Gerakan Koperasi Negeri Kedah

  • Home
  • Gerakan Koperasi Negeri Kedah

Gerakan Koperasi Negeri Kedah Gerakan Koperasi Negeri Kedah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
28/01/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA






SELAMAT MEMPERINGATI ISRA' MIKRAJ
26/01/2025

SELAMAT MEMPERINGATI ISRA' MIKRAJ






PENGUMPULAN BAHAN PROMOSI GERAKAN KOPERASISKM Cawangan Negeri Kedah (SKM) dalam proses pengump**an bahan-bahan promosi k...
26/01/2025

PENGUMPULAN BAHAN PROMOSI GERAKAN KOPERASI

SKM Cawangan Negeri Kedah (SKM) dalam proses pengump**an bahan-bahan promosi koperasi bagi tujuan hebahan melalui media sosial SKM Cawangan Negeri Kedah. SKM mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bahan promosi sama ada dalam bentuk gambar, video atau pamplet daripada koperasi untuk mempromosikan produk, perkhidmatan atau aktiviti yang sedang dilaksanakan. Maklumt lanjut boleh berhubungn dengan bahagian Pengurusan Maklumat dan penerbitan SKM Negeri Kedah.

“Semoga ini akan membantu memperkasakan gerakan koperasi dan memberi manfaat kepada semua pihak. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda!”






MAJLIS PERASMIAN KOPERASI KELUARGA HAJI ROSLAN KEDAH BERHAD23 JANUARI 2025 (KHAMIS)RR Homestay Tualang Pokok SenaMajlis ...
23/01/2025

MAJLIS PERASMIAN KOPERASI KELUARGA HAJI ROSLAN KEDAH BERHAD

23 JANUARI 2025 (KHAMIS)
RR Homestay Tualang Pokok Sena

Majlis dimulakan sejak jam 8.00 pagi dengan Kuliah Dhuha, Booth SKM & usahawan tempatan, Pemeriksaan Kesihatan dan Kaunter Derma darah oleh Hospital Kuala Nerang.

Majlis Perasmian di mulakan pada jam 10.45 pagi. Encik Muhammad Shukur bin Md. Saffar, Timbalan Pengarah SKM Kedah mewakili Pengarah SKM Kedah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Koperasi.

Selepas selesai majlis perasmian, Pengerusi Koperasi, Leftenan Kolonel (B) Tuan Haji Roslan bin Hussin telah menyampaikan Sumbangan Kasih Komuniti kepada 50 orang penerima bantuan yang terdiri daripada asnaf Kariah Masjid sekitar Mukim Tualang, Pokok Sena. Sumbangan Kasih Komuniti tersebut adalah tajaan bersama-sama daripada Keluarga Haji Roslan Kedah Berhad, Syarikat Jakel Sdn Bhd dan Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Tualang.

Majlis diakhiri dengan Tahlil, Marhaban dan Jamuan Kenduri kepada semua hadirin dan komuniti setempat.






20/01/2025

Program Jom@Coop & Bicara Ilmu "Isu dan Cabaran Tatakelola Koperasi"

🔖 Program Jom@Coop & Bicara Ilmu

🟨 Tarikh : 6 Februari 2025 (Khamis)
🟩 Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
🟥 Lokasi : Hotel StarCity, Alor Setar, Kedah

Objektif :
✅ Memastikan peserta program seterusnya komuniti mengenali koperasi.
✅ Memastikan peserta program dan komuniti koperasi mengenali seterusnya memahami perkhidmatan yang ditawarkan oleh IKMa.
✅ Memastikan peserta program jelas akan peranan IKMa dan tahu program yang boleh diikuti di IKMa.

💸 Yuran Penyertaan: PERCUMA

📲 Daftar sekarang melalui pautan ini:
👉
https://bit.ly/JomDaftar_ProgramPromosi_IKMaZU_6Feb2025

Tarikh tutup permohonan: 30 Januari 2025




LAWATAN KE KOLAM PENTERNAKAN UDANG KOPERASI AGROTEKNOLOGI UTARA KEDAH BERHAD19 Januari 2025, Bedong- satu lawatan telah ...
20/01/2025

LAWATAN KE KOLAM PENTERNAKAN UDANG KOPERASI AGROTEKNOLOGI UTARA KEDAH BERHAD

19 Januari 2025, Bedong- satu lawatan telah diadakan oleh SKM Kuala Muda ke Koperasi Agroteknologi Utara Kedah Berhad. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah dan wakil daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau perkembangan terkini dan potensi pengeluaran hasil ternakan udang yang diusahakan oleh koperasi.

