal main mission dia.
Aku s**a 1 feature dalam game ni di mana Link boleh panjat apa apa surface, baik gunung, tower, pokok, and macam macam lagi.
Overall, aku tak dapat describe game ni properly sebab bagi aku, game ni adalah masterpiece and 1 minit memang tak cukup untuk review.
Rating game ni adalah 10 and yang mana ada nintendo switch, game ni adalah must buy!
So, happy gaming guys!

04/06/2020

Hello guys! Ni games yang akan keluar free bulan ni dan mungkin kita boleh buat 1 sesi live gaming main PS4 dengan call of duty atau battlefront. Tapi paling syok kalau ada yang join sesi ini dan kita boleh battle ramai ramai.

Komen di bawah kalau berminat and nanti kami akan add PS4 ID korang 😆😆😆

04/06/2020

YS VIII: LACRIMOSA OF DANA

Hello guys!
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu YS VIII: Lacrimosa of Dana dalam nintendo switch dan juga terdapat di PS4 untuk korang main.
Game ni adalah genre JRPG di mana dia utilize ARPG system combat instead of turn based system.
Cerita ni start dengan watak utama dia Adol Cristine, iaitu seorang adventurer tapi terkandas dekat 1 pulau misteri dipanggil Seiren Island.
Game ni merupakan open world genre games di mana korang perlu explore pulau tu dan selamatkan orang yang terkandas sekaligus kena berkerjasama untuk keluar dari pulau tersebut.
Terdapat banyak misteri dalam pulau ni dimana korang akan jumpa banyak raksasa and terpaksa berlawan dengan dinosaur yang dikatakan telah pupus di zaman dahulu. Nak tahu lebih lanjut, korang haruslah main game ni.
Overall rating game ni aku bagi 9.0 sebab addictive system combat, jalan cerita dia memang mantap and character development yang menarik.
Itu sahaja utk episode kali ni, happy gaming guys.

03/06/2020

TRANSISTOR

Hello guys!
Post yang lepas terpaksa kena delete sebab ada technical issue dalam facebook yang hilangkan video tu. So terpaksa upload baru balik.
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu Transistor dalam nintendo switch.
Game ni boleh dapat dekat PC, PS4, IOS, dengan Nintendo Switch.
Cerita dia start dengan seorang penyanyi bernama Red yang telah hilang suaranya disebabkan 1 tragedi and korang akan start untuk membongkarkan issue tersebut.
Art style game ni memang mengancam and aku s**a art style dia yang ala ala theme cyberpunk. Music soundtrack game ni memang superb and story telling narrative dia yang bagus buatkan korang engaged dalam story game ni.
Combat system dia ni lebih kepada strategy turn based system and korang kena plan betul-betul untuk utilize turn and skill korang, in order untuk kalahkan semua musuh.
Walaupun game ni short and sweet, overall rating game ni aku bagi 8.0 sebab art style yang menarik dengan combat system approach yang berbeza.
Itu sahaja utk hari ni, happy gaming guys.

03/06/2020

Hello guys!
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu Transistor dalam nintendo switch.
Game ni boleh dapat dekat PC, PS4, IOS, dengan Nintendo Switch.
Cerita dia start dengan seorang penyanyi bernama Red yang telah hilang suaranya disebabkan 1 tragedi and korang akan start untuk membongkarkan issue tersebut.
Art style game ni memang mengancam and aku s**a art style dia yang ala ala theme cyberpunk.
Music soundtrack game ni memang superb and story telling narrative dia yang bagus buatkan korang engaged dalam story game ni.
Combat system dia ni lebih kepada strategy turn based system and korang kena plan betul2 untuk utilize turn and skill korang, in order untuk kalahkan semua musuh.
Walaupun game ni short and sweet, overall rating game ni aku bagi 8.0 sebab art style yang menarik dengan combat system approach yang berbeza.
Itu sahaja utk hari ni, happy gaming guys.

02/06/2020

INSTANT TENNIS

Hello guys!
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu instant tennis dalam nintendo switch.
Banyak game dekat nintendo switch yang utilize joycon utk exercise macam ring fit adventure, just dance, atau zumba burn it up.
Tapi untuk game ni, dia adalah budget game utk korang experience main joycon sebagai racket tennis and still bolehlah exercise dekat rumah.
Dalam game ni takde online multiplayer feature, tapi game ni korang boleh main local multiplayer dengan split screen. Korang boleh main tournament sampai 8 orang main, tapi cuma limited kepada dua player bermain setiap masa.
Kat eshop sekarang ni pun murah sahaja which is RM 11++ dalam south africa region and korang bolehlah try beli game ni.
Overall rating game ni aku bagi 6.0 disebabkan limited feature game ni, tapi still seronok and penat bila main dengan kawan2.
Itu sahaja utk hari ni, happy gaming guys.

