MejaTulis.com

  • Home
  • MejaTulis.com

MejaTulis.com MejaTulis.com merupakan sebuah portal penulisan yang menyediakan info terkini dan perkongsian ilmu untuk semua.

18/05/2023

10 Sebab Wanita Digalakkan Berkahwin di Usia Muda 🥰
Fakta: Setiap perkahwinan adalah berbeza. Begitu juga setiap individu. Tiada jawapan yang "betul".
Tetapi terdapat 10 manfaat untuk wanita berkahwin pada usia muda.
1.Bila dah jodoh.
💖Bagi si gadis muda yang telah berpasangan, kenapa tidak menghalalkan perhubungan tersebut? Ketika kita mencintai seseorang, kita ingin berada di sisinya sepanjang masa. Selain itu kita dapat mengelak dari berbuat dosa dan memelihara kesucian dan maruah.
2. Boleh fokus untuk beribadah.
💖Apabila kita masih bujang, mudah untuk kita tenggelam dengan kesibukan dunia dan melupakan hubungan dengan Allah. Tetapi apabila kita berkahwin, terdapat seseorang di sisi kita - iaitu suami kita. Bersama-sama dengan suami, kita menjadi lebih bertanggungjawab dan saling mengingati kewajipan sebagai seorang Muslim.
3. Mendatangkan ketenangan.
💖Perkahwinan merupakan lubuk rahmat dari Allah.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.
(Surah Al-Rum: 21)
4. Perkahwinan membawa kestabilan kewangan.
💖Dengan berkahwin pada usia muda, pasangan mempunyai peluang untuk mula membina kestabilan kewangan bersama dan berusaha mencapai matlamat kewangan yang sama.
5. Kurang komplikasi melahirkan anak.
💖Tubuh seorang wanita cenderung untuk lebih subur dan mempunyai kehamilan yang selamat semasa usia muda. Sebaliknya, menangguhkan perkahwinan akan mempengaruhi biologi tubuh mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kehamilan yang rumit atau potensi keguguran (dalam beberapa kes).
6. Enjoy masa bersama.
💖Bila dah halal, aktiviti bersama pasangan tidak mengundang fitnah. Dating pun tenang. Zuriat yang lahir pun terjaga.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu redha akan akhlak dan juga agamanya, maka kahwinkanlah dia (dengan anak-anak perempuan kamu). Sekiranya kamu tidak melakukannya, akan terjadilah fitnah di atas muka bumi dan juga kerosakan yang teruk."
Riwayat Ibn Majah (1967)
7. Mudah nak ngam dengan pasangan.
💖Usia muda ni, kita lebih fleksibel dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran yang hadir dengan perkahwinan. Jika berkahwin awal, kita lebih terbuka dan mudah membentuk tabiat sihat dan gaya hidup yang serasi dengan pasangan.
8. Membantu dalam self-growth.
💖Berkahwin pada usia muda dapat memberikan peluang untuk menambahbaik peribadi terutamanya sikap bertanggungjawab. Dengan komitmen berkahwin, akan wujudnya tujuan dan motivasi untuk mencapai impian bersama pasangan. Kita akan lebih fokus dan terbuka kepada peluang yang ada tanpa tekanan untuk mencari pasangan yang sesuai.
9. Tiada lagi soalan "Bila nak kahwin?"
💖Budaya, tekanan sosial dan harapan keluarga antara sebab gadis perlu berkahwin awal. Dengan berkahwin pada usia muda, wanita berpeluang mengelak tekanan tersebut dan mengurangkan kegusaran mak ayah tentang perkahwinan.
10. Rumah tangga lebih berkualiti.
💖Bernikah awal memberikan peluang untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik dalam pelbagai aspek, termasuk hubungan yang bahagia, kepuasan seksual, teamwork, dan komunikasi. Ada satu kajian, wanita yang berkahwin pada usia muda mempunyai 11% lebih tinggi dalam kepuasan seksual berbanding dengan mereka yang berkahwin pada usia lebih lanjut. Ini menunjukkan bahawa perkahwinan awal dapat membolehkan kita membina ikatan yang lebih kukuh dan menikmati lebih banyak kepuasan dalam rumah tangga.
.
Akhir sekali, keputusan untuk berkahwin sepatutnya menjadi pilihan peribadi, berdasarkan kesediaan, keserasian, dan matlamat bersama antara pasangan, bukan semata-mata dipengaruhi oleh tekanan luaran.
Anda masih bujang dan nak cari calon pasangan?
Jom ke lubuk cari jodoh, www.TillJannah.my sekarang juga!🌹
Bagitahu sekali kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-mara okay. 😊