Koperasi ini menjalankan penternakan udang di lokasi yang disewa di daerah Bedong. Berikut adalah butiran alamat yang diusahakan:

Kampung Padang Tok Naim Bujang, 08100 Bedong, Kedah

Penternakan udang ini telah menghasilkan lima kali pusingan dan koperasi telah memasarkannya di Bagan Ajam, Butterworth yang dijual dengan harga RM32-35/kg. Anggaran hasil ternakan udang adalah sebanyak 16 tan/setahun.

Penyelenggaraan dan pengurusan kolam ini dilakukan oleh 2 orang pekerja koperasi yang bekerja keras untuk memastikan keberkesanan pengeluaran dan kualiti hasil yang dihasilkan.

Pada bulan September 2024, bencana banjir telah berlaku di kolam ternakan udang dan mengakibatkan koperasi mengalami kerugian sebanyak RM 100 ribu.

Rentetan dari peristiwa tersebut, Koperasi mempunyai perancangan baharu untuk membina kolam ternakan udang bertempat di Pulau Langkawi, Kedah secara teknologi AI yang diinspirasikan dari negara luar.

Lawatan ini memberikan gambaran yang jelas tentang komitmen koperasi dalam meningkatkan sektor perternakan di Kedah, sekaligus membuka peluang kepada anggota untuk memperoleh pendapatan melalui penglibatan dalam industri yang berkembang pesat ini.

Dengan usaha berterusan dan sokongan dari pelbagai pihak, koperasi ini berpotensi untuk berkembang lebih maju dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.






LAWATAN KE KOPERASI PANTAI MERDEKA19 Januari 2025, Kuala Muda, Kedah – Lawatan rasmi ke Koperasi Pantai Merdeka telah di...
20/01/2025

LAWATAN KE KOPERASI PANTAI MERDEKA

19 Januari 2025, Kuala Muda, Kedah – Lawatan rasmi ke Koperasi Pantai Merdeka telah diadakan bersama dengan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah dan wakil daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan terkini aktiviti koperasi serta potensi.

Koperasi menjalankan aktiviti sewaan/pajakan tapak ternakan kerang dan lesen ternakan di Pantai Merdeka seluas 46 hektar.

Ternakan kerang memerlukan tempoh 6 hingga 8 bulan untuk matang sebelum dapat dituai. Setiap pusingan ternakan dipantau dengan rapi oleh ahli Jabatan Perikanan pada proses melepaskan benih bagi memastikan kualiti dan keberkesanan proses ternakan. Produk kerang ini dijual pada harga yang kompetitif, iaitu RM 9.00/kg (borong) dan RM 13.00/kg (runcit).

Hasil daripada pajakan ternakan kerang, koperasi memperoleh pendapatan sebanyak RM 13,000 setahun.

Selain itu, koperasi juga telah merancang bagi melaksanakan beberapa projek baru iaitu kelong bg sewaan kepada para pemancing dan penambahbaikan jeti bagi meningkatkan kecekapan logistik dan kemudahan operasi. Koperasi juga merancang untuk menternak siput sudu dan tiram yang berpotensi memberi p**angan lebih besar kepada koperasi.

Lawatan ini memperlihatkan usaha strategik koperasi dalam memanfaatkan sumber laut untuk memperkukuhkan sektor akuakultur di kawasan tersebut. Dengan komitmen berterusan, pemantauan bersepadu, dan sokongan daripada pelbagai pihak, Koperasi Pantai Merdeka berpotensi untuk terus berkembang, memberi nilai ekonomi yang signifikan, serta memperkasakan komuniti setempat.






JEJAK KEJAYAAN KOPERASI: MENJADI TERBILANG DI SETIAP LANGKAH"KOPERASI KOMUNITI TEROI BUKIT YAN BERHAD"Koperasi Komuniti ...
19/01/2025

JEJAK KEJAYAAN KOPERASI: MENJADI TERBILANG DI SETIAP LANGKAH

"KOPERASI KOMUNITI TEROI BUKIT YAN BERHAD"

Koperasi Komuniti Teroi Bukit Yan Berhad telah didaftarkan pada 30 Mac 2023 dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi ahli melalui aktiviti-aktiviti koperasi. Koperasi ini menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk penanaman pokok vanila di bawah program Projek Sejati Madani yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Komuniti Teroi Bukit. Penanaman pokok vanila dijangka dapat memberi p**angan ekonomi yang positif kepada koperasi dan komuniti setempat.

