Azizi Sulaiman

  • Home
  • Azizi Sulaiman

Azizi Sulaiman Inspiring youth to taking part in political movement in order to change the political lanscape. We c

14/02/2022

Nak jadi politician yang bagus kena tahu isu semasa berkaitan dengan ekonomi, kesihatan, teknologi, pendidikan dan keselamatan negara melalui pelbagai sumber2 sahih dan reliable.

Bukan cuma ambil tau pasal tender kerajaan sahaja.

Kerap aku jumpa politician ni sampai taktau langsung isu2 penting yang berlaku dalam dalam luar negara.

Lekeh sangatkah orang politik hari ni?

Last untuk malam ni di Masjid Jamek Petaling
19/12/2021

Last untuk malam ni di Masjid Jamek Petaling

Tips pilih pemimpin yang akan bela nasib rakyat.Pilih pemimpin yang kerap dan cepat respon tentang isu yang melibatkan r...
30/05/2021

Tips pilih pemimpin yang akan bela nasib rakyat.

Pilih pemimpin yang kerap dan cepat respon tentang isu yang melibatkan rakyat kebanyakan tanpa memandang perbezaan agama dan bangsa.
Pilih pemimpin yang bagus tahap analisanya dengan mampu mengenalpasti punca masalah yang akan/telah berlaku dan memberikan solusi dengan bersandarkan ilmu.

- jangan pilih yang masa isu rakyat ni dia diam menyepi atau lambat respon tetapi bila bab isu politik kepartian atau melibatkan pimpinan tertinggi ni dia la cepat muncul siap dengan poster bagai, media statement dan report polis.
Ini bukan pemimpin, ini cuma pengampu.

29/05/2021

Yang keluar panic buying hari ni gunalah cashless payment.
pakai debit card ke pakai QR code payment ke dan sebagainya.
Penggunaan duit fizikal boleh jadi agen penyebaran wabak juga.

27/05/2021

Aku setuju ja dengan usaha kerajaan seimbangkan penjagaan ekonomi dan kesihatan negara dengan tidak laksanakan total lockdown.

Cuma aku rasa lebih bagus kalau pihak majikan terutamanya sektor pekilangan dan industri besar ni tanggung sendiri kos vaksinasi bagi pekerja mereka. Sebab mereka ni juga yang taknak tutup operasi sebab taknak kerugian.
Lagi bagus kalau dapat wajibkan sektor yang nak beroperasi semasa PKP ni tanggung kos vaksinasi untuk pekerja masing-masing.
Lagipun mereka ini antara penyumbang terbesar bagi kes positif Covid19.

Kerajaan boleh juga buat pengecualian cukai bagi mana-mana syarikat yang nak tampung kos vaksinasi bagi pekerja masing-masing.

Ni dapat kurangkan beban kerajaan juga dan boleh utamakan golongan yang pendapatannya terjejas semasa PKP 3.0 ni.
But still, semua sektor yang nak beroperasi ni perlu ikut SOP asas juga di tempat kerja seperti penjarakan dan pemakaian face mask.

- Sekian itu saja cadangan saya dari yang tak belajar tinggi dan juga sebagai pengurus mesin photostat.

AllahuakbarAllahuakbarAllahuakbarBerakhir sudah sebulan Ramadan. Semoga Allah terima segala amal ibadah dan kebaikan kit...
12/05/2021

