Sinar Marhaen

  • Home
  • Sinar Marhaen

Sinar Marhaen Media Semasa memberikan info

02/07/2023

Aduh MyVi Plak kena buli

Agak-agak la nak tinggal pun
02/07/2023

Agak-agak la nak tinggal pun

02/07/2023

Bahaya macam ni selamat rider tu tak masuk alam lain .

02/07/2023

Kata mat twitter kena respek yang blk kampung 8-10 jam kena respek tapi kalau dah langgar undang mcm ni buat apa nak respek.

Jangan jadikan benda ni biasa membahayakan nyawa orang lain.

Peringatan buat semua 😆
01/07/2023

Peringatan buat semua 😆

Budak zaman skang mana ada sifat malu dah pon. Mungkin dia ingat legend la komen mcm ni , buat malu je yop
01/07/2023

Budak zaman skang mana ada sifat malu dah pon. Mungkin dia ingat legend la komen mcm ni , buat malu je yop

14/04/2022

Dunia dah aman dah tiba masa untuk balik kampung

Bila Ibu kita sudah tua.Ibu kita ini sering kesunyian. Ibu sering ketakutan. Ibu sering dilanda kerinduan. Dahulunya hid...
08/03/2022

Bila Ibu kita sudah tua.
Ibu kita ini sering kesunyian. Ibu sering ketakutan. Ibu sering dilanda kerinduan. Dahulunya hidup si Ibu bertemankan suaminya yang dicintai. Kini teman sehidupnya telah lama pergi. Janji semati tidak mampu lagi ditepati. Tinggallah si Ibu sendirian meniti hari.
Jika kita letak diri di tempat Ibu sebegini, mampukah kita menjawab soalan - soalan yang bermain di fikirannya? Dapatkah kita mendengar bisikan hatinya tanpa menitiskan sedikit pun air mata?
Nah, rasakan sedikit apa yang bermain di fikiran Ibu kita.
"Suamiku, kenapa kau pergi dulu? Kenapa tinggalkan sayang sendirian? Suamiku, sayang rindu, bagaimana sayang nak menjalani kehidupan ini? Sayang takut, sayang sunyi. Sayang tak boleh hidup seorang diri. Tolong la kembali suamiku. Sayang tak biasa. Kita selalu buat semua benda bersama. Kenapa pergi dulu? Apa sayang nak buat ni? Sayang takut sangat."
Pada ketika dan saat saya menaipkan ayat di perenggan di atas, saya benar - benar menangis teresak - esak seperti anak kecil. Itu baru sedikit sebenarnya. Tak mampu untuk saya selami lebih dalam lagi. Hati saya terasa amat kecil seperti dipicit - picit menjadi sekecil guli. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Janganlah ditegur kenapa Ibu sering teringatkan apa yang arwah Ayah s**a dan sering lakukan bersama. Berpuluh tahun lamanya, pasti ada perkara yang akan melekat di dalam fikiran Ibu selama - lamanya. Pasti setiap yang pernah disentuh, akan terasa, setiap kebahagiaan yang pernah dikecapi, akan diingati.
Jangan berani cakap mengenai "move on" dan hidup mesti diteruskan. Jika kita tidak pernah merasakan kehilangan teman yang berpuluh - puluh tahun lamanya bersama, kita tidak akan sekali - kali pun faham kerinduan dan kehilangan yang telah Ibu lalui sehinggalah kita laluinya sendiri nanti.
Ibu kita sering disalah erti. Selalunya Ibu sebenarnya tidak maksudkan apa yang kita tafsirkan. Kadang - kala Ibu terlebih berterus - terang kerana telah penat selama ini menahan diri, menjaga hati dan sentiasa mengendahkan sensitiviti.
Kita sebagai yang lebih muda, kita sebagai anak perlulah bersabar. Walaupun kadang - kala ianya pahit untuk ditelan, tetapi kita kena terima seadanya Ibu kita itu sebagaimana Ibu menerima kita seadanya semenjak dari kecil lagi.
Bagaimanakah kita tergamak untuk tidak tahan dengan bebelan ibu sedangkan si Ibu inilah yang melahirkan kita? Bagaimanakah kita tergamak meninggikan suara kepada insan yang memperkenalkan kita pada dunia? Jika kamu pernah melayan Ibu seperti ini, tidak ingatkah kamu akan dosa, anak derhaka?
Bila kali terakhir kita tanya Ibu kita apa yang ingin Ibu lakukan? Jika ada, cubalah realisasikan. Jika belum, buatlah secepat mungkin. Kita tidak tahu mungkin itu hasratnya yang terakhir atau mungkin hasrat yang direalisasikan itu bakal memberinya semangat untuk terus hidup lebih bertahun - tahun lamanya.
Pada tahap umur sebegini, Ibu memang s**a bercerita. Kadang - kala perkara yang sama. Yang pastinya kebanyakannya perkara yang lama. Berilah perhatian kepadanya. Layanlah percakapan serta perkongsiannya. Hanya itu yang tinggal di minda Ibu, perkara yang lalu. Memori kehidupan sejuta warna. Saat - saat kegembiraan, kesusahan, teladan dan sempadan. Selagi daya, ambillah semua. Seraplah perkongsiannya. Semoga dapat kita contohi melalui pengalaman hidupnya.
Umur yang tua membawa seribu kesakitan. Amalkan bertanya bagaimana keadaan kesihatan Ibu kita. Temanlah Ibu ke hospital bila perlu. Sekarang semuanya sudah terbalik. Ingatkah kita pada saat kita kecil dahulu? Betapa kita takut untuk berjumpa Doktor? Namun, pimpinan tangan Ibu menenangkan segalanya. Sama seperti sekarang. Ibu kita seperti anak kecil yang ketakutan, percayalah yang dia amat memerlukan penenang jiwa iaitu kita anaknya.
Akhir kata, janganlah kita jadi anak yang tidak mengenang jasa. Di saat kita dalam kesusahan, Ibu antara yang pertama menghulurkan tangan.
Setiap kali kita rasa mahu marah kepada Ibu, fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepadanya? Adakah sama dengan yang pernah kita terima? Jika tidak, lebih baik diam sahaja dari berkata - kata. Kerana tanggungjawab kita tidak akan setara. Betapa banyak pun emas permata dalam dunia, kita tidak mampu memberi Ibu nyawa.
Sekian nukilan hati saya mengenai Ibu. Semoga dapat membuka mata dan minda.
Jika Ibumu sudah tiada, panjatkan doa dan bersedekahlah melalui manfaat yang pernah diberikannya dan atas namanya. Semoga ini dapat membantunya di akhirat kelak.