Program Sejati Madani bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan, meningkatkan pendapatan, serta menyokong pembangunan komuniti melalui pertanian yang mampan dan berdaya saing

Koperasi Komuniti Teroi Bukit Yan Berhad komited untuk terus mengembangkan aktiviti pertanian ini dan memastikan manfaat yang lebih besar dapat dinikmati oleh semua ahli dan komuniti setempat.






18/01/2025

Rangkuman Video CSR Gerakan Koperasi wilayah Persekutuan Bersama SKM Kedah

Video By : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Credit: Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan

Liputan Media 16 Januari 2025
16/01/2025

Liputan Media 16 Januari 2025

POKOK SENA, 16 Januari- Sebanyak 300 ketua isi rumah KIR yang terjejas banjir di Derang, Pokok Sena November tahun lalu menerima sumbangan menerusi skuad Ihsan MADANI Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM hari ini.Menurut Pengarah SKM Kedah,Norzila Nayan sumbangan pasca banjir berjumlah RM60,000 itu mer...

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SKUAD IHSAN MADANI BERSAMA GERAKAN KOPERASI WILAYAH PERSEKUTUANPada 16 Janua...
16/01/2025

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) SKUAD IHSAN MADANI BERSAMA GERAKAN KOPERASI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 16 Januari 2025, Pokok Sena - Satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dilaksanakan oleh Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan tersebut pada tahun lepas. Program ini telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Jamik Raudhatus Solihin, Derang Pokok Sena, Kedah.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 102 sukarelawan yang terdiri daripada Pegawai Suruhanjaya, anggota koperasi dan masyarakat setempat. Sebanyak 300 penerima telah menerima sumbangan yang terdiri daripada barangan keperluan asas, kipas, dan bantal.

Selain daripada sumbangan barangan, program ini juga turut melibatkan aktiviti Ziarah Kasih, di mana sukarelawan mengunjungi rumah mangsa banjir di sekitar kawasan tersebut.

Program CSR ini adalah selaras dengan prinsip koperasi yang ke-7, iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat. Prinsip ini menekankan bahawa koperasi bukan sahaja berfokus kepada keuntungan ekonomi, tetapi juga harus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kebaikan sosial masyarakat.

Dengan mengamalkan prinsip ini, koperasi telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja wujud untuk kepentingan ahli, tetapi juga untuk memberi impak positif kepada Masyarakat.

Program ini juga sejajar dengan Dasar Transformasi Koperasi 2030 yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dasar ini bertujuan untuk mengubah koperasi menjadi sebuah entiti yang lebih progresif dan berdaya saing, sambil terus memberi impak positif kepada masyarakat. Salah satu matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti sosial dan kebajikan.

Melalui program CSR ini, Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan, dengan sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, telah menunjukkan komitmen dalam merealisasikan matlamat tersebut. Penglibatan koperasi dalam usaha membantu mangsa banjir membuktikan bahawa koperasi bukan sahaja berfokus kepada keuntungan ekonomi, tetapi juga memberi perhatian serius terhadap pembangunan sosial dan kebajikan masyarakat.

Program CSR ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan Gerakan Koperasi terhadap masyarakat yang terjejas akibat bencana, tetapi juga memperkukuhkan lagi peranan koperasi dalam memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Melalui kerjasama erat antara koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, diharapkan lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang, bagi memastikan koperasi terus memberi manfaat kepada masyarakat.






SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN GERAKAN KOPERASI NEGERI Alor Setar, Kedah – Satu sesi perbincangan mengenai pembangunan Ge...
14/01/2025

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN GERAKAN KOPERASI NEGERI

Alor Setar, Kedah – Satu sesi perbincangan mengenai pembangunan Gerakan Koperasi di Negeri Kedah telah diadakan pada 14 Januari 2024 bertempat di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Norzila binti Nayan, Pengarah SKM Negeri Kedah, dan dihadiri oleh Puan Hajah Yusnita binti Othman, Pengarah IKMa Zon Utara, Tuan Haji Ibrahim Wan Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Kedah, serta pegawai kanan dari agensi-agensi yang terlibat.

