Jabatan Pengajian Am PSMZA

  • Home
  • Jabatan Pengajian Am PSMZA

Jabatan Pengajian Am PSMZA Info Aktiviti Jabatan Pengajian Am PSMZA

KURSUS ANDRAGOGY FOR TECHNICAL-BASED LEARNERTarikh: 9 Jun 2024 | AhadMasa: 8.00 pagi - 4.30 petangTempat: Bilik Seminar ...
10/06/2024

KURSUS ANDRAGOGY FOR TECHNICAL-BASED LEARNER

Tarikh: 9 Jun 2024 | Ahad
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Seminar ULPL

Terima kasih diucapkan kepada penceramah Dr. Fatin Aliana binti Mohd Radzi, dari UITM Selangor. Pelbagai teknik telah dikongsikan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang dapat diaplikasikan oleh para pensyarah.

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) MPU22071 KURSUS INTEGRITI ANTIRASUAH Tarikh : 4 & 5 Jun 2024Tempat: Bilik Seminar ULP...
10/06/2024

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) MPU22071 KURSUS INTEGRITI ANTIRASUAH

Tarikh : 4 & 5 Jun 2024
Tempat: Bilik Seminar ULPL
Anjuran: Unit Pendidikan Islam, JPA

Terima kasih diucapkan kepada PPj Mohd Nadzri bin Ibrahim dari SPRM Putrajaya dan Encik Jamalizamani bin Jamaluddin dari Politeknik Nilai di atas kesudian menjadi penceramah bagi bengkel ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

SELAMAT HARI LAHIR🎉Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan Jun 2024. Semoga dikurniakan...
09/06/2024

SELAMAT HARI LAHIR🎉

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan Jun 2024. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Ikhlas daripada kami,
Warga Jabatan Pengajian Am.

BENGKEL PENULISAN BUKU RUJUKAN BAGI KURSUS DI JPA Tarikh: 20 - 21 Mei 2024 (Isnin-Selasa) Tempat: Dewan Sri Gadung, Hote...
26/05/2024

BENGKEL PENULISAN BUKU RUJUKAN BAGI KURSUS DI JPA

Tarikh: 20 - 21 Mei 2024 (Isnin-Selasa)
Tempat: Dewan Sri Gadung, Hotel UITM Dungun & JPA

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Penulisan Buku Rujukan bersama Prof. Dr. Azman bin Che Mat, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa dan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun.

Pelbagai ilmu telah dikongsikan bersama dan semoga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para pensyarah dalam menghasilkan buku rujukan yang berkualiti.

SELAMAT HARI GURU👨‍🏫👩‍🏫Selamat hari guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Semoga dapat terus mendidik anak bangsa ...
16/05/2024

SELAMAT HARI GURU👨‍🏫👩‍🏫
Selamat hari guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Semoga dapat terus mendidik anak bangsa tanpa jemu.

"Guru yang hebat tidak hanya mengajar, mereka menginspirasi dan membimbing."

SELAMAT HARI LAHIR🎉Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan Mei 2024. Semoga dikurniakan...
09/05/2024

SELAMAT HARI LAHIR🎉

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan Mei 2024. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Ikhlas daripada kami,
Warga Jabatan Pengajian Am.

KURSUS PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENYELIDIKANTarikh: 5 Mei 2024 (Ahad)Masa: 8.30 pagi - 4.30 petangTempat: Secara dalam...
07/05/2024

KURSUS PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENYELIDIKAN

Tarikh: 5 Mei 2024 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Secara dalam talian

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Faharol bin Zubir, yang merupakan seorang pensyarah di UNIMAP. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta mengenai penggunaan teknologi, khususnya ChatGPT dalam proses penyelidikan. Seramai 57 orang peserta telah menyertai kursus ini. Pelbagai jenis platform yang menarik dan bermanfaat telah dikongsikan oleh penceramah.

Kursus ini telah dibahagikan kepada 3 slot,
Slot 1: Pengenalan ChatGPT dalam Penulisan Tinjauan Literatur
Slot 2: Penggunaan & Penulisan Tinjauan Menggunakan ChatGPT
Slot 3: Analisis Data menggunakan ChatGPT

Semoga kursus seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang, supaya para pensyarah akan lebih proaktif, bersemangat dan berkeyakinan dalam membuat kajian dan penyelidikan.