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Berakhir sudah sebulan Ramadan. Semoga Allah terima segala amal ibadah dan kebaikan kita sepanjang bulan mulia ini dan semoga kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam beramal soleh.
Menjadi mukmin yang soleh itu bukan sekadar memuatnaik poster-poster ucapan raya yang dihiasi dalil-dalil agama. Ianya lebih kepada beramal dengan niat dan ilmu yang benar diatas jalan Allah secara berterusan tanpa sempadan masa dan tempat. Inilah taqwa yakni beramal tanpa mengharapkan redha dan balasan dari makhluk.
Kekuatan umat Islam adalah dengan mengamalkan secara tertib pekara fardhuain dan kemudian disusuli oleh fardhuqifayah. Jika tertib ini diamalkan secara bersungguh dan konsiten, kita akan kuat secara individu dan kesatuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri.
Saya doakan Allah mengangkat segala kejahatan dan menghapuskan Covid19 yang memudaratkan kehidupan harian kita.
Saya juga mendoakan agar Allah beri kekuatan dan kebijaksanaan pada pemimpin-pemimpin yang berniat baik dalam hal urustadbir negara dan pada mana-mana individu yang berniat tidak baik itu saya doakan Allah gagalkan segala usaha dia dan sekutunya.
Dalam merayakan Aidilfitri ini, jangan lupa doakan keselamatan saudara kita di Palestin.
Teruskan mengikuti SOP.


'Azizi Sulaiman
Ketua Armada Seputeh

10/05/2021

Masalah politik di Malaysia ialah orang yang masuk politik ni tak faham fungsi politik.
Depa duk ingat politik ni setakat kena bagi bantuan bakul makanan ja.
Itu ngo dah buat puluhan tahun dah

Siapa yang belajar dan praktik sentiment analysis yang betul dia akan tau sekarang ni dia ada sokongan atau tidak. Bukan...
08/05/2021

Siapa yang belajar dan praktik sentiment analysis yang betul dia akan tau sekarang ni dia ada sokongan atau tidak.

Bukan ambil data dari kelompok sendiri yang diberikan gula-gula. Datanya tak sama.

Kena ingat 70% dari jumlah pengundi adalah individu yang non-partisan dimana mereka ini tidak bias pada pandangan atau naratif mana-mana parti politik. Mereka menilai berdasarkan public data yang boleh diakses oleh mereka dan juga realiti yang berlaku disekeliling mereka.

Pemimpin politik yang bijak akan lebih tumpukan pada 70% ini berbanding dari 30% orang politik parti yang kebanyakan hanya mengampu pemimpin masing-masing sahaja untuk menjaga posisi dan poket mereka sahaja. Ini penting supaya setiap tindakan dan keputusan tidaklah dilihat sebagai syok sendiri sahaja.
Inilah yang berlaku pada DS Najib semasa menghadapi PRU14.

Al-Quran Membentuk KeperibadianSebagai seorang muslim, panduan teragung dari Allah adalah Al-Quran itu sendiri. Bersempe...
29/04/2021

Al-Quran Membentuk Keperibadian

Sebagai seorang muslim, panduan teragung dari Allah adalah Al-Quran itu sendiri. Bersempena Nuzul al-Quran ini kita boleh ambil peluang untuk menghayati dan memahami kalam Al-Quran yang banyak kebaikannya untuk dunia dan akhirat.

Dari segi sains, Al-Quran mengandungi pelbagai kisah yang terbukti secara sains. Banyak ilmu-ilmu ini dimanfaatkan dalam kehidupan harian kita.

Dalam membentuk keperibadian seseorang, Al-Quran memberikan pelbagai petunjuk yang baik untuk kita ikuti.

Pengurusan masa:
Antaranya berkenaan pentingnya menguruskan masa dalam surah Al-‘Asr dimana sebagai seorang umat Islam itu perlu menguruskan masa dengan baik dalam melakukan pekara yang baik.

Kebersihan diri:
Al-quran juga banyak menyebut tentang kebersihan dan kesucian diri. Allah sukakan kebersihan dak kesucian. Mukmin sejati perlu pastikan diri sendiri dan keadaan tempat tinggal/kerja itu juga sentiasa dalam keaadan bersih.

Kepentingan ilmu:
Islam sangat pentingkan ilmu dan ini boleh didapati dalam banyak ayat-ayat Al-Quran yang menekankan kelebihan ilmu dalam menguruskan hal dunia dan hal akhirat. Maka seorang muslim atau muslimah itu perlu membekalkan diri dengan ilmu dunia/akhirat sebagai kunci untuk memajukan diri.