17/05/2023

10 Perkara Boleh Dibuat Selepas Tahu Pasangan Curang😞
Siapa sahaja tidak mengidamkan perkahwinan yang bahagia selamanya. Tetapi, pasti akan ada satu masa untuk mencapai impian tersebut ada rintangan perlu dilalui.
Dari sini, pasangan suami dan isteri akan diuji dengan pelbagai dugaan untuk mengukuhkan hubungan yang dibina. Siapa saja yang s**a jikalau kita dapat mengetahui pasangan kita curang.
Tetamu tidak akan masuk ke rumah jika tuan rumah tidak menjemputnya masuk. Tetapi apakah perkara yang kita boleh buat selepas mendapat tahu pasangan curang?
1.Terima dan kawal emosi
🟥Semua orang akan merasa susah untuk menerima situasi ini tetapi jika anda tidak dapat mengawal emosi kemarahan, kesedihan dan sebagainya, ia boleh membuatkan anda hilang semangat untuk hidup.
2.Berikan masa untuk diri sendiri
🟥Ambil masa untuk diri sendiri, berfikir dan bertenang. Orang kata ‘healing’. Pergilah ke tempat-tempat seperti pantai, tasik, air terjun atau tempat yang anda selalu pergi untuk mendapatkan suasana yang tenang.
3.Berkomunikasi dengan pasangan
🟥Sebelum memulakan komunikasi dengan pasangan, buang dan cuba tahan segala emosi kemarahan, geram dan juga banyakkan bersabar. Mulakan dengan pertanyaan, kenapa boleh jadi begini? Dan puncanya apa? Jika jawapannya munasabah, cuba terima dan berbincang untuk baiki apa kesilapan dan kekurangan dalam rumah tangga.
4.Mencari sokongan daripada keluarga atau sahabat
🟥Luahkan kepada seseorang yang anda percaya dan rapat serta anda selesa untuk meluahkan segala masalah anda dan berasa selamat untuk kongsikan masalah. Minta pendapat tentang situasi yang anda sedang hadapi.
5.Memahami punca pengkhianatan
🟥Setelah anda mendapat tahu punca-punca atau sebab pasangan anda berlaku curang, cuba untuk fahamkan dan hadamkan sebab pengkhianatan. Cuba untuk pulihkan keadaan itu semula dan perbaiki kesilapan yang menjadi punca hubungan itu retak.
6.Dapatkan khidmat kaunseling
🟥Khidmat kaunseling sebenarnya dapat membantu dan memberi nasihat apa yang anda perlu lakukan selepas ini. Kaunselor mungkin boleh memberikan cara-cara untuk elakkan perkara-perkara seperti itu berlaku lagi.
7.Menetapkan batasan hubungan anda
🟥Jika anda memilih untuk meneruskan hubungan anda, tetapkan batasan pasangan anda. Jika dahulu dia seorang yang terlalu sosial dan bebas untuk lakukan apa sahaja, hadkan pergaulan dia dengan berlawanan jantina. Serta perlu memberikan sebab apa anda lakukan seperti itu.
8.Tanya kepada diri sendiri tentang keputusan masa depan
🟥Ambil masa untuk fikir tentang masa depan anda dan berbaloi ke keputusan yang anda buat sekiranya anda memilih untuk meneruskan hubungan tersebut. Sekiranya, anda pilih untuk meneruskan, apa langkah yang perlu diambil untuk menjaga hubungan tersebut dan mengelak perkara sebegini ini akan berlaku lagi.
9.Bekerjasama untuk memperbaiki hubungan
🟥Jika pasangan anda mengakui kesilapan dan ingin memperbaiki hubungan itu semula, anda dan pasangan perlu bekerjasama untuk memperbaiki hubungan yang hampir retak. Ambil kesilapan yang lepas sebagai pengajaran dan perbaiki dengan baik untuk tidak berlaku perkara seperti itu lagi.
10.Membina semula kepercayaan
🟥Untuk ‘membina’ semula kepercayaan selepas dikhianati bukanlah satu perkara yang mudah dan ianya akan mengambil masa yang lama dari segi waktu, kesabaran dan komitmen antara 2 belah pihak.
Begitulah sedikit-sebanyak yang dapat kami kongsikan. Jika ada lagi, bolehlah tambah dalam ruangan komen.
Buat yang single atau ada ahli keluarga yang masih single,
Jemputlah ke www.TillJannah.my untuk mencari pasangan anda di sana. 🥰

