10/06/2023
Vespa Malaysia Melancarkan Model Baru Primavera Color Vibe 150 dan Vespa GTS Super Yang Lebih Berprestasi , ‘Chic’ Dan Ranggi
Bertempat di M Hotel ,Kuala Lumpur , Didi Group selaku pemegang hak pengedar di Malaysia telah melancarkan model baru Vespa iaitu Primavera Color Vibe 150 dan juga Vespa GTS Super baru-baru ini.
Primavera Color Vibe 150 mempunyai sentuhan dua tona warna yang garang iaitu ‘Blue Audace’ dan ‘Orange Tramonto’ dengan padanan rim, penutup steering dan grafik yang menampakkan lebih elegan dan berani.
Engine yang digunakan enjin satu silinder penyejukan udara berkapasiti 154.8 cc, bersama padanan transmisi automatik, mampu menghasilkan kuasa 13 hp pada 7,750 rpm dan tork 12.8 Nm pada 6,500 rpm.
Video lebih dekat model ini boleh diakses di link berikut
Primavera Color Vibe menggunakan rim saiz 12 inci dengan brek cakera 220 mm di hadapan dan brek dram di belakang.Dibantu dengan ABS , Primavera Color Vibe pastinya lebih tangkas melayan selekoh-selekoh tajam di jalanan.Betul kecil cili padi bersesuaian dan padan dengan warnanya yang ‘Chic’
Harga Primavera Color Vibe bermula dari RM 22,300 dan hanya berbeza RM 4,000++ dari model Primavera 150/150S*
Manakala , Vespa GTS Super yang berada di dalam segmen skuter berprestasi tinggi menampilkan model terkini yang telah dikemaskini dengan lampu depan penuh LED, rekabentuk ergonomic yang lebih selesa dengan kedudukan pemegang pacuan yang rendah dan senang dikawal, instrument panel 3 inci analog LCD atau 4.3 inci TFT , teknologi keyless , seat baru yang lebih selesa, sistem penyerap hentak yang lebih baik dan 12 inci rim dengan brek cakera .
Dengan harga yang kompetitif dan rekabentuk yang menarik dan teknologi terkini bagi kedua-dua model , sememangnya bakal menjadi saingan sengit kepada skuter Jepun yang sedia ada mendominasi pasaran Malaysia seperti Honda ADV 160 ,Yamaha NVX 155 dan Yamaha Xmax 250
Harga Vespa GTS Super bermula dari RM 32,900 berdasarkan spesifikasi asas dan sehingga RM 36,900 bagi spesifikasi penuh*
*Harga mungkin berbeza bagi setiap pengedar
Bikerzmagazine Mbc Vespa Malaysia