Berakhlak baik:
Al-Quran banyak membicarakan mengenai akhlak baik. Terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang berkelakuan dan bercakap baik sesama manusia.
Antara ayatnya adalah “Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia” (QS. Al-Baqarah [2]: 83).

Bercakap benar:
Ini antara pekara yang kerap diulang dalam Al-Quran dan menunjukkan kepebadian umat Islam itu dituntut untuk bercakap benar dalam apa jua pekara.

Amanah:
Sifat amanah ini sangat dituntut dalam Islam dan ini boleh didapati dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu setiap individu yang beragama Islam itu perlu ada ciri-ciri amanah ini dalam melakukan urusan kerja hariannya.

Ini antara pekara-pekara asas dalam keperibadian sesorang muslim/muslimah yang boleh diambil dari Al-Quran. Terdapat banyak lagi nilai-nilai murni yang disebutkan dalam Al-Quran untuk kita jadikan panduan hidup.

Jika setiap dari umat Islam mempunyai keperibadian sebegini, InsyaAllah ianya sendiri umpama dakwah kepada orang-orang sekeliling kita terrutamanya kepada yang bukan Islam. InsyaAllah ianya akan memajukan diri sendiri, bangsa dan negara.

Bila ada yang tanya kenapa kamu sentiasa dalam keadaan bersih?
Kita jawab ianya kerana aku mengikuti Al-Quran.

Bila ada yang tanya kenapa kamu sentiasa tepati masa?
Kita jawab ianya kerana aku mengikuti Al-Quran.

Bila ada yang tanya kenapa kamu sentiasa utamakan ilmu?
Kita jawab ianya kerana aku mengikuti Al-Quran.

Bila ada yang tanya kenapa kamu sentiasa berakhlak baik?
Kita jawab ianya kerana aku mengikuti Al-Quran.

Bilaada yang tanya kenapa kamu sentiasa bercakap benar?
Kita jawab ianya kerana aku mengikuti Al-Quran.

Bila ada yang tanya kenapa kamu sentiasa amanah dengan kerja kamu?
Kita jawab ianya kerana aku mengikuti Al-Quran.

Bersempena Nuzul al-Quran ini saya menasihati diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk meletakkan Al-Quran dalam keperibadian kita dan bukan sekadar menggunakan ayat-ayat suci ini sebagai hiasan di ruang rumah atau pejabat dan juga di poster-poster sosial media.

Salam Nuzul Al-Quran

Bismillah
Iqra'

Azizi Sulaiman
Ketua Armada Bahagian Seputeh

Bantuan Prihatin 2in1 Armada Seputeh: Pangsapuri  Muhibbah, Taman Desa.Semalam selepas kerja di pejabat tadi terus gerak...
27/04/2021

Bantuan Prihatin 2in1 Armada Seputeh: Pangsapuri Muhibbah, Taman Desa.

Semalam selepas kerja di pejabat tadi terus gerak ke Teratak Muhibbah untuk urusan pembayaran voucher bantuan kepada Pasar Mini Anggerik Putih yang akan menjadi kedai yang dipilih bagi program Bantuan Prihatin 2in1 Armada Seputeh.
Pasar mini milik bumiputra ini yang akan digunakan untuk tebus voucher bantuan ini.

Saya sampaikan kesemua voucher kepada Nureda selaku Ketua Srikandi Cawangan Bersatu taman Desa dan menjadi wakil untuk diagihkan kepada penerima.
Seramai 15 penerima dari kalangan B40 dan asnaf yang layak akan menerima voucher bernilai RM100 setiap orang.
Harap bantuan ini dapat membantu peniaga dan juga penerima mengurangkan beban ekonomi mereka dalam keadaan krisis pandemik Covid19 ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang dana bantuan ini. Pihak kami cuma menjalankan amanah dalam menguruskan dana tersebut dengan memberi sedikit manfaat kepada peniaga dan juga penerima. Ini adalah ‘value add’ bagi usaha kami dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Jika ada yang berminat hendak memberikan sumbangan boleh terus hubungi saya.
Segala perbelanjaan akan direkodkan.