10 Persediaan Sebelum Suami ‘DISONDOL’.Bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’. Pepatah ini sangat relevan untu...
15/05/2023

10 Persediaan Sebelum Suami ‘DISONDOL’.
Bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’. Pepatah ini sangat relevan untuk kita bersedia sekiranya suami kita disondol orang. Memang kalau boleh kita nak elak perkara ini berlaku. Namun, perkara ini akan datang tanpa kita duga dan disangka.
Pentingnya persediaan-persediaan ini untuk anda amalkan sebelum suami anda ‘disondol’.
Jom baca dan semoga bermanfaat.
1.Kekalkan kerjaya
🔵Pastikan untuk anda kekalkan kerjaya anda yang sedia ada. Sememangnya emosi anda akan terganggu untuk bekerja, namun pastikan anda kekalkan kerjaya anda. Hal ini dapat membantu anda menampung kehidupan selepas situasi ini berlaku.
2.Berniaga kecil-kecilan.
🔵Sekiranya sebelum ini anda seorang suri rumah sepenuh masa. Ada baiknya untuk anda mula merancang berniaga kecil-kecilan. Perniagaan ini merupakan persediaan yang baik untuk anda menjana pendapatan sendiri. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku, anda sudah bersedia dan tidak rungsing dengan masalah kewangan.
3.Sediakan emosi yang stabil.
🔵Apabila suami kita ‘disondol’ bukanlah suatu perkara yang mudah. Pastinya emosi kita akan terganggu. Kita amat sedih, kecewa semuanya. Namun, kita perlu membuat persediaan dari awal untuk kita kawal emosi kita dan kita bersedia untuk menghadapi perkara ini sekiranya berlaku. Mungkin kita boleh latih diri kita untuk kuat hari demi hari.
4.Sediakan senarai persediaan untuk masa hadapan.
🔵Kadang-kadang perkara ini nampak remeh, tapi perancangan ini sangat perlu supaya anda lebih bersedia. Bayangkan tiba-tiba suami anda ‘disondol’ dan anda tiada sebarang perancangan. Perkara ini pastinya akan membuatkan anda serabut. Jadi, perancangan seperti kewangan, tempat tinggal dan lain-lain sangat perlu untuk masa depan anda.
5.Mula untuk mencari aset sendiri.
🔵Memang susah untuk anda mencari aset sendiri tapi bukanlah mustahil. Anda boleh mengumpul aset anda sendiri dari awal perkahwinan lagi. Aset seperti kereta, rumah perlu untuk kehidupan anda sekiranya suami anda disondol. Perkara ini adalah langkah berjaga-jaga sekiranya perkara ini berlaku.
6.Pastikan mempunyai lesen memandu.
🔵Lesen memandu sangat penting untuk anda bergerak. Kalau sebelum ini anda bergantung sepenuhnya kepada suami, bawa ke klinik, bawa membeli barangan dapur dan sebagainya. Namun dengan adanya lesen anda dapat berdikari dan tidak perlu mengharapkan suami anda apabila mengetahui lelaki anda telah ‘disondol’.
7.Simpanan yang mencukupi.
🔵Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Simpanan ni perlu untuk menampung kehidupan anda selepas perkara ini. Kita tak tahu apa akan berlaku selepas itu. Dengan adanya simpanan ini, anda akan berasa lega dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. Mungkin bukan banyak, tapi tetap ada.
8.Ambil tahu tentang hak-hak selepas bercerai.
🔵Tak salah untuk anda mengambil tahu apa hak-hak sebagai seorang isteri selepas bercerai. Ilmu ini sangat luas untuk anda ambil tahu. Ilmu berkenaan dengan hak-hak selepas cerai ini boleh digunakan sekiranya perkara ini berlaku. Sebolehnya kita nak elak daripada perceraian. Tapi sekiranya itu pengakhirannya, ilmu ini sangat penting.
9.Dapatkan nasihat daripada yang pakar.
🔵Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada yang pakar seperti kaunselor, peguam dan ramai lagi. Selain itu, anda juga boleh dapatkan nasihat daripada kenalan rapat, orang yang berpengalaman dan sebagainya. Pandangan-pandangan ini sangat penting untuk anda buat sekiranya suami anda disondol.
10.Keadilan bermadu dalam perkahwinan.
🔵Pahit tapi kita kena terima. Sekiranya anda boleh terima dan ini merupakan yang terbaik dalam perhubungan anda, maka anda boleh dapatkan ilmu tentang bermadu. Dari segi keadilan, dari segi kelebihan bermadu dan hak-hak sebagai seorang isteri. Sekurang-kurangnya suami anda tahu anda mempunyai ilmu tentang ini dan anda tidak mudah ditipu.
Membuat persediaan bukanlah perkara itu akan berlaku dan anda inginkan berlaku. Namun, untuk anda lebih bersedia sekiranya suami anda disondol. Kalau kita tak bersedia dari sekarang, sampai bila pun kita tak akan bersedia kan ?
Jom sediakan payung sebelum hujan. 🙂
Ada ahli keluarga yang masih bujang dan mencari jodoh?
Layari www.TillJannah.my sekarang juga! 🥰