Objektif utama perbincangan ini adalah untuk membincangkan perkembangan dan perancangan pembangunan gerakan koperasi di Negeri Kedah, serta untuk melakukan pelarasan terhadap program-program koperasi yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Pelbagai isu berkaitan dengan pengukuhan koperasi, strategi pembangunan, dan inisiatif baru dalam meningkatkan kecekapan pengurusan serta memajukan ekonomi koperasi dibincangkan secara Bersama.

Puan Norzila Binti Nayan dalam ucapan pembukaan beliau menyatakan, "Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dalam sektor koperasi adalah kunci kejayaan dalam memastikan pembangunan yang berterusan dan berkesan. Kami ingin memastikan koperasi di Negeri Kedah terus berkembang dan memberi impak positif kepada masyarakat."

Sesi perbincangan ini juga menekankan pentingnya penyesuaian dan penyelarasan program-program koperasi bagi mngelakkan berlakunya perlaksanaan program yang sama. Selain itu, penglibatan lebih ramai golongan muda dalam gerakan koperasi turut ditekankan sebagai salah satu fokus utama dalam usaha memperkasakan sektor ini di masa hadapan.

Sesi perbincangan ini berlangsung dalam suasana yang penuh kesefahaman dan komitmen untuk terus memperkasakan sektor koperasi di Negeri Kedah, dan diakhiri dengan perancangan tindakan susulan untuk memastikan semua inisiatif yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2025.






JOM JELAJAH KOPERASI (JEJAK 2024-2025)KOPERASI PEKAN RABU ALOR SETAR BERHAD PEKAN RABU RUN 2025Alor Setar, 11 Januari 20...
12/01/2025

JOM JELAJAH KOPERASI (JEJAK 2024-2025)
KOPERASI PEKAN RABU ALOR SETAR BERHAD
PEKAN RABU RUN 2025

Alor Setar, 11 Januari 2025 – Program Pekan Rabu Run 2025 yang diadakan sempena sambutan 100 tahun Pekan Rabu telah berlangsung dengan jayanya di Pekan Rabu, Alor Setar. Program ini dianjurkan oleh Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Mohd Salleh bin Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan, dan Keusahawanan Negeri Kedah.

Majlis perasmian tersebut turut disaksikan oleh Pn. Norzila binti Nayan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah, yang turut hadir memeriahkan acara yang penuh bermakna ini.

Program yang diadakan ini bukan sahaja memperingati ulang tahun ke-100 Pekan Rabu, tetapi juga seiring dengan pelancaran Tahun Melawat Negeri Kedah 2025.

Selain itu, Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad juga telah terlibat dalam Program Jom Jelajah Koperasi 2024-2025 dengan menerima insentif berjumlah RM12,500 sebagai usaha untuk mempromosikan lagi aktiviti dan memperkasakan koperasi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pn. Norzila binti Nayan p**a menyatakan sokongan penuh kepada inisiatif ini, dan mengharapkan agar lebih banyak koperasi akan mengambil bahagian dalam program-program seperti ini untuk meningkatkan daya saing dan memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi serta komuniti setempat.

Dengan adanya program seperti Pekan Rabu Run 2025, diharapkan ia dapat menjadi platform yang memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi kepada lebih ramai pengunjung, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Kedah.

Sempena tahun 2025 yang penuh makna ini, program seperti ini juga dilihat sebagai langkah positif dalam mempromosikan negeri Kedah sebagai destinasi pelancongan yang tidak hanya menawarkan keindahan alam semulajadi tetapi juga keunikan budaya serta potensi ekonomi melalui sektor koperasi.






LAWATAN KE LADANG NANAS KOPERASI PENANAM NANAS KEDAH BERHAD8 Januari 2025, Bukit Kayu Hitam- satu lawatan telah diadakan...
08/01/2025

LAWATAN KE LADANG NANAS KOPERASI PENANAM NANAS KEDAH BERHAD

8 Januari 2025, Bukit Kayu Hitam- satu lawatan telah diadakan oleh Wilayah Negeri II ke Ladang Nanas Koperasi Penanam Nanas Kedah Berhad. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah dan wakil daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan terkini dan potensi pengeluaran nanas yang diusahakan oleh koperasi.