InsyaAllah kami akan teruskan inisiatif ini ditempat lain juga.

‘Think Like Engineer’ Dalam Politik KhidmatHasil belajar dan 11 tahun kerja, aku dah dilatih berfikir ikut proses engine...
25/04/2021

‘Think Like Engineer’ Dalam Politik Khidmat

Hasil belajar dan 11 tahun kerja, aku dah dilatih berfikir ikut proses engineering yang melibatkan observation, analysis, sources management, risk management, visualise solution dan banyak lagi.
Aku bukan sekadar tau buka photoshop dan design bagi nampak cantik.
Nak bagi nampak cantik pun ada cara dan fungsinya dalam engineering ni. Contohnya kenapa butang emergency tu kena warna merah dan diletakkan berasingan dari butang-butang lain. Ini semua ada sebabnya dan bukan suka-suka buat macam tu. This is engineering.

Aku dalam politik ni tak mampu nak beri sumbangan besar dalam bentuk kewangan sebab aku bukan datang dari keluarga kaya raya. Tapi aku ada sedikit pengalaman kerja dan Allah pinjamkan sedikit ilmu pada aku.
Maka aku gunakan sedikit kelebihan ni dalam politik khidmat.

Macam aku buat qr code voucher ni memang fully guna benda-benda free ja macam Google Form dan qr code generator.
Tapi disebalik benda free ni kena ada structured flow untuk olah semua benda free ni jadi satu sistem qr codes voucher yang berfungsi.
Kena kreatif dalam utilise fungsi yang ada dalam google form dan google sheet ni dari seeting berlapis-lapis prefill link yang digenerate guna formula =CONCENATE antara column dan beberapa table data yang berbeza.

Yang aku nak tekankan kat sini adalah cara politik khidmat ni sepatutnya lebih kepada pekara-pekara begini. More to olahan polisi dan lebih praktikal dalam menyampaikan bantuan. Bukan dengan cara lapuk minta duit lepas tu beli barang dan beri pada orang.
Bila takda duit mula mengamuk cakap takleh berkhidmat.

Aku lebih prefer pemimpin politik yang boleh solve masalah walaupun tak pandai bercakap dari pemimpin politik retorik yang hebat bercakap tapi tak pandai buat kerja.

Ni ada yang canang satu Malaysia yang dia engineer tapi tahap pemikiran untuk solve masalah lebih kurang sama level budak sekolah rendah ja. Tak nampak langsung structured thinking and action ikut engineering process tu.

Sebab tu aku tetap dengan pendirian aku yang orang yang punya pengalaman kerja, latar pendidikan dan track record yang baik ni lebih sesuai diletak sebagai pemimpin masyarakat berbanding penganggur yang kuat sembang dan takda apa-apa pencapaian baik.
Kalau nak bawa Malaysia lebih ke hadapan, janganlah angkat orang-orang retorik camni.
Bagi bajet kat dia pun dia akan guna untuk tampung hidup acah instafemes dia ja dan bukan untuk kebaikan masyarakat. Ini bahaya bagi penganggur masuk politik.

Ubahlah kalau nak maju

Selamat menyambut RamadanSemoga setiap dari kata-kata Islamik dan doa kita tidak hanya menjadi hiasan di ruangan media s...
12/04/2021

Selamat menyambut Ramadan

Semoga setiap dari kata-kata Islamik dan doa kita tidak hanya menjadi hiasan di ruangan media sosial dan ianya mampu diterjemahkan dalam amalan harian yang berterusan.

Ramadan bukanlah bulan dimana kita perlu menukar penampilan kita supaya nampak ‘lebih Islamik’. Ianya adalah berkaitan dengan amal ibadah kita dengan Allah bukannya imej kita. Jangan hanya kejar like di sosial media tanpa mengejar ‘like dari langit’.