Portal ini untuk mereka yang ingin mencari pasangan hidup, telah ramai yang bertemu jodoh di portal ini. Mungkin giliran anda p**a selepas ini...

12/05/2023

10 sebab kenapa “PENYONDOL” memilih untuk jadi “PENYONDOL” 😱
Setiap perkahwinan pasti ada “naik turun” serta cabarannya yang tersendiri. Salah satu cabaran terbesar dalam perkahwinan adalah apabila hadirnya “orang ketiga’.
Isu “penyondol”, “perampas” serta “orang ketiga” ni ibarat tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Istilah “penyondol” ni memang “famous” buat wanita yang merampas suami/tunang orang.
Sekarang ni, macam satu “trend” yang mana wanita s**akan “suami orang”. Jodoh memang tidak boleh ditolak, namun ada segelintir di kalangan wanita ni secara terang-terangan mengakui memang “meminati” dan “mengidamkan” suami orang.
Persoalannya, kenapa “penyondol” ni memilih untuk jadi “penyondol”? Sedangkan, di luar sana masih banyak lagi jejaka-jejaka yang masih bujang dan “available”.
Dalam perkongsian kali ini, kita akan kongsikan kenapa “penyondol” memilih untuk jadi “penyondol".
1.LEBIH MATANG
🟣Rata-rata, ramai yang mengakui bahawa mereka memilih suami orang kerana lebih matang. Yelah, mana tidaknya, suami orang ni dah lalui sebahagian besar fasa cabaran dalam berumah tangga. Dan, mereka juga kebiasaannya tidak bersikap kebudak-budakan serta tenang dalam menghadapi sebarang masalah.
2.BEKERJA DAN KEWANGAN YANG STABIL
🟣Kebanyakan lelaki yang sudah berkahwin juga rata-rata sudah bekerja dan mempunyai kewangan stabil nak dibandingkan dengan lelaki bujang dan masih muda yang baru nak membina kerjaya.
3.BIJAK DALAM BERTUTUR KATA & “SWEET TALKER”
🟣Lelaki yang dah berkahwin ni juga kebanyakannya pandai dalam berkata-kata, ini kerana sudah mempunyai pengalaman dengan isterinya. Mereka ni juga “sweet talker”, memang mudahlah wanita-wanita jatuh hati.
4.LEBIH BERTANGGUNGJAWAB & MEMAHAMI
🟣Tidak dapat dinafikan juga, kebanyakan suami orang ni lebih bertanggungjawab dan memahami wanita berbanding lelaki bujang yang lain. Mereka ni tahu apa yang wanita perlukan dan mahukan tanpa perlu tunjuk ajar.
5.PANDAI MENGAMBIL HATI
🟣Macam yang kita sebut dalam point yang di atas, suami orang ni memang pandai mengambil hati wanita. Ada je kelakuannya yang dapat menawan hati wanita.
6.LEBIH SELESA
🟣Ramai juga yang mengatakan, mereka ni selesa bila berada di sisi suami orang. Ini kerana kebanyakan suami orang matang serta merupakan pendengar yang baik. Jadi wanita lebih mudah meluahkan dan berkongsi kisah dengan sang suami orang.
7.LEBIH MENGHORMATI WANITA
🟣Lelaki yang sudah berkahwin ni juga selalunya lebih menghormati wanita. Mereka juga mampu memenuhi kehendak wanita yang ingin dihargai, dipuji dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Lelaki yang sudah berkahwin memang “pro” bab ini berbanding lelaki bujang.
8.TAK JUMPA LELAKI BUJANG YANG SESUAI & BAIK
🟣Ada p**a yang mengatakan, mereka ni memilih menjadi “penyondol” dan mengambil suami orang kerana tidak berjumpa dengan lelaki bujang yang sesuai dan sebaik suami orang.
9.MEMPUNYAI WAKTU YANG FLEKSIBEL
🟣Sesetengah wanita memilih untuk menjadi “penyondol” atau berpoligami kerana mempunyai waktu yang fleksibel. Tak perlu nak sediakan keperluan suami 24 jam.
10.SIFAT YANG MEMBAHAGIAKAN
🟣Yang terakhir, suami orang ni kebiasaannya dah tahu “tips & trick” wanita. Contohnya, kalau wanita merajuk apa yang perlu dilakukan supaya merajuknya hilang. Ada p**a tu tertarik dengan suami orang selepas apa yang dipaparkan oleh suami orang tersebut di media sosial. Contohnya, cara layanan sang suami yang selalu membahagiakan isterinya.
Ingat, kumbang bukan seekor. Jangan menjadi duri dalam rumahtangga seseorang. Masih banyak lagi lelaki bujang di luar sana. 😊
Bantu ahli keluarga yang masih 'single' bertemu pasangannya di www.TillJannah.my sekarang. Ada seseorang menantinya di sana.

