26/06/2021
Pemain besar crypto di China (pelombong) sudah mula angkat kaki keluar dari China! Apakah nasib bitcoin pada masa hadapan? Pada dasarnya, untuk keadaan sekarang, berita ini kemungkinan kurang baik untuk pasaran kripto. Keadaan ini telah menyebabkan harga bitcoin dan pasaran kripto yang lain jatuh menjunam dek kerana pelabur terutamanya pelabur kecil bersikap panik dan menjual pegangan bitcoin mereka.
Lebih kurang 65% bitcoin dilombong di China! Jadi, setiap keputusan atau dasar yang dibuat oleh negara China terhadap bitcoin sangat-sangat mempengaruhi pasaran kripto! Walaubagaimanapun, perpindahan secara besar-besaran pelombong kripto dari China adalah baik untuk jangka masa panjang kerana:
1. China kehilangan penguasaan terhadap pasaran bitcoin. Oleh itu, China tidak mampu untuk mencetuskan huru-hara terhadap pasaran kripto lagi daripada dasar-dasarnya.
2. Perpindahan ini mengurangkan kadar hashrate China terhadap bitcoin. Hashrate merupakan terma industri yang digunakan untuk mengukur kuasa komputer yang digunakan oleh pelombong dalam rangkaian bitcoin.
3. Kemungkinan pelombong bitcoin akan menggunakan alternatif yang lebih mesra alam untuk melombong bitcoin.
4. Pasaran adalah berkenaan "supply dan demand". Jika supply berkurang tetapi demand lebih tingi, boleh anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada harga bitcoin satu hari nanti?
Shenzhen-based BIT Mining said on Monday that it had already delivered 320 mining machines to Kazakhstan, a Central Asian country neighboring China.