Islam itu adalah gaya hidup dan ianya seimbang antara urusan dunia dan urusan akhirat. Maka jadikan Ramadan sebagai titik untuk kita tingkatkan kualiti urusan dunia dan urusan akhirat kita.
Mukmin sejati perlu cemerlang keduanya.
Inilah Islam yang disampai Rasulullah.
Muslim yang baik akan cemerlang dalam urusan dunianya baik dari segi disiplinnya, pendidikannya, pengurusannya, amanahnya, akhlaknya dan tuturkatanya. Begitu juga urusan akhiratnya dari solatnya, puasanya, ibadah sunatnya, ilmu-ilmu agamanya juga haruslah cemerlang.
Inilah Islam yang sebenar.

Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan meningkatkan kualiti ibadah lain terutamanya solat fardhu. Kerja seharian jika ianya berlandas dengan Islam maka ianya juga satu ibadah dan ianya boleh dipertingkatkan lagi kualiti kerjanya di bulan Ramadan.

Jagalah solat dan berpuasalah dengan baik.
Rugilah kalau puasa tapi tidak menunaikan solat kerana ianya sesuatu yang sia-sia.

Saya mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadan. Saya doakan setiap daripada kita diberikan kekuatan, kesihatan dan niat yang baik dalam menjalankan ibadah dibulan mulia ini.

Salam Ramadan

30/03/2021
Berdasarkan fakta kes scam, ciri-ciri scammer adalah:- Tak guna nama sebenar di sosial media mahupun di dunia nyata.- Me...
18/03/2021

Berdasarkan fakta kes scam, ciri-ciri scammer adalah:
- Tak guna nama sebenar di sosial media mahupun di dunia nyata.

- Mempamerkan gaya hidup mewah, kereta mewah, makan tempat mewah.

- Tiada apa-apa record/pencapaian baik dalam apa-apa bidang atau industri.

- Selalu jual nama orang lain terutamanya nama public figure/artis/menteri.

* Berdasarkan ciri-ciri ini, bersepah scammer dalam dunia politik ni. Tolong buat background check orang-orang politik ni terutamanya yang muda-muda baru nak up ni.
Depa punya sembang memang power la tapi sebenarnya takda apa pun.
Maka hati-hatilah semua.

Thank me later

16/02/2021
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi semua warga Malaysia yang berbangsa Cina.Teruskan mematuhi SOP d...
11/02/2021

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi semua warga Malaysia yang berbangsa Cina.

Teruskan mematuhi SOP disamping meraikan perayaan ini dengan keluarga tercinta.

Untuk PDPR ni aku nampak lebih sesuai secara ekonomi dan juga pembelajaran adalah dengan menggunakan Chromebook ni.Ada b...
26/01/2021

Untuk PDPR ni aku nampak lebih sesuai secara ekonomi dan juga pembelajaran adalah dengan menggunakan Chromebook ni.

Ada banyak application percuma yang berfungsi seperti Microsoft Office yang mampu tampung kerja-kerja pembelajaran pelajar.

Dapat juga melatih pelajar dalam soft skill menaip menggunakan keyboard.

Ini jauh lebih bagus dari menggunakan smartphone atau tablet/ipad.

- Untung bisnes online aku secara dropship selama 2 ke 3 minggu mampu untuk beli Samsung Chromebook ni.

- Kalau sehari kos hisap rokok adalah RM10, berhenti merokok selama 40 hari dah boleh beli.

Check this out for RM399.00 on Shopee! Download the app now: http://goo.gl/fYlcRj

Hati-hati bila nak mempertahankan sesuatu pekara. Hujahnya kena diisi dengan analitik yang betul, perbandingan yang betu...
17/01/2021

Hati-hati bila nak mempertahankan sesuatu pekara. Hujahnya kena diisi dengan analitik yang betul, perbandingan yang betul, keadaan yang betul dan rujukan sumber yang betul.
Ini adalah skill set atau disiplin ilmu yang penting yang perlu ada pada mereka yang nak terlibat dalam agenda memajukan organisasi atau memajukan negara juga.
Selain itu, sifat amanah dengan ilmu juga amat penting dalam agenda kemajuan ini.