11 Cara Untuk Elak Suami 'Disondol' 🙂Isu ‘sondol-menyondol’ atau ‘rampas suami orang’ merupakan satu isu yang sedang han...
11/05/2023

11 Cara Untuk Elak Suami 'Disondol' 🙂
Isu ‘sondol-menyondol’ atau ‘rampas suami orang’ merupakan satu isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.
Para isteri tak senang duduk dibuatnya.
Hidup bersama bertahun-tahun, hadapi s**a-duka bersama, namun akhirnya suami ‘bina’ bahagia dengan orang yang tak sampai setahun dikenali. Mana tak ‘hangin’ dibuatnya kan?
Jom kami kongsikan 10 cara untuk elakkan suami disondol wanita lain.
**Memang tiada jaminan untuk suami tercinta tidak dirampas orang lain, tapi sekurang-kurangnya anda sudah berusaha sedaya-upaya untuk mengikat hatinya dan mengurangkan risiko daripada ia terjadi.
1.Berkomunikasi dengan baik.
🟢Anda dan suami WAJIB berkongsi secara terbuka tentang keperluan, keinginan dan kerisauan dalam apa-apa isu dalam rumah tangga. Ia akan membantu menguatkan ikatan emosi anda dan pasangan.
2.Saling memahami.
🟢Konflik antara jantina kadangkala mencetus emosi yang ‘huru-hara’. Jadi, penting sangat untuk anda berusaha memahami serta menerima kelemahan dan kelebihan suami. Begitu juga sebaliknya. Barulah harmoni apabila kedua-dua pihak ambil bahagian.
3.Layanan kasih sayang dan perhatian.
🟢Berikan layanan ‘first class’ dan perhatian yang mencukupi kepada suami anda. Sokongan emosi dan fizikal mampu memenuhi keperluan emosi dan psikologi para suami. Di mana suami berada, dengan siapa dia berurusan, dia akan sentiasa ingat tentang diri anda.
4.Bina kepercayaan.
🟢Kepercayaan adalah sesuatu yang mahal harganya. Ia mungkin ambil masa untuk dibina tapi dengan hanya sekelip mata ia boleh runtuh tanpa diduga. Kepercayaan juga merupakan asas dalam rumah tangga. Jadi, binalah kepercayaan yang kukuh antara kalian melalui janji, komitmen dan tanggungjawab yang diberikan.
5.Perbaiki penampilan diri.
🟢Pasangan adalah individu pertama yang kita akan hadap setiap hari. Jadi, penampilan diri WAJIB dijaga supaya sentiasa menarik dan dapat kekalkan tarikan dalaman dan luaran. Mungkin juga kadangkala anda perlu ikut ‘trend’ terkini agar suami sentiasa terpaut. Sentiasalah ‘top up’ ilmu imej dan penampilan agar kita tak ketinggalan perkara-perkara penting.
6.Jaga keintiman hubungan.
🟢Soal keintiman memang agak kekok untuk dibincangkan. Tapi anda boleh menjaga keintiman hubungan bersama suami secara fizikal dan emosi. Selalulah berikan perhatian kepada keperluan romantis dan seksual suami anda.
7.Berikan sedikit ruang peribadi.
🟢Setiap orang pasti perlukan ruang peribadi atau kebebasan untuk melakukan apa yang dis**ai. Kebebasan untuk suami meneruskan hobi kadang-kala membantu untuk mengurangkan tekanan dan memberikan ‘kegembiraan’ kepadanya untuk menjalankan rutin harian sebagai suami. Ia akan membantu hubungan anda sebenarnya.
8.Berikan sokongan dalam kerjaya.