Koperasi ini menjalankan penanaman nanas di dua lokasi tanah milik anggota koperasi yang strategik di sekitar daerah Changlun. Berikut adalah butiran mengenai kedua-dua ladang yang diusahakan:

1. Ladang MD2, terletak di Lebuhraya Bukit Kayu Hitam, Padang 1, Changlun, dengan keluasan 25 relung. Di ladang ini, terdapat sebanyak 110,000 pokok nanas yang ditanam.

2. Ladang Kampung Langsat, terletak di Kampung Langsat, Changlun, dengan keluasan 12 relung. Ladang ini menanam 90,000 pokok nanas.

Produk nanas yang dihasilkan dari ladang-ladang ini dijual pada harga yang kompetitif iaitu RM 3.30/kg (borong) dan RM 6.00/kg (runcit). Ladang Kampung Langsat dijangka menghasilkan sebanyak 100 tan nanas pada pertengahan Januari 2025.

Penyelenggaraan dan pengurusan ladang-ladang ini dilakukan oleh 4 orang pekerja koperasi, yang bekerja keras untuk memastikan keberkesanan pengeluaran dan kualiti hasil yang dihasilkan. Selain itu, Koperasi Penanam Nanas Kedah Berhad turut menerima dana bantuan sebanyak RM 15,000.00 daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, yang telah digunakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan memperkukuh operasi ladang.

Lawatan ini memberikan gambaran yang jelas tentang komitmen koperasi dalam meningkatkan sektor pertanian nanas di Kedah, sekaligus membuka peluang kepada anggota untuk memperoleh pendapatan melalui penglibatan dalam industri yang berkembang pesat ini.

Dengan usaha berterusan dan sokongan dari pelbagai pihak, koperasi ini berpotensi untuk berkembang lebih maju dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.






KUNJUNGAN HORMAT ANGKASA KE SKM NEGERI KEDAHPada 6 Januari 2024, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Ked...
07/01/2025

KUNJUNGAN HORMAT ANGKASA KE SKM NEGERI KEDAH

Pada 6 Januari 2024, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah telah menerima kunjungan daripada ANGKASA yang dihadiri oleh Ybhg Dato Yusuf Shamsudin , Penasihat Koperat, ⁠Ybhg Dr A Rahim A Rahman, Pengurus Besar Seketariat & Sumber Manusia serta Anggota Lembaga dan Pengurusan Perhubungan Angkasa Negeri Kedah.Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan gerakan koperasi di negeri ini.

Kunjungan tersebut turut telah disambut oleh Pn. Norzila Binti Nayan pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah dan pegawai-pegawai kanan SKM Cawangan Negeri Kedah. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai inisiatif serta strategi yang dapat dilaksanakan untuk memperkasa sektor koperasi di Negeri Kedah.

Impak daripada program ini dijangka memberikan rangsangan positif kepada perkembangan koperasi, terutama dalam aspek pemerkasaan pengurusan serta pemberdayaan ahli koperasi. Selain itu, pertemuan ini juga membuka peluang bagi pertukaran idea serta pengalaman yang akan memperkukuhkan lagi jaringan koperasi di Kedah.

Program ini merupakan langkah penting dalam mempererat hubungan antara agensi kerajaan dan sektor koperasi, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri melalui kerjasama yang lebih efektif.






Pada 3 Januari 2025, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah telah turut serta dalam perlawanan bowlin...
07/01/2025

Pada 3 Januari 2025, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kedah telah turut serta dalam perlawanan bowling yang dianjurkan oleh Angkasa Kedah. Acara ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pelbagai agensi yang terlibat dalam pembangunan sektor koperasi. Penyertaan SKM Kedah dalam acara ini menunjukkan komitmen mereka dalam memajukan gerakan koperasi di negeri ini melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan profesional.

Perlawanan tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran dalam sukan bowling, tetapi juga mempertingkatkan interaksi sosial dan memperkukuhkan jaringan profesional antara agensi kerajaan dan koperasi. Acara ini juga memberi ruang untuk berbincang mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan pembangunan gerakan koperasi, khususnya dalam memajukan ekonomi negeri Kedah.

Impaknya terhadap hubungan kerjasama antara agensi amat positif. Ia membuka peluang bagi pihak berkepentingan untuk bertukar idea serta merancang inisiatif bersama dalam memperkasakan sektor koperasi di negeri ini. Program seperti ini juga meningkatkan kesedaran akan pentingnya sinergi antara agensi dalam merealisasikan visi pembangunan ekonomi melalui koperasi.






01/01/2025






Address


Telephone

+6047331922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share