Betullah kata Syed Hussein Alatas yang ketandusan golongan intelektual dalam hal urustadbir masyarakat antara punca kita gagal menyelesaikan banyak masalah nasional.
Lebih menyedihkan bila golongan pandir p**a diangkat untuk diletakkan di posisi kritikal itu.
Inilah harga yang perlu dibayar dalam mengikut sistem demokrasi yang ada kerana tidak menekankan merit yang betul dalam memilih pemimpin masyarakat.

Ini belum lagi diambil kira ‘golongan cari makan’ yang turut sama menambah luka parah dalam sistem yang sedia ada.

15/01/2021
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, NGO digalakkan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan berhampiran atau dalam negeri ...
15/01/2021

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, NGO digalakkan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan berhampiran atau dalam negeri sama bagi mengurangkan pergerakan rentas negeri.

"Sebab ada NGO dari kawasan zon merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahu masuk ke negeri banjir yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kita faham akan keperluan itu (bantuan), kita memberi kebenaran tapi bagi mengawal tidak berlaku ramai yang pergi dan akhirnya menyebarkan virus Covid-19, maka Nadma mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat supaya dapat mengawal jangkitan," katanya.

Kuala Lumpur: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghantar bantuan kepada mangsa banjir di negeri dilanda bencana itu perlu mendapatkan kebenaran Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Engineering logic VS Politic LogicMencari kesalahan adalah keperluan utama dalam engineering supaya dapat elak berulangn...
14/01/2021

Engineering logic VS Politic Logic

Mencari kesalahan adalah keperluan utama dalam engineering supaya dapat elak berulangnya masalah yang sama. Sebab itu ada fasa khas dalam mana-mana bidang engineering untuk troubleshoot supaya dapa mengesan punca berlakunya sesuatu masalah. Dari situ damage atau kesan dari berlakunya masalah tersebut akan diperbaiki dan punca berlakunya masalah tersebut juga dibetulkan.

Proses troubleshoot ini kebiasaannya terdapat didalam fasa Testing dan juga fasa Maintenance iaitu 2 fasa terakhir dalam mana-mana development model.
Terdapat beberapa proses lain dalam mencegah berlakunya masalah iaitu dalam fasa Analysis dimana proses Risk Management yang baik mampu mengurangkan risiko berlakunya masalah. Proses ini memerlukan tahap analitik yang tinggi terhadap data-data yang dikumpulkan.

Dalam engineering, amat penting untuk menyikirkan segala elemen yang berkemungkinan menjadi punca masalah bermula dari fasa Design. Tiada istilah kompromi atau tutup sebelah mata bagi membolehkan sesuatu jentera atau sistem berfungsi dengan ada waima sedikit masalah.
Engineer apa jua bidang dibayar untuk memastikan sesuatu jentera atau sistem berfungsi dengan baik dan selamat. Mereka tidak dibayar untuk memastikan jentera/sistem hanya berfungsi mengikut arahan Boss semata-mata kerana dalam engineering setiap pekara direkodkan.

Dalam politik p**a agak simple.
Buat dahulu tanpa ada data yang secukupnya asalkan kita dapat manfaat maka ianya dikira cukup bagus walaupun memudaratkan pihak lain.
Bila berlaku masalah akan digunakan alasan “tak perlu tunding jari pada sesiapa”.
Maka masalah yang sama akan berulang-ulang. Pengulangan proses ini merugikan sumber iaitu masa, duit dan tenaga.

Ini belum lagi sembang pasal feasibility study, sources management, dan macam-macam lagi. Yang praktik akan paham apa yang aku nak sampaikan ni.