🟢Anda perlu berikan sokongan dan dokongan terhadap kerjaya suami tak kisahlah apa bidang kerjaya suami. Itu sumber rezeki keluarga anda. Saat dia jatuh dan diuji, anda jadilah ‘system support’ yang kuat untuknya. Doakan agar suami sentiasa sedar, dibelakangnya ada seorang wanita yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
9.Selalu memasak, ikat perutnya.
🟢Nak ikat suami, ikat perutnya! Makanan yang anda masak dan dimakan oleh suami akan menjadi darah dagingnya. Semasa memasak, niatkan agar hubungan anda sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah SWT. Suami akan sentiasa terkenangkan keenakan masakan isteri di rumah tak kira dimana dia menjamu selera.
10.Kurangkan ‘post’ kebahagiaan bersama suami di media sosial.
🟢Apabila anda selalu mempamerkan kebahagiaan di media sosial, memuji kelebihan suami dan menunjukkan suami anda itu sangat bertanggungjawab, ‘family man’, maka mungkin anda sedang menarik perhatian wanita lain untuk mendekati suami anda. Kita rasa kita tak tahu siapa dan dari mana ‘penyondol’ tu hadir sedangkan hakikatnya kita yang sedang ‘menjemput’ dia.
11.Berdoa kepada Allah.
🟢Sebagai seorang muslim, kekuatan kita adalah doa. Senjata yang sangat berguna. Rapatkanlah diri dengan Pencipta. Mohonlah kepadaNYA agar sentiasa memelihara dan menyuburkan cinta anda dan suami. Andai kata ada ujian menimpa, mohonlah agar Allah berikan kebaikan darinya.
Apa-apapun, anda sebagai wanita janganlah mengabaikan tanda-tanda awal perubahan pada suami. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di belakangnya. Lambat bertindak, mungkin buruk kesannya. Kalau tak disondol, mungkin dia mengalami konflik dalam diri. Tak gitu?
Jangan lupa juga perbaiki diri agar sentiasa menjadi yang terbaik untuk dirinya!
Ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sedang cari jodoh?
Minta mereka daftarkan diri di www.TillJannah.my sekarang juga!🥰

Portal ini untuk mereka yang ingin mencari pasangan hidup, telah ramai yang bertemu jodoh di portal ini. Mungkin giliran anda p**a selepas ini...

Perkara Yang Perlu Anda Faham Sebelum Berkahwin.
20/12/2022

Perkara Yang Perlu Anda Faham Sebelum Berkahwin.

Berkahwin adalah wajib jika seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika diri akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Perkahwinan boleh menjadi sunat apabila seseorang itu yakin tidak akan terjebak dengan zina dan maksiat. Sebelum itu, anda perlu faham 5 perkara....

Idea Untuk Jimat Kos Perkahwinan.
19/12/2022

Idea Untuk Jimat Kos Perkahwinan.

Soal kewangan sering menjadi masalah utama buat mereka yang ingin berkahwin. Persediaan yang rapi dari pelbagai sudut terutama persediaan dari segi bajet kahwin amatlah penting. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya sudah tahu cara untuk simpan duit kahwin untuk memastikan majlis...

Tip Untuk Jumpa Bakal Mentua.
15/12/2022

Tip Untuk Jumpa Bakal Mentua.

