Cikgu Nabila

Cikgu Nabila ๐Ÿ”ด Toya Jb HQ
๐Ÿ”ด Trainer Mamasab International Sdn Bhd
๐Ÿ”ด FTR
wasap.my/60132587424/PagesCikguNabila ๐ŸŒท

29/01/2024

Rahsia terbesar untuk berjaya? Solat Tahajjud.

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.โ€ (Imam Syafie)

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah jaga dan lindungilah  rakyat palestine dan bimbinglah semua umat Nabi Muhammad kemba...
29/01/2024

Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah jaga dan lindungilah rakyat palestine dan bimbinglah semua umat Nabi Muhammad kembali di jalan-Mu. Aamiin Ya Mujib.๐Ÿคฒ๐Ÿป ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿค

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

ุญูŽุณู’ุจูู†ูŽุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽูƒููŠู’ู„ู ู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู„ูŽู‰ ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุตููŠู’ุฑู

โ€œCukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.โ€

Malaysia โ€ข We are here, to stand with Palestine as always ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

๐Ÿ‰ Salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Ga z a Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan dan kongsikan segera.
๐ƒ๐€๐๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ Surau (Al Syubbaniah) dan Maahad Tahfiz, Kampong Pengkalan Gate Ipoh, Perak

SUMBANGAN INFAQ, WAQAF, ZAKAT KE AKAUN
MAYBANK
5580 3361 2915

PERTANYAAN HUBUNGI:
NO ADMIN (012-5048241)

Sama ada ibu bapa kita masih hidup atau sudah meninggal dunia jangan tinggalkan doa ini. Doa Untuk Ibu Bapa.

ุฑูŽุจูู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠู’ ูˆูŽู„ููˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠูŽู‘ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ูŠูŽุงู†ููŠู’ ุตูŽุบููŠู’ุฑู‹ุง

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. โค๏ธโœจ

Semoga para sahabat yang membaca doa untuk kedua ibu bapa ini, agar diberikan kelapangan dalam apa juga perkara.

Aamiin Ya Bari Ya Wakil Ya Mujib Ya Allah.๐Ÿคฒโ™ฅ


๐Ÿ–ค๐Ÿ–ค๐Ÿ–ค
๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ/๐—ฐ๐—ผ๐—บ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜/๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ

Kwn shared tips cara untk kemas Rumah dlm group..mak pun apply la...mmg berjaya...tip2nya ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡......................... ...
27/01/2024

Kwn shared tips cara untk kemas Rumah dlm group..mak pun apply la...mmg berjaya...tip2nya ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡......................... ................................................

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Jom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot โค

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah โค

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah โค

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba ๐Ÿ˜Š

Kredit : nik zainah muhammad

27/01/2024

๐Ÿ“ Pantai Manis, Tg Sedili, Kota Tinggi

Bestnya datang sini boleh hilangkan stress dengan tenang! ๐Ÿ˜Š
Sambil menikmati view pantai, sambil menjamu selera di gerai-gerai makanan yang ada kat sini seperti celup tepung, seafood dan banyak lagi ๐Ÿ˜‹

Pantai MANIS Tanjung Sedili
๐Ÿ” Location : https://g.co/kgs/bUPGeq

Menuยฒ

๐Ÿ“ AngahCt Pantai Manis, Tg.Sedili
Abc Viral
Ais Jagung
Ais Kepal
Ais Jelly
Kerang Bakar
Ikan Bakar
Sotong Bakar
Chicken Chop

๐Ÿ“ Ibu Ct Pantai Manis

Koktel Buah
Asam Pedas
Masak Lemak Cili Api
Botokยฒ Ikan & Udang
Kerabu Maggi
Maggi Special & Seafood

๐Ÿ“ Celup2 Abang Jago
Masakan Panas
Air โ…” Layers

๐Ÿ“ Geraiยฒ Pantai Manis, Tg.Sedili
Coconut Shake
Ais Blend
Buah Potong
Steamboat
Yong Tau Foo
Burger
Roti John
Kebab

JOM LEPAK SANTAI TEPI PANTAI ๐Ÿ๏ธ ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


www.wasap.my/60132587424/suprisedeliverymalaysia

Semalam teman isteri beli brg mentah...Saya pilih ikan, saya bg org tu timbang...dia pun lekatkan tanda harga pastu saya...
27/01/2024

Semalam teman isteri beli brg mentah...