Kredit : Akhtar Syamir

08/03/2022

Alamak lastik kete dengar kata tengah khayal

08/03/2022

Sarawak

Mengendalikan negara bukan bahan lawak
25/02/2022

Mengendalikan negara bukan bahan lawak

VOLODYMYR ZELENSKYY

Presiden Ukraine ni asalnya pelawak dan pelakon komedi. Tapi melalui kempen media sosial dia boleh menarik undi menang pilihanraya dan jadi Presiden.

Perang Ukraine-Russia ni menampakkan dia agak naif dan lambat bertindak dalam diplomasi dengan semua pihak.

Akhirnya dia kena main dengan NATO dalam konflik dengan Russia, dan Putin pulak bengang dengan Ukraine sebab buat tak tahu permintaan diorang.

Sebagai bekas Spymaster KGB, Putin memang dah mahir selok belok politik.

Pengajaran untuk kita Rakyat Malaysia semua dari konflik ini ialah.... Nak pilih pemimpin, pilihlah yang bijaksana dan berpengetahuan.

Bukannya sekadar popular di media sosial semata-mata.

Running a country is no joke.

Adzhar M.n.

20/02/2022

Depan KLCC

19/02/2022

Boleh bayang tak bunyi macam ni tengah malam

Dalam Selangor je guys, tak payah pergi jauh².Penginapan yang betul-betul dekat dengan sungai. Bangun tidur je terus bol...
17/11/2021

Dalam Selangor je guys, tak payah pergi jauh².