Antara perkara yang paling mendebarkan setiap pasangan adalah apabila perlu bertemu dengan bakal mertua. Rasa gemuruh, takut, seram sejuk semua ada. Daripada tak sakit perut boleh jadi sakit perut bila fikir kena jumpa mertua. Fuhh. Ada yang lebih teruk siap tak boleh tidur malam kerana terlalu taku...

11 Maksud Disebalik Warna Bunga Ros.
14/12/2022

11 Maksud Disebalik Warna Bunga Ros.

Setiap pasangan, perempuan terutamanya pasti akan merasa gembira dan bahagia apa bila menerima bunga. Lagi-lagi jika bunga yang diterimanya adalah bunga ros. Tidak peduli sama ada sejambak atau sekuntum pasti akan berbunga-bunga. Akan tetapi, tahukah anda sebenarnya setiap bunga ros mempunyai maksud...

Cara Untuk Tahu Tahap Kewangan Pasangan?
14/12/2022

Cara Untuk Tahu Tahap Kewangan Pasangan?

Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan yang sah. Jangan bimbang. Jika si dia memang jodoh anda, pasti akan dipermudahkan. Namun, dalam membina sebuah ikatan perkahwinan atau membina sebuah keluarga banyak perkara yang perlu anda perhalusi dan perbinc...

Tanda Yang si Dia Sedang Menipu Anda.
13/12/2022

Tanda Yang si Dia Sedang Menipu Anda.

Perasaan was-was terhadap pasangan sememangnya akan ada. Lagi-lagi bila si dia berubah secara tiba-tiba. Tahukah anda, walaupun kita tak boleh nak tengok atau nampak muka seseorang melalui mesej di whatsapp, facebook dan lain lain medium chat namun akan ada tanda-tanda bahawa seseorang itu menipu ya...

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan?
09/12/2022

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan?

Hubungan itu melibatkan dua orang. Jika hanya salah seorang yang berusaha dan berjuang untuk hubungan itu ertinya bertepuk sebelah tangan. Bertepuk sebelah tangan memang merupakan satu perkara yang menyakitkan bagi semua orang. Anda menyayanginya sepenuh hati namun si dia tidak membalas perasaan and...

Tak tahu kat mana nak cari jodoh? Jom cari jodoh di www.TillJannah.my sekarang juga!
07/12/2022

Tak tahu kat mana nak cari jodoh? Jom cari jodoh di www.TillJannah.my sekarang juga!

heheheh 🫣Masih keseorangan? Jom cari calon di www.TillJannah.my sekarang juga!
07/12/2022

heheheh 🫣

Masih keseorangan? Jom cari calon di www.TillJannah.my sekarang juga!

07/12/2022

Bila ayah take over jaga anak macam ni jadinya 🤣

Sedang cari jodoh? Jom daftarkan diri di www.TillJannah.my sekarang juga!
07/12/2022

Sedang cari jodoh? Jom daftarkan diri di www.TillJannah.my sekarang juga!

Rahsia Bunga Ros Yang Orang Tidak Tahu.
07/12/2022

Rahsia Bunga Ros Yang Orang Tidak Tahu.

Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantisnya seseorang terhadap pasangannya. Walaupun bunga akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga daripada seseorang tidak dapat dilupakan. Terutamanya, bunga ros. Namun begitu, setiap bilangan bunga ros mempunyai maksud dan makna y...

Cuba bagi idea buat mereka yang minat berkebun tapi geli dengan binatang tu. Apa lagi hobi lain yang boleh dia buat? Mem...
06/12/2022

Cuba bagi idea buat mereka yang minat berkebun tapi geli dengan binatang tu. Apa lagi hobi lain yang boleh dia buat? Memancing pun macam best!

Target nak kahwin awal tahun depan tapi belum ada calon? Jom temui si dia di www.TillJannah.my sekarang juga!
06/12/2022

Target nak kahwin awal tahun depan tapi belum ada calon? Jom temui si dia di www.TillJannah.my sekarang juga!

Manusia masing masing ada kekurangan. Dalam perhubungan, kita saling melengkapkan ☺️
06/12/2022

Manusia masing masing ada kekurangan. Dalam perhubungan, kita saling melengkapkan ☺️

Cara Memujuk Lelaki Merajuk.
06/12/2022

Cara Memujuk Lelaki Merajuk.

