SALAM
Salaamun ‘alaikum bima sobartum…,
Labbaik ka ya ‘Adnaani…
…syahadan, berkatalah Sohibul Hikayat;
Ada hayat, maka adalah riwayat,
Ada riwayat, maka adalah hikayat…
Lalu berselokalah si Bayan Budiman..;
Bertuah sungguh bumi Melayu,
Dikurniakan Allah Tuhan Yang Satu,
Tuah anugerah ditunggu-gunggu…
Berumpun-rumpun menjadi beribu,
Alangkah bertuah si anak bertuah,
hidupmu tidak mengenal ayah,
kerana derhaka pembuat helah,
tak sadar diri sendiri bertuah..
Oh, anak Melayu anak bertuah,
Sadarlah diri Tuhanmu Allah!
Wujudmu ini satu anugerah,
Kurnia mati mendapat syahadah…
Bersyukurlah wahai anak bertuah,
Hidupmu ini adalah hadiah,
Kerana bumimu pilihan Allah,
Kenalilah dirimu, alangkah bertuah…
Tuah abadi bumi Melayu,
Saudara kekasih beribu-ribu,
Kerana cinta mengenal ilmu...
Menjadi paksi citra melayu,
Bumi Melayu bumi bertuah,
Menjadi pusaka pemegang amanah,
Bermulanya titik mencari nokhtah,
Insyaallah, nanti terbukalah lipatan sejarah…
Maka bertanyalah Beginda kepada semua;
Kalaulah tuah jatuh ke riba,
Sanggupkah kita mati bersama..?
Firman Allah,
‘Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah yang datang pada
malam hari.? (yaitu) Bintang yang cahayanya menembus…’
Ah, bertuah kau tuah..!
Seri Udani@Bayan Budiman
Mentakab
Ibu Ayam
Ibu Ayam
Petang yang menyenangkan... Sambil ngeteh melihat telatah ibu ayam yang mengais2 abu mencari makanan utk anaknya...
Lokasi: Kedai Aki Sudin, Kg. Gajah Mati, Mentakab.
Taman Mini
Taman Mini
Sekilas tinjauan di taman bunga mini (micro) milik ibu saya. Antara bunga yang terdapat ialah orkid, keladi, dan kebanyakan saya tak kenal...😅😅😅
Sayup Suara Mergastua Berkicau
Suara Alam Di Pagi Hari
Amatilah kicauan burung yang kedengaran sayup berbunyi di Kg Gajah Mati...
Lokasi: Halaman rumah