MT Gaming

MT Gaming Mostly content about mobile game
For now mainly about game Mobile Legend Bang Bang

14/03/2020
Fenrir Gaming

Mobile Legend Meta Flameshot..bleh try gn kwn2 😂

*[Panduan meta 131 Flameshot]*

*1. Barisan hero:*
*Offlane*
Uranus, Grock, Thamus, XBorg
(Hero-hero berikut adalah jenis yang boleh bertahan di lane, juga pantas dalam ‘wave clearing’ serta lasak dan sukar daripada dibunuh.)

*3 Midlaners*
Nana, Diggie, Cecilion, Pharsa, Kimmy, Lunox
(Sebenarnya, kebanyakan hero mage boleh digunakan untuk mid lane. Ketiga-tiga hero harus mengambil skill Flameshot)

*Carry Lane*
Karrie, Granger, Wanwan, Hayabusa, Claude
(Digalakkan bagi Marksman untuk mengambil skill Retribution supaya dapat mengambil Jungle dengan pantas)

*2. Rotation*
*Permulaan game*
• Tugasan utama 3 Mid Laners adalah untuk memberi tekanan (pressure) kepada pihak lawan Mid Laner, serta mengambil Jungle pihak lawan menggunakan 3 Flameshot.

• Usahakan membunuh pihak lawan dan berikan ruang bagi Marksman untuk farming.

• Berikan perhatian lebih pada rotasi Mid dan Bottom lane! Elakkan untuk ke Top lane, kerana tugasan hero Offlane adalah untuk menahan lane tersebut.

• Usahakan dan mulakan team fight dengan gunakan 3 mages, kerana kekuatan burst 3 mages lebih sakit.

• Berikan tekanan (pressure) pada tower di awal game, dengan ini dapat kita mengatur langkah pihak lawan kita untuk mengambil cara defensive. Spam skill ketiga-tiga mage.

• Biarkan Marksman mengambil jungle kesemuanya! Pasti kan Marksman tidak dibunuh atau di-gank. Cuba kawal rotasi pihak lawan dengan mengikut pergerakan mereka, tetapi seandainya mereka bergerak ke Top Lane, abaikan untuk ke sana!

*Pertengahan game:*
• Marksman mula rotasi bersama-sama 3 mages, sementara hero Offlane memberi tumpuan dalam split push

• Usahakan mengambil tower selagi mampu, juga berikan tumpuan pada objektif seperti Turtle dan Lord!

• Elakkan daripada memberi tumpuan dalam membunuh pihak lawan dengan keterlaluan!

*Penghujung Game:*
• Seboleh-bolehnya, jagalah Marksman kita

• Ketiga-tiga mage digalakkan untuk membeli barang defend!

• Usahakan untuk spam skill dari jauh

• Dan seharusnya juga, cuba lah tamatkan game secepatnya.

Drafting:

*Hero yang harus masuk dalam senarai ban:*
Grock, Khufra, Ling, Helcurt
(Ban hero-hero yang tebal dan sukar dibunuh oleh mage)

*Hero yang diutamakan ketika memilih:*
Hero berperanan support, seperti Nana, Diggie, Selena, Pharsa

08/03/2020

MT Gaming

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MT Gaming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MT Gaming:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share