Saya pilih ikan, saya bg org tu timbang...dia pun lekatkan tanda harga pastu saya tgok...

2 ekor bawal, RM18...

Saya ambik ikan kembung, timbang, tgok harga, RM25...ambik cencaru 4 ekor, RM15...saya ikut isteri ke bahagian sayur, ambik bendi, tomato, sawi, carrot, cili, timbang, tgok harga...saya congak dlm kepala harga smua brg tu, pastu ready utk p bayar...

"Ada apa2 lagi x...?" Saya tnya dia...

Isteri kata xde cuma japg kena beli ayam kedai lain plak...ok, terus ke kaunter, bayar...smua yg isteri ambik, dlm RM90...then trus ke kedai ayam...sebelum dia turun, saya hulur RM50...

Pastu dia masuk balik, dia bg dlm RM15...

"Ayam tadi brapa...?" Saya tanya...

RM35 utk 2 ekor, saiz sedang...sggah kejap bang kedai cina depan tu, nk ambik minyak, santan, tepung skit...saya hulur lagi RM50 sebelum turun kereta...

Dia naik kereta, dia bagi baki RM30...Total brg dia beli, yg memang dia perlu beli tu dlm RM20...

Smpai je rumah, saya kira balik,

Kedai ikan/sayur : RM90
Kedai ayam : RM35
Kedai runcit : RM20
Total : RM145

Itu sekali dia beli, belanja utk guna maximum seminggu, minimum 4 hari...selalunya dan kebiasaannya, seminggu 2x kluar belanja brg mentah...jadi anggaran dlm RM300 seminggu utk brg mentah SAHAJA...

Setiap kali dia ckp "ESOK NAK KLUAR BELI BRG", maka setiap kali tu lah saya topup beg duit dia...letak RM100 - RM150, selit plak lagi RM50 utk spare klu tak cukup...

Lepas balik keje, saya tgok baki dlm beg dia, saya topup lagi setakat mana yg ada dlm beg sendiri...

Itulah LIVING COSTS hari ni, itulah hakikat dan kenyataan perbelanjaan dapur, brg mentah si isteri...no way dan impossible dah klu bg RM50, pastu bila isteri kata tak cukup, kita anggap dia boros, tak pandai manage duit...

Brg2 hari ni harganya tak murah ya wahai para suami...naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dgn keadaan dan situasi semasa...2024, nak BERJIMAT mcm mana pun xtahu dah...

Kredit: Firdaus Shakirin

Jom upgrade ilmu, iman amal dengan FTR. Niat Lillahi Ta'ala โœ…

Dapatkan kat sini :
https://t.ly/_FSj3

Sebarang pertanyaan, terus tekan link wasap ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Wasap.my/60132587424/bukuFTR

27/01/2024
27/01/2024
27/01/2024

Jangan tengok bahagian komen tau sebab ada testimoni PEMBACA FTR yang Hutang Langsai asbab amal Formula dalam FTR ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Pin ! Pin ! Pin ! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃMAMASAB readyyy nak terima tempahan  kurma atau cookies raya secara BULK ORDER๐Ÿฅฐ๐ŸฅฐMana yang nak order ...
25/01/2024

Pin ! Pin ! Pin ! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

MAMASAB readyyy nak terima tempahan kurma atau cookies raya secara BULK ORDER๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Mana yang nak order mungkin untuk
โญ Hadiah staff
โญ Exclusive doorgift
โญ Corporate gift
โญ Dinner
dan lain2

๐ŸŒนkurma Ajwa madinah RM 38 untuk 400 gram (+-65pcs)

kenapa memilih mamasab?
๐Ÿ”ฅbrand besar
๐Ÿ”ฅkualiti premium
๐Ÿ”ฅharga mampu milik
๐Ÿ”ฅsetiap bulan terima tempahan order dari coorporate company
๐Ÿ”ฅrepeat order tinggi

sangatt berbaloiii!

Contactt nowww ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

www.wasap.my/60132597424/nakbulkorderkurmadanbiskutraya2401

25/01/2024

Pantai MANIS Tanjung Sedili
Buka 11am-7pm

Menu
=====
Celupยฒ Abang Jago
Kerang, sotong, udang, ikan bakar
Masakan panas

Abc, Ais jagung, Ais kepal
Air Layer & Es Boba
Aiskrim Malaysia

Asam Pedas
Koktel Buah
Rojak tahu, buah dan rojak petis

Perlukan kek untuk sambut , , day dan ?

Jangan risau penghantaran seluruh Malaysia dan Singapore. Wasap segera : www.wasap.my/60132587424/suprisekandia

PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH) UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN ๐ŸŒ•Puasa sunat hari putih adalah puasa sunat selama tig...
25/01/2024

PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH) UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN ๐ŸŒ•

Puasa sunat hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.

Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูู†ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽุตููˆู…ูŽ ุงู„ู’ุจููŠุถูŽ: ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ. ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‡ูู†ู‘ูŽ ูƒูŽู‡ูŽูŠู’ุฆูŽุฉู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.โ€ (HR Abu Daud, hadis sahih)

โ€ข NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุงูŽูŠูŽู‘ุงู…ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุถู ุณูู†ูŽู‘ุฉู‹ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya: โ€œSahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.โ€

โ€ข NIAT PUASA ISNIN KHAMIS

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฅูุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู / ุงู„ู’ุฎูŽู…ููŠุณู ุณูู†ูŽู‘ุฉู‹ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya: โ€œSahaja aku puasa sunat hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala.โ€

โ€ข NIAT PUASA SUNAT REJAB

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุบูŽุฏู ููู‰ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽุฌูŽุจู ุณูู†ูŽู‘ุฉู‹ ูู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya: "โ€œSahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan rejab kerana Allah taโ€™alaโ€

๐Ÿ”ถ InsyaAllah, kita cuba berniat Berikut tarikh puasa hari putih

๐Ÿ”นKhamis - 13 Rejab, 25 Januari 2024- Puasa Sunat Hari Putih, Puasa Sunat Rejab & Puasa Sunat Hari Khamis

๐Ÿ”นJumaat - 14 Rejab, 26 Januari 2024- Puasa Sunat Hari Putih & Puasa Sunat Rejab

๐Ÿ”นSabtu - 15 Rejab, 27 Januari 2024- Puasa Sunat Hari Putih & Puasa Sunat Rejab

InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 25-27 Januari 2024 bersamaan 13-15 Rejab 1445H.

๐Ÿ”ถBOLEHKAH GABUNG NIAT PUASA QADAโ€™ DENGAN PUASA SUNAT HARI PUTIH?

Jawapan: Fuqahaโ€™ dalam Mazhab Syafie berselisih pandangan tentang isu menggabungkan niat puasa, ia termasuk dalam kupasan gabung niat puasa enam syawal juga.

1. Pandangan Pertama: Hanya Sah Satu Niat Sahaja

Pandangan Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari (ulamaโ€™ di dalam mazhab Syafie), yang dijelaskan dalam kitab Syarqawi โ€˜ala al-Tahrir.

โ€œJika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk puasa qada atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Pahala yang sempurna tidak akan diperoleh melainkan dengan hanya berniat puasa khusus untuk enam hari di bulan Syawal sahaja.โ€

2. Pandangan Kedua: Sah Niat Kedua-Duanya

Imam as-Suyuti (ulama mazhab Syafie) menjelaskan dalam kitab Ashbah Wan Nazoir, berkata:

โ€œSekiranya seseorang berpuasa sunat, qada atau nazar atau kafarah dan menggabungkan niat puasa sunat dengan wajib, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (niat secara umum) maka keadaan tersebut mengikut seperti hukum solat Tahiyyatul Masjid.โ€

Imam Ibnu Hajar al-Haitami (ulama mazhab Syafie) p**a membincangkannya dalam kitab al-Fatwa al-Kubra:

โ€œJika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau jika diniatkan salah satu, maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.โ€

Kesimp**annya, menurut pendapat M***i wilayah Persekutuan dalam kupasan gabung niat puasa qadaโ€™ dan sunat bahawa boleh untuk menggabungkan niat serta dia memperoleh ganjaran pahala kedua-duanya. (perlu niat sebelum masuk waktu subuh).

Namun, perbuatan yang lebih sempurna dan afdhal adalah dengan berpuasa bagi setiap satunya secara berasingan, sebagai mengambil sikap berhati-hati (Ihtiyat) dan keluar daripada khilaf mereka yang melarang perbuatan tersebut.

๐Ÿ”ถBOLEHKAH GABUNG PUASA SUNAT HARI PUTIH DENGAN PUASA SUNAT REJAB?

Jawapan: Menurut M***i Wilayah Persekutuan, hukum gabung beberapa niat dalam satu puasa sunat adalah harus terutama bila jatuh pelaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa 6 Syawal, Puasa Hari Putih, Puasa Isnin Khamis, maka sebahagian Ulamaโ€™ mensyaratkan supaya menggabungkan niat, sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.

Menurut Syeikh Sulaiman al-Bijairimi dalam Tuhfah al-Habib:
โ€œSyarat kedua ialah menentukan niat dalam puasa fardu contohnya dengan seseorang itu berniat setiap malam bahawa dia akan berpuasa pada siang hari esoknya dalam bulan Ramadhan, atau kerana nazar, atau kerana kaffarah, kerana puasa itu adalah ibadah yang dilampirkan kepada waktu tertentu maka wajib menentukannya dalam niat sama seperti solat lima waktu. Maka hukum puasa sunat terkeluar daripada hukum puasa fardu. Justeru, sah puasa sunat jika diniatkan secara mutlak.

Begitu juga pandangan Imam al-Nawawi dalam al-Majmuโ€™ iaitu yang disebutkan secara mutlak oleh Ashab dan sewajarnya disyaratkan ta`yin dalam puasa ratib (yang berulang saban waktu) seperti puasa Arafah, Asyuraโ€™, Hari-Hari Putih, Enam Syawal, sama seperti solat sunat rawatib bagi solat (fardu).โ€ Maka (hujah) ini dijawab: puasa pada hari-hari yang disebutkan itu munsarif ilaiha (telah berpindah ke dalamnya), bahkan jika seseorang itu berniat puasa pada hari itu, tanpa disertai dengan niat-niat tadi, masih terhasil pahala puasa-puasa tadi, sama seperti hukum tahiyyahul masjid, kerana tujuan yang dikehendaki adalah wujudnya puasa pada hari-hari tadi.โ€

Pendapat muktamad oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam Mughni al-Muhtaj, di sisi Imam Ibn Hajar al-Haitami, beliau mengesahkan puasa sunat yang diniatkan secara mutlak, tetapi mensyaratkan ta`yin dengan niat-niat tertentu, seperti berniat puasa dengan sertakan niat puasa 6, hari putih dan puasa Isnin Khamis, untuk mendapatkan pahala kesempurnaan dan pahala berganda.

Kesimp**an daripada perbahasan ulamaโ€™ tentang gabung beberapa niat dalam satu puasa sunat diharuskan seperti niat puasa sunat rejab dengan puasa sunat hari putih bila waktunya berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan berpuasa. Sebahagian ulamaโ€™ mensyaratkan tentukan ta'yin (niat), manakala sebahagian yang lain tidak meletakkan syarat, Wallahualam.

๐Ÿ”ถ KELEBIHAN BERPUASA HARI PUTIH MENURUT SAINS

1. Satu kajian dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California. Hasil kajian yang dibentangkan berkaitan kelebihan puasa hari putih atau 3 hari berturut-turut dari sudut kesihatan.

2. Kajian dilakukan ke atas sekump**an peserta yang telah diarahkan untuk berpuasa antara 2 hingga 4 hari dalam sebulan dan memakan tempoh selama 6 bulan secara berturut-turut mendapati bahawa sistem ketahanan badan mereka berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.

3. Penurunan penghasilan hormon yang telah dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor dalam badan menjadi lebih baik. Hal ini bermaksud, risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser otak tipis.

4. Sistem badan kita juga dikatakan akan cuba menyimpan tenaga apabila berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel ketahanan badan akan dikitar semula terutamanya yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi.

Hal ini bermaksud, puasa dengan diikuti makanan yang sihat mampu untuk memulihkan sistem ketahanan badan agar menjadi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.

5. Ia juga salah satu rawatan dan alternatif yang sesuai kepada pesakit yang sedang menjalani kemoterapi untuk mengembalikan semula sel-sel darah yang kurang serta membantu memberi kekuatan.

Rujukan:
1. Laman Web M***i Wilayah Persekutuan.
2. Prolonged fasting reduces IGF-1/PKA to promote hematopoietic-stem-cell-based regeneration and reverse immunosuppression,
3. Cheng CW, Adams GB, Perin L. Targeting protein kinase A in cancer therapy, Sapio L, Di Maiolo F, Illiano M.

Semoga bermanfaat buat semua.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

Asmaโ€™ binti Harun & Tim Penyelidikan

Pin ! Pin ! Pin ! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃMAMASAB readyyy nak terima tempahan  kurma atau cookies raya secara BULK ORDER๐Ÿฅฐ๐ŸฅฐMana yang nak order ...
24/01/2024

Pin ! Pin ! Pin ! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

MAMASAB readyyy nak terima tempahan kurma atau cookies raya secara BULK ORDER๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Mana yang nak order mungkin untuk
โญ Hadiah staff
โญ Exclusive doorgift
โญ Corporate gift
โญ Dinner
dan lain2

๐ŸŒนkurma Ajwa madinah RM 38 untuk 400 gram (+-65pcs)

kenapa memilih mamasab?
๐Ÿ”ฅbrand besar
๐Ÿ”ฅkualiti premium
๐Ÿ”ฅharga mampu milik
๐Ÿ”ฅsetiap bulan terima tempahan order dari coorporate company
๐Ÿ”ฅrepeat order tinggi

sangatt berbaloiii!

Contactt nowww ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60132587424/nakbulkorderkurmadanbiskutraya2401

24/01/2024

Esok jom ke sini ๐Ÿ˜Š

Ada sijil spm je?Ada sijil pmr je?Ada sijil kemahiran je?Tak bekerja kerajaan?Tak bekerja besar-besar makan gaji?Tak pay...
21/01/2024

