06/10/2021
Janji rezeki yang diterima itu halal..
"Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya 'low class' (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini," kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.
Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang dipelopori lelaki.
Bercerita lanjut, Nurul Nazifah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau berkata, dia tidak pernah malu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.
"Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19," katanya.
Dakwanya, ramai yang memandang hina sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang positif.
Katanya, dia hanya mahu aura positif mewarnai kehidupannya bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.
"Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan fizikal serta mental.
Sumber: