19/12/2019
For those yang belum fully faham untuk patch baru ni 😉
[ MLBB Patch 1.4.36 ]
Adakah anda dah update patch terbaru? Dah update tapi terpinga-pinga mencari mana nota patch nyer? Ya samalah kita, abam pon dah menggelabah. Tapi nasib akaun ada banyak, emulator ada banyak. Jadi tanpa melengahkan masa, ayuh abam terangkan sikit patch terbaru ni. Patch ni besau, jadi selamat membaca!
HERO BARU~ WOOOOO~
[ Silvanna, Imperial Knightress - Wanita Pencucuk macam Zilong, hati-hati ] 😏
1, Cometic Lance - Dia cucuk sume orang kat depan. Yang depan sekali akan kena stun sebab nak buat camner, dia dekat sekali, memang merasalah. Silvanna jugak dapat boost movement speed waktu guna skill ni. Kalau skill ni kena, Silvanna boleh aktifkan lagi skli skill ni untuk dash kedepan, pon ada damage.
2. Spiral Strangling - Tadi dah cucuk, lepas dah cucuk dia gerudi p**ak. Dia akan gerudi semua orang kat depan, dan tarik diorang sikit demi sedikit ke tengah. Pada masa yang sama, tgh dia sedap menggerudi hangpa, dia dapat shield. Setiap extra 50% attack speed, gerudi tu pusing lagi lama.
3. Imperial Justice - Silvanna lompat ke depan, ala-ala Minsitthar, dan perlahankan semua orang dalam kawansan bulat tersebut ala-ala Minsitthar. Eh? Anak sedara Minsitthar belah pak mat belakang kampung ke? Pada masa yang sama, sape paling dekat sekali dengan bulatan tu akan kena ikat dan korang buat apa pon memang terikat lah korang kat situ. Macam Terizla tapi Terizla ikat sume dan orang blh flickr, tapi Silvanna ikat sorang jer dan orang xleh kluar. Pada masa yang sama Silvanna dapat attack speed dan buff baru yang dipanggil MAGIC LIFESTEAL. Benda ni bukan lifesteal biasa atau spellvamp yer. Ini adalah lifesteal yang anda dapat bila basic attack dengan Silvanna, sbb Silvanna punya Basic Attack deal magic damage.
4. Passive - Basic attack Silvanna deal magic damage ala2 Esmeralda tapi sepenuhnya magic damage. Kalau kena sebat dengan skill, dia akan mark orang tu, dan orang tu hilang armor dan magic resist. Boleh stack smpai 5 kali.
PERUBAHAN HERO
[ Wanwan ] - Buff
Crossbow of Tang - Ultimate.
- Sekarang skill ni boleh digunakan kat sape2 asalkan weakness sume dah pecah. Maksudnya hangpa boleh tibai tank kat depan bagi pecah abih weakness, pi belakang, terabur marksman diorang dengan ulti ni.
[ Masha ] - Nerf
Thunderclap - Ultimate
- Damage Reduction dikurangkan dari 30%-50% ke 25%-35%
[ Baxia ] - Nerf
Unity - Roda pusing pusing
- Jangka masa stun berkurang dari 1s/2s ke 0.75s/1.5s
Tortoise's Puissance - Ultimate
- Dah x slow sangat dah atas benda ni, gam naik harga. Dulu 30% slow, skrang 15%
[ Ling ] - Nerf
Basic attack berkurang dari 130 ke 125
Defiant Sword - Pendang cucukcucuk adabi, damage bonus berkurang 5%
[ Hanabi ]- Buff
Jarak serangan bertambah dari 4.8 ke 5. Baru belajar melempar kat SEA Games hari tu
[ X.Borg ] - Buff
Nyawa meningkat 40. Oh sudah abang ingat nerf, diorang kasi kuat lagi. Ada skin baru kan? HAHAHAH
[ F***y ] - Nerf. Bye awak
Cable energy cost naik 1 setiap level
[ Badang ] - Nerf
Basic attack kurang damage 2. Sazali Samad letih sikit hari ni
PERUBAHAN MAP DAN RAKSAKSA
[Serpent] - Atau dikenali sebagai buff atas
Bila anda bunuh buff ini, anda akan mendapat buff. Buff ini mengurangkan CD sebanyak 10%, penggunaan mana 40%, penggunaan energy 25%.
Sewaktu ada buff ini:-
Bunuh minion - sembuh nyawa 3%
Bunuh Hero - sembuh nyawa 8%
Bunuh Creep (jungle) - sembuh nyawa 12%
[Fiend] - Atau dikenali sebagai buff bawah
Bila anda ada buff ini, setiap serangan anda akan ditambah damagenya dan memperlahankan pihak lawan berdasarkan role.
Assasin/Fighter/Tank - extra 50(+50%total attack) dan slow 80%
Marksman/Mage/Support - extra 50(+100%total attack) dan slow 30%
Serangan ini ada cd 3 saat
[Cryoturtle]
Bila dapat buff ini, anda akan dapat shield 400(+40*level hero) bila tidak menerima damage selama 5 saat. Shield ini akan menambahkan physical attack dan magic attack. Macam Athena Shield tapi bagi macam2
[ Sanctuary Lord ]
Sama macam lord dulu. Tapiiiiiiiiiiii~ dia main kluar kat lane mana2 ikut s**a ati pak dia jer. Kalau dulu Lord akan pegi lane paling lemah.
[Lithowanderer]
Bila dibunuh, dia akan ikut dan tolong heal 2% nyawa and mana setiap saat kepada Hero. Dia juga Heal minion 3% setiap saat.
[Cyclone Eye]
Bila amibik benda ni, hangpa boleh terbang selama beberapa saat. Boleh terbang lepas dinding.
Haaaa tu jer kot dapat abam simpulkan. Yang lain labih kurang sama. Ada perubahan item sikit kalau abam xsilap, tapi xsempat baca habih. Abam pon berhuhu. Jadi sampai disini sahja, nak tau pape, tinggal kat ruang komen, ada masa abam reply.
Terima kasih kerana membaca! Jangan s**a2 terbang macam hangpa ingat ingat hangpa ni F***y. Sedangkan tupai boleh jatuh ke tanah, inikan p**a kita F***y Darat. ok bubye. HAHAHAHHA