01/06/2020

HITMAN SNIPER

Hello guys!
Hari ni aku akan review 1 game dari google playstore iaitu Hitman Sniper.
So jom kita start.
Aku download msa dia free minggu lepas tapi sekarang da kena bayar pulak. Harga dia rm1.90 je la di playstore.
Untuk peminat sniper, game ni best sbb detailing dia yang bagus.
Cuma tak best nya, mission dia agak repetitive di scene yang sama Cuma berbeza target sahaja. Game ni pun boleh customize senjata untuk membantu menyelesaikan mission.
Klau dia ada level yang different, baru seronok sikit and boleh bagi tinggi sikit rating.
Game ni bagus untuk buang masa, so korang bolehla main game ni sambil tunggu order makanan time PKPB ni.
Sayangnya, game ni still ada micro transaction tapi kalau ada skill, boleh je guna senjata basic dia untuk menang mission.
Overall, game ni aku bagi rating 6.5 sebab game ni a great time killer game, tapi cepat bosan lepas main untuk tempoh masa yang lama.
Itu sahaja utk episode ni, and happy gaming guys.

31/05/2020

100++ FOLLOWERS

Hello guys!
Aku hari ni nak ucapkan banyak banyak terima kasih sebab kita dah berjaya capai 100 Followers dekat facebook and Instagram!!!
YEAHHHHHHHHHHHHHH!!
Thank you guys for support and ini buatkan aku lebih semangat untuk keluarkan content baru untuk korang.
Next milestone adalah 200 follower guys, support gero review untuk lebih gaming content.
Thank you and happy gaming guys!

31/05/2020

ROARR!

Hello guys!
Video lepas suara garau sikit and hari ni normal dah suara tu..haha
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu roarr dalam nintendo switch.
Game ni, start dengan seekor T- Rex yang bernama Sue yang telah bangun setelah dikacau oleh alien. So dia pun mengamuk and hancurkan alien tu. Itu je storyline game ni.
Overall, aku boleh katakan, tak ada good thing pun yang bagus dalam game ni.
Graphic, gameplay, storyline, and music semuanya lah memang buruk.
Before beli game ni, aku ingat syok la sebab hancurkan barang, manalah tau boleh releasekan stress kejap.
Tapi,makin stress sahaja dengan main game ni.
Overall game ni adalah game worst untuk direview and rating untuk game ni adalah 2.0.
Aku bagi extra markah sebab concept dia dah bagus, tapi ex*****on dia buruk betul.
So korang elakkanla beli game ni.
Itu sahaja utk episode kali ini and happy gaming guys.

30/05/2020

STARDEW VALLEY

Hello guys!
Hari ni aku akan review 1 game, iaitu stardew valley.
Game ni agak popular which boleh dapat kat PC, google playstore, and yang aku review ni dari platform nintendo switch.
Game ni boleh dikatakan sama macam game harvest moon dimana korang akan start dengan rumah yang diwariskan and dari situ bermula la kehidupan korang di kampong tersebut.
Dalam game ni banyak benda yang korang boleh buat. Korang boleh bercucuk tanam, jual tanaman, boleh memancing, jaga hidupan, buat relationship, and then satu benda yang bagus adalah dalam game ni pun ada adventure mode sikit, where korang dapat explore gua and lawan dengan monster dalam tu.
Ni antara game yang boleh dikatakan don’t judge a game because of its graphic as game ni boleh buatkan korang lekat kat screen tu berjam jam. Overall game ni aku bagi 9.0 rating as game ni ada bnyak aktiviti yang boleh dibuat and tidak akan rasa bosan.
Itu sahaja untuk episode kali ini, happy gaming guys

29/05/2020

SURVIVAL HEROES

Hello guys!
Dalam episode kali ini, aku akan review 1 game dari google playstore iaitu survival heroes.
So jom kita start!
Game ni unik sikit sebab dia gabungan dari game MOBA yang macam mobile legends dan game battle royale yang macam PUBG / Call of Duty.
Dalam game ni ada banyak pilihan senjata tapi dia akan fixed kan bagi 10 je untuk setiap game. Korang boleh main game ni dari single player sampai empat player
So korang akan kena pergi ke 1 island macam typical battle royale and bila korang sampai, korang kena la cari armor, senjata, and item-item yang lain.
Yang buatkan game ni fun adalah fighting control dia yang macam MOBA and korang kena kalahkan semua musuh before masa tamat.
Keburukkan game ini lebih kepada server dia yang slow and kadang-kadang tak dapat connect. Tapi developer dia sentiasa update untuk bagi game ni lebih smooth.
Overall aku akan bagi game ni rating 7.0 untuk individuality dia, fighting mechanism and graphic yang cun.
Itu sahaja untuk hari ni, happy gaming guys.