Ada sijil spm je?
Ada sijil pmr je?
Ada sijil kemahiran je?
Tak bekerja kerajaan?
Tak bekerja besar-besar makan gaji?
Tak payah malu segan. ๐Ÿ˜Ž
Semua itu hanya tiket dunia.
Bukan tiket akhirat.
Ada bapak gajah sijil pun tapi kalau tak bermanfaat untuk ummat islam tak payah bangga tak hala. Untuk diri sendiri pun tak tahu kemana. ๐Ÿ˜Ž
Anda dapatkan sijil tu untuk apa? Cuba tanya diri bebetul? Sebab benar-benar nak dapat ilmu atau nak dapatkan pkerjaan terbaik atau sebab memang kena pergi sekolah?
Sudah cukup-cukuplah sudah duk banding sijil itu ini. Tak bermanfaat langsung. Buat tambah riak di dada. Hilang pahala segala.
Tak perlu berlumba tinggi mana akademik.
Tapi berlumbalah tinggi mana akhlak dan manfaat diberi untuk ummah.
Buruh dijalanan itu pahalanya lebih besar kalau kita ketahui. Mereka takda sijil tinggi. Ada yang tak sekolah pun. Tanpa mereka mana mungkin ada jalan raya cantik-cantik sekarang. Ada kita ucap terima kasih atau berikan doa untuk mereka? Takda...๐Ÿ˜ข sahkan nak ucapkan terima kasih apatah doa. Ingat pun tak. ๐Ÿ˜ข
Sentiasalah pandang kebawah dan bersyukur.
Nora Yusof.

- ๏ทฝ โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขAssalamualaikum...Demi Allah, tiada seorang pun yang berbaik sangka kepada Allah, melainkan pasti akan memberik...
21/01/2024

- ๏ทฝ โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

Assalamualaikum...

Demi Allah, tiada seorang pun yang berbaik sangka kepada Allah, melainkan pasti akan memberikan kepadanya apa yang ia sangkakan.

Sebab, semua kebaikan itu ada dalam genggaman Allah.

Apabila Allah sudah memberi husnudzonNya, bererti Allah akan memberi apa yang disangkakannya itu. -Abdullah bin Mas'ud

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat...

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, โ€œsampaikanlah dariku walau satu ayatโ€ dan โ€œsetiap kebaikan adalah sedekah.โ€ Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manfaat.
---------------

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada,
Cikgu Nabila

Facebook :
m.facebook.com/cikgunabilaofficial

TikTok :
tiktok.com/
tiktok.com/

Telegram :
t.me/cikgu_nabila_official
t.me/cikgunabilaofficial

Instagram :
Instagram.com/cikgu_nabila_official
Intagram.com/cikgunabilaofficial

WHATSAPP CHANNEL :
https://whatsapp.com/channel/0029VaKFOrmFsn0mEPm2kY2v

FB GROUP : kongsi rezeki ilmu tips dan doa harian
https://www.facebook.com/groups/2472166206298533/?ref=share

ASK & REVIEW :
Linktr.ee/CikguNabilaOfficial

 # Doa mohon dijauhkan dari perbuatan syirik  #ุงู„ู„ู’ู‡ู…ูŽู‘ ุฅู†ููŠู‘ ุฃุนููˆุฐ ุจููƒูŽ ุฃู†ู’ ุฃุดู’ุฑูƒูŽ ุจููƒูŽ ูˆูŽุฃู†ูŽุง ุฃุนู’ู„ูŽู…ู ูˆูŽุฃุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูƒูŽ ู„...
21/01/2024

# Doa mohon dijauhkan dari perbuatan syirik #
ุงู„ู„ู’ู‡ู…ูŽู‘ ุฅู†ููŠู‘ ุฃุนููˆุฐ ุจููƒูŽ ุฃู†ู’ ุฃุดู’ุฑูƒูŽ ุจููƒูŽ ูˆูŽุฃู†ูŽุง ุฃุนู’ู„ูŽู…ู ูˆูŽุฃุณู’ุชูŽุบู’ููุฑูƒูŽ ู„ูู…ูŽุง ู„ุง ุฃุนู’ู„ูŽู…
โ€œYa Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari menyekutukan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepadaMu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui.โ€ Barangsiapa mengucapkan demikian, Allah akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil. (Lihat Shahih Al Jamiโ€™ No. 3625)
Termasuk doa penting yg setiap hari ,setiap sujud,layak kita munajatkan kepada-Nya mengingat amal yg tercampuri syirik akan hapus sia-sia.

Address


Website

http://Orderproduk.com/95713

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Nabila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share