PLOGGING: JOM! LESTARIKAN ALAM SEKITARTarikh: 3 Mei 2024 (Jumaat)Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hariJabatan Pengajian Am...
05/05/2024

PLOGGING: JOM! LESTARIKAN ALAM SEKITAR

Tarikh: 3 Mei 2024 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

Jabatan Pengajian Am, PSMZA dengan kerjasama Geng Plastik Ija telah menganjurkan program plogging di Pantai Sura, Dungun. Program ini turut sama disertai oleh para pelajar. Semoga dengan usaha ini, kita dapat bersama-sama menjaga kebersihan kawasan pantai.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut sama terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Norni binti Abdul Wahab & Puan Noraini binti Ismail di atas pencapaian yang cemer...
30/04/2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Norni binti Abdul Wahab & Puan Noraini binti Ismail di atas pencapaian yang cemerlang di dalam INNOFEST 2024 (International Innovation Festival) yang dianjurkan oleh Politeknik Sandakan Sabah pada 30 April 2024.

Penyertaan: Kategori Teaching & Learning: Aplikasi eVokal.
Pencapaian: Gold
Oleh: Puan Norni binti Abdul Wahab & Puan Noraini binti Ismail

SEMINAR PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIANTarikh: 29 April 2024 (Isnin)Masa: 8.30 pagi - 1.00...
30/04/2024

SEMINAR PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN

Tarikh: 29 April 2024 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Dagang, PSMZA

Unit Pendidikan Islam, JPA telah menganjurkan satu seminar bersama Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah. Turut hadir pelajar tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah.

Syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

WACANA ILMU: PENCERAIAN BUKAN PERMINTAANTarikh: 24 April 2024 (Rabu)Tempat: Pusat IslamMasa: 9.00 pagi - 4.30 petangTeri...
28/04/2024

WACANA ILMU: PENCERAIAN BUKAN PERMINTAAN

Tarikh: 24 April 2024 (Rabu)
Tempat: Pusat Islam
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang

Terima kasih diucapkan kepada penceramah, Ustaz Muhammad Hakim Adli bin Abu Bakar dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di atas perkongsian ilmu bersama staf dan para pelajar. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.

PROGRAM BICARA HIKMAH: GRADUASI RAMADANTarikh: 22 April 2024 (Isnin)Tempat: Pusat IslamMasa: 6.45 petang - 9.45 malamJab...
24/04/2024

PROGRAM BICARA HIKMAH: GRADUASI RAMADAN

Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Tempat: Pusat Islam
Masa: 6.45 petang - 9.45 malam

Jabatan Pengajian Am telah menganjurkan ceramah bersama Al Fadhil Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dengan kerjasama Pusat Islam PSMZA dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Terima kasih diucapkan kepada penceramah di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Terima kasih juga diucapkan kepada semua staf dan pelajar yang turut sama menghadiri program ini.

SELAMAT HARI LAHIR🎉Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan April 2024. Semoga dikurniak...
02/04/2024

SELAMAT HARI LAHIR🎉

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan April 2024. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Ikhlas daripada kami,
Warga Jabatan Pengajian Am.

PRODUCT PITCHING COMPETITION: UNLEASHING YOUR ULTIMATE POTENTIAL IN CAPTURING TARGETED PROSPECTTarikh: 27 Mac 2024 (Rabu...
01/04/2024

PRODUCT PITCHING COMPETITION: UNLEASHING YOUR ULTIMATE POTENTIAL IN CAPTURING TARGETED PROSPECT

Tarikh: 27 Mac 2024 (Rabu)
Tempat: Dewan Kuliah JKM, PSMZA

Program ini dianjurkan oleh Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am sebagai salah satu inisiatif untuk memberi fokus kepada kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Pelajar juga diberi peluang untuk menggunakan kreativiti mereka dalam menyampaikan informasi dengan menambah elemen multimedia dan digital teknologi dalam penghasilan video Product Pitching untuk kegunaan PdP. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang Product Pitching Competition.

PROGRAM JOB HUNTING SKILLSTarikh: 25 Mac 2024 (Isnin)Tempat: Dewan Kuliah Utama, PSMZASelesai sudah program Job Hunting ...
26/03/2024

PROGRAM JOB HUNTING SKILLS

Tarikh: 25 Mac 2024 (Isnin)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, PSMZA

Selesai sudah program Job Hunting Skills bersama En Nor Idham bin Che Ghani, Career Coach @ Job Wharf. Terima kasih diucapkan kepada penceramah kerana sudi berkongsi ilmu bersama para pelajar.

Program ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang mengambil kursus DUE50032.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn Nor Hasniati binti Abdullah @ Mahmud dan Pn Wan Zakiah binti Wan Yunus kerana telah...
25/03/2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn Nor Hasniati binti Abdullah @ Mahmud dan Pn Wan Zakiah binti Wan Yunus kerana telah memenangi anugerah eBook terbaik.