- paling aku kelakar bila dalam politik ni ada orang mengaku engineer tapi langsung tidak berfikir dan bertindak berdasarkan ilmu-ilmu engineering. Bila disemak latarnya, rupanya menipu ja lebih yang dia tu engineer.

Orang beginilah yang merosakkan ekosistem politik.

Amaran cuaca buruk bagi Sabah dan Sarawak
14/01/2021

Amaran cuaca buruk bagi Sabah dan Sarawak

13/01/2021
Resam Politik Melayu TipikalOrang politik macam Nazri Aziz, Zahid Hamidi, dan lain-lain lagi pimpinan UMNO ini masak ben...
12/01/2021

Resam Politik Melayu Tipikal

Orang politik macam Nazri Aziz, Zahid Hamidi, dan lain-lain lagi pimpinan UMNO ini masak benar dengan politik orang Melayu.
Walaupun pc dia tadi nampak macam angkuh yang membuatkan ramai orang meluat dengan dia di ruangan komen, dia tau nanti sampai masa PRU mereka akan ‘tabur’ kaw-kaw punya untuk dapatkan undi. Seperti mana dia cakap dalam pc tadi untuk bodek rakyat jika menang PRU. Tak dinafikan mereka sangat berpengalaman dalam menguruskan pilihanraya dan perjalanan politik negara.

Sebab dia tau bila dah menang, tetap akan bersusun orang datang menempel dengan dia.
Yang sehari dua ni duk hentam UMNO, yang duk berdegar akan berjuang untuk BERSATU, dan kata akan bersama TSMY pun silap-silap akan pegi menempel dengan orang macam Nazri Aziz ni jika UMNO kembali jadi kerajaan.

Aku dah tengok senario ni dari orang-orang yang sama. Masa zaman BN memerintah, kemain dia kata nak pertahankan Najib la, setia dengan parti keramat UMNO la bagai. Lepas PRU tu dia lari masuk BERSATU/PKR dan buat benda sama. Kata nak pertahankan parti la, berdiri belakang Tun M la.
Lepas Langkah Sheraton ja dia buat pekara yang sama dengan pimpinan kerajaan PN hari ni. Orang macam ni dia memang taktau malu pun.

Dan sebab itu orang politik macam Nazri ni tak heran apa orang nak kata kat dia harini sebab once dah mula kempen PRU, dia and the gang akan all out untuk dapat kembali jadi kerajaan. Once dia jadi menteri, akan bersepah datang menjilat.

Dalam politik ni yang setia tu tak ramai. Rata-rata pemain politik 24jam ni akan ikut ja sesiapa yang memerintah. Sebab itu periuk nasi mereka.

So jangan la terkejut bila yang hari ini berdegar-degar mengata kat UMNO atau pembangkang, dengan yang menyokong kerajaan hari ini dengan posting ‘terbaiklah’, ‘checkmate’ dan sebagainya nanti akan menempel dan panjat jumpa menteri-menteri UMNO atau dari PH bila mereka menang PRU.

Ini antara sebab aku sangat skeptikal dengan orang yang berlatarkan politik 24jam.
Aku lebih setuju tarik orang baru masuk politik berbanding orang-orang sebegini.

11/01/2021
11/01/2021

Harap PKP yang diumumkan oleh PM tadi dipatuhi oleh semua pihak termasuklah para menteri dan juga orang politik.
Semoga penguatkuasaan SOP dilakukan dengan baik dan telus demi menjaga keselamatan semua.

Untuk operasi bantuan kepada masyarakat bolehlah utillize komuniti setempat dan tidak perlu pergerakan merentas negeri/daerah dari kalangan orang politik.

Pihak komuniti setempat boleh menyelaras pengump**an dan agihan bantuan pada kawasan masing-masing dengan hanya melibatkan tenaga kerja yang minimum.