Biasanya kita selalu dengar dan begitu sinonim orang yang s**a merajuk ini adalah wanita. Jarang sekali kita dengar lelaki merajuk. Ada lelaki yang merajuk tetapi puratanya amat kurang. Mudah untuk perasan orang wanita merajuk berdasarkan sikap waktu itu tetapi jika lelaki yang merajuk s**ar untuk d...

06/12/2022

Kucing korang macamni ke tidak? 😄

Pejam celik, pejam celik tinggal lagi sebulan sahaja lagi untuk masuk tahun 2023.Semoga dapat manfaat dari kelebihan yan...
06/12/2022

Pejam celik, pejam celik tinggal lagi sebulan sahaja lagi untuk masuk tahun 2023.

Semoga dapat manfaat dari kelebihan yang dikeluarkan dari Akta Kerjs 1955.

Perkara Yang Boleh Eratkan Hubungan.
06/12/2022

Perkara Yang Boleh Eratkan Hubungan.

Semua orang akan idamkan sesuatu hubungan itu kekal bahagia sehingga selamanya. Dalam satu perhubungan itu akan ada banyak cerita dan sifat pasangan. Dalam perhubungan juga akan mengajar kita erti kesabaran, sifat bertoleransi, marah dan lain-lain. Apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan hubungan...

Kenapa Isteri Kena Rajin Memasak?
06/12/2022

Kenapa Isteri Kena Rajin Memasak?

Wajah yang cantik tidak menjaminkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Itu cuma bonus. Punca utama menjadi kebahagiaan dalam rumah tangga apabila isteri memasak untuk suami. Kalau anda masih belum mahir ataupun jarang-jarang masuk ke dapur, cuba dan belajar mencari resepi yang mudah dan ringkas tetapi....

06/12/2022

Ada tak kat sini s**a record video tapi mesti bergegar? Ni abang ni ada kongsikan tips!

Saiz kasut setiap orang tidak akan sama, pastinya berbeza. Begitu juga dengan kehidupan setiap orang, cerita kita semua ...
06/12/2022

Saiz kasut setiap orang tidak akan sama, pastinya berbeza. Begitu juga dengan kehidupan setiap orang, cerita kita semua berbeza. Komitmen kita berbeza.

Kuncinya adalah:
✅Sabar
✅Syukur

Semoga tahun 2023 ini lebih memberikan sinar harapan buat semua insan. All the best!

Kecik-kecik dah pandai belajar bahasa negara sebelah. Mana tahu dah besar boleh jadi pelakon 😍
06/12/2022

Kecik-kecik dah pandai belajar bahasa negara sebelah. Mana tahu dah besar boleh jadi pelakon 😍

Masalahnya, kat sekolah pun dia selamba cakap bahasa Indonesia 😂

06/12/2022

Tips parking 😬

Deko Rumah Masyarakat Cina?Saya tak tau macam nak explain benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi namp...
06/12/2022

Deko Rumah Masyarakat Cina?

Saya tak tau macam nak explain benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah.

Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, thats it. Kalau renovate pun, kami make sure reno yang penting-penting dan amat berguna saja.

Contohnya, buat table top dan cabinet kitchen atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.

Of course la kabinet kan tempat untuk simpan mangkuk-mangkuk. Eh? Asal lain macam je bunyinya? 😂

Dari segi perabot p**a, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.

Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu. 😅

Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.

Hiasan dalaman pun sama.

Kalau korang biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada.

Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel! Haha.. Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.

Tu saya pelik bila kawan-kawan wife saya dah beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu.

Banyak rugi woo.. kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.

Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, cabinet kitchen ke atau extend dapur sikit.

Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Mostly kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi. Haha..

Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan.

Orang Cina cukup s**a makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.

Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.

Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyaak spend duit untuk makanan.

Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience.

Kami s**a melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?

Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan?

Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.

Adam Kelvin
Okaylah. Banyak p**a saya tulis malam ni. Bagi saya rehat 4-5 hari sekejap ya. 😅

Tanda Dilamun Cinta!
05/12/2022

Tanda Dilamun Cinta!

Setiap manusia fitrahnya mempunyai perasaan untuk jatuh cinta, untuk menyayangi dan untuk merindui. Tetapi setiap manusia mesti ada perasaan s**a kepada seseorang tetapi tidak berani untuk meluahkan. Kadang-kadang boleh sampai berangan bagaimana kalau anda bersama dengan dia. Bahagia betul! Ada tand...

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MejaTulis.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share