Tajuk eBook: Peranan Serta Tanggungjawab Individu dalam Masyarakat dan Negara.

Semoga kejayaan yang dicapai ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju jaya di masa akan datang.

SELAMAT HARI LAHIR🎉Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan Mac 2024. Semoga dikurniakan...
22/03/2024

SELAMAT HARI LAHIR🎉

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf Jabatan Pengajian Am bagi bulan Mac 2024. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Ikhlas daripada kami,
Warga Jabatan Pengajian Am.

BENGKEL PEMBANGUNAN MOBILE APP BERASASKAN THUNKABLE DALAM PDPTarikh: 19 Mac 2024 (Selasa)Masa: 8.30 pagi - 4.30 petangTe...
21/03/2024

BENGKEL PEMBANGUNAN MOBILE APP BERASASKAN THUNKABLE DALAM PDP

Tarikh: 19 Mac 2024 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Secara atas talian

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Penceramah En Mohamad Sobri Bin Suhaili, dari Politeknik Mukah, Sarawak atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat digunakan untuk meningkatkan keberkesanan PdP.

SUMBANGAN IFTAR PELAJAR KAMSIS12/3/2024 (1 Ramadan 1445H)Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua staf Jabatan...
17/03/2024

SUMBANGAN IFTAR PELAJAR KAMSIS
12/3/2024 (1 Ramadan 1445H)

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua staf Jabatan Pengajian Am yang telah berkongsi rezeki untuk Sumbangan Iftar Pelajar Kamsis pada 1 Ramadan 1445H. Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam bulan yang mulia ini.

RAMADAN KAREEM🕌Jabatan Pengajian Am, PSMZA mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1445H/2024M kepada sem...
12/03/2024

RAMADAN KAREEM🕌

Jabatan Pengajian Am, PSMZA mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1445H/2024M kepada semua muslimin dan muslimat.

PROGRAM TRANSFER KNOWLEDGE AND SKILLS IN TVET EDUCATIONTarikh: 5/3/2024 (Selasa)Masa: 8.30 pagiTempat: Taman Kucing Buki...
05/03/2024

PROGRAM TRANSFER KNOWLEDGE AND SKILLS IN TVET EDUCATION

Tarikh: 5/3/2024 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Taman Kucing Bukit Bauk Dungun

Program ini disertai oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) bersama MPD di Taman Kucing Bukit Bauk Dungun dan dikelolakan oleh Puan Norni binti Abdul Wahab dari Jabatan Pengajian Am.

Objektif program ini adalah untuk menyumbang bidang kepakaran pelajar kepada komuniti setempat, menanam nilai kasih sayang manusia kepada binatang peliharaan dan menjalinkan hubungan baik antara pelajar PSMZA dengan masyarakat luar.

KURSUS INTENSIF HAJI DAERAH DUNGUNTarikh: 1/3/2024 & 2/3/2024Tempat: Politeknik Sultan Mizan Zainal AbidinTerima kasih d...
05/03/2024

KURSUS INTENSIF HAJI DAERAH DUNGUN

Tarikh: 1/3/2024 & 2/3/2024
Tempat: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengajian Islam kerana telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Haji yang telah berlangsung selama 2 hari dengan jayanya.

Sesi penerangan dan sesi praktikal ibadah haji diadakan bagi memberi pemahaman yang mendalam kepada jemaah haji yang terlibat sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah haji.

KURSUS PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PDP: ANIMIZTarikh: 28/2/2024 (Rabu)Tempat: GLAB 1, JMSKBengkel ini disertai oleh semu...
29/02/2024

KURSUS PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PDP: ANIMIZ

Tarikh: 28/2/2024 (Rabu)
Tempat: GLAB 1, JMSK

Bengkel ini disertai oleh semua pensyarah Jabatan Pengajian Am dan bertujuan untuk menambah kepakaran pensyarah dalam menghasilkan bahan PdP seperti video animasi yang efektif dan menarik.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah, En Najmi Wahidi bin Wahab dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi di atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat.

GOTONG ROYONG EKSA ZON RAWATarikh: 27/2/2024 (Selasa)Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagiAlhamdulillah... Gotong-royong EKSA ber...
29/02/2024

GOTONG ROYONG EKSA ZON RAWA

Tarikh: 27/2/2024 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi

Alhamdulillah... Gotong-royong EKSA berjalan dengan jayanya seperti dirancang. Fokus utama gotong royong Zon Rawa pada kali ini adalah untuk menghasilkan satu taman herba dan ulam-ulaman. Materialnya adalah berasaskan bahan terbuang seperti tayar dan bekas sabun pelbagai warna sebagai langkah penjimatan yang menatijahkan warna-warni indah umpama pelangi. Selain warna-warna pelangi, taman ini juga menerapkan konsep teknologi hijau dan berupaya mengurangkan pembaziran di samping menambahkan keceriaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut sama membantu menceriakan kawasan Zon Rawa.