Bantuan banjir juga boleh dikumpulkan dikawasan masing-masing dan hanya dihantar oleh pihak-pihak tertentu sahaja tanpa melibatkan ramai orang. Agihan boleh dibuat oleh pihak komuniti dibahagian yang terlibat tanpa memerlukan orang luar.

Dalam zaman teknologi ICT ini, terdapat banyak cara yang selamat untuk menyelaras bantuan dari suatu tempat ke suatu tempat tanpa melibatkan pergerakkan ramai pihak merentas negeri.

Orang awam perlu memahami dalam keadaan peningkatan kes COVID19 ini tidak perlu mengharap mana-mana pimpinan untuk turun ke padang menyertai operasi bantuan.
Sampainya bantuan kepada pihak yang memerlukan itu cukup membuktikan mereka melakukan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik.

Sekali lagi warga Malaysia perlu berterima kasih kepada frontliners.

Teruskan mematuhi SOP.

Bismillah

11/01/2021
LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN(pada jam 12:00 PM, 11 Januari 2021)
11/01/2021

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN

(pada jam 12:00 PM, 11 Januari 2021)

Amaran Cuaca Bahaya
10/01/2021

Amaran Cuaca Bahaya

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN(pada jam 12:00 PM, 10 Januari 2021)
10/01/2021

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN

(pada jam 12:00 PM, 10 Januari 2021)

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN(pada jam 4:00 PM, 9 Januari 2021)
09/01/2021

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN

(pada jam 4:00 PM, 9 Januari 2021)

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN
09/01/2021

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA & PERINCIAN PUSAT PEMINDAHAN

08/01/2021

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.”

Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.”

(HR Ibnu Majah)

07/01/2021

Pemimpin adalah cerminan pengikutnya
maka usahlah marah sangat pada pemimpin pasal apa yang terjadi.
Sama2 muhasabah diri sendiri.

"Banyak majikan mencari calon yang memiliki kemahiran komunikasi yang terbaik (dalam semua peranan teknologi). Ini adala...
07/01/2021

"Banyak majikan mencari calon yang memiliki kemahiran komunikasi yang terbaik (dalam semua peranan teknologi). Ini adalah keperluan yang semakin meningkat bagi ahli teknologi untuk menyampaikan kemajuan, keperluan dan hasil yang berkesan terhadap perniagaan, pengurusan kanan serta pelabur,"

KUALA LUMPUR: Sektor pekerjaan dalam industri yang disokong teknologi seperti e-dagang, teknologi kewangan (fintech), logistik & rantaian bekalan, pembuatan, penyelidikan & pembangunan (R&D) selain teknologi perubatan dan bioteknologi akan terus berkembang kukuh tahun ini.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh Malaysia dan perincian pusat pemindahan.
06/01/2021

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh Malaysia dan perincian pusat pemindahan.

Something that very essential for new generation leadership.
06/01/2021

Something that very essential for new generation leadership.

Digital disruption is here. Here are five steps to reinvent yourself as a digital leader to thrive in the future of work.

Berakhir sudah 2020.Tahun yang penuh warna warni, dugaan dan pengajaran.InsyaAllah 2021 akan diisi dengan kebaikan yang ...
06/01/2021

Berakhir sudah 2020.
Tahun yang penuh warna warni, dugaan dan pengajaran.
InsyaAllah 2021 akan diisi dengan kebaikan yang lebih baik dari sebelumnya.

Semoga segala amal yang baik itu dapat istiqamah sehingga akhir hayat kita.
Dan amal buruk itu ditinggalkan sejauh-jauhnya.

Bismillah

05/01/2021

Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Pahang

1) Kuantan - 095722146
2) Rompin - 094141490
3) Raub - 093551824
4) Pekan - 094211779
5) Maran - 094771073/094772999
6) Jerantut - 092608481
7) Lipis – 093121615
8)Temerloh - 092902101
9)Bentong - 092201515

*Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Address


Telephone

+60125782830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azizi Sulaiman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azizi Sulaiman:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share