28/05/2020

HUMAN FALL FLAT

Hello guys!
So hari ni aku akan review 1 game dari Nintendo Switch iaitu Human Fall Flat.
Game ini bukan sahaja dari Nintendo Switch tapi di PS4, google playstore, and PC pun ada.
Overall aku rasa seronok main game ni dengan kawan aku and banyak benda kelakar yang boleh buat dalam game ni. Control game ni agak susah sikit and itu lah yang membuatkan puzzle ni makin susah untuk buat.
Dalam game ni ada banyak level-level yang menarik, dari dunia salji, padang pasir, construction area, castle, and banyak lagi
Korang boleh angkat orang and terjun sama-sama, tukar character, main skateboard, and then yang paling penting...kerjasama untuk habiskan semua puzzle game tu.
Walaupun game ni pun kadang-kadang ada glitch and camera view yang kadang-kadang menyusahkan. Tapi, game ini still worth it untuk main.
Overall rating aku bagi rating 7.5 untuk game ni.
Itu sahaja untuk episode kali ni, happy gaming guys!

27/05/2020

AXES I.O.

Hello guys!
Dalam episode kali ini, aku akan review 1 game dari google playstore iaitu Axes I.O.
Overall gameplay game ni simple je, so korang cuma perlu baling kapak n survive dalam tournament dia.
Game ni dapat bermain dengan player online tapi yang tak bestnya korang tak dapat main dengan kawan sendiri.
Game ni korang akan main untuk level up and dapatkan equipment rare untuk habiskan setiap level and dapat survive lebih lama.
Selain itu, game ni ada berbagai level which korang boleh main dekat area salji, padang pasir, kat area berumput and macam macam lagi. So korang tak lah akan bosan dengan level yang sama je.
Game ni bagus untuk dilayan and game ni bagi aku kategori yang bagus untuk passing time.
So overall, aku bagi rating game ni dalam 7.0 /10.0 untuk replayability yang bagus and dia tak lah senang yang dijangka.
Itu sahaja untuk episode ini, Happy Gaming Guys!

26/05/2020

NIOH

Hello guys!
Dalam episode kali ini, aku akan review game NIOH dari PS4 before korang main NIOH 2.
Game ini berlatarkan pada zaman 1600 and Gameplay dia lebih kurang macam dark souls. So korang tahu la betapa susahnya game ni and perlu skill yang terer sikit.
Game ni akan ajar korang untuk sentiasa tengok stamina korang / ki meter and kena utilize skill2 yang ada untuk bunuh raksasa dalam game ni.
Overall game ni aku akan bagi 8.0 rating untuk fighting mechanism yang seronok and banyak skills untuk korang belajar.
So itu sahaja untuk hari ini, Happy Gaming Guys

26/05/2020

DONUT COUNTY

Hello guys!
Datang kembali kita kat channel game review hari ni, so hari ni aku akan review 1 game dari Nintendo switch iaitu “Donut County”.
So dalam game ni korang akan jadi 1 lubang atau “Hole” dimana korang akan telan semua benda and akan jadi lebih besar and makan benda yang lagi besar.
Aku jumpa kat eshop and tengok trailer dia macam menarik je so aku try la beli. Sekarang sales dia tengah murah which ada 50% discount and kalau korang nak beli, boleh try dalam mexico region. Sekarang harga dia dalam rm14 ringgit plus2 macam tu.
Game ni simple je concept dia tapi ada gameplay yang creative dengan background music yang soothing with simple puzzle yang menarik untuk korang buat.
Game ni sekejap sangat and nak habiskan game ni ambik masa 3 to 4 hours. So, kalau nak try game ni..bagus untuk dibeli masa tengah sales saja.
Overall aku bagi 8.0 markah untuk creativity game, music, graphic, and storyline dia.
Itu sahaja untuk review game hari ni, and happy gaming guys!

26/05/2020

RATING SCALE INTRODUCTION

Hello guys!
Dalam episode kedua untuk introduction channel ni, aku akan bagitahu system macam mana aku buat rating utk games.
Aku based on system 10 point rating scale and game2 akan direview seperti berikut:
1. Storyline
Aku akan review daripada originality story game tu and apa plot twist yang ada dalam game tu.
2. Gameplay
Gameplay akan kena review based on control, combos and fighting mechanism yang kita boleh buat dalam game.
3. Music
Music ni penting bagi aku sebab music yang best yang akan bagi korang semangat untuk lawan boss atau beremosi bila scene sedih dalam game.
4. Graphic
Graphic penting bila kita nak menikmati realistic dunia tu. Dari dunia yang cartoonish macam breath of the wild, sampai la ke detailing realistic game tu macam god of war.
5. Creativity
Finally, untuk setiap game yang keluar, aku akan tengok juga apa creativity dari developer yang buatkan game tu lain dari yang lain
Itu sahaja untuk episode kali ni. Happy gaming guys

26/05/2020

INTRODUCTION

Hello guys!
Ni first video introduction aku untuk gaming review channel ni. Aku akan buat quick review game and akan recommend kat korang sama ada patut "main" atau "elak" game tu.
Games yang akan aku review datang dari tiga platform iaitu Nintendo Switch, PS4, dan Google Play.
Aku juga akan bagi info-info untuk games yang tengah on sale dalam e-shop dan PS Store, so that korang dapat grab games dengan harga yang cun.
Anyway, hope you all dapat support channel ini and happy gaming guys!

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gero Review posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gero Review:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share