PROGRAM MOBILE VIDEO AND EDITING COURSETarikh: 26/2/2024 (Isnin)Tempat: GLAB 1, JMSKAnjuran: Unit Bahasa Inggeris, Jabat...
29/02/2024

PROGRAM MOBILE VIDEO AND EDITING COURSE

Tarikh: 26/2/2024 (Isnin)
Tempat: GLAB 1, JMSK
Anjuran: Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am.

Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar menghasilkan video PdP melalui pelbagai kaedah yang menarik, mempelajari teknik dan kepelbagaian kegunaan dalam menghasilkan video yang bermutu tinggi dan menghasilkan video PdP untuk kegunaan PdP yang lebih kreatif dan terkini.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah, En Roshaizul Nizam bin Mohd Sani yang telah berkongsi ilmu bersama para pelajar dari kursus DIT, semester 1. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pelajar.

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS KETUA KURSUS PENGAJIAN ISLAM (KKPI)Telah berlangsung Majlis Penyerahan Tugas KKPI pada 14/2/2024...
29/02/2024

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS KETUA KURSUS PENGAJIAN ISLAM (KKPI)

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Tugas KKPI pada 14/2/2024. Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada KKPI yang baharu iaitu Pn Wan Khairuni bt Wan Jusoh. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Siti Khatijah bt Said yang telah berkhidmat sebagai KKPI bermula 18/7/2022 sehingga 4/2/2024.

PELANTIKAN KETUA KURSUS PENGAJIAN ISLAM YANG BAHARUSekalung tahniah diucapkan kepada Pn. Wan Khairuni binti Wan Jusoh di...
05/02/2024

PELANTIKAN KETUA KURSUS PENGAJIAN ISLAM YANG BAHARU

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn. Wan Khairuni binti Wan Jusoh di atas pelantikan sebagai Ketua Kursus Pengajian Islam yang baharu bermula pada 5 Februari 2024. Selamat menjalankan tugas dan semoga dapat menjalankan amanah dengan baik.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Siti Khatijah binti Said di atas perkhidmatan sebagai Ketua Kursus Pengajian Islam bermula pada 18 Julai 2022 sehingga 4 Februari 2024.

BENGKEL PEMURNIAN CIST KURSUS MPU SESI II, 2023/2024Tarikh: 22/1/2024Tempat: Makmal Bahasa, JPAPenceramah: Pn. Fatimah R...
29/01/2024

BENGKEL PEMURNIAN CIST KURSUS MPU SESI II, 2023/2024

Tarikh: 22/1/2024
Tempat: Makmal Bahasa, JPA
Penceramah: Pn. Fatimah Rusbiahty Binti Ahmad

Bengkel ini disertai oleh semua pensyarah Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am sebagai persiapan PdP bagi sesi yang akan dibuka iaitu sesi II, 2023/2024.

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN UJIAN KURSUS COMMUNICATIVE ENGLISHTarikh: 22/1/2024 & 23/1/2024Tempat: Bilik Mesyuarat JPABengk...
28/01/2024

BENGKEL PEMURNIAN SOALAN UJIAN KURSUS COMMUNICATIVE ENGLISH

Tarikh: 22/1/2024 & 23/1/2024
Tempat: Bilik Mesyuarat JPA

Bengkel ini disertai oleh semua pensyarah Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am sebagai persiapan PdP bagi sesi yang akan dibuka iaitu sesi II, 2023/2024.

PROGRAM TRANSFER KNOWLEDGE AND SKILLS: MENUJU SYURGA ILAHITarikh: 25/1/2024 (Khamis)Tempat: Pusat Islam, PSMZAAnjuran: U...
28/01/2024

PROGRAM TRANSFER KNOWLEDGE AND SKILLS: MENUJU SYURGA ILAHI

Tarikh: 25/1/2024 (Khamis)
Tempat: Pusat Islam, PSMZA
Anjuran: Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am.

Program ini merupakan program kolaborasi CSR bersama Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun. Terdapat seramai 52 orang pelajar darjah 5 dari sekolah berkenaan yang telah menyertai program ini.

Melalui program ini, pelajar dapat menambah ilmu tentang perkara asas dalam Islam sekaligus dapat membantu mereka dalam peperiksaan UPKK.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah, guru pengiring dan pelajar yang turut sama menjayakan program ini.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengajian Am PSMZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share