Penginapan yang betul-betul dekat dengan sungai. Bangun tidur je terus boleh terjun mandi sungai. Tempat bbq turut disediakan. Korang hanya perlu bawa bahan je

🚏Teratak Riverview, Ulu Bernam Selangor

17/11/2021

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak dekat sini, hari ini.

16/11/2021

Tambah beliau, anggota bomba yang cuba memujuk wanita tersebut supaya membatalkan hasrat itu berjaya mencapai tangannya dan membawa masuk ke dalam kediaman tersebut.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan anda semua dalam mencari rezekiAmin
15/11/2021

Semoga Allah SWT permudahkan urusan anda semua dalam mencari rezeki

Amin

08/11/2021

Kadang-kadang kita bertanya, apa rezeki hari ini?

Kemudian Allah hadirkan orang yang baik-baik dalam hidup kita.

Dapat kawan yang baik-baik pun adalah sumber rezeki juga.

🤣
02/10/2021

🤣

02/10/2021

Jangan buang sampah merata²

Macam biasa saya naik teksi dan terperasan pemandu melekatkan helaian al-Quran di stereng.Kemudian saya minta izin untuk...
30/09/2021

Macam biasa saya naik teksi dan terperasan pemandu melekatkan helaian al-Quran di stereng.

Kemudian saya minta izin untuk ambil gambarnya tetapi dia berkata :

"Minta maaf tolonglah jangan sebarkan, saya takut nanti jadi riak"

Saya membalas : "Pusing muka, saya akan ambil gambar dari belakang. Saya mahu anda jadi contoh untuk orang ramai".

Dia pun bersetuju.

Saya tanya dia : "Saya nampak awak tak berhenti baca al-Quran dari tadi"

Jawabnya : "Saya bukan baca, saya hafal. Setiap kali berhenti ketika lampu isyarat merah, saya mulakan hafalan. Bila lampu hijau, saya akan mengulang ayat yang dihafal tadi. Begitulah"

Allahuakbar sahabat sekalian. Bila baca kisah ini, teringat firman Allah swt betapa mulianya ahli al-Quran.

‎{ رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ }

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." (An-Nur, 37)

11/09/2021

Korang mesti ada pengalaman mcm ni kan ?

Sehingga kini, magnitud gempa bumi maksimum yang direkodkan di Bukit Tinggi, Pahang ialah pada 4.2 skala Richter pada 7 ...
11/09/2021

Sehingga kini, magnitud gempa bumi maksimum yang direkodkan di Bukit Tinggi, Pahang ialah pada 4.2 skala Richter pada 7 Oktober 2009.Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan proses penstabilan semula struktur batu batan di sekitar zon garis sesar Bukit Tinggi dan bukan disebabkan oleh lingkaran gunung berapi.Artikel berkaitan “Ancaman Gempa Bumi di Janda Baik” di KOSMO pada 11 September 2021Jom baca artikel ini dan kongsikan bersama dengan yang lain

09/09/2021

Terima kasih petugas barisan hadapan.

Sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditamatkan 12 tengah malam ini selepas beroperasi selama sembilan bulan sejak 13 Januari lepas.

Penamatan SJR dilakukan susulan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih ke Fasa 2 PPN digabungkan menjadi satu kawasan jangkitan yang sama.

Pergerakan antara Selangor - Putrajaya - Kuala Lumpur adalah dibenarkan
Kredit

09/09/2021

Berhati hati pasang kipas… tutup bila tak guna…. Sama sama beringat!!!

09/09/2021

Tak salah nak cemburu, cuma jangan berlebihan je. Jangan sampai hubungan dengan pasangan jadi berantakan, yang penting komunikasi dan jangan ada rahsia dalam rumah tangga barulah pasangan tak marah membuta tuli.

Turunkanlah ego tu ok 👌🏻
09/09/2021

Turunkanlah ego tu ok 👌🏻

09/09/2021

Dryer terbakar di sebuah kedai dobi. Tindakan pantas ibu menarik anaknya keluar sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Yang pelik yang duk rakam duk rilek lagi?
Like, follow dan komen di page

09/09/2021

min doakan korang dijodohkan dengan orang yang terbaik untuk korang 😊
📸 : * tikt0k
halalkan admin guna video korang
kindly DM for any video removal

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sinar Marhaen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share